Monday, February 29, 2016

Rumah PRIMA



Bertuahnya berada di bumi Malaysia.  Ada saja kemudahan yang Kerajaan bagi. Memang tak semua akan puas hati. Bukan mudah nak puaskan hati semua orang.  Apa lagi masa sekarang ini terlalu banyak dibentuk persepsi negatif.  Perkara yang baik pun boleh jadi negatif oleh mereka yang tak bertanggungjawab.

Saya semakin insan biasa amat bersyukur hidup di negara ini. Sesekali saya melancong jugak ke luar negara tapi keindahannya cuma seketika.  Rindu tentu membeku bila dah lama tinggalkan negara sendiri. Malahan, bila nampak dan berada di airport hati terus lega dan tenang. Baru2 ini diumumkan kemudahan dari kerajaan, iaitu rumah prima. Saya dah mohon tapi tidak berjaya.  Mungkin bukan rezeki. Ada dinyatakan 1.2 juta mohon rumah prima.  Agak2nya termasuk le permohonan saya itu. Setakat ini sebanyak 1.24 juta permohonan rumah mampu milik diterima. Sejumlah 90 peratus permohon terdiri mereka yang berumur 40 tahuun ke bawah.

Menurut Datuk Abdul Mutalib Alias, Ketua Pegawai Ekskutif Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), sebanyak 233,380 unit rumah di seluruh negara telah diluluskan.  Manakala dalam pembinaan sebanyak 75,829. Sebenarnya, sebanyak 66 peratus pemohon adalah kaum Melayu, Cina 28 peratus dan India cuma 6 peratus.

Sewajarnya PRIMA ini dikembangkan ke seluruh kawasan termasuk pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak. Kemampuan kuasa beli penduduk kawasan tertentu pun begitu terhad.  Oleh itu, tawaran harga juga perlulah patut.  Harga rumah perlu dipantau dan tawaran harga bersesuaian dengan kemampuan pembeli. Pembinaan PRIMA bukan untuk mencari keuntungan banyak.  Rumah PRIMA adalah istimewa untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment