Monday, February 29, 2016

Mungkin ramai lagi keluar parti



Saya cuba kongsikan gerak hati dalam blog ariahjudah ini. Rentetan dari Tun M keluar UMNO tidak mustahil berkemungkinan besar ramai lagi yang akan bertindak mengikut jejak langkah beliau. Ini disebab bekas pemimpin nombor satu itu masih mempunyai pengikut dan penyokong yang ramai.  Apa akan terjadi dengan politik orang Melayu ini?  Iya sesama bangsa asyek berpecah belah sahaja. Ada orang lain di luar sana itu senyum dan ketawa.  Masalah dalaman parti UMNO khususnya berterusan. Kenapa dan mengapa?  Aduiiii apakah maknanya perjuangan jika cuma separuh jalan.  Betulkah kata2 Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia? Saya sebagai rakyat biasa dan cuma ada kuasa mengundi tertanya2 siapakah nanti yang akan memimpin negaraku ini? Orang2 besar begitu susah untuk bersatu. 

Kini kita lihat rakyat sudah mula bersuara di kedai kopi mahupun dalam laman sosial media yang mereka sudah hilang kepercayaan terhadap parti.  Siapakah mereka bakal percaya? Apakah mereka akan kembali kepada perjuangan hakiki bila tiba masanya. Segala pergolakan masa kini, akan memberi kelebihan kepada pembangkang. Jadi, siapa yang pintar mengambil kesempatan dalam kekecohan suasana itu, maka mereka akan mendapat "rezeki" le ye. Apapun mari kita terus berdoa semoga negara kita Malaysia ini terus aman damai.  Ia diterujui oleh para pemimpin yang beriman dan punya kesedaran yang terbaikkkkk 

No comments:

Post a Comment