Tuesday, February 23, 2016

KWSP cemerlang wowww



Alhamdullilah. Tersenyum panjang dan menarik nafas lega para pencarum. KWSP raih pulangan tertinggi pelaburan RM44.23 billion pada tahun 2015. Pencarum  KWSP bertuah.  Mereka memang beruntung.  Tu le rezeki namanya. Pulangan pelaburan begitu lumayan.  Tahniah le ye. Ini terbukti dengan peningkatan pulangan 13.2% atau RM5.6 billion  berbanding 2014 hanya RM39.08 billion. Secara ringkasnya kelebihan KWSP ialah:

*KWSP tempuh cabaran ekonomi 2015 dengan cemerlang
*Catat pulangan pelaburan kasar RM44.23 billion
*Pulangan tertinggi dalam sejarah penubuhannya
*Guna strategi pelaburan jangka panjang dalam pelbagai pasaran global.

Sebenarnya, Asia menjadi kawasan pelaburan utama KWSP, iaitu 43.4 peratus diikuti Amerika Utara sebanyak 25 peratus,   Seterusnya benua Eropah sebanyak 22.9 peratus dan Australia 5.2 peratus manakala 3.6 peratus di tempat-tempat lain.

Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP menyatakan tahun 2016 menjadi tahun yang mencabar kepada KWSP dalam mengurus dana persaraan rakyat Malaysia.  Namun beliau percaya pelbagai strategi pelaburan yang telah dirancang seperti jual beli aset akan membolehkan mereka terus mencapai prstasi yang baik #ariahjuah #myhebat

No comments:

Post a Comment