Sunday, February 28, 2016

Apakah TPPA itu?


Mari kita kongsi tentang TPPA.  Apakah dia TPPA itu?  Ramai yang tidak faham tentang TPPA ini.  Banyak juga yang menentang TPPA bukan sahaja rakyat tapi dari kalangan pemimpin. Malahan, macam2 yang diviralkan di media sosial.  Kadang2 tak masuk akal pun alasan mereka tak mau TPPA.  Pendek kata ada yang mengikut emosi semata menolak TPPA.

Apakah kelebihan TPPA itu?

Kerjasama dan Bina upaya – mengenal pasti peluang kerjasama dan bina upaya, terutamanya bagi SMEs, kastam dan e-commerce.

Pentadbiran dan Ketelusan – mengukuhkan sistem pentadbiran dan menangani masalah rasuah.

Standard – menetapkan standard perdagangan antarabangsa yang baru bagi memudahkan urusan perniagaan dan pelaburan; agenda reformasi yang berterusan.
Akses pasaran – menghapuskan atau mengurangkan tarif dan halangan bukan tarif secara signifikan bagi meningkatkan lagi perdagangan di antara negara TPP 

Berhubung denga TPPA ini kemungkin beberapa isu akan timbul.  Kadang kala isu itu timbul disebabkan dipandang dari segi logik.  Antara isu itu ialah:

1. Pelabur luar  curi peluang perniagaan dari syarikat tempatan
    
Jawapan:
Mari kita lihat jawapan untuk persoalan yang timbul itu.

i.   Pelaburan luar kepada negara: Menyediakan peluang pekerjaan (eg: syarikat AS di PulauPinang; ramai orang Kelantan bekerja di sana)
ii.   Syarikat Jepun dan AS bawa teknologi baru dan pelaburan. Contoh: Rohm Wako di Kelantan, Intel di Pulau Pinang menghasilkan mikrochip; syarikat Malaysia tidak ada teknologi
iii.   Beberapa MNC 100% export-oriented, oleh itu tidak curi peluang perniagaan syarikat tempatan
        Contoh: Tesco di Kota Bharu, Giant di Kangar
iv.     Sebaliknya, wujudkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan perniagaan baru


2.  Penjajahan oleh Amerika – penjajahan  bermula dengan perjanjian perdagangan kemudian negara akan tergadai
Jawapan:

i. Amerika sekarang rakan dagang ke-3 terbesar selepas Jepun dan Singapura,         Amerika merupakan pelabur asing terbesar di Malaysia
ii. sudah pun ada di Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor.
iii.  Situasi menang-menang; kita dapat manfaat peluang pekerjaan tambahan
iv. TPP melibatkan 12 buah negara: Jepun, Kanada, Australia dan lain
v. Kalau Malaysia dijajah, semua negara ini juga terjajah
Lebih daripada 300 syarikat A.S. telah pun berada di Malaysia

3. Ada yang menimbulkan persoalan ,kononnya TPPA menghakis kedaulatan negara – hak kerajaan dan rakyat akan terbatas, peranan Parlimen terjejas.
Jawapan:
i. Kerajaan masih boleh menggubal dan melaksanakan objektif dasar-dasar awam terutamanya berkaitan keselamatan negara, kesihatan awam, alam sekitar dan kebajikan
ii.Perlembagaan Pesekutuan tidak akan dipinda. Pindaan undang-undang di bawah TPPA hanya akan dibuat setelah mengambil kira faedah yang diperoleh oleh kerajaan dan orang awam
iii. Kuasa negeri di bawah Perlembagaan (Perkara 74, Jadual 9) tidak terjejas

4. Apakah keistimewaan negara2 TPPA itu?

Jawapannya:
Malaysia – akses yang lebih luas ke pasaran antarabangsa
New Zealand – pasaran lebih besar buat produk tenusu mereka
Viet Nam – bagi menarik pelaburan asing
Jepun – manfaat yang ditawarkan terhadap sektor automotif, khususnya di pasaran Amerika Syarikat
Amerika Syarikat – bagi merangka standard perdagangan antarabangsa yang lebih tinggi; akses kepada pasaran produk pertanian Jepun.

Sesunggunya, Malaysia ‘berkawan’ dan berdagang dengan semua negara – Malaysia rapat dengan China, negara-negara ASEAN dan negara Islam. Dengan wujudnya TPPA ini , maka  rakyat dan negara ini akan menikmati perkara berikut;

i.    Meningkatkan kerjasama dengan negara-negara TPPA (eg: dalam bidang PKS, penguatkuasaan undang-undang alam sekitar).
ii.      Membantu meningkatkan ketelusan dan tadbir urus yang lebih cekap.
iii.    Meningkatkan standard buruh dan pengurusan alam sekitar. TPPA menekankan penguatkuasaan undang-undang.

Moga anda dapat sedikit ilmu dengan maklumat ini.  Kita akan terus berkongsi maklumat berkenaan dalam blog #ariahjudah ini.

#myhebat




No comments:

Post a Comment