Monday, January 25, 2016

Fasha dan jejai bercerai talak satu


Memang pernah terlintas dalam fikirannya ketika Fasha dan Jejai berkahwin dulu mungkin Fasha bakal keciwa. Saya tak yakin dengan Jejai dalam melayari alam perkahwinan. Dia pernah keciwakan Nora Danish. Saya memang suka dengan Fasha Sandha ini sedari awal dia berlakon.  Tersentuh melihat linangan air mata dan rasa sedih  artis ini. Apapun tabik dengan  Fasha.  Beliau redha dengan segala ketentuan dan menjelaskan penceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua. Beliau artis yang berani dan tahu apa yang dia buat.
Memang diakui bukan mudah menjadi ibu tunggal. Kini, Fasha akan memberikan fokus seratus peratus buat anak-anak beliau dan meneruskan kehidupannya.
Sebelum ini memang heboh di media, spekulasi mengenai rumah tangga Fasha dan Jejai.  Bagi saya mungkin sekadar menghangatkan dunia artis.  Namun sangkaan itu meleset. Tambahan pula, Fasha dan Jejai masing-masing tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan status rumah tangga sehinggalah hari ini dimana Fasha dipercayai pergi ke mahkamah.
Kini, semua persoalan terjawab apabila beliau sah bercerai talak satu dengan Jejai pada jam 3 petang baru2 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Hanya tinggal sejarah, Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1. Jejai pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 7.

No comments:

Post a Comment