Monday, December 14, 2015

Kubahagia Fauziah Latiff nak kahwin lagi. Huhuhu



Ingin kukongsikan dlm blog #ariahjudah ini.  Fauziah Latif atau Jee nak kahwin kononnya tahun depan. Bestnya.  Memang dinanti2kan.  Agak lama Jee sendiri.  Kekasihnya bukan bergelar datuk dan  bukan berstatus kerabat.  Lelaki yang dapat memikat hati dia cuma seorang lelaki biasa.  Statusnya duda dan memang sesuai dengan Jee. Tak pa Jee yang penting orang itu bakal dan boleh membahagiakan dunia dan akhirat. Saya puji cara artis ini kerana tidak terburu-buru untuk bercerita mengenai majlis kahwinnya.  Takat ini tiada berita pun majlis itu .

Agak lama saya menunggu majlis Jee , 45 tahun.  Perkembangan seni Jee menarik perhatian saya kerana dia mula dikenali ketika saya menuntut di UiTM.  Dia pernah menjayakan program assignment untuk kuliah  penyiaran kawan2 saya.  Ketika Jee terlalu muda dan cute sangat. Bakat Fauziah Latiff mula dicungkil selepas membuat persembahan untuk konsert amal di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1987.

Jee pernah gemparkan dunia hiburan ketika dia berkahwin dengan kerabat diraja Selangor, Syed Budriz Jamalullail pada zaman kemuncak popularitinya. Namun, saya terasa sedih ketika itu, apabila Jee bercerai selepas tiga tahun bersama Syed Budriz tanpa anak tahun 1992.  Tertunggu2 ketika itu siapa yang akan dapat mencuri hatinya. Jodoh Jee tiba tahun 1997 dan berkahwin dengan Johan Indot di London.  Sayangnya mereka bercerai tahun 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.

Moga Jee akan bahagia hingga ke jannah jika dia kahwin lagi. Jodoh, ajal dan maut segalanya ditentukan oleh Allah swt.

No comments:

Post a Comment