Tuesday, December 15, 2015

Ciri penting seorang PRO



Baru cepat berkongsi maklumat dalam blog #ariahjudah ini.  Bukan disengajakan tapi ada benda lain kena buat.  Petang ini kita story sikit tentang ciri baik seorang #pegawaiperhubunganawam yang baik dan disayangi. Sebagai seorang PRO antara paling  penting mestilah pandai mengambil hati (bukan tujuan bodek), Kedua amalkan pertuturan yang mesra dan sopan. Ketiga  budi bahasa budaya kita dipraktikkan. Fakta keempat PRO tidak bersifat  pilih kasih. Malahan, bersifat terbuka dalam urusan kerja.  Sedia menerima teguran sesama rakan setugas.  Bijak menyelesaikan masalah dan tidak terlalu bossy. Selain itu,  pandai bawa kereta.  IA memudahkan pelaksanaan assignment luar pejabat . Akviti sosial pun gitu.

Selain itu, dalam hapi2 story perkara baik itu, tak sangka dapat maklumat ada  jugak PRO yang langsung tak mau pandu kereta. Tak tau kenapa.  Mungkin tak berminat. Saya dulu pun tak pandu kereta walaupun lama dah dapat lesen.  Kebetulan belum beli kereta. Bila dah ada kereta sendiri kena le pandu. Namun, kawan PRO ni tak tau ada lesen ke tidak. Apa susah, kini kenderaan awam banyak. Canggih lagi. Cuma tak sedapnya bila ada angin2 mengatakan, kononnya ada PRO yang berbaik2 dengan rakan disebabkan memudahkannya tumpang kereta.  Adakah benar? Atau adakah patut gitu.? Sepintas lalu tindakan pihak itu boleh jejaskan imej. Nak bagi tumpang orang kereta kita tu amalan mulia. Allah swt suka jika kita ikhlas. Innsha Allah dapat pahala.  Apapun tindakan itu terpulang kepada individu. Sewajarnya dalam kehidupan ini perlu saling membantu.  Namun, jiwa hendaklah bersih dari segala prasangka bib!!!!

No comments:

Post a Comment