Tuesday, November 17, 2015

Tak puas hati UEC tak diterima



Bagi saya memang wajar  tak diiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ni.  Ketegasan Kementerian Pengajian Tinggi  harus dipuji.  Mana boleh senang2 saja semua sijil diperakui untuk masuk IPTA. Sijil ini dikeluarkan oleh Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia (MICSS). UEC tak selari dengan kurikulum kebangsaan seperti terkandung dalam Akta Pendidikan 1996. Bahasa Melayu dalam UEC tak setara dengan SPM dan liputan sejarah negara dalam kurikulum UEC juga tak mencukupi. Jadi dah jelas le tu. Terang lagi bersuluh.  Jadi kenapa wahai Dong Zhong masih mendesak supaya UEC diiktiraf oleh kerajaan. Berpada2 le jika minta pun. Gitu kan?  Sewajarnya setiap warga negara ini mesti patuh dengan peraturan dan undang2 negara. Misalnya setiap pelajar/warga mesti tahu dan fasih berbahasa Melayu. Syarat masuk IPTA  itu sekurang2nya kredit 6 pun dah ok.  Jangan terlalu fanatik untuk berbahasa lain. Kononnya demi pertahankan budaya warisan. Bukan asyek utama bahasa Inggeris atau bahasa kaum masing2 sedangkan amat tak ingin dengan Bahasa Melayu.  Kena ingat dan terus ingat bahawa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung ok. 

Dong Zhong bagi alasan UEC diterima di negara2 lain seperti Hong Kong, United Kingdom, Sinapura dan Australia. Itu negara luar tak perlu ikut apa yang mereka buat itu. Biar le mereka dengan cara mereka.  Ini Malaysia yang ada peraturan dan cara tersendiri dalam mentadbirkan negara tercinta ini. Lagi pun dalam negara ini dah cukup cantik peraturan masuk IPTA. Rasanya, tak perlu le pertimbangkan  sijil2 lain yang berada di luar peraturan itu.  Apa guna terima jika pelajar yang berkenaan sedangkan tak tau pun apakah mereka cintakan negara dan bahasa yang ada. Noktah!!!!!

No comments:

Post a Comment