Tuesday, November 3, 2015

Neelofa tegas tamatkan kontrak stokis





Artis Malaysia semakin ramai yang berani berniaga. Terbukti ada yang telah berjaya. Memang wajar dipuji artis yang sedang popular itu kena ambil kesempatan untuk menceburi dunia perniagaan. Begitu juga pelakon dan pengacara, Neelofa, 26,  yang kini amat popular dengan perniagaan tudungnya.  Saya suka dengan artis cantik ini.  Memang dah beli pun tudung keluaran syarikat lofa ini.  Selesa dipakai cuma harganya mahal le sikit (bagi orang seperti saya ye)

Cuma  saya ingin kongsikan di sini ialah ketegasan Neelofa dalam berniaga.  Tahniah di atas keberanian itu.  Berani kerana benar itu bagusss.   Baru2 ini jadi viral di laman sosial tentang artis ini tamatkan stokis jenama tudung miliknya.  Kenapa? Mengapa?  Baru nak maju berniaga timbul pula isu pecat memecat ini.  Jika tak dibendung fitnah sebegini boleh menjejaskan imej. Untuk memberishkan namanya Neelofa menegaskan, pihaknya menamatkan kontrak salah seorang stokis syarikat tersebut, yang berpangkalan di Perak ekoran stokis ber­kenaan melanggar perjanjian kontrak.
Dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah itu tersebar beberapa hari lalu menerusi laman sosial Instagram milik seorang stokis Neelofar Hijab.

Tabik spring dengan Neelofa kerana penjelasan yang tegas itu. Mungkin inilah liku dalam perniagaan. Artis yang juga terkenal sebagai pengacara meletop dengan program Meletop itu. Katanya, apa yang berlaku di sebalik viral tersebut ialah stokis itu telah melakukan ke­salahan dengan mengambil tempahan awal berserta bayaran ketika stok tudung tiada.
“Tindakan stokis itu mengambil wang tempahan awal ketika stok tudung tiada menyebabkan ramai pelanggan tertipu dan membuat aduan ke Ibu Pejabat Naelofar Hijab,” kata Neelofa.

Teruskan perjuangan wahai Neelofa dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cubaan dan dugaan.




No comments:

Post a Comment