Tuesday, November 17, 2015

AS tutup masjid untuk cegah aktiviti IS


Apakah benar disebabkan aktiviti keganasan beberapa masjid akan ditutup? Kasiannya umat Islam yang duduk di kawasan yang berkenaan. Inilah bakal berlaku di Amerika Syarikat (AS). Keputusan ini mungkin rentetan keganasan yang berlaku di Paris Kota Aman itu. Atau serangan 11 September itu terus menghantui mereka? Dalam sebuah akhbar tempatan ada berita tentang calon Presiden Amerika Syarikat , Donald Trump menyatakan bahawa negara berkuasa besar itu perlu mempertimbangkan untuk menutup beberapa masjid atas alasan bagi mencegah aktiviti keganasan di AS.

Tindakan menutup rumah ibadat ini tentunya menyedihkan umat Islam di negara itu. Malahan, mungkin tindakan itu menggalakkan umat Islam membenci kerajaan.  Kenapa pihak kerajaan tak fikirkan suatu yang lebih pratikal yang  tak menghalang aktiviti amal ibadat umat Islam? Namun, beliau memang menyedarinya tapi  terpaksa melakukannya demi keselamatan. Selain itu, kerajaan perlu meningkatkan pengawasan di dalam dan luar masjid. Baguslah jika macam itu demi kebaikan. Tapi fikir2kanlah perkara yang lebih baik untuk semua ye...


No comments:

Post a Comment