Wednesday, October 28, 2015

Sekolah Cina perlu berjiwa Kebangsaan


Saya begitu terpesona dengan tulisan seorang profesor dari UKM di akhbar Berita Harian.  Beliau menyatakan bahawa terdapat suara yang menggesa kerajaan menutup sekolah Cina.  Sesetengah berpendapat sekolah ini menjadi penghalang kepada perpaduan negata.  Sebagai respons, untuk sekian kalinya, kerajaan menjamin bahawa ia akan terus wujud di negara ini. Ia dikatakan legasi Malaysia yang bukan sahaja tidak boleh dilesapkan, ia juga sebahagian ciri penting negara ini, yang meraikan kemajmukan etnik dan kepelbagaian budaya.

Namun adakah perlu legasi begini dipupuk??? Adakah kekayaan budaya itu perlu diimport dari negara lain untuk mengindahkan kepelbagaian itu.  Hakikatnya dalam negara ini memang dah kaya dengan budaya pelbagai kaum dan etniknya. Orang Melayu memang budayanya indah. Orang Asli pun mengamalkan budaya yang punya ciri tersendiri. Sarawak beratus etniknya yang masing-masing dengan buaya warisan yang cukup menawan dalam mewujudkan kepelbagaian.  Ini sekadar pendapat dalam membincangkan kepelbagaian itu. Kalau terlalu mementingkan legasi dalam kepelbagaian itu timbul pula masalah tak fasih bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan.

Seterusnya, profesor itu menulis lagi - suara begini bukan fenomena mutakhir ini selepas wujudnya beberapa peristiwa yang boleh dikaitkan dengan sentimen kaum Cina yang tidak disenangi kaum Melayu, selaku kelompok dominan negara ini. Ia adalah suara bantahan sepanjang zaman, bermula dengan tindakan British pada waktu penjajahan lagi, untuk menghapuskan pendidikan vernakular, khususnya Cina.  Mengapakah perkara ini berlaku? Sejauh manakah sekolah Cina tidak selari dengan kesedaran nasional selama ini?  Adakah sekolah Cina mempunyai aspirasi yang tidak difahami kelompok  bukan Cina?  Inilah antara soalan yang perlu dicari jawapannya mengenai sekolah Cina yang sering dianggap isu perkauman dan antinasional.

Sesungguhnya isu perkauman dan antinasional itu tidak wujud jika setiap individu yang menjadi warganegara Malaysia tahu bersyukur dan berterima kasih. Pendidikan kepada anak2 bermula dari rumah.  Ibu bapa dan keluarga adalah guru terdekat mereka.  Generasi pewaris juga banyak dipangaruhi oleh guru2 dan rakan2 sekeliling.  Jadi adalah wajar para ibu bapa dan guru melunaskan peranan mereka dalam menzahirkan generasi yang mempunyai jati diri , cintakan negara dan utamakan perpaduan dalam menjalani kehidupan.

No comments:

Post a Comment