Wednesday, October 28, 2015

Kad prabayar


Harap ramai yang lega dengan keputusan kerajaan yang diumumkan dalam pembentangan bajet #bajet2016 baru2 ini. Sebelum ini macam2 keluhan pengguna telefon bimbit yang menggunakan kad tambah nilai apabila rasa terbeban dengan GST. Apa tidaknya beli kad tambah nilai RM10.00 tapi kena bayar RM10.60 sen. Kadar ini nampak tak banyak tapi bila kerap membeli tentu membebankan pengguna. Namun sebagai kerajaan yang prihatin maka, dalam bajet2016 wargangera Malaysia akan menikmati rebat kad prabayar yang telah dibelanjakan  itu.

Hampir 28 juta pemilik akaun prabayar yang berdaftar di negara ini akan mendapat rebat tersebut yang dikreditkan terus ke akaun  mereka.  Pembayaran ini akan dilaksanakan pada 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016. Jadi setiap pengguna kena bersabar. Ini antara kemudahan dan bantuan kerajaan kepada rakyat. Ternyata le ya rezeki berada di bumi indah Malaysia ini memang banyak. Ibarat wang itu berterbangan terpulang dengan kita untuk menangkapnya.  Rezeki secupak takkan jadi segantang.  Jika duduk dan berdoa saja2 tanpa usaha tentu tak dapat apa2. Nah!!! hasil GST tu dah nampak walaupun  belum sepenuhnya. Biar le susah2 dulu asalkan senang2 kemudian ok.

Moga tak ada le maklumat yang bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri dan agensi yang terlibat. Elakkan le rakyat jelata menjadi keliru.  Bila keliru macam2 persepsi akan timbul. Segalanya itu akan mengganggu keharmonian. Rasa bahagia boleh tergugat ok.

No comments:

Post a Comment