Sunday, August 30, 2015

Demonstrasi Jalanan



Saya agak keciwa dengan keadaan kini. Dalam suasana mau menyambut Hari kemerdekaan ia dicemari dengan aktiviti Bersih 4. Berpuluh ribu orang berbaju kuning membanjiri sekitar lokasi perayaan tarikh keramat itu. Mereka membuat demonstrasi jalanan. Aduiii .Suatu ketika dulu saya bersama rakan2 berada di Dataran Merdeka hingga ke pagi sebab menyiapkan persiapan untuk sambutan penuh meriah. Dulu2nya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) yang menerajui perayaan sambutan Hari Kemerdekaan (kini Hari Kebangsaan). Suasananya tenang dan damai. Kami berbahagia di kawasan itu.

Yang menyedihkan lagi idola saya, Tun Mahathir turun ke pentas pembangkang mungkin tidak bersetuju dengan beberapa isu yang timbul. Beliau jugak bersalaman dengan peserta demonstrasi. Apa lagi mereka begitu bangga sebab seorang negarawan pun sanggup turun ke padang demonstrasi. Walau apapun niat beliau yang nyata dia bersama2 dalam kumpulan demonstrasi jalanan itu.  Sesungguhnya tindakan itu tidak wajar kerana menjejaskan perjuangan beliau selama ini. Ketika zaman pemerintahannya, beliau menolak demonstrasi jalanan. Sebagai contoh demonstrasi jalanan besar2an pada tahun 1998,  beliau menyatakan itu bukan pendekatan utk menyuarakan rasa tidak puas hati, apa tak lagi menjatuh kerajaan. Tun M menolak demostrasi jalanan.  Nah!!! kenapa pula Tun M  memberi semangat kepada kumpulan Bersih yang ternyata lagi pesertanya kebanyakannya bukan bangsa Melayu. Apakah tujuan bangsa ini bersungguh2 berdemonstrasi jalanan??? Dalam pemerhatian saya kebanyakan yang berdemonstrasi itu bukannya calang2 kerana ada yang turun dari kereta mahal dan berjenama. Tau sendiri saja apa jenis kereta mewah itu kan?

Saya tertanya2 sendiri apakah perayaan Hari Kebangsaan akan terganggu???  Sayang seribu kali sayang kumpulan Bersih tidak memikirkan sambutan terhadap tarikh keramat 31 Ogos itu amat bermakna.  Jika mereka tidak berdemokrasi tentu haram jadahnya mereka menyertai perayaan Hari Kemerdekaan. Amat menyedihkan lagi kesan keselamatan dan bahayanya jika demonstrasi jalanan ini dibiarkan berleluasa. Banyak negara di dunia tumbang bila pemimpin dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan. Akibatnya tidak lain ialah rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa.  Jadi  dah berlaku suasana negara dan rakyat menjadi kelam kabut tiada lagi gunanya menyesal.  

Bagi saya perhimpunan Bersih itu memang tindakan tidak wajar kerana mengganggu gugat keharmonian negara. Apa lagi negara dalam bersiap sedia menyambut kemerdekaan. Tindakan mereka salah di sisi undang-undang. Jiwa dan emosi rakyat yang tidak terlibat jugak terganggu. Terasa diri macam tidak selamat.  Apakah negara ini masih aman???? Apa yang YAB PM perlu laksanakan? Demonstrasi jalanan ini - Bersih 4.0 ini berjaya mengumpul amat ramai rakyat untuk mencapai misi yang tersembunyi.

No comments:

Post a Comment