Wednesday, March 4, 2015

Godaan Bollywood di Brickfields


Tak sangka betul penari gelek India digunakan pihak tertentu untuk menjadi daya penarik di sebuah pusat hiburan. Tindakan ini semuanya kerana mau untung cepat. Mau hidup mewah dan senang. Mereka ini tidak memikirkan akibat perbuatan negatif itu. Seramai empat (4) penari gelek jelita ala Bollywood yang dibawa khas dari India berjaya menjadi  pusat hiburan di Brickfields sentiasa sesak dengan pelanggan.

Penampilan istimewa empat (4) wanita berdandan serta bergaun cantik bagai pengantin dan berusia 20-an  itu fasih berbahasa Inggeris. Wajah jelita mereka presis artis Bollywood memukau ramai pengunjung tempatan untuk berhibur antara jam 9 malam hingga 3 pagi setiap hari. Kebanyakan pelanggan mereka adalah dari kalangan ahli perniagaan.

Walau bagaimanapun Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op BAH) Siri 9 berjaya mengesan aktiviti pusat hiburan berkenaan baru-baru ini. Adalah nanti penari gelek India ini akan wujudkan semula???

No comments:

Post a Comment