Monday, March 9, 2015

Ahli Parlimen pembangkang tak pakai pakaian istiadat tapi berpakaian hitam pulakkkk



Apa jadahnya berpakaian hitam ketika menghadiri perasmian Parlimen. Bukan berkabung kan?  Warna demikian tak ikut protokol.  Bila mendapat maklumat ini saya rasa geram dan marah.  Kenapa le macam tak pandai sangat hingga ke Parlimen pun tak ikut peraturan, sedang majlis itu dihadiri Yang di-Pertuan Agong. Nampaknya sangat mereka tak ambil kisah ye....Perlu diingat,  majlis yang membabitkan Agong dan amat wajar dihormati semua pihak.

Sepatutnya mereka memakai pakaian istiadat ketika perasmian Sidang Parlimen itu semalam. Memang majoriti ahli pembangkang memakai pakaian hitam.  Kononnya ada arahan supaya mereka berpakaian demikian sebagai sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara. Sokong itu tak apa tapi peraturan kenalah patuh. Elakkan jadi kurang diajar dalam majlis negara khasnya seperti itu. 

Selain itu adanya Ahli Parlimen yang bukan Melayu tidak memakai songkok hitam. Sedangkan itu sebahagian peraturan.  Susah sangat ke? Tengok orang yang punya budi bahasa tinggi dan menghormati peraturan seperti Jakie Chan. Dia segak dan  kelihatan bangga memakai songkok.  Suka cara dia.  Ikut le peraturan. Ia dibuat untuk kebaikan bersama, Bukan menyusahkan poooon.

Tahniah kepada ahli pembangkang yang memakai pakaian istiadat. Mereka masih waras dan menghormati peraturan di Parlimen. Perkara ini jugak berlaku pada bulan Mac tahun lalu, ada ahli parlimen pembangkang juga tidak memakai pakaian istiadat dan datang lewat sebagai tanda protes berkaitan orang yang mereka sayanggggg. Aduiiii
Ada apa2 tindakan ke??????

No comments:

Post a Comment