Monday, February 23, 2015

Kubur tentera digali dan mayatnya dibawa pulang ke Australia



Kenapa tiba-tiba pula mayat askar yang telah bertahun2 dikebumikan itu digali semula untuk dibawa pulang? Apakah motif mereka berbuat demikian? Mungkin juga tindakan ini untuk dokumentasi sejarah mereka? Atau demi kasih sayang????

Tindakan ini disaran oleh veteran perang negara Australia yang mahukan tentera Australia yang mati dalam perang di Vietnam dan disemadikan di Kem Terendak, Melaka di bawa pulang.  Sebanyak 24 tentera Australia disemadikan di situ.

Jurucakap Labor Party (Parti Pembangkang Australia) menyatakan -" kita mempunyai tanggungjawab kepada mereka yang terkorban untuk negara kita. Sudah tiba masanya keadaan diperbetulkan. 

Dinyatakan juga bahawa anggota tentera yang terbabit dikebumikan di Malaysia di bawah dasar untuk mengebumikan tentera yang mati berperang di negara komanwel terdekat, kecuali keluarga mereka bersetuju membayar bagi penghantaran balik mayat anggota itu.

Kem Terendak bukan tanah perkuburan perang komenwel dan anggota tentera prihatin dengan kawasannya yang tidak dijaga rapi dan sukar untuk keluarga melawatnya. (Sumber Bernama)


No comments:

Post a Comment