Wednesday, February 25, 2015

Cuaca panas dan tip untuk kekal sihat


Kini cuaca amat panas. Bagai dekat unggul api saja. Berpeluh tentunya berlaku. Keadaan ini kena hadapi sekarang. Malaysia kini berada pada peringkat akhir musim Monsun Timur Laut sebelum memasuki musim panas Mac hingga April.  Keadaan itu turut dipengaruhi kesan fenomena ekuinoks, iaitu keadaan di mana matahari berada tepat di garisan khatulistiwa.

Kedudukan matahari dijangka tepat di atas, menjelang akhir Mac ini sekaligus mencatatkan peningkatan suhu mendadak. Perubahan suhu atau cuaca panas ini menyebabkan penduduk mengalami beberapa jenis penyakit termasuk sakit tekak, strok haba dan ruam seluruh badan. Untuk kekal sihat terdapat beberapa info atau tip untuk kekal sihat yang mudah dilakukan. Antara tip itu ialah:

i.     Banyakkan minum air suam tanpa mengira tahap aktiviti kita
ii     Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh
iii    Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar anda
iv    Pakai topi/payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita
v     Buka kipas/pendingin udara untuk menyejukkan badan
vi    Pakai pakaian  yang ringan, berwarna terang dan longgar
vii   Tidak duduk di dalam kenderaan yang tertutup tanpa penghawa dingin
viii  Pakai losyen pelindung suria (seeloknya lebih dari SPF ke atas)
viiii Kurangkan minum minuman berkafein dan bergula

Moga semuanya menjaga kesihatan sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment