Wednesday, January 21, 2015

Keja seorang wartawan




Aku pernah menjadi wartawan pada tahun 1980-an.  Memang minat sangat. Kebetulan saya suka menulis. Macam-macam jenis tulisan saya hasilkan.   Misalnya rencana, cerpen, sajak, skrip radio dan sikit kertas kerja.  Mula menulis secara serius ketika bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia.  Minat itu mendapat sokongan daripada bos kerana saya bertugas dengan Menteri Kebajikan Masyarakat Sabah, Toh Puan Hajah Rahimah Stephens ketika itu.  Aku menjadi pegawai akhbar dan menyertai setiap lawatan beliau.  Selepas itu aku kena buat berita di samping mengambil gambar beliau.

Masa saya menjadi wartawan memang terasa asing kerana ketika itu hampir semuanya lelaki kecuali yang bertugas di pejabat akhbar.  Saya satu-satunya wartawan wanita di Sabah pada zaman itu yang ikut dengan kenamaan. Aku masih ingat ada seorang wartawan wanita (banyak buat cerita sastera) ialah Hajah Salmah.  Selain itu seorang rakan yang bertugas sebagai editor di akhbar Sabah Times, iaitu Salbiah Jabrin.  Terasa mencabar sangat tugas saya ketika itu. Tidak lama selepas itu baru barulah saya bertemu dengan Maria Dangin.

No comments:

Post a Comment