Thursday, January 29, 2015

Demi masa ada dalam kerugian



" Demi masa sesungguhnya  manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh". Betapa berharganya masa itu dalam kehidupan individu yang bernama manusia atau insan. Kita sentiasa mengejar dan dikejar masa. Terasa amat rugi bila suatu perkara yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan. Saya pun terasa rugi amat bila bebrapa hari kebelakangan ini tak sempat menulis untuk blog ariahjudah.  Blog ariahjudah ini adalah catatan hati dan minda untuk kenangan hidupku. Lagu dan irama dalam blog ariahjudah ini ada pelbagai rentak.

Kini kugagahi jua untuk mencatat blog ariahjudah pada hari Jumaat yang indah ini. Semalam seorang kawan yang senyumannya manis - Natalia.  Dia datang dari Sabah. Alhamdulilah bertemu dia suatu kesempatan yang begitu membahagiakan. Kami berkongsi cerita. Ada suka dan duka yang tidak sengajakan menjadi topik perbualan. Pertindihan rasa terjadi begitu menyentuh perasaan. Begitu le gelombang dalam kehidupan. Terasa lega rancangan untuk mencatat tercipta sudah...

No comments:

Post a Comment