Tuesday, December 30, 2014

Berlaku 2014 - pasangan panda nama dalam Bahasa Melayu



Pasangan PANDA yang datang dari China itu terpingga2 berada di Malaysia. Pada 25 Jun 2014 pasangan PANDA  itu diberikan nama baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun RAzak iaitu, Xing Xing bermaksud Kemewahan dan Liang Liang bermakna Cantik. Perkataan Melayu le - juga bahasa di Nusantara. Sesungguhnya pasangan PANDA Kemewahan dan Cantik merupakan ikon hubungan antara Malaysia dan China.

Biasanya di negara ini ada saja yang tidak setuju atau tidak tenang dengan tindakan pemimpin negara. Begitu jugak dengan kehadiran PANDA di Zoo Negara walaupun ia menjadi tarikan namun timbul desas desus yang negatif. Peduli apa dengan mereka yang jiwa gelora itu. Yang jelas pasangan PANDA itu berjaya menarik 127,265 orang atau 58.5% daripada 217,746 pengunjung Zoo Negara dalam tempoh 27 Jun hingga 30 September 2014.

PANDA oh PANDA

Berlaku 2014 - kehadiran PANDA dari China



Tiba-tiba menjadi gempar. Ramai tak sabar kedatangan PANDA dari negeri China.  Pada 22 Mei 2014 tercipta sejarah dalam usaha mencantikkan  hubungan China- Malaysia. Tarikh itu tertulis diplomasi PANDA apabila pasangan panda gergasi China, FU WA dan Feng Yi dipinjamkan kepada Malaysia.  Acara peminjaman itu dibuat melalui Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi tiba di Malaysia. Namun PANDA itu telah di kuarantin selama 30 hari sebelum dipamerkan kepada orang ramai.

Sayang ribu kali saya sehingga kini saya belum berkesempatan untuk melawat pasangan PANDA itu. Kehadiran PANDA menyebabkan suasana  Zoo Negara sentiasa meriah walaupun tiket untuk melihat PANDA agak mahal.

Penantian untuk QZ8501 Airasia berakhir

Air mata keluarga mangsa mengalir dalam menanti. Kini penantian  mereka terjawab  apabila serpihan yang ditemui pada Selasa semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501  ditemui.  Lebih jelas lagi apabila mayat juga dijumpai di perairan kawasan carian berkenaan. Kecekapan pasukan SAR menemui serpihan  dan mayat dalam jangka masa demikian patut diberi pujian. Bukan mudah meredah lautan luas.


Sebar berita palsu sanggup terima padahnya


Terlalu banyak berita palsu disebarkan sempena bencana banjir. Sepatutnya berita palsu dalam keadaan susah dan bersedih tidak timbul. Bila saya membacanya di FB dan twitter  timbul rasa becni dan marah. Penyebar berita palsu dah hilang pertimbangan. Adakah mereka sudah hilang kasih sayang? Atau adakah mereka gila dengan berita palsu?

Tidak sabar menunggu tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu ini. Pihak MCMC telah mengeluarkan arahan supaya beberapa individu tampil memberi keterangan berhubung penyebaran berita palsu mengenai banjir. Nah ! jangan buang batu sembunyi tangan. Berani buat berani tanggung. Jangan pulak menuduh menjadi mangsa peraturan.


Pesawat Airasia ditemui




AZ8501  milik Airasia Indonesia telah ditemui di perairan Berlitung, Indonesia. Betapa sedih dan sendunya keluarga mangsa yang terlibat.  Ada yang pengsan kerana terlalu sedih. Setakat ini lebih 40  mayat mangsa telah ditemui terapung di air. Perasan tersentuh bila mengenangkan mayat mangsa terapung dipikul ombak. 

Seorang ibu mangsa memberitahu ketika ditemubual wartawan bahawa beliau redha dengan pemergian anaknya. Sebelum itu beliau selalu bimbang jika hujan dan ribut ketika anaknya bertugas. Sebagai paramugara, anaknya memberitahu beliau bahawa jika dia keluar bertugas, maka dia sanggup mati. Betapa kuatnya semangat dan punya komitmen yang amat tinggi terhadap tugasnya.

Mari kita imbaskan, Airasia QZ8501 hilang kononnya disebabkan mau mengelakkan awan. Ia hilang selepas 42 minit terbang di awan. Pesawat airbus Indonesia itu dari Surabaya ke Singapura. Berlepas 6.36 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya dan sepatutnya tiba di Singapura jam 8.30 pagi.

QZ8501 kini telah mencipta sejarahnya sendiri dalam dunia penerbangan...tinggal kenangan yang amat sedih.

Khasiat minyak zaiton





Saya ingin kongsikan khasiat minum minyak zaiton. Mulanya tak terfikir untuk minum minyak zaiton. Namun selepas bertemu dengan seseorang yang menjual minyak zaiton dan berkongsi maklumat  khasiat minyak itu memikat hatiku. Lalu membeli pakej minyak zaiton yang dijualnya. Saya tekad untuk mengamalkannya. Alhamdulilah ternyata khasiat minyak zaiotn itu amat membahagiakan.

Setelah meneliti beberapa tulisan saya kongsikan khasiat minyak zaiton, antaranya ialah:


i. Ia disapu pada wajah untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah.

ii. Memulihkan kulit muka berjerawat, parut atau melecur.

iii. Membantu menghilangkan sakit lutut, athritis dan sendi-sendi sakit.  Balutkan pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) dengan meletakkan minyak zaiton sebelum tidur:

iv. Membantu pesakit Leukimia. Ia dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama  40 hari.

v. Boleh membantu pesakit kanser: Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa disapu pada anggota terkena kanser contohnya; kanser otak: kepala, kanser payudara: payudara dsb.

vi Gastrik: Dibaca ayat syifa' dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

vii Masalah penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut).

viii Gangguan jin, sihir, saka, santau: Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.

viiii Boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi dengan dicampurkan dengan sedikit garam.

x. Minyak zaiton sebagai anti semua kanser,sakit jantung dan 1001 penyakit.


Moga segalanya dimakbulkan Allah swt.

Sunday, December 28, 2014

Anak Rozita Che Wan ke Eropah




Bertuahnya Aaisyah, anak comel Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin ni kecik2 lagi naik kapal terbang. Baru 50 hari Aaisyah akan menghirup udara Eropah. Emak dan bapaknya bawa jalan2. Eloklah jugak Cha Ta macam tu. Saya puji cara Che Ta yang kongsi foto anak dengan peminatnya. Dia tak sembunyi. Dia tak lokek. Lagi pun jika berkongsi foto dan aktiviti si Aaisyah pun Che Ta tak rugi apa2. Malahan peminat bahagia dan gembira serta terus mendoakan yang baik2 untuk si kecik yang comel tu.

Memang ada tak senang dengan cara Che Ta ni. Tapi sekali lagi saya sokong kerana Che Ta tak ambil kisah. Lagi pun yang buat cerita entah  apa2 tu tempah dosa kering saja. Sepatutnya masa zaman moden ni pemikiran kena terbuka. Mudah menerima. Elakkan persepsi negatif. Baru le tenang jiwa.

Tak sabar nak tengok foto Aaisyah melancong. Agaknya tempat mana yang menjadi pilihan. Eropah banyak tempat yang cantik dan menarik. Che Ta dan suami tentunya sudah rancang lokasi yang sesuai untuk mereka sekeluarga.


Cuti sekolah ditambah tak bermakna jua



Cuti sekolah ditambah. Berita ini menggembirakan  pelajar dan ibu bapa. Cuti ditambah seminggu lagi kerana bencana banjir.  Jangka masa yang agak lama jugak.  Yang jelas gembira bagi mereka yang tidak terlibat dengan banjir. Namun yang pasti mereka di  negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak dan Johor  tak gembira mana. Cuti bertmbah pun bagai tak ada makna. Mereka menjadi mangsa banjir.  Mereka telah kehilangan banyak. Harta, benda. Perasaan terdera. Malahan ada kehilangan keluarga. Mereka hanyut dan korban banjir.

Cuti sekolah dipanjangkan lagi. Bagi mereka yang kena banjir tidak ada yang gembira. Sedih tentunya  kerana peralatan sekolah telah ditenggalami banjir semuanya. Jika tak cuti pun mereka tak dapat ke sekolah. Baju sekolah sudah tiada lagi. Sekolah juga banjirrrrr. Rosakkkk

Sepasang suami isteri terkorban kerana banjir.




Betul le kata orang tua air boleh menjadi kawan dan lawan. Banjir besar mengamuk di Terengganu sehingga dua (2) mangsa terkorban. Terguris hati bila mendapat berita sepasang suami isteri terkorban dalam insiden bot karam di Kemaman. Ini disebabkan bot penyelamat yang membawa mereka terbalik. Dalam sekelip mata mereka hilang dibawa arus yang deras. Tak terbayang bagaimana kedua-duanya  menempuh  banjir itu. Jeritan mereka tak dapat didengar. Nyawa berakhir di bawa arus banjir. Kini yang ditemui hanya mayat mangsa . Alfatihah.

Banjir di Pahang dan Terengganu


Mari kita terus mendoakan semoga suasana banjir cepat pulih. Di Pahang semalam cuacanya cerah. Pagi semalam tidak hujan. Yang pasti mangsa menanti hujan redah dengan sabarnya. Doa tak putus supaya banjir surut secepatnya. Harap2 hari ini pun biarlah cuaca cerah.  Namun berlainan pula di Terengganu semalam kerana angin kencang. Ombak besar memukul pantai. Air pasang besar berlaku menyebabkan di kawasan rendah air melimpah terutama berdekatan pantai. Tentunya penduduk resah tak sudah.

Banjir masih melanda




Assalamualaikum dan salam Isnin

Minda tiba2 teringat banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Perak. Ingatan terhimbau ke sana kerana melihat keadaan cuaca di Putrajaya masih redup. Bagai ada jerebu. Suasana tak cerah. Sejuk. Gerimis di awal pagi. Apapun keadaannya suasana di negeri2 pantai timur lagi teruk. Banjir merata-rata. Ramai mangsa dipindah. Beratus pusat pemindahan dibuka. Mereka berdepan dengan dugaan yang amat besar. Rasa balas menyusuk ke jiwa. Bagaimana keadaan makan minum mangsa? Adakah mereka mendapat air minum? Yang tak sihat dapatkah bekalan ubat? Malam mereka tentukan sejuk. Bagaimana dengan pakaian mereka. Adakah selimut dibekalkan.  Aduhaiiiii amat kasian.



Monday, December 22, 2014

Nyamuk aedes tak kenal mangsa



Setiap lewat petang aku pasti sibuk tutup tingkap dan pintu. Lambat sikit dah risau jadinya. Bukan apa takut nyamuk masuk rumah. Nyamuk musuh senyap. Nyamuk pembawa denggi. DENGGI PEMBUNUH. Ramai mangsanya. Sebab itu jugak setiap menjelang maghrib aku mesti semburkan sheltok di setiap sudut rumah. Selepas itu pasangkan alat elektrik yang berkaitan nyamuk. Berjaga2 sebelum terkena. Bersihkan sekitar rumah. Musnahkan segala tekungan air. Nyamuk membiak di tempat yang bersih. 

Mari kongsi maklumat bagaimanakah penyakit ini merebak? Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema. Ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit. 

Nyamuk berupaya menyebarkan denggi dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia.  Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini. hanya mengambil masa antara empat hingga tujuh hari untuk menjadi dewasa dan bergantung kepada keadaan suhu.


Talam Dua Muka

Memang terkilan bila dapat maklumat tentang seorang M itu. Kenapa bgitu jadinya? Disebabkan wang sanggup jadi talam dua muka.Adakah andaian ini tepat? Tidak dinafikan ringgit itu punya kuasa. Ia mampu jadikan seseorang itu lupa diri. Dia ini seorang yang hebat sebab pernah berkhidmat dengan pemimpin yang hebat. Aku terkejut bila kini menjadi orang kanan seseorang dalam dunia politik. Di mana semangat patriotik sebagai seorang M? Ke mana kesetiaan kepada bangsa dan agama? Apakah nilai perjuangannya semata-mata kerana wang? Tepuklah dada dia kena analisis minda sendiri. Aku tertanya-tanya dia mau negara ini hancur ke? Menjadi pengikut dengan seseorang yang perjuangannya penuh emosi. Gerola jiwanya. Dia itu sanggup buat tanpa fikirkan nasib bangsa sendiri. Agama bagi dipandang sebelah mata. Namun ramai yang percaya Dia adalah pejuang. Terpulanglah pada individu menilaikannya. Dengar2 ini kononnya Dia itu semakin kehilangan. Kenapa begitu jadinya?. Adakah keinsafan semakin dekat dengan mereka itu? Atau semangat perjuangkan bangsa, agama dan negara kembali membara. Alhamdulilah jika gitu jadinya. Segala yang berlaku itu cabaran dan dugaan. Perjalanan di bumi Tuhan ini perlu dihadapi. Doa dipanjatkan supaya maruah agama, bangsa dan negara terpelihara. Ia adalah segalanya. Kita jangan menjadi kuda tunggangan dan akhirnya mengemis di bumi sendiri.

Sunday, December 21, 2014

Wanita pandu jet pejuang


Saya begitu teruja bila membaca tajuk di akhbar "wanita pandu jet pejuang". Ya Allah bertuahnya wanita itu punya semangat yang amat luar biasa. Kalau saya jauh panggang dari api. Apa taknya naik flight pun takut apa lagi pandu jet. Alahaiii

Ayesha Farooq berusia 27 tahun berwajah lembut dan bertubuh kecil tetapi mencipta sejarahnya sendiri apabila menjadi juruterbang pesawat pejuang wanita pertama di Pakistan. Pencapaian ini bukan perkara mudah baginya kerana beliau menyertai sekolah penerbangan ketika berusia 17 tahun. Beliau juga telah mengharungi beberapa tahun yang sukar.

Ayesha bergelar leftnan udara dan dilahirkan di Bahawalpur. Beliau menamatkan latihan untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang wanita pertama selepas berjaya menerbangkan jet pejuang buatan China, F7PG dan sebuah jet Rusia MiG21 di samping 24 rakan seperjuangan lelaki dalam Skuadron 20.

Juruterbang berjiwa kental ini anak kepada seorang doktor yang meninggal dunia ketika usia Ayesha  tiga (3) tahun. Tugasnya memandu jet tidak menghalang untuk berkahwin pada Ogos tahun lalu. Kini beliau menjadi idola ramai kanak-kanak yang mau menjadi seperti Ayesha. Moga semangat begini akan mengalirrrrr

Nikah muda



Apakah wawasan remaja yang kahwin muda. Lebih2 lagi yang  berusia  bawah 18  tahun. Adakah remaja seperti ini telah mengerti tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Bagaimana dengan persediaan menempuh alam perkahwinan? Takkan setelah berkahwin masih mengharapkan ihsan emak bapak lagi. Layari cinta dengan rasional dan bukan emosi semata.

Kini trend remaja nikah muda. Perkahwinan pada usia terlalu muda boleh menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Malahan ia menjejaskan masa depan kerana peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi jika tak  sumber pendapatan yang baik bagaimana mereka meneruskan kehidupan dan menampung pelajaran anak-anak nanti. Fikir2kan le

Sebenarnya, jika dilihat sekali imbas tiada masalah berkahwin pada usia muda tetapi suami khususnya dan isteri juga perlu tahun tanggungjawab yang dipikul. Sebelum itu, ada peraturannya, iaitu andainya  pengantin lelaki berusia kurang 18 tahun dan perempuan berumur di bawah 16 tahun , mereka perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Hakim Syarie.

Apakah erti mimpi?



Siang teringat-ingat dan malam termimpi-mimpi. Begitu juga terjadi kepada seseorang yang dilamun cinta. Ada ketika mimpi itu tiba2 terputus kerana terbangun. Maka, cepat2 nak tidur semula semata2 mau mimpi itu bersambung. Pernah kudengar ada orang tahu kononnya menafsirkan mimpi. Betulkah itu? 

Ada yang mengatakan kononnya jika seseorang wanita itu bermimpi dipatuh ular, maka kononnya ada orang nak datang meminang. suatu ketika dahulu ketika artis popular  (ketika zamannya) Mazwin Hamzah berkahwin dengan adik Sultan  Brunei, ada tersiar di akhbar kononnya nenek Mazwin pernah mimpikan ular yang dikaitkan dengan cucunya itu.  Akhirnya Mazwin berkahwin le dengan Pengiran itu - "weeding of the year".

Mari ini renungkan sabda Rasullullah SAW. Baginda menyatakan ada tiga (3) jenis mimpi, iaitu:
i) Mimpi yang datang daripada Allah SWT
ii) Mimpi berpunca daripada dirinya sendiri dan
iii) Mimpi daripada syaitan.

Apapun elakkan menjadikan mimpi sebagai sumber hukum atas asas tindakan anda. Memang tidak dinafikan mimpi itu ada ketikanya memberi petunjuk yang baik . Namun perlu diingatkan segala tindakan kita mestilah mengikut syariat Islam.

Friday, December 19, 2014

Adab dan budaya





Bahasa menunjukkan bangsa. Budi bahasa budaya kita. Kedua-dua frasa ini seharusnya diamalkan oleh seorang Pegawai Perhubungan Awam. Hakikatnya setiap orang itu menjadi Pegawai Perhubungan Awam dalam urusan sehariannya. Yang berbeza cuma skop kerja dan tempat kerja. Misalnya seorang Pegawai Pemasaran di sesebuah syarikat juga mesti mempunyai skill perhubungan awam yang baik untuk berjaya memasarkan produknya. Dia mesti mahir berkomunikasi supaya dapat meyakinkan pelanggan.

Jika dilihat dari segi perkhidmatan awam. Misalnya seorang Pegawai Penerangan Daerah memang jelas, dia hendaklah mengamalkan skill perhubungan awam terbaik bagi memudahkan segala urusan dengan semua pejabat di daerah yang berkenaan. Senjata utama dalam berurusan ada berkomunikasi dengan baik disertai dengan adab dan budaya yang indah. Ia dibantu dengan ilmu  pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi dengan penuh tertib. Dengan demikian hubungan dan kerjasama dapat diperolehi serta dikekalkan dalam melaksanakan tugas. Secara totalnya sebagai insan yang berurusan dengan orang awam dan orang ramai perlu mengamalkan budaya dan yang menggambarkan seorang Pegawai Perhubungan Awam yang beradab serta cemerlang berkomunikasi.

Berdebar dan sendu teringatkan MH370 dan MH17





Ketika dalam penerbangan ke Turki pada bulan Oktober yang lalu aku begitu berdebar-debar. Setiap kali teringat tragedi MH370 dan MH17 aku cepat-cepat membaca alfatihah dan ayat2 lain. Tidak terbayang bagaimana keadaan mereka yang berada di dalam pesawat berkenaan. Tiba-tiba jadi sendu mengenang peristiwa itu. Dalam benak fikiranku mungkin anak-anak kapal sedang sibuk menghidang makanan ketika itu. Manakala penumpang pula ada yang membaca, menonton dan mungkin ada yang tidur. Amat susah untuk melupakan tragedi menyayat hati itu. Moga roh mereka yang beragama Islam dalam kerahmatan Allah swt.

Kini mangsa MH17 seramai 298 telah selamat disemadikan tetapi bagi mangsa MH370 tidak diketahui apa kesudahannya sehingga kini. Kita masih mengharapkan ada keajaiban berlaku. Hanya Dia yang maha tahu segalanya.

Tragedi menimpa MH370 dan MH17 ini suatu memori yang begitu tragik kepada negara dan rakyat Malaysia. Setiap kali menaiki pesawat pasti berdebar dan teringat peristiwa itu. Tidak tau sampaikah perasaan ini akan berakhir.

Kehilangan MH370 masih dijejaki dan dicari sehingga sekarang. Seramai 239 penumpang termasuk anak kapal masih dinantikan kepulangan oleh keluarga tercinta masing-masing. Kemanakah MH370 itu? Apakah ada berlaku di sebalik kehilangan itu? Adakah MH370 disembunyi atau???????

MH370 dan MH17 tragedi terbesar negara 2014





Tragedi yang menimpa dua pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH#&) dan MH17 ternyata meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari setiap rakyat negara ini.  Peristiwa ini amat meruntun jiwa dan tak terlafaz dengan kata-kata.

Tarikh 8 Mac 2014 menjadi saksi pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang daripada radar pada pukul 2.140 pagi sejurus berlepas dati Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China pada pukul 12.41 malam. Bagai tidak percaya akan kehilangan itu.

Namun hingga kini pesawat Boeing 777 malang itu masih belum ditemui meskipun penerangannya telah disahkan berakhir di Lautan Hindi pada 25 Mac 2014, iaitu selepas 17 hari selepas ia dilaporkan hilang.

Gerakan mencari pesawat MH370 yang membabitkan 26 negara mencatat rekod sebagai pencarian terbesar dalam sejarah dunia. Namun belum reda dengan kesedihan akan kehilangan insan tersayang dalam peristiwa itu, negara dan dunia sekali lagi dikejutkan dengan nahas pesawat MH17. Pesawat MAS ini ditembak jatuh di wilayah Donestik, timur Ukraine yang bersempadanan dengan Rusia.

Seramai 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia terkorban dalam insiden menyayat hati pada 17 Julai 2014 ini. Pesawat MH17 ini berlepas dari Lapangan Terbang SChipol, Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur pada jam 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan ditembak jatuh empat jam kemudian.

Untuk memastikan jenazah dapat dibawa balik YAB Perdana Menteri sendiri berunding dengan keyua pemberontak , Alexander Borodai. Tindakan itu membuka mata masyarkat dunia.

Kerajaan kemudian mengisytiharkan 22 Ogos 2014 sebagai Hari Perkabungan Negara. Pada tarikh itu menjadi detak penghormatan kepada penumpang dan kru yang terkorban dalam nahas itu.

Kesemua 43 jenazah rakyat Malaysia berjaya dikenalkan pasti dan dibawa pulang untuk disemadikan oelh keluarga masing-masing.

Thursday, December 18, 2014

Adab dan budaya kita di mana dah?





"Takkan Melayu Hilang Di Dunia" dikatakan pernah diungkapkan oleh Laksamana Hang Tuah. Ia bermaksud bangsa Melayu akan kekal selama-lamanya di dunia ini. Kata-kata itu seharusnya menjadi pembakar semangat kepada orang Melayu untuk terus menempah kejayaan khususnya di peringkat  antarabangsa dalam pelbagai bidang. Kita tak perlu risau kerana inn sha Allah bangsa Melayu tidak akan hilang di dunia ini. Namun yang merisaukan kita ialah bangsa Melayu sahaja yang kekal tetapi peradaban Melayu terus terkubur. Kenapa dan mengapa?

Peribahasa "Bahasa menunjukkan Bangsa" bermaksud cara kita berbahasa menggambarkan keperibadian sesuatu bangsa itu. Nah, seharusnya konteks bahasa itu diperluas bukan sahaja dari skop cara berkomunikasi tetapi juga merangkumi adab dan kebudayaan. Ini disebabkan adab dan kebudayaan yang ditonjolkan oleh sesuatu bangsa sudah pasti mencerminkan keperibadiaan sesuatu bangsa. Ringkasnya, jika sesuatu bangsa itu beradab, maka bangsa itu juga akan dikenali sebagai bangsa yang bertamadun. Siapakah yang perlu mempertahankan ketamadunan itu?

Petua Turunkan Tekanan Darah Tinggi dan kolestrol



Pembunuh senyap. Tiba-tiba terima khabar seorang saudara atau sahabat meninggal dunia ketika menghadiri ceramah kesihatan. Kita pun tertanya-tanya dia sakit apa. Sejak bila tak sihat. Dia sembunyikan dia sakit ke? Macam-macam andaian dan tanggapan. Namun, bila dapat jawabannya saudara atau sahabat itu kena serangan jantung. Dia menghadapi kencing manis dan darah tinggi. Barulah kita tau keadaan yang sebenarnya. Namun kita pun perlu ingat ajal dan maut di tangan Allah swt.

Namun untuk menempuh kehidupan ini marilah kongsi maklumat atau petua yang mungkin boleh digunakan jika berdepan dengan masalah tekanan darah tinggi. Petua ini untuk turunkan tekanan darah tinggi. RAMASkan asam jawa dengan segelas air panas. Selepas itu campurkan satu sudu gula merah.  Minum dan bawa berehat.

Selain itu untuk turunkan kolestrol jahat - ada petua iaitu : kita mengamalkan minum sedikit minyak zaiton setiap pagi dan malam. Pastikan minyak zaiton yang asli. Inn sha Allah jika diizinkan Allah swt ia akan mujarab.

SELAMAT MENCUBA.

Jurufoto dan wartawan bagai cendawan tumbuh




Jauh berjalan luas pandangan. Banyak membaca ilmu bertambah. Teknologi media berkembang cabaran amat menduga. Lalu kerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PRO) semakin mencabar. Keinginan pelanggan begitu tinggi. Beberapa tugas perlu dilaksanakan secara segera kerana jika lambat impaknya amat tidak bagus. Kini yang menjadi cabaran utama Pegawai Perhubungan Awam (PRO) ada perkembangan teknologi siber. Penggunaan telefon bimbit menambahkan susana sekeliling kian meruncing. Kuasa di hujung jari itu ada di mana-mana.

Media siber dan kemudahan teknologi menyebabkan ramai yang menjadi jurufoto dan wartawan. Hampir setiap orang mempunyai laman sosialnya sendiri seperti FB dan Twitternya sendiri. Nah  ketika mereka menghadiri sesuatu majlis tentu akan klik foto dan upload dalam FB sendiri. Jadi secara tidak langsung mereka menjadi jurufoto dan wartawan. Ternyata kehadiran jurufoto dan wartawan tanpa wadah akhbar, majalah dan stesyen radio atau tv itu bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Impaknya menyebabkan Pegawai Perhubungan Awam (PRO) berdepan tugas "urgent" untuk "kaunter"  berita/foto  yang dimasukkan ke FB atau Twitter jika menyentuh perkara yang kurang tepat atau negatif. Di ketika ini seorang Pegawai Perhubungan Awam(PRO) itu perlu cepat dan kreatif  menggunakan strategi tertentu dan terbaik untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan.


Jumpa lagiii

Cabaran seorang Pegawai Perhubungan Awam (PRO)





Sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PRO) sudah biasa dengan tawa riang dan marah benci orang. Seolah-olah perkara yang menjadi ulang tayang sahaja perkara berkenaan. Namun PRO itu insan biasa. Ada hati dan perasaan. Emosinya jugak saling berubah. Memang tidak dinafikan bahawa seseorang Pegawai Perhubungan Awam itu mesti menamankan ciri-ciri positif atau nilai-nilai murni dalam dirinya. Antaranya ialah sabar, tenang, terbuka minda, redha, setia, berani dan tidak mudah goyah imannya.

Baru-baru ini saya diuji dalam dunia perhubungan awam ini. Memang tidak diduga sama sekali. Malahan tidak pernah terlintas pun di dalam minda. Namun segalanya berlaku tanpa sedarku. Alhamdulilah aku direstu untuk bertukar angin dalam dunia kerjayaku. Saya sering berdoa semoga segala perjalananku dipermudahkan Allah swt. Nah dalam jangka masa begitu dekat saya berada di tempat lain. Memang amat membahagiakan. Terima kasih Allah. Namun ujian tetap datang. Ada ketikanya saya begitu terharu. Saya tahu dan faham setiap yang kita hadapi dan perolehi itu tidak akan disukai oleh semua orang. Jadi kita hendaklah pintar mengawal emosi sendiri. Sewajarnya kita menjadi seorang Pegawai Perhubungan Awam (PRO) untuk diri sendiri. Dengan itu perlu dihindari diri nilai-nilai negatif seperti marah, mudah tersinggung, suka perli, mudah percaya, terlalu mudah tak puas hati, suka mencari cerita negatif, cakap lepas dan sebagainya.

Jumpa lagi untuk cabaran Pegawai Perhubungan Awam akan datang.