Monday, November 24, 2014

Melayu diperjuangkan



Jangan terlalu bencikan UMNO yang dasarnya memperjuangkan Melayu di bumi Allah ini. UMNO bingkas dan lantang memelihara kepentingan Melayu. Siapa lagi yang bersungguh2 nak jaga hak kewujudan Melayu? Adakah mereka yang sanggup buang masa semata2 nak perjuangkan Melayu. Rasanya tidak ada sampai bila2, Jadi sementara ada yang memang mau berjuang itu, maka sokong dan bantulah perjuangan itu. Jika mau perubahan lakukanlah dengan waspada. Berhati2 dalam melaksanakan inovasi demi kebaikan bangsa itu sendiri. Moga tak akan berlaku mengemis di bumi sendiri. Tauuuuu

Lihat Melayu di Singapura. Mereka perlu berjuang berteraskan kudrat sendiri. Kasiannya mereka. Mereka berdepan dengan cabaran yang amat menduga. Lantaran ledakan pembangunan, masyakarat Melayu di Republik itu kini dihantui pelbagai kemelut. Antaranya isu pendidikan, peluang pekerjaan dan agama yang terpalit dengan sentimen perkauman serta diskriminasi.  Malahan, timbul isu larangan pemakaian dan peluang memegang jawatan tinggi dalam organisai juga disekat. Perkara ini dinyatakan oleh  Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura, A Jamal Rashid ketika ditembual oleh BH.

Aku masih terpesona dengan perjuangan Tun M terhadap Melayu.....


Dah umur 40 Amelina tak perlu dangdut lagi





Amelina nak kembali berdangdut Ke? Alahai dah umur 40 tahun sepatutnya tak payah dangdut lagi. Dulu2 Amelina tinggalkan dunia dangdut satu Malaysia sibuk mencari.Ramai tertanya2. Malahan tersiar akhbar2 tempatan ruangan hiburan keluarga dia pun tercari2. Seolah2 jauhkan diri dari keluarga. Wartawan pun tak jumpa dia. Ketika itu dunia dangdut hebat.  Amelina punya pesaing yang hebat jugak seperti Mas Idayu, Shida, Haiza, Ramlah Ram dan ramai lagi. Berita kehilangan Amelina agak lama bermain di akhbar. Namun dia diam. Sepi. Langsung tak bagi respon. Last2 dapat tau Amelina kahwin.

Setelah berbelas tahun hilang tiba2 datang lagi untuk hidupkan irama dangdut ke? Rasanya macam kurang sesuai saja. Masa kini dangdut agak tidak menyenget. Cuma sesekali suka dengar lagi Datuk M.Daud Kilau. Kebetulan lagu2 M.Daud Kilau mempunyai mesej yang cantik. Manakala lagu Amelina seperti asyek dan rindu sekadar iramanya menarik.

Pernah ternampak foto Amelina bertudung. Cantikkk

UMNO perjuangkan kepentingan Melayu




Persidangan agung UMNO bermula lagi....Apakah resolusinya???

Kini ramai yang mau UMNO perlu berubah. Berubah tentang mana tu? Dasar UMNO atau orang dalam UMNO. Perjuangan UMNO amat jelas. Demi bangsa Melayu dan agama juga negara. Mana ada parti lain yang punya perjuangan demikian. Adakala saya begtiu hairan ramai orang Melayu sendiri begitu tidak suka dengan UMNO. Jadi apa lagi jika buka kalangan Melayu. Tentu mereka hairan kenapa orang Melayu sendiri tidak sayang UMNO.  Kenapa dan mengapa?  Saya tidak suka atau dengan kata lain seolah2 benci timbul ABU - asal bukan UMNO. Begitu kurang pintarnya mereka yang berkata demikian. Nah! UMNO hendaklah bermahasabah diri. Tindakan perlu cepat dan tepat.

Memang bukan mudah untuk berubah. Rasa sayang yang kental membuatkan ada pemimpin UMNO susah untuk berundur. JI\ika boleh mahu bersama2 UMNO hingga ke akhir hayat. Doa terus dipanjat supaya UMNO terus gah dan selamat. Namun kini, dunia semakin mencabar. Cinta dan saya perlukan pengorbanan. Lalu jika mahu UMNO itu hidup dan disayangi semua generasi, maka bagi peluang kepada anak-anak muda. Lahirkan pelapis yang cintakan perjuangan bangsa. Menggarapkan cinta Melayu yang utuh dan kuat. Tidak mudah terpedaya. Bercakap atas dasar perjuangan hak Melayu dan agamanya. Biar mereka tidak membenci. Jika ada yang kurang selesa dengan beberapa perkara biarlah menjadi sejarah UMNO. Elakkan sikap tamat yang ada dan ganti yang baru. Senang cakap tapi dalam perjuangan negara, ia bukan seperti tukar baju. Mereka yang tidak cukup ilmu dan penghayatan saja bersikap demikian.

Ayuhhhh teruskan perjuangan UMNO. Jangan mudah goyah dengan cakap2 kosong. Elakkan terpengaruh dengan dahyah pecahbelah Melayu. Saya sebenarnya bukan berbangsa Melayu. Bangsa saya Dusun/Bajau tapi jiwa dan semangat Melayu itu kuat membara. Cuma UMNO saja yang perjuanganya demi bangsa, agama dan negara.

Thursday, November 20, 2014

Akta Hasutan





Perhimpunan Agong UMNO tinggal beberapa jam lagi. Tentu pelbagai persediaan rapi sedang giat dilaksanakan. Teruskan perjuangan kalian wahai orang-orang UMNO. Berani kerana benar. Jangan takut buat perubahan demi peningkatan UMNO. Yang penting semuanya relevan. Perbincangan nanti biar bernas. Idea2 terbaru dengan minda terbuka hendaklah seiring. Bahannya mesti klas pertama. Jangan pandai cakap saja tauuuu.

Nah dengar2 Akta Hasutan antara perkara yang akan dibincangkan dalam persidangan berpretaj itu.  Ia wajar kerana masa itu medan terbaik untuk memberi pandangan dan cadangan yang konstruktif berkaitan masa depan Akta Hasutan 1948. Bincang dan fikir betul2 secara menyuruh orang-orang UMNO. Harga bangsa dan agama letakkan di tahap tertinggi. Negara ini perlu dijaga serapi2nya.

Tidak dinafikan dunia semakin maju. Kehidupan sosial semakin berkembang. Pengaruh media sosial begitu berkuasa sekarang. Nah!  segalanyanya ini menyebabkan berlaku perubahan. Setiap perubahan itu perlu diteliti akan keperluannya. Banyak kemungkinan dalam Akta Hasutan yang memerlukan penambahbaikan. Akta itu perlu diperkasa supaya pelaksanaan lebih gah dan rasional untuk sebuah negara yang berdaulat. Ok kita tunggu dan lihat nanti persidangan UMNO 2014.

200 nelayan Malaysia ditahan




Pihak berkuasa Indonesia menahan 200 nelayan Malaysia kerana didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara itu baru2 ini. Apa dah jadi ni?????

Penahanan itu susulan amaran Presiden Indonesia, Joko Widodo yang mahu bertindakan tegas ke atas bot nelayan asing yang menangkap ikan secara haram.

Beliau berharap tindaka itu dapat memberi mesej yang jelas kepada negara seperti Malaysia dan China.  Amboiiiii tegas sekali.

Katanya lagi, tidak perlu menahan mereka tapi karamkan bot mereka.  Itu akan membuat mereka berfikir. Namun beliau minta anak-anak kapal harus diselamatkan terlebih dahulu.

Nah wajar berhati2 semuanya yang menangkap ikan. Elak masuk kawasan orang ye

Amelina mahu kembali dangdut





Ratu Dangut Amelina mahu kembali aktif setelah 15 tahun menyepi dari dunia hiburan. Kenapa dan mengapa tiba-tiba muncul lagi? Hahaha rahsia katanya. Ada saja artis ini.  Siap Amelina minta peminatnya menghormati pendiriannya konon. Dia enggan berkongsi kisah peribadi termasuk status perkahwinan.

Amelina kini ibu kepada enam (6) orang anak. Usianya kini 40 tahun. Dia mengaku belum bertudung. Wokey le itu hak dan tanggungjawab masing-masing. Tapi tentu ada sebab dia kembali menyanyi. Masih sedapkah suaranya. Dangutnya  masih ada power seperti dulu2 ke? Entah le biasalah artis ini ketika sihat bahagia, mewah dan macam2 lagi kononnya tak mahu melibatkan diri lagi dalam bidang yang popularkan mereka. Namun ramai jugak yang cuba kembali apabila sudah menempuh episod kehidupan berumahtangga.


Monday, November 17, 2014

Apa dah jadi dengan niaga emas Tok Belagak???



Tukar emas. Niaga emas. Peluang emas. Kata2 emas. Semangat tingginya berkilau seperti emas. Namun apa dah jadi dengan niaga emas Tok Belagak? Dengar2 dia kaya raya. Bangunan besar dan klas tersendiri. seorang yang cukup baik dan mementingkan intergriti. Wakalahnya ada di seluruh negara. Aset dan wang bertimbun2 di pejabat mewah Tok Belagak.

Kini saya dengar ramai peniaga kecil2an terdampar dalam kesedihan. Mereka tak dibayar sehingga kini, Kononnya ada orang komplen sebab Tok Belagak buat luar biasa pembayaran. Betul ke tu??  Lepas dipanggil Bank Negara wakalah dia pun kata semua wang akan dikembalikan dalam bulan Disember ini. Kononnya, Tok kata mesti dikembalikan wang semua yang beli emas dengan dia. Kenapa mesti dulu begitu lama. Ada yang membeli emas sejak bulan Ogos dan September. Sewajar wang mereka boleh dikembalikan. Kebanyakan yang membeli itu pun bukannya jumlah besar. Bukan orang senang. Dengan kekayaan yang ada dengan Tok Belagak itu dia boleh bayar le jumlah ciput tu. Jika betul2 nak membantu sesama bangsa.  Tak usah le pentingkan diri saja Tok Belagak. Ada yang gunakan duit simpanan untuk beli emas dengan Tok tu. Dengarnya ada yang buat pinjaman lagi. Kasiannya mereka.

Wang KWSP dah abis sebelum bersara




Kelmarin, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang melanjutkan sehingga umur 60 tahun bagi mengeluarkan keseluruhan  simpanan persaraan dan bukan lagi pada usia 55 tahun seperti sekarang.  Adalah cadangan ini wajar dengan releven dengan keadaan anggota perkhidmatan awam yang rata2nya telah pun mengeluarkan simpanan KWSP mereka sebelum bersara. Saya sendiri telah mengeluarkan simpanan KWSP saya untuk deposit rumah kedua tahun 2002. Kini cuma tinggal sedikit sahaja dalam KWSP.

Cadangan ini sebenarnya bagus bagi mereka yang belum mengeluarkan simpanan kerana ia menampung kehidupan selepas bersara sehingga berusia 75 tahun.  Sebenarnya pencarum perlu kurangkan pengeluaran simpanan persaraan atau ia hanya dikeluarkan apabila bersara dan mencapao 100 peratus hasrat penubuhan KWSP. Nah! apabila KWSP membenarkan pengeluaran simpanan persaraan sebelum umur persaraan, ia sebenarnya menyimpang daripada matlamat penubuhan KWSP.

Kebenaran untuk mengeluarkan simpanan amat menarik minat setiap anggota perkhidmatam awam walaupun ia cuma pilihan. Jika tak dikeluarkanpun duit itu tak akan menjadi kesalahan malahan terus bertambah untuk masa depan.  Perlu diingatkan kepada mereka yang belum melakukannya biarkan duit simpanan KWSP itu tersimpan sehingga usia persaraan supaya kehidupan ketika itu lebih selesa dan mewah.

Keputusan Mahkamah Syariah tak boleh diganggu



Sewajarnya sebagai rakyat Malaysia kita mesti mematuhi Perkara 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh mengganggu perintah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah. Malahan ia perlu dihormati semua pihak bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan dalam masyarakat.

Ada perkara yang sepatutnya dibincangkan dalam Mahkamah Syariah tapi kini dibicarakan dalam Mahkamah Sivil seperti lelaki Islam berpakaian perempuan. Keputusan yang diumumkan baru2 ini boleh mengelirukan rakyat. Ia juga menyebabkan imej Islam terjejas. Apa pun perkara ini masih dalam proses rayuan dan kita cuma menunggu keputusan. Moga perkara begini memberi pengajaran untuk meningkatkan dan memperkasakan agama Islam.