Monday, October 27, 2014

Mulanya wahai Turki


Perjalanan bermula hari ini. Sejak semalam aku sudah sibuk mengemas apa yang perlu untuk dibawa. Siap buat check list akan keperluan ke Turki. Perancangan telah dibuat sejak akhir tahun lalu. Memang impian untuk melawat bumi yang bersejarah itu. Rasa tak sabar untuk menjejakkan kali di Turki. Apa lagi apabila suamiku bercerita akan keindahannya. Maklumlah dia dah melawat Turki beberapa tahun yang lalu.

Kini sedang menunggu masa saja untuk berangkat. Cuma aku kena minta tolong kawan untuk dihantar ke ERL. Suami tersayang bertugas luar pulak. Mulanya mau bawa kereta dan letak di kawasan ERL. Namun risau pulak. Terlalu lama di sana. Mujur le E bermurah hati membantu dan atas izin suamiku jua. Allah swt saja yang akan membalas budi baiknya.

Seketika tadi aku kalut sebab mangga beg tak jumpa. Abis satu rumah aku cari tapi tak jumpa. Aduhai penat jadinya. Berpeluh seluruh badan. Mujur le ada mangga lain. Baru buka dari bungkusan. Cuma tak canggih seperti yang dicari tu. Mudah2an mangga ini pun gagah menempuh perjalananku ke Turki.

Tahun baru 1436 - kecoh angkara anjing.


Alhamdulilah syukur pada Allah swt kerana aku diberi peluang lagi mengecapi tahun baru hijrah 1436.  Begitu cepat masa berlalu. Tahun berganti tahun aku pun semakin meningkat usia. Diri masih terasa terlalu kerdil. Banyak kekurangan diri. Lalu perlu belajar banyak hal lagi. Mohon pada-Mu ya Allah permudahkan aku menurut segala suruhan-Mu dan jauhikanlah aku dari segala kesusahan. Jadikan aku umat yang melaksana perkara yang membahagiakan insan.

3 Muharam 1436 hari Isnin telah ditempuhi. Pelbagai peristiwa telah berlaku dalam negaraku Malaysia. Betapa terkilannya jiwa apabila disebarluaskan kempen pegang anjing. Masyarakat berbalah disebabkan kempen yang sebenarnya buang masa.  Jika mau berkempen fikir le yang lebih berfaedah. Misalnya bagaimana mau menjaga alam sekitar. Menjadi pengguna yang berani, prihatin dan saling membantu untuk menegakkan hak pengguna. Begitu juga adalah lebih relevan untuk memupuk cintakan negara dan hak-hak seorang bayi - ramai yang meninggal di pusat jagaan.