Thursday, September 25, 2014

Tudung ala Fareeda





Amboiiii aku tiba nak beli pulak tudung ala-ala tudung Fareeda. Sebelum ini tak pernah terjentik nak beli. Tu le keinginan diri. Hanya Dia yang tahu. Dia boleh gerakkan bila2 masa.  Ini berlaku ketika jalan2 di Rantau Panjang. Macam2 jenis tudung ada di situ.  Tudung itu direkacipta dari tudung berjenama. Salinan tudung le lagaknya. Salah ke mereka? Menirukah namanya? Mereka akan didenda ke? Bukankah itu sebagai penghargaan? Entah le...

Aku tengok tudung yang Manis reka semula itu memang cantik. Ketika mencubanya ia terletak di muka. Sebenarnya aku bukan kerap beli tudung yang mahal2. Kebetulan aku jarang pakai tudung yang pakai oning keras. Susah nak jaga tudung gitu. Muka pun macam tak sesuai tapi nak pakai jugak sebab tudung Manis itu ada pesonanya. Mungkin rekaan dan harganya yang menjadi tarikan.

Tudung rekaan Manis kini dihantar ke Sarawak. Pilihan warna pun nampak menawan. Silap2 macam ciptaan yang asli. Namun aku tengok gaya jahitannya masih ada yang perlu dibaiki. Namapun dicipta semula. Hargapun  mampu dibeli bila2 masa.

Masa mengundi dah tutup



Kini masa bertenang. Masa mengundi dah tutup.  Masing2 tak sabar menunggu keputusan. Lama lagi le sebab peti2 undi masih dalam perjalanan ke pusat pengiraan undi.  Petugas2 tentu jugak berdebar kerana kiraan undi  mereka yang buat. Tanggungjawab besar tu. Sebanyak 12 DM yang kena tangani. Tentu setiap DM itu akan menghantar peti2 undi masing2 ke pusat kiraan mengundi. Satu sekolah saja dijadikan pusat kiraan undi. Insya Allah semuanya berjalan lancar.


Harap semuanya relaks. Yang bertugas di luar kini balik ke pengkalan masing2. Panas bertukar nyaman apabila berada di ruang berhawa dingin. Siapakah yang menang ini? Yang bertugas pun berdebar2 seperti jugak calon bertanding,

Masih menunggu lagi. Terus menunggu. Mungkin dalam pukul 8.00 malam keputusan diperolehi. Kini ramai duduk depan tv nak tengok keputusan PRK.

Kanak-kanak menyertai PRK




Kasian tengok si kecil ikut berbaris di tepian jalan mengibarkan  bendera dan poster. Berbadan kecil dan berkupiah. Muka mereka tenang dan sesekali tersenyum. Namun nampak mereka menahan panas. Terik sinaran mentari ketika itu. Ada yang berdiri di bawah payong tapi pancaran panas itu tetap dirasai.

Kenapa le kanak2 yang tak berdosa itu dilibatkan. Adakah mereka faham tentang PRK? Atau mungkinkah mereka dijadikan hiasan semata2. Sebenarnya mereka cuma ikut. Sang dewasa yang menggunakan kanak2 itu. Kononnya  menerapkan semangat sedari kecil. Amboiiiii

Jika ditenung2 melibatkan kanak2 bawah umur dalam acara sebegini salah. Mereka sepatutnya dijaga dengan baik dalam keadaan yang terbaik. Belum waja lagi mereka berpanas dengan PRK itu. Entah le susah jugak nak cakap.  Aduiii

Harga naik semasa mengundi -PRK




Rezeki ketika pembuangan undi agaknya. Ya memang pasti gitu. Jualan makanan laris. Namun harga agak mahal. Kami singgah beberapa gerai semuanya makanan abis. Peniagaan di kawasan mengundi dapat durian runtuh. Bekalan bahan untuk dimasakkan pun abis. Gitu le diberitahu tadi.

Kami makan nasi berlaukkan gulai ikan/ikan goreng dan seketul kari ayam serta air teh harganya RM18.00. Huhuhu tersentak jugak. Tapi faham2 saja le. Rezeki musim PRK. Sabar aja le.

Wednesday, September 24, 2014

Penjualan Telur Tiruan Di Pasaran Tempatan



Isu penjualan telur tiruan  di pasaran tempatan begitu hangat diperkatakan. Banyak maklumat disebarkan di laman sosial kebelakangan ini. Kenapa jadi seperti itu? Betulkah wujud telur tiruan di pasaran tempatan. Siapakah yang punya angkara? Telur adalah antara keperluan orang ramai.

Memang kewujudan telur tiruan ini amat menakutkan.  Apa lagi kononnya telur ini menyamai telur asli. Ramai yang runsing dibuatnya.   Mujur le KKM peka dengan isu telur tiruan dan kebimbangan rakyat. KKM  memandang serius isu ini. Perbuatan menjual telur tiruan adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 14 (1) dan 14 (2), Akta Makanan 1983 dan Peraturan 171 (1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Jadi sesiapa yang dapat maklumat boleh membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur berkenaan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri  atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my seperti yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar KP KKM baru-baru ini.

Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor




Suasana di beberapa DM agak tenang saja. Cuma beberapa orang berjalan dan berbual2 di gerai makan. Kehadiran bendera BN dan PAS gah berkibar di kawasan-kawasan berkenaan. Terdapat 12 DM - iaitu KDM Bunohan, KDM Jubakar Darat, DKM Kampung Bendang, KDM Kampung Telok Jering, KDM Kedai Geting, KDN Tujoh, KDM Kampung Geting, KDM Simpangan, KDM Kampung Tebing, KDM Kampung, Ketil,KDM Tenaga Bata dan KDM Pengkalan Kubor.

Malam ini masa terakhir untuk berkempen sehingga jam 12 tengah malam. Memang banyak lagi aktiviti dilaksanakan. Antaranya solat hajat, jumpa mesra, ceramah , lawatan dan sebagainya. Mungkin ada jugak yang bertemu secara peribadi. Selain itu, peranan media sosial pasti berterusan.

Ayuh pengundi di kawasan-kawasan berkenaan jayakan PRK ini dengan bijaksana demi sebuah amanah. Moga perjalanan mengundi esok lebih lancar dan membahagiakan dari yang sebelum

Nasi bungkus




Malam terakhir kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor menjelma. Dalam perjalanan ke bilik gerakn PRK Pengkalan Kubor tiba2 teringat untuk beli nasi bungkus kukus. Saja mahu belanja kekawan yang bertugas. Ada kalangan mereka tak sempat makan atau minum sama2 . Kasiannya mereka. Apa taknya sejak awal pagi hingga lewat malam tugas mereka di luar. Jadi malamni saya kongsi rezeki. Kebetulan malam ni ada mesyuarat kami.

PRK Pengkalan Kubor satu ujian. Setiap yang bertugas telah menggunakan sepenuh tenaganya. Perjuangan mereka demi amanah yang diberikan. Moga PRK Pengkalan Kubor membawa sinar. N 01 suatu permulaan yang penting. Segalanya bermula di sini. Ayuh gerak bersepadu dengan satu tekad dan suara yang dipenuhi cinta agung negara, bangsa dan agama. Kena semat dalam hati bahawa seribu langkah yang ada di depan itu bermula dari langkah yang pertama.

Sudi le menjamah nasi bungkus kukus nanti ye

Tuesday, September 23, 2014

Nasi Air Dingin




Nasi Air Dingin naik flight untuk dijual di Kuala Lumpur. Begitu le jika dah popular dan terbukti sedap rasanya. Lauknya biasa saja seperti ikan dan ayam. Restoran di kampung ala kadar itu tak lekang dengan pelanggan.

Nasi Air Dingin seolah2 menjadi syarat untuk yang datang ke Kelantan  kena makan. Mulanya saya tak tau pun tentang Nasi Air Dingin itu. Namun bila diajak makan saya pun ikut. Ia ternyata sedap. Disahkan lagi apabila berkumpul dengan kekawan di Bilik Gerakan JaPen ramai yang menyebut Nasi Air Dingin. Ok saya dah makan. Bisik hati keciku.

Berniaga Emas - Tok Berlagak




Semenjak dua menjak ini aku sering mendengar tentang emas. Jika dulu niaga emas ini kita boleh beli di kedai emas saja. Orang tua2 pesan beli emas untuk masa susah nanti. Emas itu boleh jual balik. Malahan ada untung lagi. Nah apa lagi emas itu kerap dihantar ke kedai pajak.

Namun sekali air bah sekali pasir berubah. Begitu jugak dengan perniagaan emas. Memang emas itu membawa tuah. Ekonomi meningkat dengan adanya emas. Kini emas jadi tarikan utama untuk mendapat wang cepat. Dengan kata lain, dapat untung lebih cepat. Apa lagi Tok Belagak le jadi tumpuan. Tok Berlagak banyak membantu orang Melayu. Melayu perlu menjadi kaya. Cepat bertindak wahai kawan2ku untuk menyertai program Tok Berlagak.

Sunday, September 21, 2014

Hikmah Kayu Manis





Membaca itu gedung ilmu....ilmu berkaitan kayu manis.
Mari kita renung sejenak  tentang SUKAR BERNAFAS.

Suasana penduduk di Amerika Selatan suka berkumur  dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis yang dicampurkan denga air suam. Ia menjadi rutin pertama pada waktu pagi bagi membolehkan pernafasan  mereka sentiasa segar sepanjang hari.

Friday, September 19, 2014

Apa khabar Rozita Che Wan




Agak lama saya tidak menulis tentang Rozita Che Wan dalam blog ni. Apa khabar dia agaknya. Moga kandungan Che Ta sihat. Yang paling penting dia bahagia bersama keluarganya. Baru2 ini saya tengok Che Ta dalam rancangan Primadona. Che Ta tetap kelihatan comel. Ada yang mengatakan bahawa sesorang wanita itu lebih cantik ketika mengandung. Memang ternyata Che Ta tetap bergaya dan jelita.

Kini  kandungan Che Ta tentu dah sarat. Mesti suaminya tak sabar menunggu kelahiran baby pertamanya. Tak kurang jugak dengan Che Ta yang berjaya membuktikan dirinya masih boleh mengandung dalam usia 40-an. Didoakan Che Ta terus sihat. Tentunya debaran semakin memuncak kini. Anak-anak Che Ta dengan bekas suami tentu gembira akan dapat adik. Apakah pulak  jantina anak Che Ta dengan suami kacaknya Zain Saidin. Kita tungguuuu



Tiba2 teringat MH17




Hati terusik. Hiba dan pilu.  Tiba2 teringat mangsa tragedi MH17. Di manakah mereka?  Apakah kesudahan kehilangan itu? Tentu semua keluarga mangsa terus tertunggu2. Kepulangan pasti yang diharapkan. Mungkin ada yang kerap bermimpi. Mari kita doakan  mereka. Doa yang berterusan tentunya. Moga roh mereka yang beragama Islam ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan diampuni segala dosa mereka.

Semalam tiga (3)  jenazah lagi kembali ke bumi Malaysia. Hampir dua bulan keluarga menunggu. Betapa remuknya hati mereka.  Aduhai insan2 yang kehilangan harap bersabar dan tabahkan hati berdepankan dugaan yang amat tragik ini. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Apa lagi apabila melihat gambar-gambar mangsa yang terdampar lokasi dalam berita atau akhbar.


Memang tak pernah terfikir MH17 akan ditembak jatuh di bumi asing. Jahatnya si penembak MH17 itu. Tak sabar menunggu hasil siasatan. Wajar hukuman bunuh sampai mati dikenakan kepada pembunuh. Tiada maaf bagimu. Apapun alasannya buang saja ke nerhaka. MH17 telah musnah dan mangsa sudah kembali kepada-Nya.

Kuih Lompat Tikam




Hari ini saya dapat pengalaman manis. Sebagai pengamal perhubungan awam pengalaman itu boleh dikongsi nanti. Ketika singgah minum di DM Simpangan I dan R membawa saya dan M minum petang. Gerai itu d kawasan lapang. Tenang saja keadaan di situ. Sayangnya, makanan di gerai itu abis. Mujur le kuih Lompat Tikam masih ada. Warna warni. Saya dan M setuju saja dengan order I. Memang mau mencuba. Sebelum ini cuma dengar nama saja kuih Lompat Tikam itu.  Sedap rasanya. Tentu resipi utama tepung, guna dan santan. Terasa juga ada kapor. Insya Allah boleh belajar buat kuih Lompat Tikam. Terima kasih untuk I dan R yang begitu prihatin mendekatkan kami dengan budaya di Kelantan ni.

Thursday, September 18, 2014

Berubah 360 darjah - DSAI (Kuasa itu berhantu)



Sekali air berubah sekali pasir berubah. Memang benar perumpamaan itu. Kebenarannya ternyata dengan diri saya. Suatu ketika dulu saya amat sayang dan tabik dengan DSAI. Bagi saya dia seorang pemimpin yangbisa mencipta tamadunnya sendiri. Namun,  kini saya seolah2 berubah 360 darjah terhadap beliau. Saya amat terkilan dengan beberapa tindakan beliau. Malahan persaan benci adakalanya menyerang diri saya apabila beliau melaksanakan misinya. Hati saya sesekali berbisik.  Dia ini jenis pemimpin apa? Kategori mana? Kenapa rosakkan kepercayaan saya dan ramai lagi di luar sana.  

DSAI seolah2 penyebab utama orang Melayu berpecah. Beliau bertukar arah dan sanggup membelakangkan bangsa dan agama demi sebuah kepentingan. Lantas kuasa itu mendorong dia terus mengutuk. Dia sepatutnya memberi satu anjakan paradigma kepada orang Melayu . Orang Melayu perlu bersatu seteguhnya. Namun, berlaku sebaliknya. Beberapa insiden berlaku yang amat memalukan. Tindakan itu menjejaskan imej Melayu. Kenapa begini jadinya?

Tertanya2 dalam hati tak terfikirkah oleh DSAI bahawa bila tersalah langkah nanti Melayu cuma tinggal nama. Andai kuasa berpindah arah Melayu bakal mengemis di bumi sendiri. Bila sesal kemudian berlaku menangis air mata darah tak berguna lagi. Aduhaiiii berjuanglah kerana bangsa, agama dan negara dengan keikhlasan yang jitu.

Kini aku hilang kepercayaan dengan DSAI. Perasaan marah dan benci saling bertindih. Dia buat refomasi di jalanan. Kononnya cara untuk menuntut keadilan dan inovasi. Auta punya cerita saja kerana ia menyebabkan kemudahan awam rosak. Pernigaan usahawan terjejas. Palin nyata ia menjejaskan imej negara. Hingga kini orang Melayu berpecah tapi bangsa lain bersatu. Mungkin ada yang di belakang senyum dan ketawa.


Ketuk Kepala Di Dinding - Pengalaman PRO



Pengalaman yang dikutip sebagai Pegawai Perhubungan Awam bukan semuanya manis dan indah. Ada juga pengalaman yang sedih dan menakutkan. Malahan terdapat pengalaman yang tidak tau dikategorikan yang macam mana. Namun apa pun jenisnya semuanya telah menjadi kenangan. Tugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam atau PRO itu suatu amanah yang amat besar maknanya.

Mari himbau cerita ini. Kisah ini mengenai seorang pegawai yang pertama kali berjumpa dengan KSU. Tentu banyak perkara yang belum tahu. Apa lagi difahami. Pegawai itu juga belum tau kerenah KSU. Dia kena marah. Saya cuma diam dan memerhatikan KSU marah. Dia hilang sabar sehingga dengan suara lantang mengarahkan pegawai itu mengentakkan kepala di dinding.

KSU  " hentakkan kepala you di dinding tu dan tengok otak you sendiri. Baru you tahu bagaimana rupanya". Amat kasar bunyinya. Kenapa le begitu lagakmu wahai wanita bijak dan perkasa. Itu bisik hatiku. Tak sangka dia berkata2 begitu kepada seorang yang baru beberapa jam bertugas dengan agensi kementerian.

Saya tak terkejut apabila pegawai berkenaan letak jawatan dalam masa 24 jam. Dalam hati  tak apa dia ada rezeki tempat lain. Aku kasian dia kena marah seperti itu. Sebagai Pegawai Perhubungan Awam aku tak boleh memihak mana2.  Aku terus diam dan meneruskan tugas.

Sedapnya mee patthai




Pengalaman yang amat bergunaku  ketika berada di bumi Kelatan ini antaranya makan mee patthai. Memang sedap. Sedapppp sangat2. Pertama kali dengar dan tahu akan mee itu. Rasanya ada masam2 sikit tapi memang secukup rasa. Teringin untuk makan lagi. Meenya berkuah. Ada udang dan ayam serta sayur. Tidak berminyak. Boleh dikategorikan makanan sihat.

Bila terkenang mee patthai ini bagai keluar air liur. Teringat rasa masamnya  meresap di lidah. Kuahnya sayup2 mengalir di leher. Memang menggoda seleraku. Bagi yang datang ke Kelantan silanya makan mee patthai ini ok.

Mundok - kau membahagiakan



Mundok oh Mundok. Apa yang ada di sana????? Iza kata kena naik sampan. Ya ke? Amboi macam berada di Venice pula ada gondolan. Tak sabar memang tak sabar sampai ke Mundok itu.  Namun kami perlu sarapan dulu. Bila perut kenyang senang berjalan.

Selesai sarapan nasi kerabu ( berdekatan tempat tinggal kami) tanpa banyak bicara kami berangkat ke Mundok. Aku terus tertanya2 bagaimana keadaan di Mundok itu. Memang tak pernah terdetik dalam mindaku akan menjejakkan kaki ke kawasan  itu. Berdebar2 juga.  Apa nak dibeli di tempat itu. Kebetulan duit tak banyak mana dalam tangan. Sedang dalam hati macam2 mau beli.

Akhirnya kami tiba di tepian sungai dan naik sampan. Sekali lagi berdebar2. Risau kerana sampan berkolek. Air sungai mengalir lembut.  Kelihatan banyak sampan. Alhamdulilah rezeki tukang sampan banyak hari ini. Lebih kurang sepuluh minit kami jejak kaki di Mundok. Amboiiii gila pandangan mata. Macam2 ada. Baju, tudung, seluar, cadar, perkakas dapur, makanan dan sebagainya. Murah harganya. Warna warna di mana-mana. Amat pesona. Belum jauh perjalanan dah terdetik dalam hati mau datang lagi. Aduiiii jiwaku.

Menurut iza biasanya bukan mudah nak masuk ke Mundok. Tapi sejak akhir2 ini kawasan itu dibuka untuk dilawati. Itu rezeki namanya. Aku bersama HI, D, M, J, R dan I diberi peluang untuk berkunjung ke bumi itu. Alhamdulilah dan syukur pada Allah swt. Segala tak dirancang. Kedatangan ke sini kerana tugas. Namun seperti kata pepatah menyelam sambi minum air. Sesekali kena ambil batu lagi. Kesempatan yang Tuhan anugerah itu hendaklah digunakan sepenuhnya.


Wednesday, September 17, 2014

Kosmatik ada racun



Ramai wanita kalah disebabkan nak cantik. Mereka mahu mencuba produk di pasaran disebabkan faktor kecantikan. Awas jangan disebakan nak cantik sanggup menggunakan bahan beracun. Masa kini terlalu banyak bahan kosmatik di pasaran yang menggunakan bahan dicampur racun. Tujuannya untuk mendapat hasil yang cepat. Bila panas di pasaran tentu keuntungan akan berlipat kali ganda.

Ketika bertugas di Kementerian Kesihatan saya menerima seorang pengadu. Memang tugas Pegawai Perhubungan Awam mendengar aduan dan membantu apa yang patut Dia wanita bergaya dan punya personaliti yang menarik. Sayangnya, dia bertahun-tahun tertekan kerana percayakan bahan kosmestik yang diperkenalkan oleh kawan.  Kosmestik itu menyebabkan dia  berdepan dengan kerosakan muka yang bertahun-tahun dan tentunya membelanjakan wang yang bukan sedikit untuk memulihkan mukanya. Bagai nasi menjadi bubur.

Saya amat kasian dengan wanita dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Sebanyak tiga kali dia datang bersama suami. Mereka membawa semua bahan2 berkaitan. Perbincangan dengan pihak berkenaan pernah diadakan. Namun yang menjadi pengajaran kepada saya ialah semangat wanita itu yang tak pernah berputus asa. Dia terus berjuang dan berjuang. Cuma saya tak pasti apa perkembangan beliau sekarang....

Media sebagai saluran dakwah

Dalam pembangunan pesat ini, memang tidak dinafikan media massa terus relevan dengan kehidupan masyarakat sejagat. Malahan media massa sering kali dianggap sebagai sumber berita, maklumat, hiburan dan santapan rohani serta terdapat dia mana saja dalam kehidupan moden ini. Oleh itu, media massa merupakan saluran atau medium amat berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam industri media massa bermula 1980-an lagi. Satu jangka masa yang agak lama dan telah dikecapi oleh tiga kelahiran generasi, iaitu kelahiran 80-an, 90-an dan 20-an. Kemunculan pelbagai bentuk dan saluran media massa pada masa kini sama ada media cetak atau elektronik membuktikan perkembangan dan kepesatan ilmu dalam masyarakat. Secara tidak sedar media juga berpengaruh besar dalam kehidupan masyarakat seperti politik, ekonomi mahupun sosial.

Justeru itu, media massa memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting dalam membentuk pemikiran rakyat. Inovasi minda juga berlaku disebabkan pengaruh media. Setiap hari ada saja berita-berita atau rencana yang disiarkan dalam media massa yang mempunyai keupayaannya tersendiri. Keberkesanan sesebuah berita adalah hasil kepekaan wartawan dan kebijaksanaan editor menilainya.

Kini ternyata saluran televisyen terutamanya banyak menyiarkan maklumat yang mempunyai sasarannya masing-masing. Sebagai contoh TV Hijrah, NTV7, TV3, TV1 dan TV2 yang masing-masing menyiarkan rancangan yang pelbagai dengan pendekatan yang berlainan. Setiap penerbit mempunyai visi dan misi yang dilaksanakan. Apa yang perlu ditekankan di sini adalah maklumat yang disebarkan itu hendaklah mengambilkira tanggungjawab mendidik masyarakat. Maklumat yang dihebahkan mestilah ke arah kebaikan dan bukannya kemungkaran. Ada disebutkan bahawa Rasulullah SAW meletakkan beberapa prinsip dalam menyampaikan dan menerima sesuatu berita.

Sabda beliau yang diriwayatkan Imam Muslim yang maksudnya, "Sesiapa menyampaikan daripadaku hadis yang kelihatan dusta, maka dia salah seorang pendusta".  Lalu ditekankan bahawa prinsip pertama, berita disampaikan itu hendaklah berdasarkan kebenaran melalui fakta dan bukti yang jelas. Berita yang berbentuk sangkaan dan gosip hendaklah diedarkan demi kebaikan sejagat.

Sifat berhati2 untuk menghasil dan menyebarkan sesuatu berita itu adalah untuk mengedarkan pergaduhan dan perpecahan sesama Islam itu sendiri. Prinsip kedua, ialah media massa hendaklah berpegang kepada amal makrup nahi mungkar demi kebaikan. Makanya, media massa perlu memainkan peranan untuk mendidik dan bukannya kemungkaran serta kerosakan.

Selain itu, media juga sebagai pemangkin untuk mengeratkan hubungan erat dan murni. Malahan, berita itu jugak menjadi ilmu dalam mengharungi kehidupan sebagai insan. Mereka boleh berkongsi maklumat dan membentuk kesepakatan sehingga lahirlah ikatan persaudaraan yang indah.