Thursday, June 26, 2014

Corat coret - Cabaran dunia Pegawai Perhubungan Awam



Perhubungan Awam itu amat luas. Berhubung dengan manusia atau berkomunikasi dua hala demi mendapatkan maklumat. Penggunaan bahasa dan ayat-ayat yang indah. Bila bercakap hendaklah senyum atau manis muka. Keterampilan yang kemas dan cantik (universal cantik itu). Mungkin juga sedap dan selesa mata memandang. Saya beranggapan macam itulah antara tatacara diamalkan ketika melayari tugasan sebagai Pegawai Perhubungan Awam.

Sesungguhnya, ketika mula terlibat dengan bidang perhubungan awam ini saya tak menyangka perkara-perkara negatif. Maklum le pengalaman amat kurang. Memang le setiap tindakan atau tugasan yang dilaksanakan ada unsur perhubungan awam. Namun segalanya itu berlaku tanpa sedar.  Setiap perlakuan itu perlu dijaga demi imej yang baik. Imej melahirkan keindahan di hati dan mata pelanggan.  Dapat mewujudkan rasa senang dan suka berhubung dengan seorang Pegawai Perhubungan Awam itu merupakan pencapaian yang diimpi-impikan dalam dunia komunikasi dua hala ini.

Sepanjang berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Awam ini antara pengalaman yang dapat dicoretkan untuk dikongsikan ialah, ketika mula-mula mengurus penerbitan Buku Laporan Tahunan KEKKWA. Saya memang tidak ada pengalaman berkaitan buku berkenaan sebelum ini. Bagaimana saya bersama PRO (sambilan)yang lain cuba juga membuat dummy. Dummy itu ditunjukkan kepada KSU. Dia tidak puas hati. Lantran itu, KSU pun membawa saya dan seorang lagi PRO (sambilan) untuk menemui Yasmin Ahmad (kini arwah). Itu le pertama kali saya berjumpa dan  berbincang dengan pengarah filem itu. Betapa terujanya saya ketika itu. Tak sangka KSU membawa kami berjumpa dia semata2 untuk menyiapkan buku laporan tahunan. Agak mengambil masa yang lama perbincangan kami.  Sayangnya, KSU tidak menunjukkan dummy buku itu kepada beliau. Saya memang hairan kenapa buku itu diletakkan di bawa punggungnya. Sebelum itu dikepitnya. Saya terus meneka2 macam2 ketika itu.

Dalam perjalanan pulang KSU menyatakan harga untuk mencetak buku itu agak mahal. Beliau tidak mau membazir. Ya Allah gitu rupa2nya. Beliau mau yang berkualiti dan mewah pendekatannya tapi harga mesti murah. Penat minda saya.....

Wednesday, June 18, 2014

Coret coret Pegawai Perhubungan Awam


Assalamualaikum kekawan Pegawai Perhubungan Awam

Mari kita kongsi beberapa cerita perihal berkaitan Pegawai Perhubungan Awam (PRO). Kisah ini mengenai seorang yang  mengaku dirinya perpect dalam kehidupan dan pekerjaannya. Memang wujud manusia seperti ini. Depan belakang dan kiri kanan memang ada orang seperti ini. Saya seolah2 jadi muak dan hilang pertimbangan dengan kerenah yang entah apa2 itu. Saya cuba bertahan. sabarkan hati dan diri. Mungkin inilah cabaran masa kini seorang Pegawai Perhubungan Awam. Berkali2 didengar.  Dia mengaku biasa buat kerja perhubungan awam. Bertahun-tahun bekerja dengan media. Pengalaman berpuluh tahun. Mengenai ramai orang. Pakar dalam kiraan nombor. Biasa buat audit. Tau buat aturcara pentadbiran. Boleh bagi ceramah dengan baik. Mahir dengan subjek matter kerjanya. Amboiiii semuanya ada klas. Senafas ditulis. Cuma saya tersentuh apabila sering mendengar komen negatif tentang Pegawai Perhubungan Awam di sini. Banyak kerja yang berjaya dibuat. Namun yang kurang baik itu baik ditonjolkan.

Memang le boleh bercakap. Itu tak dinafikan. Ada idea jugak. Sudah pasti gitu sebab dah lama bekerja. Cuma saya tersenyum bila kerap sangat saya dengar tentang istilah. Istilah itu ialah 1 husband 5 wife. Saya masih belajar dan mencari ilmu. Ada juga pengalaman belajar subjek kewartawanan di ITM kini UiTM Shah Alam. Yang saya jumpa ialah 5 W 1 H (what, when, where, who,  why and How). Perkara ini memang istilah yang popular ketika belajar kewartawanan. Seseorang yang terlibat dengan komunikasi perlu tahu 5W 1H. Jika tak tau boleh keluar pandang le .

Seorang PRO dan mengendalaikan komunikasi dalam organisasi perlu bersikap nuteral, peramah dan mesra serta boleh berkomunikasi dengan baik. Malahan boleh memberi motivasi yang terbaik. Bila berhubungan orang atau kekawan akan suka. Malahan akan menjadi rujukan. Ada juga menjadikan dia seorang idola.

Bersambung...

Tuesday, June 17, 2014

Ilmu siber perlu untuk elakkan masalah sosial


Perkembangan teknologi amat pesat. Kemudahan maklumat begitu canggih. Cabaran untuk minda memerlukan kekuatan diri yang bukan sedikit. Ini disebabkan maklumat positif dan negatif berada di hujung jari. Dunia tanpa sempadan. Jika tidak pandai membawa diri boleh hanyut dengan kemudahan maya siber.

Dengan itu, ilmu pengetahuan mengenai jenayah siber amat perlu. Ia sebagai bentang utama untuk setiap insan di muka bumi ini terutama kanak-kanak dan remaja di negara ini. Perkembangan alam siber begitu  mencabar. Penyebaran maklumat pantas. Kalangan anak-anak muda perlu dididik supaya bijak membuat kajian dan meneliti kesahihan maklumat terlebih dahulu bagi memastikan mereka selamat dari segala ancaman dan peengaruh. Mereka juga perlu memastikan maklumat itu benar atau fitnah.

Tanpa ilmu yang cukup dan terkini kanak-kanak dan remaja boleh hanyut. Ini disebabkan banyak kes yang membabitkan pengguna media sosial  di alam siber dilaporkan malah, ia sekali gus mengundang terhadap masalah kerosakan sosial. Ini disebabkan cara penggunaan internet yang tidak bertanggungjawab. Terdapat juga kalangan remaja misalnya hilang budaya bahasanya. Malahan ada yang lebih memilih untuk berkomunikasi denga gajet sahaja.

Perlu bersedia dengan ilmu yang cukup untuk mengelakan jenayah siber. Berfikir dahulu secara rasional dan bukan mengikut emosi ketika melayari internet adalah tindakan bijak untuk mendapatkan impak yang terbaik untuk diri sendiri dan masyakarat serta negara.

Aj/media sosial

Corat coret Pegawai Perhubungan Awam 1


Terlalu banyak dugaan. Cubaan tindih menindih. Melaksanakan tugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam atau lebih dikenali sebagai PRO. Ia tidak semudah zaman dulu. Perkembangan teknologi menjadikan tugas PRO itu lebih susah. Lebih mencabar minda dan jiwa. Saya begitu  teruja berdepan dengan beberapa insiden dalam tahun 2014 ini. Mungkin inikah cubaan? Inikah dugaan?

Pegawai Perhubungan Awam itu perlu kuat dan tabah. Sekali tercebur perlu diharungi segalanya. Marah dan sindiran bagai aur dan tebing dalam melaksanakan tugas PRO. Saya telah berdepan dengan pelbagai kerenah ketua atau bos sepanjang menjadi Pegawai Perhubungan Awam ini. Kementerian pertama saya ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan Awam ialah di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWA). Ketika ditukarkan ke KeKKWA saya rasa begitu kerdil. Tidak ada pengalaman langsung sebagai Pegawai Perhubungan Awam di kementerian. Kebetulan saya bertugas dengan Ketua Setiausaha (KSU) yang amat garang.

Ketika mula2 melapor diri di KeKKWA saya begitu berdebar.  Apa tidaknya belum duduk KSU sudah melepaskan suaranya dan memberi komen tentang PRO sebelum ini. Mukanya garang. Berambut pendek. Duduk sahaja di depannya, KSU terus bertanya tentang tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.  Saya cuma mengiyakan cakap dia. Dia siap tulis dan itu arahannya yang pertama untuk saya siapkan. Aduiii...ketika melapor diri saya minta penangguhan selama dua minggu kerana banyak tugas yang perlu diselesaikan tapi KSU cuma bagi seminggu sahaja. Saya kena akur sahaja.

Mujurlah PA kepada KSU itu begitu baik dan peramah. Dia memberi maklumat dan penerangan yang amat bagus. Malahan dia sempat memberi motivasi kepada saya. Kini PA itu menjadi kawan baik sehingga sekarang. Beliau ialah Puan Rozita Abu Hassan. Saya banyak berurusan dengan beliau.

Bersambung...

Pegawai Perhubungan Awam



Profesional sebagai Pegawai Perhubungan Awam tidak seindah seperti yang diucap. Pegawai Perhubungan Awam atau lebih dikenali sebagai PRO telah mencipta sejarahnya tersendiri. PRO kerajaan sering dikaitkan dengan kader yang dibekalkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sejak tahun 1970-an lagi. Ramai kalangan PRO di Jabatan Penerangan ini keluaran Institut Teknologi MARA (ITM) kini dinaikkan sebagai Universiti Teknoknogi MARA (UiTM). Selain itu ada juga PRO kelulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UMM) dan lain-lain (disebut sebahagian sahaja).

Suatu ketika dahulu Pegawai Perhubungan Awam ini sering dikaitkan dengan personaliti glamor dan bergaya. Kononnya sebagai PRO mesti cantik. PRO perlu bersolek. Rambut menghurai dan harum mewangi. Malahan ada rambut diwarnakan lagi. Identiti seperti ini banyak terdapat di kalangan PRO dari badan2 korporat. Namun tidak dinafikan PRO kerajaan juga ada berperwatakan demikian. Ketika mula2 masuk kerja di Jabatan Penerangan, saya begitu segan berdepan dengan beberapa orang  PRO yang amat cantik dan bergaya di mata saya.

Sebelum melaksanakan tugas PRO sering saya mendengar bahawa tugas-tugas PRO banyak berurusan dengan Ketua Setiausaha, YB Menteri, Ketua Pengarah, CEO dan  macam2 jenis orang besar. Malahan ada yang berurusan terus dengan Perdana Menteri. Woww betapa klasnya tugas PRO itu. Namun saya tidak begitu berminat untuk menjadi PRO ketika itu. Pernah terlintas dalam hati, sekiranya suatu hari saya diarah menjadi PRO kemungkinan saya akan mencari kerja lain. Entah kenapa saya berpandangan demikian. Memang tidak terniat langsung untuk menjadi Pegawai Perhubungan Awam. Ketika belajar saya menjadi majoring kewartawanan. Namun kawan baik dan karib saya seorang siswa majoring  Perhubungan Awam. Sehingga kini kami masih rapat dan mesra.

Cerita akan disambung....