Tuesday, April 1, 2014

Leher dikelar ketika solat

DIKELAR Macam-macam boleh berlaku. Antaranya seorang jemaah telah dikelarkan lehernya ketika solat maghrib. Mangsa seorang mekanik. Seram dan takut dibuatnya. Insiden ini berlaku di Tampoi. Kawan makan kawan. Mangsa dengan lelaki itu berkawan baik. Menurut laporan di akhbar Harian Metro lagi selepas kelar leher lelaki itu sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf. Memang menakutkan. Mangsa meninggal di masjid berkenaan selepas beberapa minit. Mujur le mangsa ditemui di beranda masjid. Mungkin memang amat parah. Kenapa le jadi seperti itu. Namun ada saksi yang nampak semasa solat Asar kedua-duanya bergaduh. Tiada siapa yang pasti sebab mereka bergaduh. Cuma yang memudahkan ialah dia mengaku melakukan perbuatan itu. Senjata yang digunakan masih berada di kawasan masjid dan tidak disembunyikan. Kedua-dua mereka bekas pesakit Hospital Permai. Mangsa itu baru berkahwin dengan seorang bekas peaskit di hospital berkenaan.

Disuruh cepat kahwin sebab GST

Saya geli hati apabila seseorang beritau ada seorang kawan tu bagi amaran supaya sesiapa nak kahwin kena cepat2 sebelum 2015. Aduii apa sebab tiba2 mesti pulak kahwin dalam tahun 2014? Zahir batin bakal pasangan sudah sedia ke? Segala persiapandah ok ke? yang penting jugak duit dah cukup ke? Telik punya telik rupa2nya seseorang itu takut dengan GST. GST akan mula dilaksanakan tahun 2015. Kasian betul rakyat Malaysia ini sampai sekarang tak faham2 apa itu GST. Masih ramai yang prasangka GST itu menyusahkan. Malah ramai yang mengatakan GST itu menyebabkan harga akan naik. Harap2 gunakan sedikit waktu untuk membaca dan memahami dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan. GSt telah lama digunakan di peringkat antarabangsa. Malu le menjadi rakyat jika tak mau mengikut perkembangan semasa. Mungkin itu seseorang itu memang pengkritik yang songsang. Atau memang dia jenis yang bantah program atau dasar Kerajaan. Nah dia sanggup menakutkan rakyat dengan pelaksanaan GST. Susahlah jika ramai macam seseorang ini. Dia menutupkan minda untuk suatu yang baru. Hatinya penuh dengan prasangka. Tak kan disebabkan pelaksanaan GST tahun depan semua bakal pengantin jadi kelam kabut kahwin tahun ini. Sebenarnya GST itu lebih baik dari sistem sukai sekarang ini. Cepat2 le berubah untuk menerima sesuatu yang lebih baik dari sekarang. Buka hati dan minda bahwa Kerajaan tak berniat untuk susahkan rakyat. Pelaksanaan GST itu pun adalah untuk kebaikan rakyat di negara ini. GST memihak kepada rakyat dan hak kepenggunaan terpelihara jika semuanya faham dan bekerja. Bagi peniaga jangan jugak takut dan risau dengan GST. Setiap yang berniaga dan perniagaannya memang layak dikenakan GST kena le redha. Jangan asyek nak untung saja ye. GST itu untuk kebaikan semua tauuu. Jadi bagi mereka yang ada niat nak kahwin jangan takut dengan GST ok. Elakan terpengaruh dengan mereka yang minda tertinggal ke belakang. Nak kahwin tahin 2014 itu tak salah tapi bukan disebabkan amaran sesiapa. Begitu juga yang nak kahwin tahun depan tahun seterusnya tak ada masalah walaupun ketika itu sudah dilaksanakan GST.