Wednesday, March 26, 2014

MH370 berakhir di Lautan Hindi

Bagai tak percaya apabila MH370 dilaporkan berakhir di Selatan Lautan Hindi. Ramai belum dapat menerima akan kehilangan MH370 di kawasan laut yg jauh terpencil itu. Hati tertanya2 bilakah MH370 terhempas di Lautan Hindi? Tragidi ini amat mengemparkan. Ahli keluarga penumpang dan krew amat sedih dan kehilangan. Namun mereka sentiasa dibeti sokongan moral. Namun perlu kita sedari siapalah kita melawan kehendak Allah swt.

Monday, March 24, 2014

Ibu penumpang MH370

Penumpang MH370 terdiri daripada pelbagai bangsa. Kehilangan MH370 ditangisi oleh semua walaupun bukan keluarga. Saya pun amat terasa akan kehilangan MH370. Salah seorang yang kehilangan anaknya ialah Liu Guiqui. Beliau tidak memahami bahasa Melayu ketika berada di negara ini. Dia juga menafikan tidak dikasari polis. Malahan katanya, ada yang memberitahu pihak polis berada di situ adalah untuk melindungi diri. Begitu yakin wanita China ini dengan kehadiran polis Malaysia.

MH370 yang hilang

Kehilangan MH370 masuk hari ke-16. Misi pencarian kini di Koridor Selatan. Ia disertai oleh kapal Ocean Shield milik tentera laut Australia. Kapal itu dilengkapi jentera kawalan jauh yang berupaya menyelam ke dasar laut. Sehingga kin Australia belum menemui objek yang boleh dikaitkan dengan MH370. Rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa khususnya keluarga masih menunggu dengan penuh harapan supaya mereka selamat. Moga begitu le. Segalanya di tangan Allah swt. Tidak hairan berlaku keajaiban. Kini ada penemuan palet kayu kargo, tali pengikat dan imej objek di koridor selatan. Namun segalanya masih dalam pencarian.