Wednesday, January 8, 2014

wanita derita - bekas pelakon derita

Wanita itu memang cantik lawa. Namun, wajah jelita dan menarik serta susuk tubuh menawan mendatangkan bahagia jika tidak pandai menjaganya. Malahan tanpa tindakan yang bijaksana badan pasti merana ditimpa derita berpanjangan. Begitulah yang terjadi kepada seorang janda cantik lawa yang dulunya seorang pelakon, 32 tahun. HM melaporkan Zue kini dalam ketakutan kerana diperangkap teman lelakinya dalam seindiket pengedaran dadah. Ketika mula berkenalan teman lelakinya itu berjanji untuk menyaranya dua beranak. Dia juga berjanji untuk membantu menubuhkan akademik tarian. Malahan, dia berjanji untuk mengahwini wanita itu sehingga sanggup tinggal bersama tanpa ikatan berkahwin. Kini baru dia tau lelaki itu cuma cakap kosong. Wanita itu telah sedar cuma diperalatkan untuk kepentingan dirinya dan dadah. Dia mau berpisah dengan teman lelakinya sehingga menimbulkan kemarahan lelaki itu. Tindakan itu menyebabkan dia diugut dan kiriman pelbagai kiriman sms yang menyebabkan wanita malang itu dalam ketakutan. Mujurlah dia telah membuat laporan polis. Jadi berhati-hatilah wahai para wanita dengan janji manis palsu sang lelaki.