Sunday, December 21, 2014

Wanita pandu jet pejuang


Saya begitu teruja bila membaca tajuk di akhbar "wanita pandu jet pejuang". Ya Allah bertuahnya wanita itu punya semangat yang amat luar biasa. Kalau saya jauh panggang dari api. Apa taknya naik flight pun takut apa lagi pandu jet. Alahaiii

Ayesha Farooq berusia 27 tahun berwajah lembut dan bertubuh kecil tetapi mencipta sejarahnya sendiri apabila menjadi juruterbang pesawat pejuang wanita pertama di Pakistan. Pencapaian ini bukan perkara mudah baginya kerana beliau menyertai sekolah penerbangan ketika berusia 17 tahun. Beliau juga telah mengharungi beberapa tahun yang sukar.

Ayesha bergelar leftnan udara dan dilahirkan di Bahawalpur. Beliau menamatkan latihan untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang wanita pertama selepas berjaya menerbangkan jet pejuang buatan China, F7PG dan sebuah jet Rusia MiG21 di samping 24 rakan seperjuangan lelaki dalam Skuadron 20.

Juruterbang berjiwa kental ini anak kepada seorang doktor yang meninggal dunia ketika usia Ayesha  tiga (3) tahun. Tugasnya memandu jet tidak menghalang untuk berkahwin pada Ogos tahun lalu. Kini beliau menjadi idola ramai kanak-kanak yang mau menjadi seperti Ayesha. Moga semangat begini akan mengalirrrrr

No comments:

Post a Comment