Wednesday, February 20, 2013

"Gila " rumpai laut untuk cantik

Kolagen berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan. Kini ramai yang obses kolagen. Apa saja produk boleh memjanjikan kekal cantik dan awet muda pasti menjadi tumpuan wanita. Produk ulam-ulaman hingga yang terkini kolagen daripada rumpai laut menjadi kegilaan. Tak apa kerana ia menandakan wanita peka dengan diri mereka. Kini aku dapat rasakan bahawa musim ini menyerang "demam" atau"gila" rumpai laut demi untuk kolagen. Rumpai laut dapat meningkatkan sistem kolagen dalam badan untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan. Ia bagai satu perlumbaan untuk mendapatkan pembekalan kolagen bersumberkan hasil alam. Seorang pengusaha Spa d'Daun, zalina Ibrahim menyatakan bahawa beliau sendiri mencuba rumpai laut sebagai minuman tambahan untuk melihat khasiatnya. Selepas dua bulan menggunakannya berlaku perubahan pada kulit wajah dan kesihatan badan. Beliau merasakan struktur kulit mukanya semakin anjal dan tegang. Malahan, jika mengambil rumpai laut dengan konsisten ia juga memberi tenaga kepada badan supaya kekal sihat dan bertenaga. Produk rumpai laut katanya, mula dijual di spanya sejak 2011 dan mendapatkan sambutan pelanggan. Kebanyakan pelanggannya memberi tindakbalas yang baik selepas menggunakan dua minggu atau sebulan produk rumpai berkenaan. Produk ini juga terjamin keselamatannya kerana tidak mempunyai bahan kimia dan rumpai laut adakah bahan alami. Rumpai laut menjadi tumpuan kini. Boleh dikatakan ramai khususnya wanita demam atau gila dengan rumpai laut. Semua mampu membeli kerana harga rendah di pasaran. Namun buat masa ini tidak ada satu standard harga untuk rumpai laut. Adalah lebih baik para pengusaha rumpai laut menetapkan harga produk itu di pasaran. Terdapat dua warna rumpai laut iaitu warna kuning dan ungu yang mempunyai khasiat sama. Tetapi warna ungu lebih mahal sedikit kerana ia susah untuk diperolehi berbanding warna kuning. Rumpai ungu juga lebih berbau ketika diproses yang cuma mengambil sedikit masa saja untuk menyediakkannya.

Suami bekas tunang tak salahkan Fizz Fairuz

Ramai yang terkejut Fiz Fairuz bertunang dengan isteri orang. Macam tak percaya tapi memang berlaku. Dalam akhbar Harian Metro suami wanita - bekas tunang Fiz berjumpa dengan Fizz Sabtu lalu untuk menjelaskan hal sebenar. Pujian patut diberi kepada si suami itu kerana bertindak rasional. Malahan sanggup berdepan dengan bekas tunang isterinya itu. Dia cuma mahu dikenali sebagai Ramli yang berusia lingkungan 40-an. Ramli menyatakan dia cukup kenal dengan isteri keduanya itu yang "sakit" selepas lapan bulan hilang ingatan. Kenapa begini jadinya? Jika benar, kasian wanita cantik itu. Malahan Ramli memohoh supaya orang ramai tak menyalahkan Fizz. Fizz telah dianiaya dan dimalukan oleh isteri keduanya itu. Memang macam tak masuk akal wanita itu sanggup menipu yang mengaku dirinya belum berkahwin. Mujur le empat hari selepas bertunang' kawan kepada adik wanita itu memberitahu kedudukan sebenar tunang Fizz dan dia memutuskan ikatan pertunangan yang dibuat 10 Februari yang lalu. Mereka bertunang cuma 4 hari. Tindakan wanita berusia 26 tahun itu bagai berani mati kerana sanggup bertunang walaupun isteri orang. Mungkin dia tertekan disebabkan kerenah suami dan kedudukannya sebagai isteri kedua. Dia menjadi mangsa perkahwinan tak restu ke? Menurut Ramli, mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertama serta keluarga (keluarga isteri kedua).Perkahwinan itu tidak didaftarkan di negara ini. Disebabkan itu, walaupun mereka suami isteri Ramli jarang berjumpa dengan wanita itu kerana dia bimbang perkahwinan itu diketahui isteri pertama. Apa punya lelaki le macam Ramli ini. Berani buat tapi takut tanggung kesalahannya. Kini bagaimana agaknya penerimaan keluarga wanita itu? Tentunya wanita itu tak keruhan jadinya. Kasian.... Ternyata Ramli tidak menyalah Fizz walaupun wanita itu kini masih sah sebagai isterinya. Menurutnya, dia tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serat kenderaan. Namun, mereka jumpa cuma beberapa kali sahaja dalam sebulan. Dia faham mungkin isterinya itu kesunyian kerana kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah.

Tuesday, February 19, 2013

Ciannya Almy Nadia

Memang betul dalam berkasih itu dugaannya banyak. Jika tak sabar boleh tersadai tengah jalan. Apa lagi bila dah bertunang lagi le perlukan sabar. Orang kata darah manis. Almy Nadia berkasih dengan Fiz Fairu masuk 7 tahun. Masa yang lama tapi mereka tak bertunang pun walau pun media sering bertanya. Hal2 merisik dan bertunang ini banyak bergantung kepada lelaki. Lelaki yang buat kata putus. Begitu le juga dengan Almy dia sering menjawab segalanya terserah kepada Fiz Fairuz. Tup2 dia bertunang dengan orang lain pulak! Memang kecoh tapi dia kata komen ketika itu. Apa dah jadi ni Fiz??? Kenapa sanggup lukakan hati si Almy Nadia yang cantik itu??? Aku terfikir dengan Almy Nadia bila dapat berita Fiz Fairuz tiba2 bertunang. Aduhai tentu hancur luluh hati Almy Nadia. Begitu le bisik hatiku. Seolah2 terjentik dalam hatiku Tuhan akan balas apa yang melukakan hati Almy itu. Sekarang ini semuanya bayar kes. Kini tiba2 pula timbul tunang Fiz Fairus itu masih bersuami. Dengan kata lain dia status isteri orang ketika bertunang dengan Fiz Fairuz. Siap Fiz berjumpa dan berbincang dengan suami wanita itu. Bagaimana agakany Fiz memulakan bicaranya? Setelah putus tunang, kemanakah Fiz Fairuz? Adakah menyambung semula hubungan dengan Almy Nadia? Mampukah untuk memujuk dia? Adakah hati Almy Nadia masih terbuka untuk menerimanya? Atau Almy lebih rela mencari orang lain? Semuanya menjadi teka teki. Kita tunggu dan lihat saja le. Jodoh, aja dan maut segalanya di tangan Tuhan.

Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang?

Pagi2 ni dapat kejutan. Mau bertunang pun mengejutkan. Aku dapat berita pelakon Fizz Fairus bertunang dengan isteri orang. Macam tak masuk akal.Kenapa jadi cam tu? Bertunang bukan main2. Ini soal kehidupan. Mau cari kebahagiaan. Sian jugak artis berbakat ini. Wanita itu cantik dan bergaya. Mereka berkenalan selama setahun lalu dan cuma bertunang seminggu sahaja. Kini Fizz Fairuz telah memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu. Dia pun kononnya telah berjumpa dan berbincang secara baik dengan suami bekas tunangnya itu. Suaminya itu seorang usahawan yang bernikah dengan wanita itu di sekatan Thailand beberapa tahun yang lalu. Apapun ceritanya ia memang pelik betul. Budaya Melayu itu indah. Sebelum bertunang sepatutnya merisik dulu untuk mengetahui latar belakang masing2. Jika dilaksanakan dengan baik tak timbul perkara yang agak memalukan ini. Jadi pengajaran untuk orang lain. Peristiwa begini suatu yang amat menduga. Tambahan pula Fizz Fairuz pelakon terkenal. Tentu peminat terkilan dan keciwa. Bagaimana berdepan dengan keluarga, kekawan dan media. Aduiiii harap pelakon berbakat ini tabah dan redha menghadapinya. Secara peribadi memang aku tidak selesa bila mengetahui Fiz bertunang pada 10 Februari yang lalu. Memang kecoh pertunangannya. Ketika baca berita itu terus terbayang wajah Almy Nadia. Seorang wanita cantik dan manis senyumannya serta pelakon popular. Tertanya2 gimana hatinya bila dapat berita kekasihnya bertunang. Pasti remuk dan keciwa. Atau memang mereka telah putus sebagai kekasih. Aku bertanya lagi kenapa Fiz mudah ambil keputusan bertunang dengan wanita lain sedangkan dengan Almy mengambil masa hingga 7 tahun belum bertunang. Dunia..dunia... Hairannya jugak kenapa le wanita itu sanggup bertunang dengan Fiz Fairuz sedang dia sudah bersuami? Dia tak takut ke? Masalahnya kenapa ahli keluarganya diam ? Atau dia memang tak bahagia. Entah le... Mungkin jugak dia seorang yang berani tapi ilmu agama terutama dalam berumahtangga belum cukup. Hukum hakam tak faham. Mana mungkin sudah bersuami mau bertunang dengan lelaki lain. Subahaan Allah.... Kini ternyata Fiz Fairuz tertipu. Ada tercalar imejnya. Namun segalanya itu perjalanan hidup. Setiap orang ada kembara kehidupannya. Mujur le dia cepat sedar dan seorang yang berani berdepan dengan keadaan. Fiz kini meminta maaf kepada ALmy Nadia akan kesilapan dirinya.

Kolegan Menjadi Pilihan - Rumpai Laut Laris

Kemana pergi pasti ada yang memperkatakan kebaikan dan khasiat rumpai laut. Aku tengok rumpai banyak dijual dalam talian dengan pelbagai tawaran. Begitu rumpai dijual di kedai atau gerai. Rumpai mencipta nama disebabkan hasil kajian yang menyatakan ia mengandungi kolagen. Malahan rumpai itu ibu segala kolagen. Apa yang anda tau tentang kolagen? Ia bukan semata2 untuk cantik tapi banyak khasiat lain. Ia merupakan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan. Ternyata ia mempunyai kepentingan yang bukan sedikit kerana kewujudannya merngkumi 30 peratus daripada keseluruhan protein di dalam badan. Menurut pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Rose Hanizan Mat Hassan, semua orang memang mempunyai kolagen dalam badan yang boleh terhasil dengan sendiri. Namun penghasilan kolagen itu akan berkurangan dengan kadar 1.5 peratus pada setiap tahun selepas usia seseroang mencecah 25 tahun. Jadi semakin banyak umur seseorang itu, maka jumlah kolagen dalam badan semakn berkurangan. Kesan penghasilan kolagen itu mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Pada usia 45 - 50 tahun badan akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen dalam badan. Kekurangan ini menyebabkan kesan kulit kusam,tidak bermaya, cepat letih, kulit berkedut serta kendur, pigmentasi kulit, sakit badan serta sendi san sebagainya. Kolagen memang penting dalam kehidupan manusia. Banyak fungsi kolagen terhadap badan. Jadi sewajarnya kian meningkat usia digalakkan mengambil sumplemen untuk membentuk kolagen badan serta memastikan badan sihat dan cergas. Namun buat apa belanja mahal kerana rumpai laut banyak di pasaran. Ia mudah diperolehi, murah dan senang disediakan. Jadi kenapa bayar mahal sedangkan anugerah Tuhan lebih menjimatkan.

Kolagen Popular Rumpai Pun Mencipta Nama

Rumpai laut kian hari kian popular.Rumpai sinonin dengan kolagen. Sekarang ni rumpai hampir wujud di mana2. Di pusat2 perniagaan di kawasan pejabat Kerajaan pun rumpai ada dijual. Semasa berjalan2 di Anjung presint 4 aku ternampak bungkusan rumpai. Bungkusanya kemas dan menyupai makanan kering biasa. Kufikir sotong kering dan keropok ikan. Aduhai....Betapa rumpai sudah menempah nama semata2 kolegan. Mana2 kita pegi mesti ada saja yang cerita tentang kolegan. Kesedaran perlunya kolagen menyebabkan ramai yg mencari sumber. Nah! rumpai menjadi sasaran kerana ia ibu segala kolagen. Mari kita lihat, untuk kebaikan diri sebelum memilih produk suplemen yang mengandungi kolagen, maka seseorang itu hendaklah memahamii maksud dan fungsi sebenar bahan tersebut. Jangan jadi pak turut sahaja. Jadi sejauh mana anda tau tentang kolagen? Kolagen itu ada proten utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan protein di dalam badan. Semua orang mempunyai kolagen dalam badan yang boleh terhasil dengan sendirinya. Menurut Rose Hanizan Mat Hassan seorang pakar pemakanan, kolagen menyokong sebahagian besar sel2 yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Tak dinafikan ada orang yang sanggup berbuat apa sahaja demi cantikkan diri terutama wanita. Mak aii terdapat kalangan wanita itu memperuntukkan beribu2 ringgit untuk membeli kolagen. Ia dibuat dalam pelbagai bentuk seperti kapsul, minuman dan makanan. Namun kini ada sumber kolagen yang terdekat ialah rumpai laut.

Thursday, February 14, 2013

Petua untuk hilangkan bau ikan

Salam petua Mari kita kongsi cara-cara untuk menghilangkan bau hamis yang melekat pada tangan selepas menyiangkan ikan. Biasanya bau itu susah nak tanggal walaupun kita gunakan sabun khas. Ini menyebabkan kita tidak selesa dan asyek mencium tangan sahaja. Caranya ialah: Cucikan tangan dengan sedikit cuka epal. Selain itu boleh juga gunakan limau nipis dengan mengosok2 tangan dan selepas itu dibersihkan dengan air biasa. Selamat mencuba.

Anak Whitney Warisi Tabiatnya

Senyum sendiri bila membaca artikel tentang anak artis wanita yang terkenal dengan keliarannya. Siapa lagi jika bukan Whitney Houstan. Dia seorang penyanyi yang ketagih minuman keras dan ubat-ubatan terlarang serta dadah yang menyebabkan beliau meninggal dunia. Dia meninggalkan waris seorang anak perempuan. Namanya Bobbi Kristina. Cantik dan cute. Namun peranginya liar. Maka, seorang penulis menyifatkan ia mewarisi tabiat ibunya. Iaitu ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ketika dulu mediang Whitney ini seorang penyanyi terkenal dan berbakat yang menjalani kehidupan liar dan bebas. Menurut laporan akhbar The Sun gaya hidup tidak sihat Whitney nampaknya diwarisi oleh anak perempuan itu. Bobbi menhadiri sebuah majlis bersama abang angkatnya, Nick. Pasangan ini tanpa segan silu bermesra di khalayak umum dengan bercium dan berpelukan. Malahan mereka merokok yang mengandungi bahan terlarang. Sebenarnya, dulu2 Nick dipelihara oleh ibunya sebagai anak angkat. Sekarang terangkatle. hehehe... Hubungan adik dan abang angkat itu tak restui ahli keluarga. Sebelum ini mereka umumkan telah bertunang tapi ikatan pertunangan mereka telah putus disebabkan hal2 tertentu.

Petua Emas berkilat

Cuba kita berjimat dalam mendapatkan suatu yang menawan. Antaranya menjadikan barangan kemas berkilat tanpa membayar. Nah! mari kita cuba petua ini. Selepas mencuci beras, maka simpan air bekas cucian beras itu. Ia boleh digunakan untuk mencuci barangan kemas. Caranya, rendamkan barang kemas emas dan perak selama sejam. Kemudian gosok dengan berus perlahan2. Selepas itu bilas dengan air. Barangan kemas anda akan lebih berkilat dan menawan. Selamat mencuba ye...

Wanita dan Madu

Filem madu tiga arahan P.Ramlee masih segar di ingatan. Kisah memadukan bini dalam berani tapi takut. Jamil dikejar bini dari pintu ke pintu dan terus terjun ke sungai. Takut berdepan dengan masalah. Lariiiiii konon. Gitu le lelaki. Hehehehe Selalu didengar dan terbaca. Gini - Wanita rela atau redha dimadu akan dapt payong emas.Gitu le nanti bila berada di akhirat. Namun bukan semua wanita sanggup dimadukan. Mereka tak mahu berkongsi kasih dan sayang. Apa lagi cintanya dikongsikan. Baginya suami cuma milik dia seorang. Ada yang lebih rela ditinggalkan daripada bermadu. Mereka lebih suka menjadi janda atau ibu tunggal. Payong Emas bukan perjuangan mereka. Ada si suami tu jika nak kahwin tu tetap nak buat jika ada kesempatn. Ada suami yang berani jugak kahwin walaupun isteri pertama tak merelakan. Mulanya kasian tapi akhirnya berbunga cintan. Kebetulan masa ini lelaki boleh berkahwin lain tanpa kebenaran isterinya. Maka, bahagia le si suami itu. Impian menjadi kenyataan. Malah, ada lelaki yang amat bangga kerana beristeri dua. Atau tiga atau empat. Yang pasti isteri bagai ditipu. Akhirnya bila penat berulang alik maka terbongkarlah rahsia. Apa lagi ketika itu perang rumahtangga le. Isteri pertama merana dan merana. Hatinya remuk dan keciwa. Api amarah menyala2. Tanpa disedari dendam kesumat menguasai dirinya. Kebanyakan lelaki itu akan berkobar2 kahwin lain bila usia lewat 45 tahun ke atas. Anak2 pun sudah besar Malahan ada yang sudah bekerja. Ada anak cepat memahami situasi bapaknya tapi ada jugak menjadi penyokong emaknya. Dia bertindak sebagai pembela. Lalu isteri kedua menjadi mangsa keadaan. Isteri kedua menjadi sasaran marah keluarga suami. Kasian jugak dengan dia. Dunia isteri bermadu macam2 kerenah di depan mereka. Ada saja cubaan yang kena terima. Kadang2 dalam keadaan tertentu hak isteri kedua ditidakkan isteri pertama. Ini yang tak betul kerana dia dah menjadi isteri suaminya. Gitu2 pun ada juga isteri bermadu yang kiranya aman. Mereka boleh duduk serumah. Berjalan bersama2. Makan semeja. Saling berkongsinya dalam banyak perkara. Alhamdullilah jika begitu jadinya. Namun dalam riang bahagia itu kita tak tau cerita di belakang tabir. Mungkin berlaku pertengkaran sesama mereka. Ini disebabkan isteri pertama atau kedua masih memendamkan ada keciwanya. Nah berlaku le depan suami senyum bahagia tapi belakang suami jadi berdua lara. Apa nak buat???????

Tuesday, February 5, 2013

Estrogen penting untuk wanita

Sedikit perkara yang mau aku kongsi kali ini. Ramai yang tau tentang estrogen kan? Estrogen adalah hormon utama bagi menentukan pembentukan seks atau jantina individu. Jika paras estrogen dalam badan tinggi maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol.
Pada masa yang sama, ia juga menzahirkan sifat kewanitaan dan berfungsi untuk membentuk tubuh badan wanita, payudara dan kitaran haid pada setiap bulan. Malahan ia juga menjadi kunci terhadap kesuburan wanita. Apapun segalanya kerja Tuhan.
Mari kita tengok aliran estrogen itu. Estrogen akan dialirkan oleh darah menuju pelbagai jaringan sel di seluruh badan, otak, faraj, buah pinggang dan lain-lain. Ia juga menimbulkan kesan tertentu sesuai dengan fungsi masing2.
Sebenarnya kadar estrogen ada hadnya. Kadar normal estrogen bergantung kepada usia. Ya ke gtu? Wanita berusia 20 hingga 29 tahun lazimnya memiliki kadar sehinggga 149 piktorem per meter (pg/ml). Manakala wanita berusia 30-an pula, purata jumlahnya adalah 210pg/ml.
Perlu diingat bagi mereka yang berusia lebih 40 tahun dan masih belum mengalami menopaus akan memiliki tingkatan estrogen sekitar 152pg/ml. Peningkatan estrogen seseorang wanita itu pelbagai dari sehari ke sehari bergantung kepada kitaran haidnya. Rujukan : BH Famili 31 Januari 2013.

Sunday, February 3, 2013

Liyana Jasmay dah jadi isteri orang

Liyana Jasmay kecil molek dan berbakat. Kusangka kecil rupanya dah besar. Kini dia telah selamat diijab kabul dengan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari baru2 ini. Sama2 cantik dan memang sepadan. Bagai cicin dengan permata. Seperti pinang dibelah dua. Syukur le terbina sebuah mahligai. Tahniah kepada mereka. Liyana bijak membuat pilihan. Tindakannya bijak dan berani kerana tak takut kahwin walaupun dia sedang popular.
Harap Fathuddin akan menjaganya dengan baik. Liyana sikapnya manja dan moga menjadi isteri yang taat kepada suaminya. Nampaknya dia kena belajar memasak le terutama masakan kegemaran suaminya, iaitu makanan Itali. Aku yakin dia tetap sayangkan keluarga terdekatnya. Ada jua artis lepas berkahwin ibu bapa kurang diambilberat. Mungkin dia lupa tanpa ibu dan bapa kita tak ada di dunia ini.
Lakonan Liyana memang bagus. Bakatnya menyerlah gitu. Dia pernah menang anugerah. Bukan saja berlakon tapi dia juga berbakat dalam bidang nyanyian dan pengarahan. Tahniah pengantin baru Liyana. Kini Liyana telah mempunyai premis perniagaannya sendiri melalui Syarikat Mermaid. Ada yang sumber menyatakan syarikat ini akan mengeluarkan lagi beberapa telefilem. Sebelum ini dia telah menerbitkan drama antaranya Cik Paris Diva Kampung, Tudung Tweet dan Basikal Pixie Kampung Berangan.
Kita inginkan artis seperti Liyana inilah yang bijak menerajui bidang seni. Dia tak leka dengan dunia glamor. Dia pun tak hirau dengan gossip. Dalam kesibukan berlakon dia mengambil peluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang lakonan di luar negara. Berapa orang artis di Malaysia seperti dia? Jadi kepada artis2 muda boleh mengambil contoh Liyana Jasmay.

Coret corat rumpai laut

Salam dan selamat hari Isnin semuanya. Hari ini 2 Februari 2013. Aku mengisi hujung minggu dengan indah sekali iaitu berkenalan lebih dekat dengan rumpai laut. Anda semua bagaimana agaknya? Mari kita kongsi coret corat rumpai laut.
Kini sang rumpai laut sedang menempah nama di pasaran manusia. Aku begitu teruja dengan lonjakan nama tanaman laut ini. Suatu ketika dulu rumpai laut tiada siapa yang kenal kecuali mereka yang tinggal di kawasan laut dan sering ke pasar untuk membelinya termasuk aku sendiri. Namun selepas kajian dibuat tiba2 nama rumpai laut melonjak naik bagai seorang artis cantik yang sedang popular di arena seni. Sebenarnya kandungan khasiat di dalamnya amat menakjukkan. Ia merupakan ibu kolegan. Nah! semestinya ia mendapat perhatian kerana ia berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan.
Memang betul2 rumpai laut memikat dan menawan wanita khasnya. Namun lelaki pun boleh mengambilnya. Mereka sanggup berusaha segigihnya untuk mendapatkan rumpai itu. Lalu petang Jumaat seorang wanita kecil molek dan cantik datang berjumpa saya sambil menghulurkan wang. Dengan senyum simpulnya dia berkata kawannya nak kolegan. Katanya cuti hujung minggu mau buat sendiri. kebetulan dah sapat rahsia untuk membuatnya. Bila dia tau aku tak simpan kolegan wajah bertukar suram. Kasiannya dia aku pun menjadi sayu.
Selain itu seorang ayah menerima pujian dari anaknya sebab kononnya wajah dia telah mula putih dan halus. Si ayah pun terpingga2 dan hairan antara percaya atau tidak. Si anak dengan yakin menyatakan ayahnya tentu mengambil kolegan dari rumpai laut sebab dia memang menjual rumpai itu. Si ayah pun tersenyum simpul yang cuma dia tau maknanya.
Seterusnya sepasang suami isteri yang baru memulakan perniagaan kecantikan. Si isteri beriya2 memberitahu suaminya yang comel tentang khasiat rumpai laut. Dia bercita2 untuk melahirkan produk dari rumpai itu.
Ada juga sekumpulan keluarga yang begitu terpesona dengan rumpai ini telah mewujudkan My Eucheuma. Ia merupakan jenama yang memasarkan rumpai laut. Mereka membahagikan tugas untuk My Eucheuma seperti melayari lama web mencari maklumat kajian, membuat risalah, memasarkan, membeli keperluan peralatan dan sebagainya. Malahan mereka bercita2 untuk membuat makanan atau minuman berasaskan rumpai ini.
Seorang wanita muda pula telah mengalami sakit perut dan cerit sehingga 24 kali ke bilik air selepas mengambil rumpai laut yang telah diproses. Tapi yang bagusnya dia dengan yakin menyatakan mungkin badannya banyak toksik menyebabkan dia jadi seperti itu. Dia akan terus makan.
Seterusnya seorang wanita separuh umur berjumpa doktor selepas mengambil makanan ini beberapa hari. Ini disebabkan dalaman badan dan sendinya sakit2 dan beliau rehat seketika untuk mengambilnya. Kini wanita berkulit putih itu terus mengambil makanan dari rumpai laut itu.