Wednesday, September 12, 2012

Watak Tipah Sheila Majid masih bertaring




"Tipah tertipu pak. Tipah tertipu." Gitu le dailog Sheila Majid dalam filem Ali Syaitan. Aku agak benni dengan watak itu. Dia perosak hubungan Ali dan Asmidar. Alangkah baiknya jika watak itu tidak ada. Tapi tentunya cerita Ali Syaitan tak menjadi pulak!Kesan tak menyengat di jiwaku. Tipah begitu selamba mengaku isteri Ali. Raut wajah Tipah tampak minta dikesani. Tutur katanya satu persatu. Aduiii memang bertaring watak itu. Sayangnya dia tak terus berlakon....

Kini bergelar Dato' Sheila Majid. Satu pencapaian yang amat bagus dengan bakat dan personaliti yang tersendiri. Suara beliau punya keunikan yang tersendiri dan setakat ini belum ada penduanya. Dia antara pelopor rentak jazz di negara ini. Kemunculannya dinanti2kan setiap kali mengadakan persembahan.

Memang dia berbadan kecil tapi semangatnya besar dan kental. Wajahnya manis. Aku tapik dengan Sheila Majid ketika berdepan dengan keruntuhan rumahtangganya dahulu. Bisikan hatiku tetap memihak kepada dia walaupun macam2 cerita negatif tentang dia ketika itu. Bila dia berkahwin semula aku gembira. Memang sokong. Jodoh dia dengan Acis Tuhan yang tentukan. Mudah2an dia bahagia sepanjang hayat.

Sehingga kini setiap kali menatap wajah Sheila Majid aku teringatkan watak Tipah. Tipah ohhhh Tipah.

Rozita Che Wan yang cantik



Rozita Che Wan atau dikenali juga dengan nama Che Ta. Dia memang cantik dan manis. Apapun orang cakap tentang dia saya tetap minat kat pelakon ini. Saya tengok gambar2 dia. Cara dan corak pemakaian dan solekan memang sesuai untuk dirinya. Kecantikannya ada klas tersendiri. Dari kaca mata saya dia cukup cantik dan menawan. Tak puas mata memandang. Kut2 ada doa2 tertentu dibacannya kurang pasti pulak! Rasanaya tak salah jika ada doa pun. Yang penting doa itu diambil dari al-quran.

Sebenarnya, saya bukanlah pengikut setia drama2 lakonan Che Ta. Boleh dikira dengan jari drama lakonannya yang saya tonton. Masa saya tak mengizinkan untuk berada di depan tv tu. Apa lagi terlalu banyak siaran dn program masa kini. Namun tak mengurangkan minat saya terhadap dia. Adakalanya saya amat tidak suka apabila timbul gosip yang bukan2 tentang dia. Mentang2 le dia ibu tunggal macam2 gosip cinta yang melanda. Yang pasti Che Ta boleh berdepan dengan gosip2 itu dengan tenang walaupun sesekali dia bengang jugak. Tahniah untuk Rozita Che Wan.

Kerana cemburu





Benarkah cemburu tandanya sayang? Kerana cemburu jugak ada orang sanggup mencederakan orang yang disayangi. Apakah cemburu menyebabkan wujudnya sayang melampau? Adakah jugak cemburu itu mengakibatkan seseorang hilang akal?

Suami cemburu. Cemburu tak bertempat menyebabkan berlaku pertengkaran. Kenapa demikian? Kononnya akibat cemburu seorang suami di Shah Alam kematian isteri. Dia dikapak suami sendiri sehingga maut di dalam bilik selepas bertengkar akibat cemburu. Kasiannya dia. Mangsa dikenali sebagai Ani atau Noviaryani, 34, yang ditemui mati di rumah sewanya di Seksyen 26 jam 9 malam.

Pihak polis menemui sebilah kapak dalam bilik mangsa. Adalah dipercayai kapak itu digunakan untuk menetak belakang kepala mangsa. Mereka menyewa bersama2 tiga lagi pasangan suami isteri dan seorang lelaki yang semuanya warga Indonesia.

Namun tiada siapa dapat memastikan punca pergolakan cemburu melampau itu. Yang nyata suami yang dikenali sebagai Ahmad Syafi, 35 itu terus keluar rumah dengan membawa beg dengan menaiki motosikal dalam keadaan biasa.Itulah yang dilihat jiran. Mujurlah jiranya, Poziah yang menyedari kejadian itu setelah melawati Ani yang tidak menyahut panggilannya.

Ani menjadi mangsa cemburu. Alangkah sedihnya keluarga mangsa jika mengetahui insiden ini. Dia merantau ke negara ini untuk meneruskan kehidupan diakhiri dengan sebuah kematian di tangan suami sendiri.

Apakah panduan untuk tidur cukup?





Aku amat risau bila jumlah jam tidur tidak cukup. Memang sering aku mengira sebelum melelapkan mata jumlah jam tidurku. Bila tak cukup tidur aku rasa pening dan tak selesa bekerja. Namun ada ketikanya aku tidur lewat kerana beberapa aktiviti yang perlu dilaksanakan. Adalah menjadi impianku untuk tidur awal dan jika ia terlaksanakan amatlah membahagiakan.

Mari kita kongsi lima (5) panduan tidur dengan cukup iaitu:

Disipin

Makanya, biasakan tidur mengikut waktu yang tetap setiap hari. Selain itu, perlu membataskan waktu tidur siang agar tidur malam tidak terganggu. Ada segelintir orang hal ini memang diakui agak sukar untuk diamalkan. Namun bagi mendapatkan tidur yang mencukupi, anda perlu tekad untuk cuba melakukannya.


Senanam Teratur

Aktiviti berolaraga misalnya yang teratur iaitu 20 hingga 30 minit seminggu selama tiga hingga empat kali menjadikan anda dapat menghilangkan segala ketegangan dan kekusutan yang mungkin dialami. Jadi, luangkan masa untuk bersenam.

Suasana tenang

Tenang itu menang indah. Kewujudannya menyebabkan tidur yang nyaman. Oleh itu, pastikan bilik tidur anda mempunyai elemen ini.

Jaga Perut

Jagakan jadual pemakanan harian. Elakkan daripada tidur dengan perut yang tertlalu kenyang. Jadi jangan makan dua jam sebelum tidur.

Tenangkan Perasaan

Perasaan itu ada kuasanya tersendiri dalam menggerakkan gerak rasa. Jadi elakkan terlalu banyak berfikir sebelum tidur. Oleh kerana itulah, anda perlu relaks sebelum masuk tidur. Untuk mengurangkan tekanan, anda digalakkan untuk melakukan teknik meditasi atau mengamalkan senaman pernafasan.

Amalkan Berzikir

Biasakan diri berzikir sebelum tidur. Cukup dengan menggunakan jari jemari untuk berzikir. Ada ketikanya tanpa disedari anda tertidur semasa berzikir. Memang lena tidurnya.


Baca ayat al-quran

Membaca ayat2 al-quran seperti empat kul sebelum tidur membantu tenangnya tidur itu. Ada msanya bila tersedar dari tidur rupa2 sudah menjelang pagi. Hati rasa tenang dan indah meneruskan kehidupan itu.

Thursday, September 6, 2012

Mak Nyah berubah selepas didera teman lelaki



Wajahnya memang menawan. Persis seorang wanita. Cantik dan anggun.Namanya Erin. Kini mak nyah itu telah berubah ke dunia asalnya setelah dia mengalami peristiwa hitam. Keinginan untuk kembali menjadi lelaki normal semakin kuat dan mula mendalami ilmu agama. Dia telah didera dan dikurung oleh seorang duda yang menjadi teman lelakinya sehingga tulang hidungnya patah.

Akibat perisitiwa itu Erin mengamali hidung berulat. Dia terpaksa ke luar negara menjalani pembedahan. Erin adalah antara mak nyah yang tegar dalam beberapa tahun. Sebelum ini dia adalah seorang guru di sebuah sekolah rendah di Pelabuhan Klang. Namun naluri mak nyahnya lebih kuat selepas memasuki alam persekolahan. Ketika berada universiti dia mula memakai pakaian wanita dan menyolek muka.

Erin atau nama asalnya Mohd Khariri Ramli mendapat petunjuk dan nekad menjadi fasilitator membimbing golongan mak nyah mendekati dan memahami Islam. Kini dia membantu golongan mak nyah dengan membuka kelas mengaji dan tuisyen untuk golongan remaja.

Suara hati seorang isteri





Aku terima sms daripada seorang isteri yang masih muda. Kami berbalas sms beberapa kali. Aku tak puas berkomunikasi melalui sms itu. Aku cadangkan supaya bercakap dalam talian. Mula aku cuma smskan cadangan itu sebab tak yakin dia boleh berbincang mengenai lara hatinya. Namun tekaanku melesat apabila si isteri itu bersedia untuk bekongsi lara denganku.

Begini suara hati itu.....Dia menjadi isteri lebih tiga tahun. Mereka hidup di Kuala Lumpur dalam keadaan yang amat selesa. Mereka punya rumah dan keluarga. Cuma belum punya anak. Sisuami memang bersama keluarga yang mempunyai kedudukan yang stabil. Ibu bapa si suami mempunyai rumah sewa. Jika tak bekerja tetap pun dah tentu ada sewa rumah sebagai sumber pendapatan.


Namun baginya, wang ringit dan harta benda bukan ukuran untuk mencapai kebahagiaan. Kenapa dan mengapa? Hati dan perasaan tak ternilai dengan wang ringgit. Si isteri yang berkulit putih ini berdepan dengan masalah. Dia mengeluh seorang diri. Masalah itu dah lama bersarang dalam kehidupan rumahtangganya. Si suami anak kesayangan. Dia begitu mengambil berat keluarga. Dia tetap harapan keluarga. Cuma dia tak tau di mana si isteri diletakkan. SI isteri terasa hati. Ada ketika seolah2 si isteri kurang penting. Dia tersinggung sudah lama. Pendam dan pendam. Ada ketikanya si isteri meluahkan rasa kepada si suami tapi dia buat tak endah saja. Pernah mereka bertengkar bila si isteri cuba memberi pendapat dan meluahkan perasaannya.

Keluarga si suami kononnya mengharapkan dia memberi terbaik untuk si suami. Menjaga dengan klas yang tersendiri.Namun bukan sebenarnya menjaga isteri itu tanggungjawab suami. Jika diikut cara lama isteri cuma duduk di rumah kerana tugas suami untuk menjadi rezeki. Setiap bulan wajar isteri mendapat gaji dari suami. Kini apa yang berlaku isteri yang lara ini kena bekerja dari pagi hingga lewat petang. Sebelah malam pula kena membantu suami berniaga. Memang tindakan itu baik tapi dia tak cukup rehat. Hidupnya penuh dengan kepenatan. Jam tidurnya terlalu sedikit. Nah! kini si isteri itu menjadi tawar hati. Kasih sayang semakin menipis. Dia pernah balik kampung sendirian. Ketika berada kampung itu dia tak rindu pun kepada suaminya. Apakah akan berlaku seterusnya....

Wednesday, September 5, 2012

Dari Jendela Rumahtangga







Penceraian itu suatu yang menakutkan teutama di kalangan wanita. Ada yang bercerai hidupnya merana, sengsara, tak bermaya, meroyan, gila talak dan hilang arah hidup. Namun tak kurang juga yang berjaya selepas mengalami penceraian. Ramai kalangan usahawan yang berjaya ada kalangan mereka yang pernah mengalami kegagalan dalam rumahtangga.

Memang pasangan suami isteri tidak mengizinkan perceraian berlaku dalam perkahwinan yang dibina. Pelbagai usaha dan harapan untuk mengekalkan perkahwinan itu. Namun sedangkan lidah lagi tergigit inilah pula suami isteri. Apa yang perlu setiap pasangan itu hendaklah sentiasa memeliharakan ikatan itu dengan ikhlas. Terdapat beberapa tips untuk mengelakkan penceraian.

Menurut beberapa rencana yang telah saya baca antara tips berkesan untuk menghindari penceraian adalah seperti berikut:

* Komunikasi dua hala - Ia amat penting dalam kehidupan. Komunikasi perlu dipraktikkan dalam perhubungan. Biasanya diri untuk saling berkomunikasi sama ada berada di rumah atau ketika berjauhan. Kemudahan telefon bimbit memudahkan berhubung dengan pasangan. SMS mengukuhkan kemesraan dalam hubungan. Jika ada masalah adalah lebih baik dibincangkan bersama. Saling memberi dan menerima pendapat yang diutarakan. Elakkan memendam perasaan atau menyimpan masalah dalam diri masing-masing. Komunikasi dua hala itu mengurangkan atau menghilang kekebalan ego dalam diri setiap individu.

* Keterbukaan tentang masalah seks. Ramai yang masih segan bercakap tentang seks. Sedangkan hakikatnya masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Kenapa demikian? Mungkin ramai yang terlupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, juga adalah untuk rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukan untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja. Ia juga seolah2 untuk enjoykan diri secara bersama. Apa yang penting perkara seks itu harus dikomunikasi dengan pasangan anda. Kena ada perbincangan dan persetujuan dalam melaksanakan aspek kehidupan seksual itu.

* Menerima pasangan seadanya. Masa bercinta semua indah. Kelemahan bagai tersembunyi tanpa dipaksa. Namun bila hidup sebumbung sebagai suami isteri baruleh terserlah kekurang dan kelemahan masing2. Hakikatnya, begitulah kehidupan dalam perkahwinan sebenarnya. Lalu setiap pasangan itu akan saling mengenali pasangan masing-masing. Dalam tempoh itulah pelbagai cabaran yang dihadapi. Malahan ada kalanya timbul konplik yang boleh menjejaskan nilai perkahwinan itu. Ketika itu juga barulah nampak perbezaan persepsi, nilai, wawasan, latar belakang, latar belakang, keperibadian dan sebagainya. Oleh itu, setiap pasangan hendaklah sentiasa bersedia untuk mengatasi segala perbezaan itu dengan saling memahami dan menerima kelebihan dan kelemahan masing2.

*Jangan biasakan berbohong. Berbohong itu untuk menyelamat diri dan keadaan memang biasanya berlaku. Adakalanya selepas berbohong kepada pasangan menyebabkan seseorang itu rasa bersalah. Namun, seorang suami tak akan sanggup berterus terang untuk berjumpa serta berurusan dengan seorang wanita muda dan cantik. Apa lagi jika isterinya seorang yang kuat cemburu dan suka membebel. Jadi demi mengelakkan pertengkaran berlaku, maka dia terpaksa berbohong jadinya. Namun perkara itu tak semestinya berlaku berterusan kerana lama2 akan diketahui juga yang menyebabkan lagi teruk akibatnya. Oleh itu, cuba menerangkan dengan pasangan secara ikhlas dengan alasan2 yang logik serta masuk akal. Misalnya pertemuan itu perlu dibuat demi kejayaan dalam kerjaya. Memang urusan itu perlu dilaksanakan dengan orang berkenaan. Jika pasangan tidak boleh terima jugak boleh bawa dia sekali dan perkenalkan orang berkenaan.

*Jangan cemburu berlebihan. Betulkah cemburu itu tandanya sayang? Apakah tahap cemburu yang tergolong dalam kategori sayang itu? Namun yang pasti cemburu buta menyebabkan bencana dalam rumahtangga. Tidak dinafikan berlaku perselisihan dan pertingkahan dalam rumahtangga disebabkan perasaan cemburu. Ada cemburu itu timbul disebabkan cerita dari rakan2 sekeliling. Oleh itu, jika ada yang bercerita mengenai pasangan anda terlebih dahulu diselidik dulu akan kebenarannya. Bawa berbincang secara empat mata untuk dapatkan kepastian. Elakkan cemburu tak bertempat sehingga perasaan mengatasi akal yang boleh menjejaskan hubungan perkahwinan.


*Hindari kecurangan. Antara sebab penceraian ialah kecurangan sama ada suami atau isteri. Kenapa berlaku demikian? Mungkin jugak disebabkan tak ada sikap terbuka atau saling mendengar. Kalangan pasangan itu kesepian dan tak merasai kepuasan seksual yang diharapkan. Selain itu godaan dari rakan2, tempat hiburan dan kurangnya jati diri. Jadi pasangan itu lebih senang bercerita dengan orang lain. Mula2nya sekadar kawan bersembang dan meluahkan perasaan. Lama2 tidak mustahil timbul rasa kasih, sayang dan cinta. Adakalanya berpunca dari rasa kasihan kpd rakan. Oleh itu, apa yang penting cari punca masalah itu dan kemudian muhasabah diri selain berbincang dengan pasangan. Elakkan terlalu terbuka dengan rakan berlainan jenis. Kecurangan jugak boleh dihindari dengan menyedari wujudnya hukum hakam (bagi orang Islam khasnya). Malahan setiap pasangan hendaklah saling mengambil berat dan berusaha untuk mengurus komunikasi mereka.
*Cari orang tengah. Ada ketikanya dalam menyelesaikan masalah suami isteri memerlukan orang tengah untuk membantu terutama setelah puas berusaha. Ini disebabkan pasangan masing2 mempunyai ego dan tidak mau mengalah dalam sesuatu perkara itu. Namun yang penting orang tengah itu haruslah yang dihormati dan disegani pasangan seperti mentua, bapa saudara atau rakan yang telah lama dikenali. Cara ini lebih baik daripada bercerita atau mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.

*Tetap mesra. Kemesraan yang dibina semasa bercinta hendaklah dipupuk lebih mewah lagi dalam hubungan perkahwinan. Buangkan jauh2 persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecapi ketika di alam percintaan. Hubungan pasangan tetap mesra walau telah bertahun2 hidup sebagai suami isteri. Yang penting usaha untuk memupuk dan mengekalkan kemesraan itu sentiasa dilaksanakan dalam hubungan.

*Pasrah kepada yang Esa. Kehidupan ini sentiasa diduga. Jadi berdepan dengan masalah rumahtangga, cabaran emosi memang membuak2. Gangguan persekitaran tentunya berlaku. Namun usah mudah mengalah dan terbelanggu dengannya. Sebagai insan kita perlu berdoa dan pasrahkan diri kepada yang maha Esa.Segala yang baik itu datang daripada Dia dan yang tidak baik itu datang dari kita sendiri yang memang serba kekurangan ini.



Tuesday, September 4, 2012

Apa itu PR?




Apa itu PR atau Pegawai Perhubungan Awam? Atau dalam bahasa Inggeris Public Relation Officer. Siapa yang boleh menjadi PR? Ada yang kata ramai orang boleh jadi PR. PR itu cuma maukan seseorang yang mahir bercakap dan pandai bergaul. Atau mesti ada skill cakap macam2 bahasa. Malahan, sering dikata jika mau berjaya sebagai PR mesti mahir berbahasa Inggeris. Lebih baik lagi jika tau bahasa Mandarin atau lain2 bahasa antarabangsa. Betulkah semua itu boleh menjamin ssorg menjadi PR yang baik dan berjaya?

Cuma saya pelik kenapa le ada yang mau buat kerja2 berkaitan PR tapi tdak mau bekerja sebagai seorang PR. Saya kongsi senario satu kes yang terdekat dengan saya. DIA seorang berpengalaman, ada ilmu, bijak, ramai kawan pandai main golf dan boleh berbahasa Inggeris. Dulu kerja bidang lain dan bila mau naik pangkat baru le buat kerja berkaitan PR. Apa yang saya nampak DIA bukan seorang PR yang bagus. Amat jauh sekali dari PR yang cemerlang. Bukan mau menjatuhkan tapi dicatatkan ini supaya menjadi teladan. DIA ini biasa gunakan bahasa yang kasar dan pedas.Cara berkomunikasi amat mendukacitakan. Selalu perkenalkan diri seolah2n semua orang kenal dia terutama ketika bercakap di telefon. Bahasa tulisannya pun tunggang terbalik. DIA gunakan bahasa yang agak bombastik, bahasa lama (tak sesuai kini), tanda bacaan sesuka hati saja letak. Dalam ayat tanda koma amat banyak. Begitu guna tanda soal dan tanda seruan.

Ternyata skill PR DIA ini sekali lagi apabila menghantar email. Semuanya dalam bahasa Inggeris. Email itu memang melukakan. Kini terasa seolah2 saya ini seperti budak baru belajar. Jika saya seorang kerani atau PA mungkin cara itu boleh kot! Saya seperti dibuli dan tidak dilihat seorang yang lama berkhidmat. Memang le dia ketua tapi tak semestinya sesuka hati hantar email yang tak ada nilai2 murni. Email yang kuterima di awal pagi itu menyebabkan telinga panas. Saya menjadi marah dengan keadaan. Malahan terfikir untuk pergi jauh2 atau bercuti saja. Terdetik dalam minda untuk minta ditukarkan ke tempat lain.



Saya selalu bincang dengan rakan2 sepejabat tentang ketua yang PR tapi buka seorang PR. Rakan2 sejawatannya ramai yang tak selesa dengan DIA. Kenapa demikian saya pun kurang pasti. Jadi jika DIA mau jadi PR yang baik, sewajarnya DIA kena dekatkan diri dengan suasana PR itu yang sebenar. DIA perlu belajar banyak tentang PR. Kena masuk sekolah lagi supaya belajar tentang PR. Jika dah belajar mudah2an tak sesat dalam dunia PR itu sendiri.



Fahamkan apa itu PR baru le buat kerja2 PR supaya ramai orang tabik tau!!!!