Wednesday, August 15, 2012

Peria rawat kencing manis -diabetes


Peria itu pahit. Pahit2 ubat. Ramai orang tidak meminatinya. Namun peria sedap dibuat kerabu. Di sebalik pahitnya tersembunyi seribu satu khasiat untuk tubuh manusia. Sememangnya pahit itu lebih bermakna dari manis. Manis itu panggil penyakit. Penyakit itu menyakitkan. Hidup jadi terganggu. Kini macam2 sakit ada.Ada sakit pembunuh senyap. Sebenarnya,negara ini kaya dengan makanan. Semuanya sedap. Maka selera makan pun meluap2. Lalu disebabkan makanan juga le penyakit datang. Nah! siapa yang salah?

Tabiat pemakanan yang tak sihat menjadi faktor utama tidak seimbang gula dalam darah. Tubuh seseorang gagal mengawal gula dengan berkesan menyebabkan timbulnya sakit. Misalnya kencing manis. Penyakit ini antara yang paling popular. Namun Tuhan itu maha berkuasa kerana setiap sakit itu ada ubatnya. Lalu beberapa jenis herba seperti peria dan gymnena yang bermanfaat untuk kesihatan. Kini peria sudah terbukti berkhasiat sejak dulu lagi dan bertindak untuk membantu menyelesaikan masalah berkaitan bahagian dalaman tubuh serta merawat kencing manis.

Macam2 cara makan peria. Ia boleh dibuat sayur, ulam dan dikeringkan untuk dijadikan minuman. Daun peria itu jugak boleh digunakan untuk mandi jika badan gatal2 - cara orang lama.

Raya raya di Jalan TAR dan Masjid India




Lepas berterawih di Masjid KLCC aku tiba2 teringin untuk ke kawasan raya-raya. Apa lagi kawsan Jalan TAR dan Jalan Masjid India le. Memang bermain dlm kepalaku agak2nya di mana nak letak kereta. Aku risau sebab pakai kasut bertumit. Maklum le dari pejabat terus saja ke masjid. Berbuka dan bersolat di sana. Lalu aku bersama suami tawakal teruskan niat itu. Akhirnya kami parking le di tepi jalan. Ia berdekatan dengan Kompleks Wilayah. Boleh tahan jugak le berjalan.

Ternyata tekaanku tak meleset. Suasana di sana macam siang. Berpusu2 orang. Penuh sesak manusia pelbagai usia. Malahan ada yang bawa anak kecil. Aku gitau suami apa mereka buat beramai2 datang tanpa beli apa2. Aku tengok ada yang sekadar berjalan2 tanpa memegang apa2 di tangan. Bagiku macam buang masa saja. Tapi kata suami mungkin mereka tengok2 dulu. Lain kali datang baru beli. Aduhai...ada jugak cam tu!

Aku rancang nak beli dodol, rempeyek, biskut, baju, tudung dan macam2 lagi. Rupanya lebih dari yang saya rancang ada di sana. Wang saja mesti ada. Minuman di mana2 ada. Memang pintar betul mereka kerana tentu ramai yang mau beli sebab dahaga. Perjalanannya bukan dekat. Panas membahang kerana orang ramai.Aku kurang selesa membeli sebab sesak. Baju2nya pulak terlalu banyak. Cara letak pun kurang bagus. Namun sempat beli baju kedah, baju kurung, jubah, kain pelekat dan biskut. Sempat juga beli dodol. Namun harganya agak mahal. AKu memang terfikir bob mesti ada berjualan. Di hujung simpang memang betul terjumpa bob. Dia begitu sibuk melayan para gadis. Aku beli rempeyek dan popia simpul dengan bob. Siap dia bagi diskaun. Terima kasih bob zulkarnain.



Aku tak sanggup gi jalan sebab kaki sudah sakit. Terhenjut2 jadinya. Agak lama jugak berjalan. Dua2 tangan dah penuh. Aduiiii melayang jugak rm di lewat malam begitu. Namun aku seronok membeli belah di situ. Masuk kereta terus angkat kaki. Aku buat muka bodoh saja le...




Sunday, August 5, 2012

Makan Bersama Sahabat




Memang tak dirancang tapi itu le yang berlaku. Terima kasih pada-Mu Tuhan. Kau tau aku rindu untuk pertemuan antara sahabat2ku. Rozita Abu Hassan (Ita) dan Kak Ani berkunjung ke rumah. Tujuan mereka mau menghantar barangan kesihatan. Jauhnya nun di kl sudi datang ke Putrajaya. Aku terharu. Bukan mudah untuk mendapat sahabat seperti itu. Aku terus gitau mydarling. Aku terus saja sms supaya kami buka sama2 di rumah. Makanan tidak le sesedap mana. Mereka makan apa yang kami makan. Mujur le ita setuju. Aku gembira. Tak sabar tunggu mereka tiba. Aku rasa amat bertuah sahabat lama datang.
Kami pun atur le nak masak apa yang patut. Dalam peti ais ada mee, sotong, ayam, sayur dan elor. Ok le boleh teruskan rancangan.

Aku dan mydarling ambil keputusan goreng mee mamak. Woww!!!

Friday, August 3, 2012

Masak kari ikan



Bertuah memang bertuah.Aku akui itu. Bukan senang suami mau masak. Namun mydarling pandai masak. Ini semuanya kerja Tuhan. Syukur pada-Nya. Rezeki namanya. Aku gembira sempena 2 Ogos - hari kelahiranku mydarling masak kari ikan merah. Masak khas le tu. Sedapnya tak terkira. Terima kasih banyak2 wahai suamiku tersayang. Dia ke pasar beli ikan semta2 untuk masak kari tu. Aku ikut belakang saja. Rupa2 ikan merah mahal. RM30 sekilo. Mujur le ada seorang wanita tu bagi RM28 sekilo. Yang penting ikannya baru.

Masak kari ikan agak lewat sikit. Mydarling masak dengan cara dia tersendiri. Memang tapik le dia masak. Masak sambil buat lawak. Katanya mesti baca2 supaya sedap. Iya le...buat le apa yang patut. Yang penting kari siap sebab aku memang suka kari. Tak kira kari ayam. daging atau ikan. Nasi dan kari ikan berserta sayur dan sambal belancan untuk buka puasa. Alhamdulilah cukup menyelerakan. Kami makan petang semalam ditemani anak buah - hafiza dan rakan baiknya Bam. Meriah suasana makan kami.

Thursday, August 2, 2012

Mengaku Mualaf Untuk Mengemis


Ternyata umur bukan pengukur untuk menjadi baik. Ini disebabkan dua orang wanita berumur 71 dan 66 tahun sanggup menipu mengaku mualaf untuk mengemis. Mereka ini adik berdik. Kedua2nya tinggal di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur. Kenapa le mereka sanggup berbuat demikian? Tentunya mau senang dapat duit. Yang tak baiknya tindakan mereka itu mencemar perjuangan mualaf. Menjejas imej Islam. Mereka jadikan bertudung dan berjubah untuk menagih simpati.

Aku geram dengan kedua2 wanita tua itu. Tak sedar diri betul. Malahan yang menyakitkan hati lagi mereka mengemis di bulan puasa dan menggunakan pasar Ramadhan. Tentu le mereka mendapat hasil yang banyak. Dalam bulan yang mulia ini kalangan orang Islam digalakkan bersedekah. Kedua2nya berjubah dan bertudung serta tentunya tunjukkan muka sedih dan minta dikasiani. Aku lebih geram lagi bila membaca kenyataan kononnya wanita itu menampilkan imej berjubah kerana sesuai dengan konsep satu Malaysia. Punya teruk ke si wanita tua itu. Betul-betul salah guna konsep.

Mujur le Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM), Selangor cekap dan dapat menangkap sendiwara ini. JKM dalam melaksanakan Operasi Pemutihan Pengemis. Tu le sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak. Yang bersalah tetap salah. Tambahan pula mempersendakan mualaf dan agama. Imej Islam boleh tercemar dengan adanya manusia seperti ini. Harap perkara begini tak berulang. Tindakan tegas JKM perlu diteruskan demi kemurnian sejagat.

" Cheese cake" untuk 2 Ogosku


Pertama kali berlaku dalam hidupku. Sebelum ini pada 2 Ogos memang pernah terima dan potong kek. Contohnya semasa tinggal di kampung baru dan bertugas di Pentarama. Namun tahun 2012 ini aku terima kek cheese daripada anak buah- Fiza dan Bam. Memang tak kusangka dalam kotak kecil yang cute itu ada "cheese cake". Inilah pertama kali aku terima kek yang amat kuminati itu. Aku tau kotak itu ada kek tapi tak sangka untuk aku. Terima kasih segunung intan wahai anak2 yang manis. Sungguh terharu dibuatnya. Aku amat menghargainya.

Apa lagi selepas buka puasa aku kena potong kek. Hore!! Siap pasang lilin sebatang. Klik2 foto sikit. Klik foto kek saja sebab aku tak sedia untuk berfoto. Maklum le baru abis memasak. Tau saja le muka berminyak2. Yang penting foto kek yang cute itu. Aku, mydarling, fiza dan bam makan bersama2. Mulanya memang kenyang tapi dengan cheese cake aku jadi lapar pulak!

Kami cuma berempat tapi aku rasa macam ramai. Maklum le siap menyanyi lagi. Mydarling punya suka nyanyi lagu happy birthday. Fiza dan Bam jadi penyanyi latar. Amboi rasa gembira sangat2. Memang tak sangka dapat hadiah semanis itu. Betul2 di luar jangkaan. Hilang penat.

Kini tercipta lagi sebuah kenangan. Kenangan datangnya "cheese cake" ketika menjelmanya 2 Ogos. Kelahiran yang diciptakan-Nya buat diriku yang kerdil ini. Fiza anak yang manis terima kasih sekali lagi. Begitu juga untuk Bam. Aku amat menghargai pemberian anak2 berdua. Salam kasih yang abadi...

Salam ulangtahun



Dia datang lagi
di ketika aku memang menantinya
amat teruja diri kedatangannya kali ini
kusambut salam 2 Ogos penuh syukur dan redha pada-Nya
betapa Dia amat kasih dan sayang
pada sebuah cinta seorang kekasih
yang genap setengah abad
diberi ruang untuk menghidu bayu dan menatap mentari
setengah abad itu cuma angka
yang ada ketikanya mencabar diri
terlalu kerdil diri di sisi-Nya
ilmu masih cetek
perjuangan kena isi dengan bunga-bunga ilmu
dunia dan akhirat

Kumohon pada-Mu kekasih
menjadikan 2 Ogos ini percikan cahaya
di setiap penjuru hidupku
kugenggamkan cinta yang dalam
penuh kasih mewangi
untuk kususuri ruang yang Kau bagi
aku adalah miliku-Mu
segalanya kupasrah.