Tuesday, July 31, 2012

Risau dengan alahan


Alahan tetap wujudkan walaupun zaman semakin moden dan maju. Kenapa begitu? Adakah kewujudannya sebab masih ada manusia di dunia ini? Alahan sering dikaitkan dengan pemakanan.

Apakah itu alahan pemakanan?

Ia adalah kesan tindakbalas yang memudaratkan sisiem imunisasi badan kepada beberapa jenis makanan.
Berapa kerapkah alahan boleh berlaku?

Sebanyak 2 peratus kanak2 dikesan mengalamai alahan pemakanan. Manakala 5 - 8 peratus berlaku di kalangan kanak2 yang lebih dewasa. Kalangan kanak-kanak dapat dikesan alahan mereka ketika berusia 3 tahun. Di kalngan orang dewasa pulak hanya satu peratus daripada populasi keseluruhan mengalami alahan.


Apakah jenis makanan yang menyebabkan alahan?
Antara makannya ialah:
susu lembu
telur
kacang soya
gandum dan kacang tanah.
kekacang
jangung sebahagian bahan pewarna dan bahan perasa.


Bersambung....

Sumber; Malajah Sejahtera 1 Malaysia

Sanggup Tipu sakit mau kahwin percuma


Ada2 saja cerita orang putih ni. Macam tak ada perasaan malu. Mereka rata2 ada ilmu. Sekolah mereka tinggi tapi moralnya lain macam. Terbaca dalam akhbar seorang bakal pengantin perempuan meminta bantuan untuk menjayakan majlis kahwin. Dia memungut derma dalam talian kononnya menghidap barah. Bukan alang2 sakitnya itu. Pasti orang ramai simpati. Usahanya itu menjadikan perkahwinannnya mendapat tajaan sebanyak RM50,000.00.Betapa ramai orang yang kasian dengan dia. Dia muncul dalam akhbar tempatn merayu untuk dapatkan bantuan. Yang paling menyedihkan lagi ialah- dia ingin berkahwin sebelum rambutnya abis gugur. Memang tragik le...

Namun sepandai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitu juga Daniell yang berkahwin dengan Chris pada April di Billericay, Essex, dia akhirnya ditangkap kerana disyaki menipu. Apapun kisah ini masih dalam siasatan polis.

Monday, July 30, 2012

Meninggal dunia di pangkuan ibu



Kini mangsa meninggal di pangkuan ibu ketika berada di mahkamah. Tertuduh ialah FK 28, dari Batu Berendam Melaka menghadapi tuduhan memiliki heroin. Ia sejenis dadah yang memang durjana. Tiba2 mahkamah menjadi gembar apabila dia melutut di lantai sebelum rebah dan meninggal dunia semalam.

Selepas pertuduhan dibaca tiada reaksi diberikan oleh tertuduh. Dia cuma tunduk dengan air liur meleleh. Mungkin juga dia dikuasai dadah. Tertuduh memang kelihatan tidak sihat. Disebebkan itu kakitangan mahkamah menghubungi ambulans. Dia cuba bergerak dan beberapa minit kemudian di melutut dan rebah ke lantai.

Betapa deritanya tertuduh kerana dadah. Dia adalah generasi muda yang tenaganya amat diperlukan negara ini namun dia rela mati disebabkan bahan yang amat derhaka itu. Kini hildangkan seorang anak muda disebabkan dadah. Tinggal seorang ibu tua yang tentunya akan mendoakan anaknya itu.

Surat Ombak yang pertama



Bila saja melihat laut memang aku teruja. Aku suka pada laut. Laut itu cantik dan indah. Airnya kebiruan. Apa lagi jika ombak2 kecil berdesir menyapa ke pantai. Bisikannya amat menghiburkan. Ada ketikanya ombak bergelombang mengempaskan diri ke pantai. Nah! bunyinya seolah2 marah2 sayang. Banyak kucatat tentang cerita ombak di ketika remajaku. Aku suka bercerita tentangnya.

Aku masih ingat ketika dalam tingkatan tiga. Aku bersama kekawan berkelah ke pantai. Tu pertama kali aku melihat pantai secara dekat. Kakiku menjejak pasir yang bersih. Sesekali aku duduk di atas batu. Aku tak faham cerita hati ketika itu. Namun aku tau aku dan ombak itu boleh bertukar2 cerita. Ketika berada di pantai itu le pertama kali aku menerima secebis coretan daripada seorang yang kukenali. Aku jadi malu sendiri. Namun aku genggam kertas kecil itu. Catatannya ringkas tapi mengoncangkan hati remajaku. Itu le pertama kali aku dipanggil AR...Kini aku terbayang wajahnya...

Hujan lebat di pagi hari


Keadaan di awal pagi mendung. Nyata hari nak hujan. Begitu le bisik hatiku. Nah tak sampai lima minit gerimis dan terus hujan. Memang lebat sungguh hujan pagi ini. Angin pun kuat bertiup. Pokok2 bagai nak jatuh. Malahan kain baju kurungku berwarna hijau lumut hampir2 tersentak. Mujur le tangan kiriku sempat menahannya. Kalau tidak betapa malunya aku ketika itu.

Menatap hujan sepanjang jalan aku terkenang zaman kecilku. Ketika itu berada di kampung kelahiranku. Aku dan adik2 berlari2 mencari besin untuk menyambut rentikan hujan yang mengalir di celah2 atap rumah. Jika tak sempat tentunya keadaan dalam rumah akan basah. Rumah kami dibuat oleh bapak. Kayu, buluh dan atap rumbia (nipah) mendasarinya. Bapak memang pandai bertukang. Kayu dibeli daripada atuk yang kerjanya mencari pelbagai jenis kayu. Atap rumbia dianyam oleh emak dan bapak. Aku memang tak tau anyam. Begitu jugak dengan adik2 yang lain. Mungkin kami masih kecil. Dinding rumah jugak daun rumbia. Lantai pula dari buluh yang dipecah2kan. Begitu le keadaan rumah kami ketika itu. Namun kami sekeluarga bahagia....

Thursday, July 26, 2012

Kezaliman di Syria



Bagai mau menjerit sekuatnya kerana marah dengan kezaliman itu. Malahan aku menjadi benci dengan pemberontak itu. Tiba2 aku terlalu ingin melihat keadaan di Syria. Namun adalah mustahil untuk ke sana . Kini ternyata rakyat Malayis yang beradadi Syia diarah balik ke Malaysia. Antara kezaliman ialah:

i. Dalam masa 42 hari seramai 4,000 orang rakyat Syria terbunuh syahid.

ii. Seramai 39,000 cedera tanpa rawatan dan dibiarkan.

iii. Satu peristiwa yang melibat 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

iv. Seramai 9,000 tahanan ditahan.

v. Seramai 413 orang telah syahid di dalam penjara.

vi. Kaum wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita itu telah dirogol di hadapan ahli keluarga terdekat mereka. Sebelum dirogol mereka digari terlebih dahulu.

Itulah penderitaan rakyat Syria yang kita tidak tau bila akan berakhir. Mereka memperjuangkan hidup dengan bermandikan keringat dan darah. Perasaan takut sudah tidak tercatat lagi dalam kamus hidup mereka.

Ya Allah! selamatkanlah bumi dan rakyat Syria itu. Bagilah keamanan dan murnikan keunggulan Islam di bumi Syria.

Sedikit tentang krisis Syria



Ia telah lama bermula iaitu sejak 1982 lagi. Kini hampir 30 tahun tanah Syria bergolak. Ia berlaku disebabkan rentetan konflik ayah Basyar Al-Assad, Hafez Al-Assad yang telah mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hamas. Perlu dinyatakan juga krisis berpunca dari perbelahan agama (Syiah Nusairiyah dan Muslim Sunni) serta krisis politik. Segalanya amat merugikan negara Syria kerana krisis dan pemberontakan mengisi perjuangan yang tidak membela kehidupan rakyat.

Sebenarnya rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku sejak lapan (8) bula yang lalu. Kenapa? Ternyata semangat mereka berkobar2 kerana keadaan memaksa begitu. Ini disebabkan kanak2 ditahan dan diseksa sehingga ada yang mati kerna menulis perkataan - rakyat mahu jatuhkan kerajaan di dinding sekolah. Kenapa dan mengapa berlaku demikian?

Di samping itu ingin dinyatakan jugak bahawa permulaan revolusi berlaku di Hamas, kemudian merebak ke bandar2 lain seperti do Dar'aa, Hauran, Halab sehinggadi 157 tempat di Syria. Memang kasian tengok rakyat....

Krisis Syria Rakyat Menderita



Terkedu membaca dan melihat foto2 rakyat Syria yang hidupnya terseksa. Sedih dan pilu terasa membaca perihal yang berlaku di sana. Kehidupan mereka perit dan sakit. Malahan mereka juga menjadi pelarian. Lebih menyedihkan lagi keperitan mereka mengharungi bulan ramadhan. Tentunya mereka berpuasa dalam keadaaan kelaparan. Mereka dalam kesusahan dan kepayahan yang amat melaksanakan ibadat puasa. Mereka ditindas dan tersepit dalam peperangan ketika Ramadhan.

Boleh berlenang air mata melihat anak2 kecil yang kurus sehingga tinggal tulang. Jika tak ada kulit tentunya tubuh mereka terburai. Kanak2 menjadi mangsa kebuluran.Kanak2 ditahan dan diseksa sehingga ada yang mati. Tangisan si kecil ada di mana2 tanpa ada yang pedulikan. Memang kejam dan tak ada perikemanusiaan. Lagaknya seperti tidak berhati perut. Perang saudara di Syria yang melibatkan pertingkahan antara puak pemberontak dan kerajaan. Perang itu telah mengorbankan banyak nyawa.

Kini kedatangan bulan Ramadhan tidak menunjukkan apa2 perubahan. Sepatutnya sempena bulan suci itu dibuat gencatan senjata. Jadi yang pasti Syria terus bergolak. Tangisan dan rintihan menyelubungi setiap ruang. Akibatnya ramai rakyatnya terus menjadi pelarian dan hidup dalam keadaan serba kekurangan ketika bulan Ramadhan yang mulia ini.

Baca puisi ketika Indaksi Mass Comm



Aku masih ingat ketika indaksi di ITM (sekarang UITM) pada tahun 1986. Aku selalunya rasa takut, segan dan berdebar2. Ada ketika cuba untuk sembunyikan diri supaya tidak dipanggil senior. Suatu hari aku diminta supaya membaca puisi. Tanpa banyak soal aku ke depan dan baca puisi. Sebenarnya aku baca apa yang terlintas di minda saja. Tidak ada sebaris ayat puisi di tangan ketika itu. Au cuba sebaik mungkin baca puisi ekpress itu. Dengan suara lantang diselitkan dengan gerak. Pentas itu seolah2 aku punya. Habis saja membacanya aku lega. Ada beberapa senior bertanya ketika jumpa di dalam lif aku asal dari mana. Ye mungkin cara aku baca mereka mau meneka dan bila kuberitahu dari Sabah mereka tersenyum. Entah kenapa mereka tersenyum. Aku buat tak tau saja. Yang penting kerja telah kulaksanakan.

Namun aku masih bertuah kerana tidak kena teruk. Maklum le aku pun agak low profail dalam klas. Memang tak terniat pun untuk menonjol di kalangan kekawan. Lagipun usiaku ketika masuk ke ITM hampir 24 tahun. Aku antara yang dewasa matang di kalangan beberapa orang kawan seperti Hayati, Ribah,Nurazmah, Hashim Abu Hanifah, Zainal Abidin, Misbah, Suraya dan Noraziah. Hampir semua kami mempunyai pengalaman bekerja. Apapun kami tetap menyertai program indaksi dengan hati terbuka.

Ingin kupohon


Aduhai aku memang bersyukur diberi kesempatan hidup hingga sekarang. Lagi lama hidup lagi banyak kenangan. Terima kasih Tuhan. Mohon pada-Mu jua supaya aku terus sihat, bahagia, sukses , rezeki bertambah, disayangi, dicintai, tabah, rajin dan sentiasa dirahmati. Begitu juga semua keluarga, saudara mara, rakan sekerja,sahabat andai, pemimpin negara serta muslimin dan muslimat. Aman damaikan negaraku Malaysia yang tercinta ini. Jauhikan dari segala gangguan dan bencana.

Malaysiaku yang indah. Aku amat bersyukur berada di bumi yang menghijau ini. Terlalu byk yang dibagikan kepadaku selamat hidup di sini. Keamanan dan kebahagiaan hakiki cuma ada di Malaysia. Tiada cacat celah di bumi bertuah ini. Cuma yang penting perjuangan perlu diteruskan dengan penuh cinta dan jati diri. Semangat patriotik pemangkin untuk memajukan negara. Usah buang masa kerana perkara remeh yg dipolitikkan. Di luar sana ramai yang suka kita berpecah belah. Bersatu itu adalah rahmat yang harganya tidak ternilai.

Wednesday, July 25, 2012

Kisah seorang wartawan


Kenapa menjadi seorang wartawan? Dulu aku pernah jadi wartawan. Aku mahu menjadi wartawan kerana minat dan cintakan kerjaya itu. Minat itu tanpa dipaksan. Ia datang dengan sendirinya. Ingin sebarkan maklumat seluas2nya. Mungkin juga suasana kerja saya ketika itu. Namun yang penting seorang wartawan mesti berilmu, peka, cekal, kreatif dan mahir serta bijak utnuk berkomunikasi. Mereka seharuskan bijak menangani situasi. Mesra dan berhemah tinggi.

Seorang wartawan itu tak seharus berlagak atau sombong dengan kerjaya. Memang benar pena wartawan itu ada kuasa. Pena lebih tajam dari mata pedang. Tapi harus diingat wartawan juga insan biasa. Nah! tak usaha menunjuk2 atau senang2 saja marah dengan orang. Apa salahnya jika berbudi bahasa dalam berurusan. Bukan semua faham tugas2 wartawan.

Namun saya rasa hairan. Berlaku perkara ini. Kenapa begini jadinya??? Tiba2 di ruang pejabat agak bising disebabkan tabiat seorang wartawan. Dua tiga orang bagai tertekan. Mereka kena marah. Si wartawan tu agak kasar,sombong dan berlagak. Dia perlukan maklumat konon. Aduhai sampai satu pejabat jadi kelam kabut. Pegawai yang urus media bagaikan hilang sabar. Apa yang saya tau mereka cuba membantu sebaiknya. Si wartawan itu ternyata kurang sifat sabarnya.

Mereka tau si Wartawan ini perlukan maklumat dengan cepat. Unit PR cuma menjadi pengantara untuk dapatkan maklumat. Memang sedaya upaya untuk membantu. Namun bukan mudah untuk bagi maklumat tanpa kelulusan pihak tertentu. Apa lagi di kementerian ini bahan2nya berkaitan dengan kesihatan. Jadi si wartawan itu kena tunggu lama sehingga dia menelefon seorang lelaki - Pr itu sambil menyatakan suatu yang telah menyinggungkan dia. Dia amat terkilan. Kini nama wartawan wanita itu terpahat dalam sanubari mereka yang berurusan di pejabat ini dengan suram. Bila sebut nama dia bagai ada pantulan yang sakitkan ke telinga mereka. Dada mereka bagai dirobek.
Moga cuma wartawan seperti ini tidak wujud kembarnya. Bertugas bukan untuk berlagak tapi demi kerjaya itu dan kerana Allah swt.

BM terpinggarkah di Hari Terbuka GTP 2.0?




Aku memang rancang untuk menghadiri Hari Terbuka GTP 2.0 atau Program Transformasi Negara yang diadakan di KLCC. Ini merupakan usaha Kerajaan untuk kebaikan rakyat. Macam2 program yang dibuat yang melibat projek pembangunan luar bandar, transfomasi pelajaran, menghapuskan rasuah , mengurangkan jenayah,pengangkutan awam dan meningkat pendapatan.

Aku bersama empat (4) rakan agak terlewat sampai di dewan berkenaan kerana kesesakan lalu lintas. Tiba di lokasi dewan sudah penuh. Ramai yang cuma berdiri di luar dewan. Aku tertanya2 panggil beribu2 orang tapi tempat duduk begitu terhad. Untuk tak rugi kami masuk jugak ke dewan walau pun berdiri untuk mendengar taklimat datuk Seri Idris Jala. Memang dia hebat. Taklimat dalam bahasa Inggeris penuh dengan maklumat. Mungkin taklimat GTP ini sesuai dibuat dalam bahasa antarabangsa itu. Namun ,alangkah indah dan bangga jika taklimat itu dalam bahasa Melayu tapi apa boleh buat jika ia lebih baik dibuat dalam bahasa Inggeris agaknya. Terimalah hakikatnya gitu.

Selepas taklimat dalam masuk makmal. Rasa tak sabar menunggu ceramah dan soal jawab itu. Cuma agak terkilan sekali lagi kerana seolah2 berada di luar negara tanpa ada seorang pun peserta dari luar negara perbincangan dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Kasiannya Bahasa Malayu. Makmal pertama aku hadiri ialah projek tranformasi pendidikan. Rasa malas jugak mau komen! Mungkin mereka lebih suka berbahasa Inggeris. Bagai dijajahi lagi minda.

Alahai bahasa Melayu di mana martabatmu? Ada kempen untuk dilaksanakan tapi tak terlaksana dengan sebaiknya. Kenapa?

Kuih Apam Balik



Kuih Apam Balik antara yang paling saya gemari.Ketika ke bazaar ramadhan semalam aku beli apam balik. Harganya Rm2.50 yang biasa. RM3.00 untuk apam balik special. Agak mahal le jugak. Alhamdulilah kuih itu memang sedap. Aku buka puasa dengan apam balik le. Memang saya selalu beli kuih apam balik setiap kali ke pasar malam. Mana2 saya pergi jika jumpa kuih ini pasti saya akan membelinya. Aku masih ingat aku makan apam balik yang paling sedap ialah semasa bercuti ke Ranau, Sabah. Biasanya jika balik kampung - Kota Belud, aku pasti membeli apam balik setiap kali berkunjung ke pasar malam (setiap hari ada pasar malam di pekan Kota Belud). Di kampung saya kuih ini juga dikenali dengan kuih bulan. Kenapa? Rasanya sebab kuih ini bulat seperti bulan le

Ada kalanya aku kena perli mydarling disebabkan apam balik. Namun aku buat tak tau saja. Sebab aku tengok dia pun makan kuih itu. Sesekali dia perdengarkan aku ceramah seorang ustaz yg mengatakan ada seseorang itu berkunjung ke pasar malam. Selama tiga (3) jam berjalan2 dia cuma membeli kuih apam balik saja. Aku tersenyum mendengar ceramah itu. Bagiku memang wajar pun membeli kuih itu walau pun agak lama berjalan2 di pasar malam.

Martabak Singapura



Martabak Singapura begitu gah namanya. Aku tiba2 terpikat dengan ingin membeli martabak itu ketika berkunjung ke Bazaar Ramadhan. Mudah saja membelinya kerana tak eprlu berbaris. Adakah martabak itu tak digemari atau disebabkan harganya mahal. Aku cuma beli separuh dengan harga RM8.00. Jika sebiji harganya Rm18.00. Tu le harga di Bazaar Ramadhan. Aduiii memang mahal tapi disebabkan mau cuba makan kubeli jua. Harap2 sedap bisik hatiku.

Malangnya apabila menjamah martabak itu untuk berbuka puasa rasanya kurang sedap.Aku keciwa. Ia agak kering. Kini ada lagi baki martabak itu aku simpan dalam peti ais. Tak sampai hati mau buang begitu saja malam tadi. Sambil makan aku pun komen dengan mydarling, gini- " Jika di Singapura martabak ini dibuat oleh orang India. Rasanya memang sedap sehingga walaupun kenyang mau makan terus. Saiz martabak itu memang besar dan harganya pun agak mahal. Tapi kita faham le kita makan di Singapura. Tukaran duit agak jauh bezanya."

Bila kucerita dengan kekawan mereka pun kata lebih baik beli martabak biasa tu. Rasanya sedap dan harganya pun patut. Memang betul martabak kat bazaar Kg Baru harganya RM1.50 rasanya sedap dan amat memikat maunya. Saiznya sederhana.

Roti john Bazaar Ramadhan



Bulan puasa roti john antara hidangan yang popular. Aku pun suka makan roti ini. Ketika ke Bazaar Ramadhan semalam aku kena berbaris beli roti john. Dalam berbaris kena bagi order kerana rotinya tinggal sedikit. Kini harganya RM3.70 sebatang. Mula2 dulu harga roti john cuma RM1.80 hingga RM2.50 sahaja. Begitu cepat harga meningkat di kota metropolitan ini. Betapa mahalnya harga ini bagi mereka yang hidup di kampung dan tidak punya pendapatan tetap. Memang kasian.

Aku bangga dengan gerai roti john itu kerana dikendalikan oleh anak2 muda. Memang roti john mereka mendapat sambutan. Ramai beratur untuk membeli. Cara mereka pun teratur. Kemas dan bersih. Layanan mereka pun sopan. Ada stail untuk menjaga pelanggan. Aku tengok mereka pun melayan kerenah pelanggan dengan baik.

Memang sedap roti john bazaar ramadhan itu. Rasanya seimbang. Masih sedap walaupun dimakan ketika bersahur. Aku akan membeli lagi jika berpeluang untuk ke bazaar Ramadhan.

Tuesday, July 24, 2012

Bazaar Ramadhan



Hari keempat berpuasa baru le sempat ke Bazaar Ramadhan di Putrajaya. Sebelum ni bukan tak nak pergi tapi hati belum tergerak. Kawasan bazaar itu memang luas. Macam makanan ada. Pengujung pun ramai. Pelbagai bangsa ada. Aku tengok ada orang Arab, Cina, dan tentunya orang Melayu paling ramai. Tangan sebelah menyebelah menjinjing beg plastik.

Macam2 jenis jualan ada. Kuih muih - ada moden dan tradisional. Lauk pauk pun macam2. Ayam panggang laris. Harganya RM9.00 separuh. Ada juga RM10.00 separuh. Ikan dipanggang pun ada tapi kurang dapat perhatian. Kambing panggang paling laris. Cuma tinggal tulang saja di situ.

Suasana di situ agak sibuk. Berderet kereta sehingaa tempat parkin pun penuh. Macam2 jenis ada. Ada kereta mewah dan kereta kecil serta biasa. Bazaar itu bersebelahan dengan pasar malam. Banyak sayuran kampung dijual. Beraneka keperluan dapur ada situ. Ayam segar pun ada. Ikan, udang dan sotong pun kelihatan baru. Harganya boleh tahan le jugak.

Friday, July 20, 2012

catatan diriku



Jumaat semakin melabuhkan tabirnya
sang mentari megah tersenyum
mengucapkan salam ramadhan
tak sabar datangnya esok
bahagia mendambanya

Salam suci malam ini
kasih masjid berbisik di cuping
aku bersama abang telah berjanji semalam
akan berkunjung ke rumah-Nya itu

Lewat petang nanti
abang kata akan ke pasar malam
membeli untuk hidangan ramadhan
apa yang perlu saja
apapun kita sambut ramadhan penuh kesederhanaan
tanpa alpa kita berjuang untuk kemenangan diri
bukan kemewahan sehingga lupa diri.

Biodata diri



Aku berdebar2 ni sejak kelmarin. Hati tertanya2 kenapa le mereka minta biodata terbaru. Siap dengan gambar lagi. Nak segera pulak tu! Mula2 macam tertekan jugak.Ha buat macam biasa saja - kubisik dgn diri. Apa perancangan yang berkenaan ni. Memang le mendebarkan. Harap2 biodata tu menepati kehendak orang atasan. Menurut ayu, pengurusan atasan arahkan. Jadi aku kena patuh sebab slogan "saya yang menurut perintah" itu.

Macam dijadikan cerita .Sebentar tadidatang seorang Tini yang cantik bagi news. Ada kawan lain kena arah bagi biodata jugak! Alhamdulilah ada kawan rupanya. Tak seorang bagi biodata. Mungkin ada orang lain lagi yang perlu bagi biodata. Ramai agaknya. Entah le biarlah yang berkenaan menguruskannya. Tunggu dan lihat saja le perkembangannya. Memang hidup dan perjuangan ini penuh dengan penantian serta teka teki.

Biskut raya dah mai



Ramadhan baru nak menjelma tapi sample biskut raya dah lama datang. Alahai....macam2 warna dan nama. Rata2 harga RM23 - RM25 utk 50 biji. Risau jugak mau tempah sebab terlalu awal. Tapi kasian pula dgn kekawan yg ambil order. Jadi aku biasanya order satu atau dua jenis untuk setiap orang. Sekarang tak ingat lagi berapa jenis sudah order.Alamat terlebih bujet le nanti...

Thursday, July 19, 2012

Kekalkan hubungan cinta


Berkawan seribu tapi berkasih biarlah satu. Dalam berkasih itu ada perjuangan cinta. Bukan mudah untuk mempertahan hubungan cinta. Ia memang sukar mencabar. Ia tak semudah mencari kekasih. Nah! anda pasti inginkan hubungan itu indah dan berterusan. Jadi bagaimana untuk mengukuhkan hubungan cinta itu? Mungkin lain orang lain caranya. Namun saya ingin berkongsi beberapa tips yang saya baca untuk menjadikan cinta itu berkekalan.

i. Tiga kata ajaib - Ucapkan kata-kata "I Love You" dengan kekerapan yang mampu. Tak payah menunggu ucapakan baru kita membalasnya. Dengan ucapan keramat itu anda akan melihat luahan cinta melalui sikap dan tingkah lakunya.

ii. Hayati hubungan anda - sentiasa menghayati hubungan cinta. semakin dalamnya penghayatan semakin intimlah hubungan. Maka anda dan pasangan benar2 serasi dan selamat perjuangan hidup dan cinta itu.

iii. Teruskan kehidupan normal - Tidak perlu mengubahkan gaya hidup normal anda seratus peratus. Yang penting anda dan pasangan kena berbincang mengenai rutin harian anda dengan yang tercinta itu. Cari keserasian dan cuba saling memahami kesukaan masing2. Perlu saling menerima kelebihan dan kekurangan masing2.

iv. Jangan terlalu romantis Romantis suatu perkara yang indah dan manis dalam perhubungan cinta. Ia merupakan pemangkin penting untuk mengekalkan suatu hubungan itu. Jadi tidak perlu dilakukan sepanjang hari tetapi hendaklah berpada2 supaya tidak bosan

v. Komunikasi secara terbuka - Komunikasi amat penting dalam membina kebahagiaan dalam perhubungan cinta.Cinta yang dipupuk dan stabil hendaklah dilengkapkan dengan komunikasi dua hala tentang hal masing2.

vi. Jangan kelam kabut - Dalam pergaulan seharian dengan masyarakat anda tidak perlu kelam kabut, panik dan bersifat tidak matang. Dalam hati perlu yakin bahawa yang tercinta tetap milik anda.

vii. Peka perkara sensitif - Perlu banyak buat pertimbangan jika mau menyelesaikan perkara yang sensitif. Lihat keadaan semasa dan kenali hatinya. Tentu anda tidak ingin membuat yang tercinta malu di depan orang tuanya.

viii. Biarkan hubungan melewati dugaan dan cabaran - Pelbagai dugaan dan rintangan pasti dihadapi Ini mendewasakankan hubungan dan menguji hubungan anda. Yang penting sering ingatkan diri supaya tidak mudah mengalah dengan keadaan. Perhatikan sikap pasangan ketika berdepan dengan masalah. Paling perlu sentiasa cuba kawal tekanan perasaan anda agar diri tetap tenang walau dalam keadaan apa sekalipun.

Selamat semuanya...yang tercatat ini hanya panduan semata2 ye

Wednesday, July 18, 2012

Majlis Tilawah Al-Quran KKM



Betapa baiknya majlis anjuran KKM baru2 ini. Tenang ketika menghadirinya. Walaupun ada beberapa masalah namun segalanya itu perkara biasa. Adat dalam bekerja mesti ada cabarannya. Apa lagi jika kerja di bekerja sama dengan bahagian atau agensi lain. Tu pentingnya saling menghormati dan memahami.

Majlis ini ke 23 diadakan dan negeri Perlis menjadi tuan rumah. Aku cukup bersyukur menjadi sebahagian daripada jawatankuasanya. Ini le pertama kali terlibat dengan majlis keagamaan. Ia benar2 menarik perhatianku. Kesempatan ini Tuhan bagi. Kali ini Pahang menjadi johan Qari dan Qariah serta johan keseluruhan. Memang wakil pahang tu kedua2 bagus. Tahniah untuk JKN Pahang serta warganya.

Perlis telah berusaha sebaiknya menjadi tuan rumah. Sesekali ternampak saling tak puas hati. Namun tu perkara biasa. Ia resam bekerja. Aku cuma jadi pemerhati. Aku cuba bagi idea apa yg sesuai. Pada majlis penutup berlaku ketegangan. Ia berpunca daripada seorang wanita cantik yang bagi komen. Dia bertudung dan berjubah hitam. Maklum le dia berjawatan le konon. Namun tindakan dia tu menimbulkan negatif di kalangan petugas. Ye la saat2 akhir mau berubah itu dan ini. Cara dia bersuara pun kurang enak. Ada kekawan yang tersinggung. Malahan ada yang sakit kepala selain sakit hati.

Jadi berpada2 jika mau komen walaupun ada jawatan tau... tengok keadaan le

Tuesday, July 17, 2012

Kerenah ibu tiri


Geram betul baca kisah si ibu tiri kepada Siti Norzana Nordi. Kini berada di Lampung Indonesia. Ibu tiri sembunyikan kanak2 berusia 12 tahun ini. Dia dijual ibu tiri. Lebih geram lagi bila wakil biro aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO berjumpa dengan si ibu tini itu, dia buat tak tau saja. Memang dia tak berhati perut. Sanggup jual kanak2 itu. Selain itu, keluarga angkatnya tidak mahu berunding. Kenapa berlaku demikian? Lebih merisaukan lagi, Siti Norzana seorang yang cantik. Takut dengan kecantikan itu dia boleh dijadi alat untuk mencari duit. Masa kini dia sebagai pelaris untuk menjual aiskrim. Mudah2an Siti tidak dijadikan pelacur muda.

Kini kanak2 malang itu menjadi buruh paksa mengutip hasil kerja kampung dan menjual herba. Cuma kenapa le Siti boleh jatuh ke tangan si ibu tiri seperti itu? Kenapa le bapanya terlalu percaya dengan isterinya itu? Apakah si bapa seolah2 melepaskan tanggungjawabnya?

Harap kisah ini menjadi pengajaran kepada sesiapa yang berkahwin dengan orang luar. Ingat2 le anak2 tu supaya tak jadi mangsa si bapa tiri atau ibu tiri atau keluarga angkat. Jika berlaku di Malaysia tidak le berdepan dengan banyak masalah. Tapi jika sebaliknya kanak2 yg sepatutnya diberi perlindungan menjadi mangsa keadaan. Memang kesian....

Thursday, July 12, 2012

Indaksi menduga sabarku


Aku masih ingat ketika malam induksi di ITM (sekarang UITM). Ketika itu induksi Mass Comm sebulan. Rasanya bagai setahun lamanya. Betapa terderanya jiwa ketika itu. Setiap kali mulanya kelas sedari pagi hingga ke malam hatiku sentiasa tak tenteram. Apa tak para senior menunggu peluang saja utk masuk kelas. Maklum le kami baru masuk. Junior le katanya. Ada2 saja yang senior suruh buat. Memang amat tak suka ketika itu. Apa lagi ada senior yang suka jerit2. Guna perkataan yang kurang senang didengar. Terfikir dek aku kenapa le mesti buat kami junior cam itu. Mujur le aku bukan jenis yang glamor. Jauh sekali dari cantik manis.

Namun sesekali aku terkena jugak! Aku diminta baca sajak. Apa lagi aku hentam saja le. Baca apa yang terfikir depan mereka. Saja kulontarkan suara. Masa tu aku ada masa utk katakan apa saja. Maklum le baca puisi.

Wednesday, July 11, 2012

Kebaikan buah delima



Kita kongsi lagi kebaikan buah delima. Buah ini adalah buah yang sangat bermutu. Khasiatnya amat baik. Warna kulitnya pun cantik. Begitu juga dengan biji2 kecil yang macam2 manis. Amat memikat rasa.

Media massa di Jepun begitu aktif mempromosikan khasiat buah delima ini. Pelbagai jenis penyakit yang boleh dirawat dengan buah delima , iaitu antaranya sakit jantung, tekanan darah tinggi, memberi tenaga, mencerahkan kulit dab banyak lagi.

Terdapat hasil dan analisis perubatan moden tentang kebaikan buah delima, iaitu:
i. Ia mengandungi anti oksida yang tinggi
ii. Anti oksida yang tinggi di dalam buah ini mampu mengurangkan tahap kolestrol
yang terkumpul dalam saluran darah.
iii. Anti oksida ini juga mampu mengurangkan tahap kolestrol dan melembutkan
saluran darah yang sempat dan keras.
iv. Penggunaan 50cc jus delima untk 2 minggu berturut2 mampu mengurangkan tekanan
darah sebanyak 5%. Walau bagaimanapun, jumlah yang disarankan hanya 15 - 30cc
sahaja, ataupun 1 - 2 sudu teh sudah memadai untuk diambil setiap hari.
v. Ia meningkatkan keupayaan hati dan membantu mencegah dan mengurangkan kesan
"Hepatoprotective".
vi. Kandungan anti oksidanya mampu menghalang pembentukan sel payudara.

Semoga maklumat ini memberikan maktumat kepada anda semua ye...

Artis pop yeh yeh terbiar



Kenapa artis lama pop yeh yeh yang seorang ini tercicir. Dia tak dapat sumbangan atau bantuan sedangkan pelbagai kemudahan disediakan. Dia pernah berhubung dengan Papita tapi sekadar bagi nasihat. Kenapa demikian? Dia jugak penyanyi pop yeh yeh dan wajarnya berhak untuk mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk artis lama itu. Itu le yang berlaku dengan penyanyi Sdr Aziz Samad yang dulunya terkenal dengan lagu Janda Bersolek dan Cincin Suasa di sekitar tahun 1960-an. Kini beliau berusia 67 tahun dan menghidap penyakit jantung dan paru2 berair.

Menurut laporan akhbar artis pop yeh yeh ini pernah merakamkan lebih 40 lagu melalui piring hitam, kaset dan cakera padat (CD). Beliau juga pernah berduet dengan S Mariam dan S Fauziah. Ternyata bukan calang2 penyanyi. Malahan beliau juga ahli Kelab Kebajikan Artis Pop Yeh Yeh Malaysia-Singapura.

Harap Karyawan, Seniman dan lain2 persatuan mengambil tindakan sewajarnya. Pencarian yang lebih teliti dan adil perlu diteruskan dengan kepekaan yang sewajarnya. Kasian para artis lama yang tidak diendahkan. Mungkin ramai lagi yang terbiar begitu saja. Adalah lebih baik jugak para artis lama berani ke depan untuk melaporkan diri. Hakikatnya jika semua ke depan dan pencarian sepenuhnya ada tentu tidak timbul teguran2 yang menyatakan ada artis lama dapat sumbangan berulang2. Ye ke?

Maut kena renjatan - dadah pemusnah


Aku setuju penagih itu lebih mati daripada terus hidup. Pelbagai masalah timbul dengan kewujudan mereka. Kita tak perlu risau dengan keadaan mereka sebab mereka sendiri yang mau dadah itu. Memang aku amat benci dadah. Dadah pemusnah bangsa dan negara. Banyak wang dibazirkan untuk menampung kos memulihkan penagih dadah. Buang masa saja....

Baru2 ini di Klang,seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah mati akibat terkena renjatan elektrik. Kenapa gitu wahai penagih? Apa lagi dia mau mencuri kabel elektrik di pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Tengku Kelana. Mujurlah renjatan berlaku menyebabkan terselamat kemudahan awam itu dari dicuri.Dia sanggup menggadai nyawa semata2 untuk dadah. Elok juga dia meninggal dunia cepat bagi mengelakkan lebih banyak rekod jenayah dibuatnya. Sebelum ini mangsa itu telah memiliki tiga(3) rekod jenayah membabitkan kesalahan dadah dan curi.

Dadah tidak pernah mengenal mangsanya siapa. Yang mau mengenal mangsanya adalah pembekal yang tujuannya semata2 untuk wang dan akhirnya kaya. Sapa pembekal itu? Ramai bukan daripada orang Melayu. Malahan sekarang ni bangsa antarabangsa le. Wajarnya pembekal dadah itu dibunuh semuanya.....baru aman agaknya.

Apa itu senyum?


Senyuman itu suatu anugerah untuk insan. Setiap insan punya cara senyum yang bbeza2. Senyum simpul, senyum kambing, senyum sindir atau senyum manis. Senyum itu melambangkan kemersaan dan tanda kesediaan kita untuk memulakan jalinan hubungan dengan setiap pelanggan. Senyuman dapat mengawal perasaan emosi yang tidak tenteram. Selain itu ia satu pengertian kepada pelanggan bahawa mereka dihargai dengan ada senyuman di depan mereka. Setiap kita perlu mengamalkan senyuman semasa berkomunikasi secara bersemuka. Begitu juga semasa bercakap di telefon senyum itu perlu kerana nada suara orang sedang senyum amat berbeza dengan orang yang muram dan marah.


Apapun kena le jugak ingat bahawa senyuman perlu dikawal. Kenapa agaknya? Ada ketikanya senyuman perlu ikut suasana dan keperluan. Namun yg penting senyum kena ikhlas. Untuk memberi senyuman yg ikhlas perlu redha dengan yang dilakukan.

Sunday, July 8, 2012

Rambut Ella tetap menghurai ketika kahwin



Ella memang unik. Ella cuma satu. Dia lain dari yang lain. Ada artis paling popular dan menang byk anugerah pun punya suara iras2 dengan penyanyi lain. Maksudnya suaranya boleh ditiru TETAPI SUARA ELLA TAK ADA YANG BOLEH TIRU. Hehehe... Ketika majlis kahwin pun Ella unik lagi kerana rambut cantiknya tetap menghurai. Namun dia nampak ayu dan manja. Setakat ini belum ada artis Malaysia yang huraikan rambut ketika majlis kahwinnya seperti Ella buat. Jadi yang selepas ini tak payah tiru le ye. Cukup le Ella saja buat gitu.

Detik jam 10.40 malam, Sabtu 7 Julai 2012 Ratu rock negara itu sah menjadi milik Azhar selepas berkenalan sejak sembilan tahun yang lalu. Apa agaknya tajuk yang paling indah mereka pernah buat sepanjang perkenalan itu. Tentu segala bualan itu boleh dihambau semula ketika berdua2 sambil menjamu selera. Tentu Ella tersenyum sambil tutup mulut(dia suka buat tu) sambil lenggok manjanya.

Ella dah sampai jodoh





Aku amat suka bila dapat berita Ella nak kahwin. Alhamdulilah. Jodoh dia dah sampai. Segalanya di tangan Tuhan. Kerja Tuhan. Berbisik dalam hati betapa bertuahnya sang lelaki yang berjaya membuka hati Ella untuk berumahtangga. Ella atau Norzila Amuddin bernikah dengan Azhar Hussaini Ghazali pada 7 Julai 2012 di kediaman keluarga. Tentu yang paling gembira ialah Ibunya,Yang Asmah Long 85 tahun. Betapa lama ibu yang membesarkan anak bungsu itu menunggu hari bahagia Ella. Begitu juga dengan adik beradik juga saudara mara serta para peminat termasuk aku le.

Memang jarak usia Ella dan Azhar agak banyak jugak. Kini usia Ella 46 tahun dan Azhar 32 tahun. Namun yang nyata usia cuma angka dan tidak menjejaskan rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Cuma yang penat menghitung dan menilai adalah insan2 di luar sana. Itu perkara biasa. Bila dah puas nanti akan berhenti jugak! Bagi kedua pasangan ini tentunya perkenalan selama sembilan tahun telah menjadikan mereka saling mengenali diri dan keluarga masing2. Namun pastinya masih ada yang tersembunyi kerana sebagai insan biasa tentunya kelebihan dan kekurangan masing2 wujud tanpa disedari.

Selamat pengantin baru untuk Ella dan suami tersayangnya Azhar. Mudah2an mereka aman damai dan bahagia hingga ke akhir hayat.Yang penting mereka saling menghormati dan memahami kerana punya kerjaya yang berbeza. Apapun perjuangan perlu diteruskan dengan ketabahan dan kesabaran dengan pertambahan tugas yang digalas mulai 7 Julai itu.

Thursday, July 5, 2012

Kehidupan ini





Kehidupan,perjuangan dan pengorbanan saling berpaut. Nah! kehidupan itu suatu perjuangan. Perjuangan yang panjang selagi hayat dikandung badan. Lalu tentunya macam2 pengorbanan dilalui sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Perlu dinyatakan bahawa hiduplah dengan pengharapan dan penerimaan yang baik. Bila diamalkan demikian pasti wujud keindahan dan kebahagiaan. Apa lagi jika semuanya disemai dengan keikhlasan. Makanya, memang wajar baikkanlah prsangka kepada yang disembah. Tentu kenikmatan dan kerahmat diberikan-Nya. Nyamankan waktumu dengan kegembiraan dan jangan menyesal atas apa yang luput.

Kehidupan ini bagai luasnya lautan membiru. Lalu dalam tenang dan gembira pasti ada gelora yang datang. Tentu cabaran kena didepani seperti ombak mengempas ke tepian dan yang pantai redha menerimanya.

Khasiat buah delima (buah granada)



Buah delima memang terkenal dengan khasiatnya. Bukan mudah untuk mendapatkan buah delima ini. Ia buah yang unik, cantik dan harum. Buah ini berasal dari Parsi (kini dikenali sebagai Iran) dan di Utara India sekitar banjaran Himalaya. Lebih 8000 tahun dahulu buah delima telah digunakan sebagai penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Kini pelbagai usaha untuk mendekatkan delima dengan insan sebagai penawar sama ada dalam bentuk pil atau jus.



Untuk berkongsi maklumat dicatatkan kebaikan dan khasiat buah ajaib ini, iaitu antaranya:

- mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
- membersihkan hati dan saluran perkumuhan
- menyingkirkan lemak berlebihan
- meningkatkan tenaga
- mencegahkan rasa mual
- menstabilkan tahap hormon semasa kemuncak haid
- mencantikkan kulit muka
- membantu memulihkan pesakit diabetes
- berupaya mengurangkan kahak
- memberi tanaga dan mencegah keletihan
- mencegah angin ahmar bagi warga emas
- melancarkan peredaran darah.

Jus delima memang sedap. Warnanya cantk dan khasiatnya punya klas yang tersendiri. Semoga anda berpeluang untuk mencuba dan mengamalkan pengambilan dalam kehidupan seharian.

Artis mau sokong parti mana?


Kenapa le bila saja berubah stail atau mau perjuangkan agama terus saja sokong parti. Adakah mereka sudah faham sangat seluk belok suatu parti itu? Atau terlalu taksub untuk menyokong parti yang mewar2 perjuangan Islam (belum terbukti lagi perjuangan itu). Apakah selama ini ada antara artis tidak selesa dengan pentadbiran Kerajaan? Mungkin juga mereka belum sempat lagi mendalami pentadbiran itu sebab sibuk dengan hal2 kesenian. Adakah juga mereka menyokong suatu parti itu disebabkan peristiwa peribadi? Memang bukan kerja kita untuk menjawabnya. Tentu para artis itu pandai dan pintar agaknya ye...Cuma kena beringat le ye sokongan yang kurang tepat boleh menyebabkan kehidupan diri merempat.

Betapa baiknya semakin ramai para artis wanita imej bertudung sekarang. Ada yang masih bujang, berkahwin dan ibu tunggal bertukar imej. Mereka kelihatan cantik dan manis. Serentak dengan itu ada juga kalangan artis yang bila bertudung sambil2 itu mau sokong parti. Dalam laporan sebuah akhbar hari ini PAS semakin dapat sokongan daripada para artis. Contohnya pelakon Abby Abadi yang bertudung itu mau pertahankan PAS. Ye ke? Apakah perjuangan Abby dengan PAS itu sealiran. Sebelum ini dia menafikan. Fokus kepada keagamaan itu murni tapi tak semstinya terus berparti. Kurang pasti le pulak! Gitu juga dengan Bob Lokman yang begitu aktif berceramah. Peliknya baru setahun jagong masuk parti sudah dapat green light untuk bagi ceramah. Cepat betul dapat kepercayaan. Adakah itu yang dicari? Tak blh jawab jugak. Sebab masing2 dengan perjuangannya. Terpulang le...

Siri satu...

Wednesday, July 4, 2012

Terkenang Fauziah Latiff


Fauziah Latif atau Jee seorang artis yang amat popular suatu ketika dulu. Dia cantik dan manis serta berbudi bahasa. Dia jugak menang pelbagai anugerah. Namun hingga sekarang belum dapat gelaran dato. Sekarang ni terlalu senang artis dapat gelaran dato. Sesekali aku tertanya2 jugak macam mana tiba2 dapat gelaran dato tu? Ye le rezeki masing2 agaknya...

Masih kuingat lagi ketika Jee berkahwin dengan Syed Budriz gempar satu Malaya. Maklum le dia seorang keturunan diRaja. Hampir semua media bercerita mengenai perkahwinan yang berlaku pada tahun 1992 itu. Ketika itu dia masih muda dan berada di puncak populariti. Memang rasa tak puas hati bila dia berkahwin tapi apa boleh buat jodoh dah sampai....



Dia bercerai dan berkahwin dengan Johan Endot pada 19 Jun 1997. Dia juga seorang lelaki berada dan terkenal di kalangan ahli perniagaan. Jee dapat dua orang anak dengan perkahwinan keduanya. Namun sebagai peminat hingga kini masih tertanya2 kenapa dia mesti berkahwin di London. Mungkin tu cara terbaik agaknya.


Masih terbayang-bayang lagi ketika Jee menang sebagai juara Pesta Pujaan Kingsway tahun 1989. Bermula dari pesta itu dia terus berusaha dan menempah kejayaan dalam bidang seni dengan klasnya tersendiri.