Wednesday, June 27, 2012

Kenapa Raja Azmi dan Jailani nak bercerai?






Kenapa dan mengapa nak bercerai? Bahtera yang dibina atas dasar cinta itu terkorban? Mereka pasangan yang sepadan. Raja Azmi seorang yang tabah dan kuat. Jailani pula seorang suami dan bapa yang penyayang. Raja Azmi yang kukenal berjiwa kental. Macam2 kontrovasi melanda dirinya. Dia tetap senyum. Pelbagai cabaran yang datang dan dihadapinya selama ini. Namun tiba2 keluar statment dia tak sanggup lagi dengar tohmahan yang menuduh suaminya dayus. Dia tak mau istilah dayus diletakkan dalam kamus hidup suaminya. Macam2 fitnah yang dilemparkan.Malahan ia amat keterlaluan dalam mempertahankan mahligai bersama suaminya.

Dia tidak sanggup lagi mendengar segala tohmahan dan fitnah yang tak putus2 itu. Segalanya itu memberi tekanan kepada mereka. Lebih mengejutkan saya bila istilah cerai dilayari mereka pulak! Hakikatnya dia amat sayangkan suaminya. Suaminya pun sebelum ini sentiasa memberi sokongan penuh terhadap dirinya. Mereka telah hidup bersama sejak tahun 1984 yang lalu.Kini hampir 28 tahun mereka sebagai pasangan suami isteri dan diserikan dengan kehadiran tiga orang anak dan seorang cucu.

Lalu demi membersihkan nama suami yang telah hidup bersamanya sejak tahun 1984. Satu jangkan masa yang bukan singkat. Keputusan ini meruntunkan jiwa. Sebelum ini mereka saling menyokong dalam pelbagai suasana fitnah. Entah ramai orang ingin melihat perceraian itu berlaku.

Mudah2an Raja Azmi dan Jailani ada panjang jodohnya. Raja Azmi seorang pejuang seni yang berjiwa kental. Dia peramah dan mudah bergaul walaupun dia ada klasnya tersendiri. Malahan jika berjumpa beliau sering dinyatakan sang suaminya seorang yang amat baik dan tak kisah dengan keadaan hidupnya.Kebaikan Raja Azmi menyebabkan beliau difitnah suatu ketika dulu. Kasiannya Raja Azmi yang baik hati serta punya senyuman manja dan manis itu....

Tuesday, June 19, 2012

Princess Diana dari sudut mata AJ




Princes Diana begitu mempesonakan. Bagiku dia seorang wanita yang cantik. Fesyen, gayanya dan senyumannya jadi ikutan. Tak ada orang boleh ganti dia. Aku memang suka dan minat dengan Diana. Hingga kini aku masih terus membaca kisah2 ibu kepada bakal Raja England itu.

Aku masih ingat ketika majlis perkahwinan dia dengan Charles aku duduk depan TV. Dia benar2 cantik ketika itu. Majlis kahwin diRaja yang auranya luar biasa. Sesekali aku berbisik pada diri bahawa dia tak sesuai dengan pengantin lelaki itu. Apa lagi dia seorang yang suka tukar2 teman wanita. Umur dia pun dah banyak berbanding Diana yang masih balasan tahun.

Bila dapat berita Diana mengandung anak pertamanya aku amat gembira. Seolah2 dia saudara dan sahabatku. Yang nyata aku cuma peminat setianya. Aku tertunggu2 saat anak itu dilahirkan. Akhirnya lahirlah bakal pewaris Raja ke dunia. Satu kejayaan untuk Diana yang orang biasa lahirkan seorang William.

Aku benar2 tidak selesa bila terbaca kisah2 negatif tentang Diana. Aku selalu doakan semuanya tidak betul. Aku begitu gembira setiap kali nampak foto2 barunya di akhbar. Ada suatu ketika aku tercari2 dalam foto Diana itu berkaitan selulit. Aku tak nampakpun selulit itu...Dia memang kurus dan kakinya memang panjang dan cantik.

Bersambung....

Peristiwa enam haribulan enam 2012





Enam haribulan enam mencatat peristiwa yang amat meruntun jiwaku. Selama 20 tahun aku hidup di Kuala Lumpur inilah pertama kali aku menghadapinya. Selamanya aku amat yakin rumahku selamat. Tidak ada apa2 yang diragukan. Setiap kali tuutp pintu rumah selalu didoakan rumah itu selamat dari segalanya.

Namun langit tidak selalunya cerah. Masa itu aku berada di putrajaya bersama suami. Kami diduga . Pada enam haribulan enam yang lalu tepat jam 10.00 malam aku terima panggilan dari Puspa (jiran di wangsa maju). Mulanya debaranku tak begitu kuat sebab cara dia bercakap agak relaks. Padan le beberapa hari sebelum itu hatiku selalu berdebar2.

Katanya, "aria pintu rumah kau buka le. Kau tak kunci ke? My husband nampak petang tadi masa dia balik rumah. Dia baru call saya. Saya masih di luar ni". Gitu panjang penerangan Puspa. Aku antara percaya dengan tidak. Aku cuba tarik nafas. Kemudian aku gitau dgn suami.

Aku call dia selepas bincang dgn suami. Dia balik rumah tengahari pada hari berkenaan. Dia ambil barang untuk Astro. Puspa kata cepat balik dan tengok rumah tu. Ketika itu aku memang sudah pasang niat untuk awal tidur kerana badan rasa penat. Namun bila terbayangkan rumahku diganggu penat melayang. Aku dan suami bersiap dan terus berangkat ke Wangsa Maju.

Dalam perjalanan suami terus menenangkan aku. Aku cuba kuat sekuat2nya. Debaran agak kurang. Namun aku untuk memikirkan macam2. Bagaimana le keadaan rumahku? Apakah barang yang hilang? Bagamana dengan barangan kemasku? Ada beberapa keping wang rupiah, dollar (sikit saja), wang siam dan ringgitku? Telefon bimbitku berdering lagi dan ternyata Puspa call lagi. Aku sudah di kawasan rumah dan terus naik ke rumah. Tiba di pintu rumah Puspa dan suami serta jiran sudah ada di depan minggu. Kini aku terasa debaranku semakin memuncak. Namun aku cuba kawal diri. Pintu cuma terbuka separuh. Grill juga begitu. Mangga pintu seperti biasa tapi tempatnya di potong. Tidak selamat pencuri itu dunia dan akhirat. Aku tidak rela dia masuk ke rumahku. Apa lagi dengan barangan yang dicurinya. Mudah2an pencuri itu dilaksa Allah SWT.

Dari luar ruang tamu rumah nampak macam biasa. Bagai tiada sesiapa yang menceroboh rumah. Aku masuk ke bilik utama bertabur di atas katil tempatku simpan barangan hiasan. Betapa luluh hatiku ketika itu. Bertahun2 aku simpan semua barangan itu. Aku lebih terharu kerana barangan kemas pemberian ibu dan arwah kakakku hilang. Jika dikira memang nilai ringgitnya tinggi sebab emas lama. Aku benar2 terkilan. Aku tak berani pegang barang2 yang bertabur kerana takut ganggu siasatan polis.

Setelah berbincang dan jiranpun desak untuk laporan polis kami terus ke balai polis wangsa maju di seksyen 1. Rupa2 ramai juga orang mau buat laporan. Aku terpaksa menunggu lama kerana proses demkian. Suamiku terpaksa balik Ampang untuk ambil rantai kerana grill dah rosak. Aku tenangkan diri. Berdoa dalam hati semoga terus sabar.

Lebih kurang jam 1 pagi baru le selesai buat report. Kami pun balik ke rumah bersama seorang jurugambar polis. Dia klik pelbagai sudut. Namun sekadar tinggal gambar saja le sebab barangan hilang tak akan dapat lagi. Pencuri itu kenyang le dengan rezeki tak halal. Mudah2an dia terus dilaknat Allah.

Memang enam haribulan enam 2012 benar2 mencipta sejarah dalam hidupku.

Tentang kahwin


Bila nak kahwin? Kenapa tak kahwin? Dengan siapa nak kahwin? Memilih sangat ke sehingga tak kahwin2? Tu le sebahagian daripada soalan yg sering ditanya utk orang bujang. Kebanyakan yang suka bertanya mereka yg sdh berkahwin. Mereka tak pernah fikirkan tentang hati dan perasaan orang yg mereka tanya itu. Malahan ada yg pusing belakang mengata lagi. Sudah le menyinggung hati orang, buat dosa lagi kerana mengumpat.


Untuk menuju ke alam perkahwinan bukannya mudah. Ada saja cabaran yang datang. Boleh pening kepala dibuatnya. Pertama tentang calon dan kelayakannya. Kedua wang untuk perbelanjaan dan ketiga restu orang tua dan keluarga. Keempat bentuk atau konsep perkahwinan (bukan semua nak). Selain itu mereka bukan beragama Islam lagi berdepan masalah besar (bukan semua) kerana perlu meninggalkan agama lamanya untuk berkahwin. Tentu keluarga tak restu. Malahan mungkin timbul kemarahan. Namun yang penting keikhlasan dalam memilih agama dan cinta. Cinta itu akan cantik jadinya bila agama dipilih di atas relanya diri.

Ternyata kahwin itu memang mudah dalam ucapan. Senang ditanya tapi amat rumit untuk menjawab. Lagi berdepan cabaran untuk melaksanakannya. Kekuatan untuk suatu perkahwinan itu adalah iman setiap pasangan.

Monday, June 18, 2012

Erra Fazira tak pernah gaduh






Erra Fazira artis cantik dan mantap lakonannya. Dua kali menang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM). Aku memang suka dan minat dengan artis ini sejak awal kemunculannya dalam dunia seni. Kini hampir 19 tahun aku mengikuti perjalanan seninya. Ketika dia keciwa dengan dunia percintaan dan perkahwinannya, aku pun turut bersedih. Malahan terkilan dan timbul rasa marah terhadap mereka yang mengeciwakan dia. Namun bila Erra Fazira meniti kebahagiaan hidupnya, aku tumpang bahagia jua.

Bagiku Erra Fazira seorang artis yang memang glamor dan terkenal yang tak pernah bergaduh dengan artis lain. Dia sentiasa menunjukkan sikap profesional dan karisma sebagai seorang artis. Dia boleh menjadi contoh artis bersih dari cemuh mencemuh sesama artis. Ketika zaman muda remajanya dia sibuk dengan aktiviti seni lakonan dan nyanyian saja. Aku tak pernah dengar Erra Fazira bercanda di majlis2 tertentu yg boleh mencalarkan imejnya. Apa yang nyata kisah cinta dan kehidupannya menjadi hot di media.

Berbeza dengan artis muda remaja masa kini ramai yang bergaduh sesama sendiri. Pergaduhan itu sama ada melalui media, laman sosial atau pun pertengkaran di lokasi. Kenapa berlaku demikian? Mereka yang terlibat saja tahu akan sebab dan jawabannya.

Thursday, June 14, 2012

Mengaji alquran



Al-Quran kitab teragung....


Aku masih ingat ketika di zaman kanak2ku. Masa banyak diisikan dgn pegi sekolah,buah keja rumah, angkat air dari perigi,ambil kayu api dan pegi mengaji. Cuma sesekali aku pegi memancing. Ketika itu, memang arwah bapa ajar kami mengaji tapi dia suruh lagi mengaji dgn guru lain. Dia begitu mementingkan pendidikan alquran di samping sekolah. Guru mengaji memang ramai. Pelbagai pengalaman dirasa temasuklah menyeberangi sungai, mereda malam, berjln dlm semak, kena marah dan sebagainya.

Ketika itu mengaji sebab memang mau belajai mengaji. Semua sepupu yg sebaya juga mengaji. Kami berlumba2 untuk khatam quran. Mengaji di rumah cuma menggunakan lampu pelita. Namun untuk terang sumbuh lampu dibuat dari kertas yang digulung dan dicucuk ke botol spy cahayanya besar. Aku tidak faham pun akan ayat2 yg dibaca. Tapi memang dididik mengaji itu perlu. Betapa bertuahnya aku gunakan masa sedari kecilku dengan baik.


Kini aku amat bersyukur sebab semakin dekat dgn alquran. Hakikatnya alquran itu merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yg diturunkan Allah kpd Nabi Muhammad saw. Ia petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga ke hari Kiamat dlm mencari keredhaan Allah. Malahan ia juga untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.






Segalanya cuma terkenangkenang...

Cinta itu kuasa

Betapa kuasa cinta itu amat memukau. Peluru cinta menyusuk kalbu sukma sehingga ada yang seolah2 lupa perjuangan hidup krn cinta menguasai diri. Hati dikawal rasa cinta yang terlalu tinggi kuasanya. Ssorg yang dilamun cinta itu terasa dirinya diliputi keindahan.Indah seindah2nya. Kuasa cinta itu suatu yg di luar jangka. Cinta dihiasi wangi mengharum. Cinta itu kuasa yg tak dilihat tapi impaknya ternyata. Cinta itu bagai laut yang tenang tapi ada geloranya. Di dalamnya sejuta impian dan cabaran. Gitu le cinta sehingga ada yang sanggup melarikan diri semata2 takut cintanya terhalang. Cintanya segalanya wpun org tua dan keluarga tidak merestui. Sanggup tinggalkan mereka. Kerana janji diikat pasti tanpa fikirkan kesan kemudian hari. Berkorban hingga menyeberangi lautan gelora. Maka, ada gadis sunti ikut cintanya ke lambuk tanpa dia melihat apa yg menunggunya di sana selain cinta yang membawanya. Kasian betul le....

Wednesday, June 13, 2012

Neelofa hendak saman Anzalna

Neelofa dan Anzalna.....Memang CANTIK DAN MENAWAN LE Artis ini dunianya penuh dengan cerita sensasi. Adakalanya disebabkan publisiti di media mereka boleh bergaduh dalam senyap. Malahan ada yang saling saman menyaman. Masing2 mau jaga imej dan maruah diri. Hakikatnya, dunia artis Malaysia bukan le besar sangat. Pusing2 jumpa orang yang sama jugak! Cerita terbaru artis cantik saman artis cantik. Neelofa hendak sama Anzalna pulak! Wow!!! memang hot news le ni untuk para peminat seni tanah air. Kedua2nya bintang yang sedang bersinar dan menyerlah dalam bidang lakonan. Kedua2nya ada klas tersendiri dan peminatnya. Gini,si cantik Neelofa mendakwa difitnah dalam kenyataan Anzalna dalam artikel "Anzalna Bidas Neelofa" yang tersiar di sebuah akhbar pada 10 Jun yang lalu. Artikel itu boleh menjejaskan imej dan menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Dia bagi seminggu untuk Anzalna bagi maklumbalas dan penjelasan. Anzalna juga menyatakan terdapat akuan di media sosial bertajuk "Kami Benci Anzalna". Dia dakwa pulak semua pengikutnya tahu menerusi laman sosial milik keluarga Neelofa itu menghina keluarganya. Aduii kenapa sampai gini jadinya. Harap2 dapat diselesaikan dengan baik le... Mereka saling bertukar2 kenyataan di media. Tentu peminat mereka jadi resah. Tu le bahayanya media sosial ni...Kadang2 sumber itu tak dapat dipastikan kesahihannya.

Tuesday, June 12, 2012

Apa itu cinta?

Cinta itu dimiliki oleh setiap insan di dunia ini. Cinta itu memang indah. Keindahannya tak terukir dengan kata2. Segalanya bagai haruman kasturi yang membelai jiwa. Cinta itu bunga2 harum mewangi. Tanpa cinta hidup bagai pokok tidak berdahan. Namun cinta itu ada tenang dan geloranya.

Mari bersihkan getah nangka

Pepatah Melayu siapa makan nangka maka dialah kena getah. Yalah betul le tu sebab getah nangka tak akan kacau orang lain jika seseorang itu tidak menggangu badannya. Maknanya siapa yang buat salah sepatutnya dialah kena denda . Jadi pepatah ini mempunyai nilai moral yang murni. Ia dikaitkan dengan keadilan dalam sosial kehidupan. Apapun mari kita kongsi cara yang mudah untuk bersihkan getah nangka.Getahnya memang power. Biasanya getah nangka mudah melekat di permukaan periuk atau di mata parang atau di jemari tangan. Caranya Memang mudah sahaja yang biasa diamalkan orang orang2 lama. Iaitu, ambil sedikit minyak masak dan gosokkan di tempat berkenaan perlahan2. Selepas itu suci sehingga bersih. Pelbagai jenis gulai sedap boleh dimasak seperti masak lemak cili api, masak kari, tumis nangka dan kerabu atau ulam nangka. Tapi yang paling best nangka sedap dimakan sebagai pencuci mulut.Namun ada jugak kalangan orang tak boleh makan nangka sebab kononnya "angin".

Monday, June 11, 2012

Hampas kelapa dan kulit kerang

Ramai yang suka makan kerang. Memang keenakannya tidak dapat dinafikan sama ada kerang bakar atau kerang rebus. Kerang bakar atau kerang rebus adalah makanan sihat. Kerang juga baik dimakan oleh mereka yang kurang darah. Cuma perlu diingat kerang boleh menyumbang kepada peningkatan kolestrol dalam darah. Kerang begitu popular untuk dicampur dalam masakan lain seperti mee kari, mee goreng, kotew goreng dan sebagainya. Ia juga sedap dicampurkan dalam sayur. Cuma masalahnya kulit kerang selalunya berlumpu dan kotor. JIka makan kerang rebus terasa kurang selesa tekak kerana tak yakin dengan pembersihan kulitnya. Oleh itu untuk memudahkan membersihkan kulit kerang, maka perlu ada hempas kelapa. Kerang digosokkan dengan hampas kelapa tersebut. Selepas itu bilas dengan air bersih. Kulit kerang lebih bersih dan boleh direbus serta dibakar. Atau bukakan kulit untuk dicampurkan dalam masakan lain.

Friday, June 8, 2012

Nasi putih menawan

Nasi ada sumber tenaga untuk manusia. Di negara ini nasi adalah makanan asas yang utama. Tenaga dari nasi boleh tahan lama. Disebabkan itu bagi para pesawah,petani, nelayan, peladang dan mereka yang bekerja dalam bidang yang memerlukan tenaga banyak lebih suka sarapan pagi dengan nasi. Macam2 jenis nasi. Rasa dan warnapun pelbagai. Ada nasi ayam, ayam goreng, nasi bubur, nasi tomato, nasi kandar, nasi daging, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi kerabu, nasi dagang, nasi biryani dan banyak lagi. Namun yang mudah diperolehi ialah nasi putih. Nasi biasa yang sering dihidang atau dijual di mana2. Nasi ini boleh dibuat nasi lemak, nasi goreng (pelbagai jenis) dan ketumpat. Nasi putih jugak boleh untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Untuk menjadikan nasi putih itu lebih putih dan menawan, maka anda boleh cuba petua ini, iaitu: masukkan beberapa titik jus lemon dalam air sebelum masak nasi. Rasa nasi itu juga lebih sedap. Selain itu untuk mengelakkan nasi melekat antara satu sama lain, boleh tambahkan minyak canola air ketika masak. Manakala untuk selamat nasi supaya tidak dimasuki serangga letakkan kira2 5 gram serbuk daun pudina.

Peti sejuk tak berais

Memang nama dah peti sejuk tentu le sejuk tapi tak semestinya ada ais beku di dalamnya. Saya paling rimas jika sudah membeku di dlm peti ais tu. Susah mau keluarkan barang. Tapi bukan semuanya peti sejuk tu ada ais beku. Tengok harga le. Yang mahal tentunya ruangnya jugak bergaya mahal dan selesa. Oleh itu bagi mengelakkan ais terbentuk di bahagian sejuk beku (freeze) di peti sejuk anda sapukan bahagian tersebut dengan garam ye. Awas!!! jangan berlebih2 ye nanti jadi peti sejuk masin pulak!!!!Garam boleh jadi kawan dan lawan. Gitu le kehidupan di dunia ini. Jadi adalah lebih lebih bersederhana dalam apapun tindakan.

Thursday, June 7, 2012

Akhirnya Nurul Kahwin

Tahniah untuk penyanyi hitam manis, Nurulkerana akhirnya kahwin untuk kali keduanya. Nama suaminya Eric berusia 47 tahun. Dengan usia itu dia sewajarnya cukup matang utk menjadi suami. Elok le Nurul kahwin untuk mengelakkan segala fitnah. Lagi pun bekas suami pun sudah bahagia dengan isterinya. Yang penting anak Nurul setuju dengan pilihan mamanya. Nah tentu nanti anak dara sunti Nurul akan mahir berbahasa Inggeris. Suami pilihan Nurul kali ini bukan Melayu. Tentunya nanti Eric kena belajar makan belacan, ikan singgang, kari ayam, masa tomato dan sebagainya. Kehadiran Eric mengisi kekosongan hidup Nurul selepas lebih lima tahun hidup sendirian. Mujur le ada anak sebagai peneman. Kenapa pilih mat salleh ye? Adakah Nurul sudah patah hati dengan lelaki Melayu. Lelaki Melayu itu le menyebabkan dia keciwa. Air matanya mengalir walaupun tiada siapa yang tahu. Selamat Pengantin Baru Nurul dan suaminya. Moga bahagia hingga ke akhir hayat. Nurul jugak kena bagi panduan secukupnya utk Eric yang masih terlalu baru dalam agama Islam. Moga Eric menjadi umat yang disayangi Allah swt.

Jam sophie paris

Jam itu penghitung detik. Jarun jam Terus terang saja le bukan mau menunjuk2kan tapi aku memang suka dengan jam. Macam2 jenis jam dibeli.Ada murah, sederhana dan harga sederhana mahal. Baru2 ini aku ke butik Sophie Paris. Saja2 bawa kawan. Kami pegi bersama mydarling. Memang menawan koleksi jam Sophie Paris. Cantik dan harga pun patut. Mampu dibeli le setiap bulan. Membuak2 ingin nak beli. Malah kepingin semuanya. Aku biasanya beli jam sebagai cendera kenangan jika pergi ke negeri orang. Jam itu ada nilai yang cukup mempesonakan. Terasa bangga ketika tengok koleksi jam sendiri. Ada dah mati terus. Walaupun diganti bateri tapi jam itu terus kaku. Yang ada cuma titik2 dan angka2 saja.

Tuesday, June 5, 2012

Rahsia asam jawa

Asam jawa banyak kegunaannya. Ia punya kuasa yang luar biasa dgn tabii manusia krn adakalanya sebut saja namanya boleh menyebabkan seseorang itu berliur. Air asam jawa memang sedap. Ia boleh melegakan batuk. Jadi jangan le was2 untuk berkumur2 dengan air asam jawa kerana ia baik untuk sakit tekak. Selain itu, ada petua nenek kita yang asam jawa juga boleh mengilatkan semula barangan loyang atau tembaga yang kusam. Caranya ialah sapukan asam jawa yang disembur sikit air. Kemudian itu gosokkan loyang atau tembaga perlahan. Tak syak lagi barangan itu akan kembali berkilat seperti sedia kalanya.

Kulit tomato mudah dikupas

Tomato antara sayur yang boleh dimakan mentah dan dimasak. Kandungan vitaminnya bagus untuk kulit. Ada juga yang gunakan tomato utk sapu di muka terutamanya wanita. Boleh campur dalam sambal belacan. Tomato sedap untuk dibubuh dalam sup atau sayur goreng. Malahan seorang rakan kerap buat sup tomato kerana amat digemari suaminya yang berbangsa Arab. Ada rahsianya, untuk lebih mudah mengupas kulit tomato, rendamkan dalam air suam selama lima minit hingga 10 minit. Selepas direndam kulit lebih senang dikupas. Agar buat tomato yang disimpan sentiasa segar dan lembut, rendam semalaman dalam air sejuk berisi garam.

Oat dan susu omega

Salam ingatan kasih mesra tentunya utk semua kekawan. Hari ini aku mau berubah menu makan. Alhamdulilah akhirnya aku berjaya menjamah oat dan segelas susu omega utk sarapan pagi. Dah lebih seminggu dah sarapan demikian. Risau jadinya sebab tak jamah makanan sihat kononnya. Namun walau pun sekadar oat jadi santapan perut memang kenyang. Harap2 boleh bertahan le. Aku sarapan bersama mydarling le. Dia pun makan makanan yang sama. Yang lucunya setiap kali makan oat dia mesti kena tegur. Apa taknya lambat siap makan sbb asyek kunyah oat. Nak kunyah apa lama2 oat tu kan? Memang puas aku tegur. Yang penting mydarling rela jua sarapan dengan oat dan susu tu.