Thursday, May 31, 2012

Merokok itu memusnahkan

Kenapa mesti merokok? Ada kononnya mau dapat idea. Bila merokok idea lebih banyak. Pergaulan lebih intim dan mesra. Ada jugak tunjuk mucho bagi lelaki. Bergaya dan nampak kelelakiannya. Bagi wanita pulak ia lambang kemodenan. Apa lagi jika jemari itu dibubuh cat di hujung kuku. Mereka kelihatan sebagai wanita mengikut arus zaman. Namun yang nyata kini merokok itu memusnahkan. Kesihatan akan tergadai disebabkan rokok. Ramai yang menangis kerana ada keluarga yang menghidap penyakit keronik seperti kanser disebabkan merokok. Jika sudah terlantar di katil dan hampir semua paru2 telah musnah maknanya sudah terlambat untuk berhenti merokok.
Merokok itu jugak pemusnah ringgit malaysia. Rokok di pasaran memang harganya mahal. Kerajaan menaikkan tax rokok. Memang wajar dibuat begitu. Namun perokok tetap rela membeli rokok walaupun ringgitnya tak seberapa banyak. Malahan ada yang sanggup berhutang demi rokok. Akibatnya ekonomi keluarga terganggu disebabkan rokok. Ringgit sepatutnya untuk belanja sekolah anak digunakan untuk rokok. Ada rumahtangga jadi kacau bilau disebabkan rokok. Memang rokok pemusnah.

Bakar kalori

Setiap kali bincang tentang kalori memang merisaukan saya. Kalori perlu dibakar. Mesti seimbang dengan keperluan badan. Memang risau dibuatnya sebab seketul kuih pun boleh mencapai 40 hingg 60 kalori. Jika dikecilkan lagi memang kalori akan sikit tapi boleh kenyang ke? Makanan itu memang penting tapi kandungan makanan sekarang ini amat mencabar kesihatan. Apa taknya ramai orang ambil kalori terlebih setiap hari kecuali mereka yang kerjanya banyak mengeluarkan penuh. Mereka banyak gunakan tenaga. Tidak seperti mereka yang bertugas dalam pejabat yang suasananya sejuk.
Jadi untuk membakarkan kalori itu kita kena lakukan aktiviti fizikal. Ia dapat mengeluarkan penuh dan menggerakkan otot. Aktiviti berjogging, berbasikal, berenag atau melakukannya di gimnasium. Senaman atau aktiviti cergas blh membuat badan berpeluh. Jantung jugak boleh berdegup kencang dan ini sangat baik untuk kesihatan badan. Semuanya itu menyebabkan kalori terbakar dan aras kolestrol boleh menurun dalam badan.

mentega dan kolestrol

Kolestrol itu perlu untuk badan tapi kolestrol yg baik le. Biasa le yg tak baik tu senang berlaku jika tak sentiasa berhati2. Ramai yang sarapan pagi atau minum petang dengan roti. Roti bakar atau roti biasa tapi dibubuh mentega, kaya, sambal dll. Jika pilih mentega misalnya tentu aras kolestrol dalam darah akan meningkat. Kenapa? Mentega itu sebenarnya dihasilkan daripada sumber haiwan. Jadi tak hairam kandungan lemaknya tinggi. Mujur le saya amat jarang sapu mentega pada roti. Jadi jika mau aras kolestrol itu dalam baik2 saja , maka pilih le sapuan lemak jenis marjerin lembut yg mempunyai lemak tidak tepu. Misalnya kanola atau lemak sayuran yg memang sedap jugak disapukan pada roti.

Wednesday, May 30, 2012

sedikit minyak kurang kolestrol

Minyak banyak digunakan dalam makanan. Penggunaan minyak menyebabkan kolestrol. Oleh itu, perlu dihadkan makanan bergoreng, berminyak dan bersantan dalam menu seharian. Selain itu, buangkan kulit dan lemak pada ayam sebeum dimasak. Hilangkan tabiat sayang kepada lemak berkenaan.
Seelok2nya gunakan sedikit minyak ketika memasak. Sekadar untuk menumis. Minyak zaiton lebih baik digunakan. Selain itu, pelbagaikan jenis masakan rebus,panggang, kukus, rebus serta menggunakan ketuhar gelombang mikro selain menggoreng. Kurangnya minyak dalam masakan juga mengurangkan impak kenaikan berat badan selain peningkatan paras kolestrol dalam darah.

Tuesday, May 29, 2012

kurang telur rendah kolestrol






Kena terima le hakikat. Telur punya kandungan kolestrol yang tinggi. Jadi kurangkan pengambilan telur kerana sebiji kuning telur ayam mengandungi kira2275 hingga 300 miligram (mg) kolestrol. Telur itik pulak lagi tinggi iaitu 375 mg kolestrol.

Oleh itu, kena diambilkan supaya membiasakan diri agar mengambil dua biji kuning telur saja dalam seminggu. Yang penting jugak pilih telur ayam jenis rendah kolestrol.

Telur memang sejenis makanan yang popular. Macam2 masakan boleh buta. Telur mata kerbau, telur dadar, telur rebus, sup telur dan telur bungkus. Sekadar menyebut beberapa nama/masakan saja. Telur jugak boleh dicampur dalam pelbagai jenis masakan.

cinta tak berbalas jadi psaiko


Mungkin cintanya terpendam. Atau memang dah gitau tapi cintanya tak berbalas. Atau mungkin caranya bagi cinta tak meyakinkan. Jadinya sang wanita itu (Siti Musalmah-bukan nama sebenarnya)  menjadi sangsi dan takut. Lalu tepuk sebelah tangan le jadinya. Mabuk cinta boleh jadi psaiko tauuuuu

Sang lelaki ini ( Belly - bukan nama sebenar) datang ke sebuah klinik dan ingin berjumpa Situ Musalamah  i. Dia  datang bukan utk rawatan.  Kehadirannya atas dasar peribadi saja. Namun Siti tak mau jumpa. Dia sibuk dengan kerja. Siti minta bantuan Ahmad (bukan nama sebenar). Maka,  Ahmad  pun melaksanakan tugasnya .Belly rasa terhina dan tak puas hati dengan tindakan Siti dan Ahmad. Dia pun terus buat aduan. Kononnya dia diugut. Keselematannya tak terjamin kerana Siti Musalmah buat aduan polis. Belly juga memberitahu pihak klinik dan polis  memihak kepada Siti.  Baginya berlaku ketidakadilan.  Malahan Belly beranggapan dia menanggung sengsara dan keluarganya bagai dimalukan. (Mungkin jiwanya yang tertekan dan sengsara kerana niat tak kesampaian. Kasiannya....)

Dalam aduan Belly asyek menyebut nama Siti Musalmah saja. Dia berterusan tidak puas dengan tindakan wanita itu. Apa lagi dia menerima bantuan daripada Ahmad. Malahan Belly menganggap Siti ada hubungan dengan Ahmad. Secara tak langsung Belly menunjukkan dia dilanda perasaan cemburu. Sebab itu aduan demi aduan dilayangkan kerana dia tak puas hati dengan jawapan dan tindakan yang kononnya berat sebelah itu.

Pernah dia meminta supaya perkara aduan itu ditamatkan saja. Dia telah melupakan perkara yang lepas. Namun pada keesokan hari dia mengadukan lagi. Katanya ketika dia duduk sendiri baru dia terfikir kenapa mesti aduan itu diselesaikan tanpa menyebelahi pada dirinya. Kini aduan Belly datang lagi......

Mengawal kolestrol dan lemak


Dalam menyediakan makanan seharian adalah amat perlu dielakkan pengambilan lemak trans seperti makanan diproses dan hidrogensi. Makanan itu seperti kek, biskut, snek, pastri, sosej, nuget, burger dan donut. Begitu juga dengan makanan lain yang mengandungi kolestrol jahat LDL yang akn merendahkan kolestrol baik HDL.

Oleh itu sebaiknya, anda sekian pilihlah makan komersial terproses berlabel tiada lemak trans setiap kali membeli belah di pasar raya.

Perlu diingat , kurangkan kekerapan mengambil makanan tinggi kolestrol seperti organ dalaman haiwam (hati, limfa, jantung, pedal dan otak). Begitu juga dengan makanan laut (ketam, sotong, udang dan segala jenis kerang) dan daging merah.

Segala makanan yang sedap itu biasanya boleh  menyebarkan sakit dalam senyap!!!! BERHATI-HATI LE

Vitamin A & E



Ingin dikongsikan bahawa sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaiton, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antiosidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.

Ketika membeli belah untuk sayuran dan buahan tentunya perlu untuk memikirkan dulu yang mana lebih baik utk kesihatan badan. Jika makanan dari dapur itu sihat makanya, tak perlu membeli byk2 pill vitamin di pasaran.

Vitamin C dan kolestrol



Fakta jelas vitamin terdapat dlm buah2an. Apakah anda suka makan buah2an? Apa jenis buah2an yg anda selalu makan? Ada buah tempatan dan ada juga buah antarabangsa. Ada manis, masam dan kelat. Setiap buah itu ada kandungan vitaminnya.


Buah2an sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mgandungi vitamin C yg tinggi. Oleh itu ia berupaya mencegah pelekatan kolestrol dalam salur darah.


kekacang blh turunkan kolestrol


Ada saya terbaca bahawa terdapat kajian sesetengah jenis kekacang mampu menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ini disebabkan tdapat kandungan asid lemak tidak tepu yg tinggi. Ia membantu menjadikan dinding pembuluh darah yg sihat dan bebas drpd kolestrol melekat.

Namun perlu ditekankan yang kekacang itu mengandungi kalori yang agak tinggi. Jadi elakkan pengambila yg berlebihan. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup utk memberikan kebaikan kpd jantung.

Sebaik2nya ambil le dengan sederhana makanan jenis kekacang spy tidak memudaratkan kesihatan. Jika terlebih ambil menyebabkan kegemukan kerana kalori yg tinggi. Ia sekaligus meningkatkan kandungan kolestrol dalam badan.

Adalah disyorkan makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari yg mampu mengurangkan paras kolestrol. Makanan berasaskan kacang seperti soya - tauhu dan tempe adalah makanan sihat.

Asid lemak tak tepu turunkan kolestrol


Dalam hidangan adalah disarankan supaya makanan itu mengandungi protein jenis ikan sekurang2nya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega 3 yg terkandung dlm ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolestrol dlm badan.

Di samping itu, omega 3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

Antara jenis ikan yg tinggi kandungan asid lemak tdk tepu ialah ikan laut dalam seperti tuna, salmon,cenceru, sardin dan kembung. Sebaik2nya ikan ini disediakan dgn cara masakan yg dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau kukus.

Menurunkan paras kolestrol


Bagaimana untuk mengurangkan kolestrol? Risau dengan kolestrol yang ada di mana2. Hampir semua makanan ada kandungan kolestrol.  Namun, makanan berserat kaya dengan serat larut yang dpt membantu menurunkan kolestrol tdk baik (LDL) dlm tubuh badan.

Serat ini bfungsi seperti span yg menyerap kolestrol dan membuangnya bsama pmbuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yg diambil stiap hari mcukupi utk menurunkan kada LDL. Serat larut ini boleh ditemui dlm pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

Oat juga mengandungi betaglukan, yang membantu  myingkirkan kolestrol  jahat. Utk mdptkan hasil tbaik kita blh mbiasakan diri dgn menggantikan sarapan oat stiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang2nya tiga sudu makan oat setiap hari dpt menurunkan paras kolestrol.

Bila sikecil bergaya




Betapa comelnya bila sikecil bergaya. Mia anak kecil yg peramah. Comel. Cute sekali bila bergaya. Kuilitnya putih bersih. Badannya kecil tapi kecil2 cili padi. Dia manja. Pandai bergaya. Lalu tak hairan gelagat sikecil mempesonakan siapapun yg melihatnya. Kanak2 ada aurannya tersendiri. Mereka punya daya tarikan. Kasih dan sayang mudah tertumpah kepada mereka.

Namun menyedihkan kenapa wujud penderaan  terhadap kanak2. Adakah mereka yang mendera itu telah hilang akal. Pertimbangan kasih sayang utk kanak2 telah terbakar? Perasaan mereka musnah dek bisikan syaitan? Mudah2an kesedaran semakin pulih dan tidak berlaku  deraan untuk sikecil lagi.

Monday, May 28, 2012

Gemuruh nak kahwin- salah hantar mesej



Cinta itu satu perjuangan. Tak semua cinta berakhir dgn perkahwinan. Beruntung amat jika cinta itu diakhiri dengan kahwin. Jadi tentunya perjuangan lagi besar bila kedua2 bersetuju utk melayari bahtera perkahwinan. Lebih manis dan indah lagi bila mendapat restu ibu bapa dan keluarga.

Seorang kawan yang manis jelita akan melangsungkan majlis nikah dan kahwinnya pada 2 Jun 2012 ini. Hanya tingal beberapa jam lagi. Dia kelihatan tenang dan ceria tapi dlm masa tertentu dia seolah2 kalut. Mungkin gemuruh kini bermula. Mau dijadikan cerita dia tiba2 tersalah hantar mesej utk tunangnya dihantar kpd bos. Aduiiii Mujur le mesej yang biasa2 saja. Bukan sekali salah hantar mesej tapi dah dua kali. Memang betul orang nak kahwin bukan mudah ye. Perasannya  sedang berjuang kini...semoga segalanya membahagiakan.


wayang pacak



 
Sempena Hari Belia tu sempat jugak saya tgk wayang pacak.  Dulunya dikenali sebagai  wayang free (panggilan orang di kg saya). Memang best sbb skrinnya besar. Puas tengok. Ceritanya pun bagus.  Teringat zaman kanak2 di kg suatu ketika dulu. Kami sibuk bersiap awal bila tau ada wayang  free dari Jabatan Penerangan. Cuma yang tak best masa itu bila tiba2 saja tayangan diberhentikan sebab ada penerangan. Rasanya terlalu lama dia bercakap. Tapi kami tetap sabar sehingga tayngan disambung. Sayangnya wayang  free tu sudah tak ada lagi. Padahal jika diadakan dan diperbaharui dgn eleman semasa kini tak mustahil ia dpt sambutan.

Wayang pacak ditayangkan di kawasan lapang dekat dgn banguna KPKK. Ia dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan beberapa malam di situ. Sebelum ini wayang pacak jugak diadakan di Shah Alam di kawasan padang oleh sebuah badan. Dengar2 dapat sambutan baik jugak. Ramai dtg tgk wayang di tengah padang. Mereka duduk beramai2 sambil bersantai. Mungkin jugak mereka sudah bosan tgk cerita di TV dan sekitar dlm rumah saja.


Selain itu, saya jugak dapat berita sebuah stesen tv swasta mengadakan wayang pacak sempena program Blue Ocean. Program itu dibayar oleh urusetia hingga beribu ringgit. Kenapa berlaku demikian? Sebabnya tentu wayang pacak itu masih relevan lagi sekarang. Masih ada penontonnya.

Cukur Jambul


Cukur Jambul adalah dikhususkan untuk kanak2 kecil. Biasanya dilakukan selepas ibunya abis pantang. Bayi pun dah sihat. Yg paling penting rambut bayi dah tumbuh. Majlis cukur jambul biasanya dihadiri keluarga terdekat atau kawan2 terdekat. Namun persediaannya pun bukan le mudah. Ini disebabkan ada ibubapa yang lengkap sediakan pelamin dan buaian yang dihias indah.  Malahan disediakan goodies untuk tetamu. Hidangan juga diadakan. Apa lgi jika anak yang pertama atau anak tunggal. Namun yang mustahak lagi kos boleh ditampung.


Sempena majlis cukur jambul diadakan marhaban. Macam2 lagu dinyanyikan. Memang menyentuh hati kerana liriknya berunsur nasihat dan doa.

Memang wajar cukur jambul dibuat jika ada kemampuan. Banyak doa2 dibaca dan dinyanyikan.

Majlis itu juga boleh mengeratkan ikatan silaturahim.

Nombor plat WWW 1

Akhirnya terjawab jugak teka teki dlm mindaku. Siapakah yang menjadi pemilik plat kereta WWW 1 itu? Aku tau aku tak mampu untuk bersaing. Siapa le aku? Hehehe Nah! mindaku berbisik, "tentunya orang kaya atau ternama yang akan berjaya memiliki nombor plat WWW 1 itu". Bisikan itu tak melesat kerana Tuanku Sultan Johor , Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menjadi pemiliknya.

Bila tengok angka RM520,000 rasa bagai mau pengsan. Tinggi nilai tu. Aduiii...Namun apa yang diketahui nombor pendaftaran siri WWW mendapat sambutan di luar jangkaan apabila menerima 18,243 permohonan sepanjang dibuka untuk bidaan dari 30 April hingga 14 Mei yg lalu.

Mari makan untuk sihat


Makanan sihat itu wajib. Untuk dapatkan  tubuh badan yang sihat tentunya idaman semua. Memang benar sihat tak boleh dibeli dengan wang. Namun untuk sihat perlukan wang . Kita kena hargai kesihatan diri. Perlu dijaga dan dikelolakan dengan bijak dan berkesan.

Mari kita amalkan makanan  sihat. Menurut pakar pemakanan, amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap  bercirikan bijiran penuh berserat, jenis protein yang betul, sayuran dan buah2an.  Semuanya ini  mengandungi serat dan antioksida yg tinggi serta lemak yang sihat mampu menurunkan paras kolestrol dalam darah.

Tiadanya P.Ramlee cetuskan Hari Seniman


P.Ramlee sudah lama tiada di dunia ini. Jika dilihat sedalamnya - Siapakah P.Ramlee atau Ramlee bin putih itu jika beliau tak terlibat dengan bidang seni? Selepas beliau meninggal dunia pelbagai program diadakan seperti pertandingan lagu2 P.Ramlee, tayangan filem2 P.Ramlee, meniru gaya P.Ramlee. Dan yang paling besar P.Ramlee dianugerahkan gelaran Tan Sr Dr. P.Ramlee. Betapa besarnya nama itu sekarang.

Satu lagi tercetus hasil peninggalan beliau ialah Hari  Seniman. Hari yang penuh bermakna untuk para seniman ini diambil sempena perginya P.Ramlee ke rahmatullah pada  29 Mei . Memang idea yang bijak memilih tarikh itu. Alhamdulilah jugak dengan adanya Hari Seniman aa pihak yang mengadakan majlis tahlil di samping aktiviti2 kesenian  yang lain.

P.Ramlee satu nama agong besar dlm dunia seni tanahair. Dia dilahirkan dengan bakat yang luar biasa. Punya suara yang lunak dan merdu. Bakat lakonan yang dikagumi dan kemampuan mengarah yang disanjungi. Takat ini belum ada pelapis P.Ramlee walau pun ada yg cuba2 mau ikut P.Ramlee. Tiru gaya saja tapi jauh sekali menjadi macam dia. P.Ramlee cuma ada satu dan telah lama pergi. Yg tinggal cuma hasil seninya.

Apakah istimewa Hari Seniman 2012

Masuk tahun ketujuh Hari Seniman diadakan. Hari ini adalah tarikh keramat 29 Mei dtg lagi. Tarikh ini telah diwartakan sebagai Hari Seniman sejak tahun 2005 . Satu idea yang bagus! Ini disebabkan  29 Mei itu adalah tarikh  perginya Tan Sri Dr. P.Ramlee meninggalkan dunia ini. 

Beliau adalah artis atau seniman yang cukup luar biasa bakatnya. Malahan beliau tetap dikenali walaupun generasi itu lahir selepas beliau meninggal dunia. Memang P.Ramlee seolah2 dilahirkan khas untuk mengisi kekosongan tokoh  seniman /artis - penyanyi, pelakon, pencipta lagu, pengarah, penulis lirik dan penggiat seni tulin  di negara ini.

KPKK menjadi tunggak menganjurkan Hari Seniman. Tentu usaha murni itu disikan idea2 yang menarik. Terjentik di minda saya -apakah istimewanya Hari Seniman 2012 ini? Adakah program2 yang diadakan punya kekuatan agak lain dari tahun2 sebelumnya? Atau terdapat agaknya aktiviti baru yang lebih bermakna. Atau yang lama tapi pengisiannya lebih baik dan ada klas tersendiri?

Hari Seniman

Para seniman berhimpun lagi dengan datangnya 29 Mei. Tarikh ini telah diwartakan sebagai Hari Seniman sejak tahun 2005. Kini telah tujuh tahun Hari Seniman diadakan. Betapa bertuah para seniman tanahair mempunyai satu tarikh khas untuk diraikan. 29 Mei diambil sempena kepemergian Tan Sri Dr. P.Ramlee ke rahmatullah.

Sempena Hari Seniman ini pelbagai acara dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama pelbagai persatuan atau NGO. Tahun ini perhimpunan Hari Seniman diadakan di Taman Tasek Titiwangsa. Tentunya para seniman dibelai bayu tasek dan dilambai dedaun menghijau.

Jika dipandang sepintas lalu tentunya Hari Seniman utk itu lebih terfokus kepada pada artis, pemuzik, pengarah, pelakon dan pelawak. Mereka lebih sinonim dengan seniman. Mereka terlibat dengan aktiviti seni yang penuh dengan glamour itu.

Namun hakikatnya KPKK telah membesarkan skop seniman itu. Lalu mereka yang terlibat dengan seni ukir, seni tenon, seni tampak, seni foto, seni lukis, seni batik dan semua aktiviti yang berkaitan seni adalah dalam kategori seniman. Betapa ramainya warga seniman di negara ini.

Sunday, May 27, 2012

Himpunan Jutaan Belia




Memang fakta belia adalah tunggak membangun negara. Belia perlu didikkan dgn nilai2 murni . Mereka punya jiwa yang penuh dgn warna warni. Sebab itu Kementerian Belia menganjurkan Himpunan  Jutaan Belia minggu lepas yg berakhir semlam. Putrajaya seolah2 berpesta. Program bukan saja dibanjiri oleh warga putrajaya tapi dari luar putrajya pun dtg. Baru le ceria putrajaya. Malahan sesak di sana sini.


YAB PM  merasmi program perkasa belia pada 26 Mei 2012. Belia naik tram lagi. Menyediakan kemudahan tram memang menarik. Bagus utk pergerakan. Alangkah baiknya jika kemudahan tram terus diadakan.



Lebih kurang 500 acara diadakan. Hampir semua kementerian terlibat. Pelbagai program diadakan. Ia melibatkan semua peringkat dan kaum. Banyak gerai didirikan. Pentas persembahan pun demikian. Kali ini lebih gah berbanding tahun lalu. Mungkinkah penyertaan belia pun lebih ramai? Harap2 gitu le

Bunga mawar



Bunga mawar adalah simbol cinta dan kasih sayang. Mawar harumnya mewangi. Ia memang mempesonakan. Macam2 warna mawar. Mawar merah begitu sinonim dengan penyataan cinta. Mawar merah jambu dan putih pun punya makna yang tersendiri. Apapun bunga mawar itu amat berkait dengan perasaan.



Bunga mawar menjadi simbolik untuk ucapan tahniah ketika meraihkan graduan. Ketika majlis konvo bunga mawar laris di pasaran. Pasaran bunga mawar memang ada klasnya tersendiri. Kini dlm jambangan bunga terdapat bunga2 lain tapi mawar pasti menjadi trade mark.

Ada juga usaha kreatif menciptakan bunga mawar dari bahan lain seperti kain, kuih dsb. Ini dijadikan cenderamata untuk majlis kahwin, harijadi,sambutan ulangtahun perkahwinan dan lain2 .

Friday, May 25, 2012

Mandi bunga






Bunga memang sinonim dengan wanita. Bunga mencipta auranya tersendiri. Wanita muda dan cantik diibaratkan sekuntum bunga mekar mewangi dan cantik. Bunga ros sering dijadikan hadiah kepada wanita. Tak kira wanita itu seorang isteri atau kekasih.

Bunga juga menjadi penyeri sama ada di rumah, pejabat atau di ruang majlis tertentu. Banyak duit dibelanjakan semata2 untuk bunga. Lagupun harga bunga sekarang ini bukannya murah. Sejambak bunga mencapai harga ratusan ringgit. Sekuntum bunga mawar pun paling murah RM3.50. Tu pun yang saiznya kecil.

Dalam perubatan juga bunga dijadikan bahan untuk pulihkan diri. Bagi wanita yang lambat dapat jodoh biasanya disuruh mandi bunga. Kononnya untuk menaikkan seri. Takat mana kebenarannya tak dapat saya pastikan.



Tuesday, May 22, 2012

Terima cek tutup muka hehehe


Adat le di dunia ni cakap tak serupa bikin. Benci tap mau. Rupanya dalam benci dan marah itu masih mau. Konon2 tu le hak. Hak mesti diambil dengan cara apapun. Ceritanya macam ni - di suatu tempat itu Pembesar  nombor satu negara bermurah hati untuk luluskan ganjaran. Apa lagi jika bukan utk orang2 felda. Durian runtuh untuk mereka.  Melempah ruah rezeki .  Memang bertuah orang2 felda. Kali ini rmnya dalam bentuk cek. semestinya gitu sebab jumlahnya tiga angka. Alhamdulilah...

Mau kongsi cerita sikit. Ada orang itu sebelum ni dia kutuk sana sini. Seolah2 tak mau dengan cek tu. Ya le dia suka dengan kerajaan orang besar itu. Fahaman politik berbeza . Kononnya cam tu le.  Apa lagi keluar tv dan suratkhabar le foto sesorg yang memang benci kerajaan itu. Ya ke? Benci tapi mau le tu. Dia siap tutup muka. Aduii kalau aku le maaf aja le jika dah tak suka memang tak mau ambil. Apa lagi jika sudah macam2 tuduhan dah dibagi.

Jadi tak usah le terlalu kutuk kerajaan. Terima seadanya jika mau bersihkan hati. Siapa pun memerintah tentunya tak semuanya sempurna. Kalau tak suka pun tak perlu kutuk dan sebagainya. Sebab masih ada jugak yang beri faedah.

Basikal Tinggi


Amboi punya best le jika dapat naik basikal yang paling tinggi. Tentu macam duduk atas pokok kelapa. Cuma malangnya basikal rendah pun aku tak tau bawa. Memang lucu bunyinya. Maklum le masa dulu2 di kampung basikal pun tak ada. Jadi tak kenal le basikal tu.

Aku naik basikal bila belajar di ITM (sekarang UITM). Tu pun Nina (kawan baik aku dari sarawak) yang tunggang. Aku sekadar boncang saja. Kami beramai2 ke Taman Bukit Cerakah. Saja pi jalan2 di hujung minggu. Seronoknya bukan main lagi. Aku memang penakut sebab tak pernah naik basikal. Semangat berkumpulan punya pasal aku beranikan diri jugak. Lagipun Nina begitu yakin.

Bila tiba di kawasan bukit . Aduii memang curam betul. Aku pejam mata le. Takutttt. Kami terjatuh. Abis tangan Nina luka . AKu luka di kaki. Ada juga kekawan lain yang jatuh di kawasan itu. Program suka2 jadi sakit. Apa pun jadi kenangan. Selepas itu kami tak pi lagi tempat itu. Segalanya tinggal kenangan.

Jadi bila tengok basikal paling tinggal ni teringatlah peristiwa di Bukit Cerekah tu. Pertama kali naik sudah ditimpa musibah pulak! Tu le pertama dan terakhir aku berbasikal sehingga kini.

Wednesday, May 16, 2012

Wanita Bermandikan Darah




Kesiannya betul wanita yang baru abis pantang itu. Dia baru tiga bulan  melahirkan anak sulung. Bayi lelaki. Dia parah kerana ditetak di kepala dan bahu. Darah mengalir laju dari kepalanya. Wanita itu ditinggal begitu saja. Dia pengsan di depan rumah. Mujur le tindakan cepat membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kodiang. Puan Fatimah Ishak (isteri majikan) yang prihatin.

Kenapa begitu kejam si piutang itu? Gara2 hutang Rm600 dia sanggup menetak wanita  seperti Haslina yang berasal dari myanmar itu. Dia bersama suami dan anak menyambung hidup di negara ini. Suaminya bekerja si sawah berhampiran rumah mereka. Betapa berdebarnya hati sang suami (Arufullah) bila dimaklumkan kejadian berdarah itu.

Hutang membawa padah. Sepatutnya yang memberi hutang kena tau le risiko. Tau bawa diri. Kena bersabar . Dia sanggup bagi hutang tentu dia tahu tangani pembayar hutang. Kurang bijak dia sebab bertindak demikian. Apa lagi mencederakan seorang wanita. Tentunya wanita itu bukan yang sepatutnya membayar kerana dia ada suami.

Tuesday, May 15, 2012

cantiknya bunga siri 2







Aku amat suka tengok bunga. Tak kira bunga bandar, kampug atau hutan. Warna warni bunga menghias di perjalanan  itu memang satu keindahan. Bunga itu ketenangan. Bunga bagai pemujuk. Harumnya jua aroma untuk insan2 yang mencintainya. Setiap kali aku nampak bunga teringin untuk memilikinya. Lalu aku sebolehnya (jika dapat) akan merakamnya foto bunga2 yang kujumpa. Kurasa bagai melambai2 bunga2 itu kepadaku. Memang seronok tengok bunga.



Bunga yang biasa kulihat ialah bunga kertas, bunga tahi ayam, bunga kuburan,  cempaka, melur, kenanga, orkid, janda muda,kekwa, matahari, dan banyak lagi le....alahai bunga2 manja