Thursday, April 26, 2012

Bila si kecil penat


Mia di kecil yang comel.  Umurnya 2 tahun lebih. Namun dah kenal ABC hingga Z. DIa manja. Namun jual mahal jika sesekali saja dia jumpa. Petah bercakap cuma kurang jelas. Ada ketikanya dia menyanyi2 kecil.






Cantiknya bunga 2

Indah dipandang. Mata seronok. Hati pun senang. Bunga itu memang memikat . Apa lagi jika warnanya cantik. Harum pulak! Ada bunga memang cantik tapi tidak mewangi. Sebab itu ada pepatah menyatakan. Seperti bunga kertas - ia dikaitkan  seorang perempuan cantik tapi tak ada budi bahasa. Namun bunga orkid pun sekadar cantik wanginya tidak.


Sunday, April 22, 2012

Ikut Q


Mau kongsi pengalaman.  Awalm pagi gi  kena Q di tempat awam. Semalam(hari ahad) aku bersama mydarling ke pasar. Kami selalu ke situ. Macam2 ada. Mau beli barangan dapur. Kami juga mau sarapan. Aku suka makan meehoon sup di situ. Punya ramai le orang. Biasanya pasar. Bisik hatiku. Gerai meehoon sup penuh. Mujur le ada tempat duduk. Aku terus order makanan. Makan kejap saja . Cian tengok ramai sedang tunggu. Kanak2 pun anak. Berdiri sementara kerusi kosong. Memang laku makanan di pagi ahad. Di situ ada nasi lemak, roti, ayam goreng, lempeng, kuih muih dan banyak lagi. Harga pun patut. Yang pentig sedap.

Lepas makan kami ke gerai sayur dan ikan. Aku pilih  sayur kampung- pucuk paku, kacang botol dan limau. Tapi punya lama baris untuk bayar. Lakunya jualan di pagi ahad. Lama juga berdiri. Macam2 sayur. Macam tak sabar nak bayar. Masalahnya orang depan macam2 orang. Kena timbang pulak tu! memang menduga sabarku.

Perubatan Cara Islam

Janji jam 12 tengahari dtg. Katanya datang dengan kawan. AKu dan mydarling tak dapat bayang siapa kawan itu. Dalam fikiranku mungkin juga kawan itu orang yang ada busines dengan petronas. Sebab sebelum ini dia ada sebut nak kenalkan dengan orang berkenaan. Macam2 ada dalam minda.  Mungkin jugak kawannya itu partner mengubat cara Islam?

Kami sediakan makanan tengahari mulai jam 11 pagi. Saja bawa makan2 bersama. Masak yang simple saja. Shida bawa kari sotong. Aku dan mydarling awal pagi sudah ke pasar. Beli ikan, ayam dan sayur. Ulam pun beli jugak. Aku sudah pasang niat akan makan yang patut saja. Lewat sikit jam 12 makanan tengahri siap untuk dihidangkan.

Jam 12.30 tengah dia- ustazahpun datang. Tak sabar tengok kawan dia itu. Rupa2nya pasangan suami isteri. Umur mereka dalam lingkuangan 30-an. Setelah borak2 kejap baru le tau mereka bakal membuat bengkel pada 28 April. Aku tertanya2 kenapa agaknya mesti gitau mydarling? Adakah mereka ni pun buat rawatan cara Islam. Tapi gaya dan penampilan isterinya agak kurang sesuai. Dia cantik dan moden sekali.

Setelah rehat seketika ustazahpun memulakan kerjanya. Selawat sentiasa di bibirnya. Ayat2 suci terus dibacanya. Satu2 anak2 diskannya. Mak Teh bersama anak2, menantu dan cucu2nya datang. Aduii rupa2 anak sulung perempuan ada benda. Ciannya dia. Semasa dirawat dengan ayat2 suci dia sakit kepala, masuk angin, lenguh badan dan macam nak mula. Selepas itu dia dan adik masing2 dimandikan dengan limau. Untuk lengkapkan rawatan mereka diperkenalkan dengan minyak wangi. Minyak itu telah dibacakan 30 zusuk ayat2 suci alquran. Wangi semerbak. Macam2 hikmah ayat2 berkenaan.

Sempat juga scan tentang perniagaan, pekerjaan dan kebahagiaan keluarga. Ada juga yang bermasalah. Hidup le katakan. Apapun perubatan cara Islam mesti berlandaskan solat lima waktu. Perlu sentiasa bersalawat terhadap junjungan besar Nabi Muhamad saw. Bacaan ayat2 suci alquran. Pakai minyak wangi pun sebelum atau selepas solat. Betapa indah dan intimnya solat dengan kehidupan.

Saturday, April 21, 2012

Panas Panas Panas

Aduiii kenapa panas menyerang ni? Memang menduga. Panas sana sini. Yang lain2 pun rasa panas. Jarang berlaku cam ni. Duduk panas berdiri pun panas. Berjalan pun panas. Kipas bagai tak berfungsi. Amat panas. Berpeluh seluruh badan. Mujurlah badan tak berbau. Baju pulak kainnya elok. Tingkap buka . Pintu besar pun buka. Ada angin tapi tak terasa deruannya.

Lalu aku masuk bilik tidur. Pendawa ingin telah dipasang. Terasa lega. Aku pun tunaikan solat isyak. Tenang. Alhamdulilah. Kupanjat doa kepada Illahi untuk diri, suami, ibu, adik beradik, anak2 , semua keluarga serta muslimin dan muslimat. Lepas  itu panas lagi bila tengok tv. Dugaan ke ini? Tabah le hati. Panas ni kuasanya. Segalanya dari-Nya.

Pana panas panas....

Hidup ini tunangnya mati


Betapa terkilannya diri. Berada di Kuala Lumpur ini memang dugaannya banyak. Dua hari lepas nenekku meninggal dunia. Ketika Izan (sepupu) menelefonku, aku terkedu. Mula2 aku macam kosong. Macam tak percaya. Aku terus call adik (Ida). Dia pun tak tau. Lalu aku call Doy (adik bungsu). Mereka memang berada di hospital. Berderau darahku. Macam2 bermain dalam fikiranku. Aku teringat tentang nenak. Tiba2 terbayang wajah. Terdengar2 ketawanya. Gigi palsunya agak kemerah2an itu singgah di mataku. Aku teringat nenek ketika dulu sering bertanya bila aku akan berkahwin. Bila aku dapat jodoh nenek kelihatan gembira. Terbayang di matanya senyuman puas.

Kini masuk tiga malam dia di alam barzah. Mudah2an rohnya dicucuri Allah rahmat. Kutahu masa kini keluarga di kampung membuat kenduri doa selamat pagi dan petang. Moga doa2 itu memberi cahaya untuknya. Terbayang keadaan keluarga sibuk sediakan makanan dan minuman. Tentu mereka bergotong royong. Ayat2 alquran sentiasa dibaca. Di kampung ada kumpulan pembaca yassin wanita dan lelaki. Mereka membaca bergilir2. Lepas itu mereka disajikan dengan minuman dan makanan . Ada kuih muih, mee goreng, bubur dan sebagainya. Segalanya ikhlas. Mudah2an semua doa dan ayat2 alquran itu membantu perjalanan nenek di alam kubur.

Perginya nenek ke alam barzah maka aku kehilangan semua keluarga yang tua. Namun hidup tunangnya mati. Setiap insan menunggu gilirannya. Tak siapa yang tau bila tunangnya datang menjemput. Mudah2an kita pergi dalam keadaan yang baik2. Kita terus ingat bahawa tiada Tuhan disembah melainkan Allah swt. Berikanlah iman yang teguh ya Allah pada hamba-Mu ini.

Friday, April 20, 2012

Erra Fazira , Engku Aleesya dan Engku Zaleha






Bila menyebut nama Engku Aleesya aku terus teringat Engku Zaleha. Engku Zaleha watak seniwati Saadiah di dalam  filem Antara Dua Darjat. Memang amat berkesan watak itu. Dia seorang  gadis yang cantik, anak orang kaya dan anak kesayangan keluarga. Namun lain dengan Engku Aleesya, dia seorang anak kecil yang baru berusia 3 tahun. Engku Aleesya terkenal kerana dia anak kepada artis popular Erra Fazira. Sejak dalam kandungan lagi sudha menjadi perhatian. Dia amat comel sama seperti ibunya yang juga bekas Ratu Cantik. Malahan bapanya jugak, Engku Emran seorang yang kacak dan berkerjaya.

Menurut ibunya Engku Aleesya tidak terlalu dimewahkan dengan hadiah yang mahal2. Walhal Erra mampu memberikan kepad puteri tunggalnya itu. Tidak memanjakan Engkau Aleesya itu suatu tindakan yang amat bijak. Yang penting persediaan untuk masa depan anak kecil itu. Namun sebagai anak artis terkenal sudah tentu dia menjadi fokus media untuk menjadi bahan berita.

Engku Aleesya dan Engku Zaleha dua nama yang berbeza tapi kedua2nya amat menarik perhatiku secara peribadi. Kedua2nya wanita/perempuan, cantik manis, anak tunggal dan kesayangan, ibunya artis, bapanya ada kerjaya (mungkin berharta/berilmu) dan kehidupannya senang. Cuma bezanya Engku Aleesya seorang anak kecil yang sentiasa di pangkuan ibunya berbanding dengan Engku Zaleha yang bersandar di bahu kekasihnya. Moga peristiwa Engku Zaleha tidak berlaku dengan Engku Aleesya yang  tewas dengan gelora cintanya. Hehehe


Wednesday, April 18, 2012

Mimpi tidur di atas bara


Memang aku tak sangka bermimpi tidur di atas bara. Bara itu merah menyala. Tiba2 saja aku nampak ada bara di tempat tidurku. Aku cuba menggelak. Namun aku tak terasa panas pulak. Ketika itu aku seorang tanpa ditemani mydarling. aduhai apa ertinya ini???
Lalu aku sering teringat mimpi itu. Adakah mimpi itu suatu petanda? Minta pada-Mu ya Allah supaya menjauhkan segala petaka mimpi itu. Aku berserah pada-Mu jua. Aku cuma insan yang kerdil.

Cantiknya bunga




Aku memang suka bunga. Tenang bila tengok bunga. Apa lagi jika bunga ros dan orkid. Tapi bunga2 lain suka jugak tengok. Ada aura dengan bunga. Sebab ramai orang suka mandi bunga. Kononnya wajah berseri lepas mandi bunga. Malah badan rasa segar. Ada yang mandi bunga untuk sihat. Yang paling seronok didengar mandi bunga untuk cepat dapat jodoh. Ya ke? Apapun segalanya usaha.



Bunga yang harum memikat. Tu le sebab bunga mawar, melati, cempaka dan  kenanga  dan banyak lagi menjadi ramuan untuk wangian. Bunga raya merah menyala adalah bunga kebangsaan. Dulu2 ramai yang tanam bunga ni. Ada diwujudkan Taman Bunga Raya di Kuala Lumpur. Bunga pukul sembilan renik dan cantik. Ia berbunga setiap jam sembilan. Bagai satu keajaiban. Namun  bila layu semuanya jatuh ke tanah jua.

Rumah yang dikelilingi dengan bunga2an  nampak berseri. Indah sekitarnya. Harum mewangi pastinya. Yang penting kena jaga. Bersih. Kena siram jika tak hujan.

Anak sudah 3 orang baru nak bertunang



Apa dah jadi dengan Brad Pitt dan Angelina Jolie ni? Baru mau bertunang selepas tujuh tahun hidup bersama. Mereka juga sudah punya tiga anak. Anak2 mereka pun tau betapa pentingnya sebuah ikatan perkahwinan. Anak2 sering bertanya bila ibu dan bapa mereka mau berkahwin. Memang perkara itu memalukan. Ternyata anak2 lagi punya akal yang waras. Hidup bersama dan punya anak2 tanpa kahwin memang tidak bermoral. Tak ada agama yang membenarkan hidup bersama tanpa kahwin. Tu le masalahnya artis orang putih ni mereka seolah2 ada mahzab sendiri. Melahirkan anak luar nikah bagai perkara biasa.



Jolie bangga memakai cincin pertunangannya dengan Pitt. Seolah2 mereka masih muda dan baru nak bersama. Memang pelik. Amat memalukan. Mereka seolah2 meletakkan nilai perkahwinan itu di belakang. Malahan mereka menyatakan kehidupan sekarang pun ni seolah2 mereka telah berkahwin. Aduiiii orang putih ni lain macam cara hidupnya.

Susu Unta Berkhasiat



Ketika menunaikan umrah aku sempat berkunjung ke ladang unta. Ia masuk dalam program lawatan. Rasa tak sabar tengok ladang dan untanya. Bila di sana memang mencabar. Jika hidung tak tahan boleh keluar isi perut. Ladang pulak di kawasan berpasir. Tapi yang jaga unta itu nampak relaks saja. Maklum le dia sudah lali dengan suasana. Deria bau pun macam sudah kebal.

Di ladang itu susu unta ada dijual. Aku beli sebotol susu itu. Ada juga yang minum di situ. Aku tak mampu untuk minum kerana rasa loya. Memang berebut2 pelawat/jemaah membeli susu dalam botol kecil dengan RM5.00. Tidak dinafikan susu unta berkhasiat. Malahan kandungan lemaknya rendah.

Masa kini Persekutuan Pemasaran Susu Gujarat (GCMMF) sedang berusaha untuk menjadikan susu unta sebagai susu alternatif kepada rakyat. Jadi ia boleh menjadi sumber pendapatan di kawasan luar bandar Gujarat. Perkara ini disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.

Mandi manda di Sungai Siasai



Mulanya rancangan mau berpiknik ke Melangkap. Tapi tidak kesampaian sebab air sungai besar. Baru2 ini banjir. Suasananya bahaya untuk mandi terutama budak2. Janji untuk mandi sungai telah dibuat. Jadi kami putuskan untuk mandi di sungai siasai saja le. Dulu2 sungai ini tempat aku bermain. Kami beramai terjun dan menyelam tanah air. Namun agak risau sebab cuaca agak mendung. Sesekali ada kilat menyambar kecil. Namun guruh belum berbunyi gerun. Kami tawakal juga. Tanpa membawa pakaian untuk salin aku bersama2 mereka.



Aku sesekai lihat di tepian. Tengok2 tanda2 air nak naik atau banjir. Alhamdulilah semuanya ok saja. Aku mula sejuk. Anak2 dan yang lain masih mandi kecuali eyang sudah salin pakaian. Dia memilih batu sungai yang boleh dibuat alu.Akhirnya semuanya siap mandi kerana hujan sudah mula merintik2. Mujur le hujan mula lebat ketika kami sudah di rumah. Maka tercapailah impian mandi di sungai siasai.....sungai yang banyak mencatat kenangan di ketika zaman kanak2 dan remajaku.


Lambaian Kinabalu




Memang rindu untuk balik kampung. Amat rindu sekali. Rasanya lama menunggu kedatangan 11 April 2012 itu. Aku telah membeli tiket melalui talian sejak bulan Mac yang lalu. Di ketika itu aku tiba2 saja dilambai rindu yang dalam. Terbayang wajah ibu. Wajah gunung kinabalu juga begitu. Ia tersergam indah di depan rumahku. Aku dan mydarling menyahut lambaian kinablu.

Tiba di Tanjong Aru - penerangan Air Asia. Kami menunggu adik2 datang untuk mengambil kami. Barang2 pulak banyak- 3 kotak dan satu beg (18 kg). Aduhai tak sah balik kampung jika tidak membawa pelbagai barangan dari kl. Mujur le mereka membawa kereta besar. Senang memunggah barang di bahagian belakang.Kami terus ke rumah adik di Kolombong sebelum balik kg di Kota Belud.

Perjalanan agak perlahan kerana hujan. Sempat singgah membeli ikan putih dan ikan sardin semasa dalam perjalanan itu. Mereka menjual di tepi jalan. Ikan2 masih segar. Sebelum balik rumah kami singgah beli KFC. Aku dan nini turun dalam gerimis ke KFC. Aku sudah janji dengan anak2 buah untuk belanja ayam KFC. Kami tiba di kampung sudah lewat petang. Memang agak letih tapi tidak terasa kerana rindu telah menemui lokasinya. Semua keluarga riang. Bahagia rasanya. Sempat doy masak sup ikan putih. Manis2 kuihnya. Sedapnya....

Anak2 buah seronok berjumpa maklong dan paklongnya. Ada2 saja perangai mereka. Haikal dan Hamzah masih sepeti dulu. Kedua2nya nakal tapi manja Ala budak2 memang cam tu. Cuma Hamzah kurang sihat.Humairah atau nama manjanya mia agak jual mahal lagaknya. Maklumlah tidak biasa.Tak pa lama2 dia akan biasa. Gitu le bisik hatiku. Paklongnya sudah usik mia dan cuba mendekati dengan mesra. Dia ampir serupa dengan cucu di kl yang namanya jua mia. Mereka seiris. Umur pun hampir sama jugak.



Kami berborak hingga lewat malam. Macam2 cerita dikongsikan. Semua barang2 dibuka termasuk kain2 ela untuk pakaian seragam hari raya nanti. Tahun 2012 tema kelabu hitam. Belum pernah guna warna ini. Mudah2an semua sihat, panjang umur serta diberkati Allah ketika berpuasa dan berhari raya nanti. Amin

Monday, April 9, 2012

Dulu Nasi Kangkang Sekarang Susu Kangkang

Apa dah jadi dunia ini? Ada2 saja benda berlaku berkaitan wanita.Mulanya aku terkedu apabila seorang rakan sepejabat(lelaki)menyebut dulu nasi kangkang sekarang susu kangkang. Sambil itu dia tunjukkan akhbar kepadaku. Ooooh bisik hatiku. Pasal kerenah wanita berjubah, berbaju kurung dan bertudung labuh. Memalukan perbuatan itu. Imej berjubah rosak. Mereka dikesan mencuri puluhan susu tepung bernilai RM10,000 di pasar raya. Susu itu disorokkan di celah kangkang mereka. Kumpulan itu aktif tapi mujur le dapat dicekup sebelum merebak. Memang pemasangan CCTV amat membantu untuk mengelakkan sewenang2nya berlaku.

Memang nampak seorang wanita terhuyung hayang keluar dari pasar raya. Cara berjalan pun amat lain. Apa taknya tin susu mereka letak di celah kangkang.Bagaimanapun wanita2 tu didalangi oleh lelaki jugak. Nah sekali lagi wanita menjadi alat. Tapi perkara salah maka sudah tentu tidak direstui Allah swt. Mereka keluar masuk pasar raya terlalu kerap-empat kali dalam mas 15 minit. Cara berjalan pula terkangkang2. Susu itu pun dah jadi macam nasi kangkang. Cuma tujuannya jauh berbeza. Susu dikangkangkan kerana wang. Kumpulan wanita itu bekerja dengan kumpulan lelaki yang sedia mengisi bakul dengan tin2 susu.

Mau cari wang dengan mudah. Mana ada untung dapat senang kecuali dengan mencuri. Itu pun yang menjadi suruhan payah jadinya. Kangkang mereka menjadi mangsa. Lalu disebabkan CCTV ada mereka terima padahnya. Jubah dan tudung labuh menjadi mangsa jugak. Begitu busuk hati mereka yang menggunakan imej berkenaan. Mudah2an mereka sedar dan tak senang2 saja guna imej murni itu.

kangkang itu tak bagus.Yang buat Nasi kangkang dosanya tak diampun jika sang suami tak memberi ampunnya. Susu kangkang pulak merosakkan orang bertudung dan berjubah selagi ada kumpulan yang mementing wang dan untung semata2.

Sunday, April 8, 2012

Esok datang lagi

10 April 2012 aku akan ke sana lagi. Berdebar2 rasanya hati. Mudah2an segalanya berjalan dengan baik. Laporan Dr Rosalind itu amat penting bagiku. Mungkin juga aku semakin dicabar dalam usia sebegini. Ketika dulu aku cuma mendengar rakan2 sepejabatku sering buat appoinment dengan doktor. Mereka sering mengadu tekanan darah tak turun2. Puas makan ubat tapi kesanya kurang. Bila tension sikit maka mereka akan sakit. Gitu le kehidupan.

AKu terima dugaan ini Ya Allah. Dalam tahun ini usiaku mencapai 50 tahun. Namun aku mohon jua pada-Mu supaya diberi kesihatan dan kekuatan. Hanya Engkau yang maha tahu. Sesekali aku sedar setiap insan akan merasai sakit. Cuma sakitnya saja berbeza2. Nah hidup ini menunggu giliran dan kini aku menempuh giliran untuk berjumpa doktor pulak!

Memang tak ada orang mau sakit. Sihat itu amat berharga sebenarnya. Ketika sakit baru le kita tau betapa sihat tu saham hidup yang amat tinggi nilainya. Ia tak ada dijual di mana sekali pun kedai emas dan berlian. Kebetulan masa kini terlalu banyak pnyakit tanpa berjangkit. Banyak berpunca dari makanan seharian. Jadi lebih baik makan tak sedap tapi berkhiasat.

Esok itu memang kunanti...

Johan dan Zizan menang anugerah

Tahniah untuk Johan dan Zizan Rajak Lawak. Keduanya ada rezeki sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian malam tadi. Majlis diadakan di Arena Of Star di Genting Highland. Ala2 program di luar negara jugak le sebab suasana sejuk di luar bangunan. Penampilan artis semuanya bergaya. Yang bagusnya seksi meksi agak tidak nampak. Tak tau di lokasi sebab aku cuma tangok siaran langsung di tv saja.

Bagus juga program Raja Lawak anjuran ASTRO telah lahirkan Johan dan Zizan. Kedua2nya ada bakat. Cuma Zizan lebih dulu terima anugerah itu. Tahun ini Zizan menang bidang lain. Aku terkejut bila nama Zizan diumumkan Aznil Nawawi pula yang berlari ke pentas. Berdebar2 tengok adegan itu. Rupa2nya dia mahu menyampaikan anugerah itu sendiri kepada Zizan. Murni sungguh hati Aznil kerana ada pelapisnya. Bukan senang cari orang seperti dia. Tabik jugak untuk Zizan. Dia berimej smart. Memang ada gaya artis le.

Johan atau Yazid memang berbakat besar. Dia ramai peminat dan penyokong. Malah ada seorang ustazah amat meminati Johan. Sekali dengan anak2nya.Ucapannya ketika menang pun bagus le jugak! Siap sebut isteri bersama ketika susah dan senang. Sewajarnya macam itu. Harap berpanjangan le ye. Cuma mungkin jugak kejayaan dia kerana doa restu seorang ibu. Ibunya amat sayangkan dirinya. Maklum le satu2nya anak lelaki. Ibu Johan seorang yang cantik dan bergaya.

Doa dan restu ibu amat diperlukan oleh seorang anak. Betapa bertuahnya jika seseorang itu masih mempunyai ibu. Adalah wajar seorang anak akan mohon restu ibunya. Johan dan Zizan masing2 masih punya ibu yang terus mendoakan segala perjalanan seni mereka. Semoga kedua2nya terus berjaya dan sentiasa meletakkan ibu adalah segalanya untuk mereka.

RM100 ribu jika ada bukit Rozita dan Datuk K kahwin

Sesiapa ada bukit akan dapat RM 100 ribu daripada Datin Zaiton. Huyuuu banyaknya. Yang penting kena tunjukkan bukti usng sdiknys kahwin lain. Bukan senang nak dapat RM sebanyak itu. Kini media sedang dihujani cerita rozita bermadu dengan siti nurhaliza. Betul ke? Masing2 menafikan perkara itu cuma gossip. Siti pun kononnya tenang saja. Datuk K kononnya naik menyampah dan malas dengan cerita memadukan Siti. Kenapa jadi cam tu? Jika tak betul jawab aja le kan? Rozita yang cantik jelita itu memang tak kenal Datuk K pun, katanya. Dia berhak untuk menafikan. Yang pasti cerita tiga penjuru ni semakin hangat.

Cerita peribadi Siti berkaitan kahwin ni tak abis2 sejak dia belum kahwin dengan Datuk K lagi. Ada saja yang timbul. Dugaan agaknya tu. Memang susah jadi terkenal ni. Kahwin pula dengan orang kaya. Ada pernigaan besar. Rupa pun handsome. Dia pun pernah gegarkan dunia media dengan kisah penceraian sebelum ini. Jadi tak hairan le news tentang kehidupannya bersama orang yang disayang terus menjadi topik di media. Jika benar gossip semata baik dihentikan saja. RM100 ribu itu terus tersimpan dalam bank le nampaknya....

Kahwin digossipkan dengan wanita2 cantik, aduhai...

Omega 3

Taukah anda semua antara perang yang paling besar ialah menjaga kesihatan. Ancaman sihat manusia semakin membimbangkan. Kenapa demikian? Kita cuba fokuskan kesihatan orang Malaysia. Mungkin juga terlebih makanan. Atau terlampau pandai masak yang sedap2. Mungkin juga mau hasilkan masakan yang luar biasa. Entah susah betul mau jawab perkara ini. Jika diteliti betul2 macam mau darurat saja suasana sihat kita itu. Macam penyakit yang ada. Sakit senyap itu amat merisaukan aku.

Nah mari kta bincang dan kongsi pasal Omega 3. Kita disarankan makan hidangan protein jenis ikan. Makan le sekurang2nya 2 atau 3 kali seminggu. Aku memang suka makan ikan. Cuma agak payah untuk dapatkan ikan yang segar. Dalam ikan terkandung asid lemak tidak tepu omega3. Omega 3 boleh menurunkan paras kolestrol dan mengurangkan risiko pembeluan darah. Jadi betapa bagusnya kita utamakan ikan dalam menu pemakanan.

Bukan semua ikan ada Omega 3. Macam2 jenis ikan yang ada di pasaran. Cuba telitikan antara jenis ikan yang kandungan asid lemak tidak tepu iaitu tuna, salmon, cecaru, sardin dan kembung. Hujung minggu pi pasar maka beli le ikan. Perlu diingat masak pun kena le pilihan tepat. Usah pentingkan sedap tapi utamanya khasiat. Oleh itu, adalah lebih baik ikan dimasak secara bakar, panggang, tumis. sup atau kukus.

Selamat menikmati suasana makan yang sihatkan minda dan badan.

Cinta punya pasal

Kerana cinta sanggup buat apa saja. Ada orang berkorban kerana cinta entah apa2 bendanya. Orang tengah bercinta ada ketikanya lupa diri. Fikiran dinodai cinta agaknya. Tentang cinta tu ada berita seorang artis cantik telah kahwin senyap2 di utara tanah air. Amboi sampai ke sana pulak! Ada komen wartawan artis ni kahwin dengan suami orang. Tak hairan le dia mau sorok. Sebelum ni dia bercinta dengan seorang pelawak konon tapi cinta tak kesampaian. Lalu dia jumpa le ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu. Maka berputik le cinta. Begitu mudah cinta berganti. Mungkin juga mau ubat hati yang luka.

Namun yang tak bestnya isteri sang suami tu tak tau dia dimadukan dengan artis muda berkenaan. Jika tau tentu meletus le perang sesama wanita. Kasian si artis itu kerana masih terlalu muda untuk bermadu. Dia ada rupa dan nama. Bakat pun bagus tapi sanggup kahwin dengan suami orang. Masih ramai lelaki bujang di luar sana. Mungkin cinta pandang pertama. Cinta itu menyebabkan orang sanggup meluka dan dilukai. Malah ke lautan api pun kononnya sanggup bersama. Gila keja macam itu. Cinta itu bila2 masa boleh tercabar.

Sunday, April 1, 2012

Mujur le aku tak jadi ikut ke Hatyai

Berat hati mau ikut kak Wan ke Hatyai. Selain dah last minute aku kurang pasti tarikh passport bila nak abis tempoh. Aku bersyukur kerana tak pergi walaupun memang amat rindu ke Hatyai. Ketika dulu aku memang sering ke sana. Malahan setiap bulan aku bersama kak Wan dan kak Badariah mereda bandai Hatyai. Beberapa supermarket seolah2 menjadi lokasi tetap kami. Barangannya berkualiti dan harganya lebih rendah. Contohnya jenama Vocal. Kami juga mahir seluk beluk di pasar terbuka Hatyai. Ada beberapa gerai yang menjual handbeg tiruan tapi boleh dikategorikan AAA klas. Seolah2 macam original saja. Hargapun beratus tapi jika pakar menawar harganya boleh murah.

Kini aku bernasib baik kerana tak jadi ikut. Yala dan Hatyai diserang bom lagi. 14 orang terbunuh dan lebih 500 cedera masih menjadi tanda tanya. Leputan di Hatyai disahkan sebagai seranan bom kereta. Seorang rakyat Malaysia terbunuh dan 27 lagi cedera. Harap2 jumlah yang terbunuh dan cedera ini tidak bertambah lagi. Kasiannya mereka yang menjadi mangsa. Siapa yang sanggup membunuh mereka yang tak bersalah ini?

Sehingga kini tak ada pengakuan. Ya yang melakukan itu tidak bodoh untuk mengaku. Mereka cuma mahu puaskan hati. Atau mungkin mahu mencipta tindakan yang drastik. Kenapa mesti melakukan perkara bodoh itu. Mereka yang berfikiran singkat saja yang buat hal sehingga orang lain menjadi mangsa.

Hari Kraf Kebangsaan Mempesonakan

Hari Kraf Kebangsaan 2012 datang lagi. Hari yang penuh dengan warna warni barangan kraf itu diadakan di kawasan pejabat Kraftangan Malaysia di Jalan Conly Kuala Lumpur. Ia berakhir hari ini - 2 April 2012. Sebelum ini aku terlibat untuk melaksanakan program murni ini. Malahan aku memang sentiasa tertunggu2 untuk bersama2 rakan2 di Kraftangan. Memang seronok melewati Hari Kraf Kebangsaan. Betapa bangganya aku hasil kraf tempat mempunyai program khas demikian. Macam ada di sana. Tenang jiwa. Melihat barangan kraf yang dipamer dan dijual itu terjentik bahawa orang kita punya bakat yang luar biasa. Dengan kreatifnya mereka ringgit berada di hujung jari. Kehalusan dan keindahan kraftangan Malaysia amat mempesonakan. Memang tak rugi belanja untuk hasil kraf kita.
Jiwa memberontak untuk ke sana. Memang rutin setiap hari besar itu aku mesti berkunjung.Kali ini aku agak terlewat untuk berkunjung kerana dah bertugas di Putrajaya. Ada ketika bersama kekawan. Saja dedahkan mereka dengan barangan kraf kita. Pernah suatu ketika dulu hampir setiap hari aku ke lokasi Hari Kraf. Apa lagi Rm pun mengalir saja le. Beli batek, tudung, batek sarung,baju siap, buah rantai, cincin, brouch dsb. Namun seronok membeli belah di sana. Berbaloi gitu. Aku pula dapat harga istimewa. Alhamdulilah.

Semalam saya berkunjung ke Hari Kraf bersama Mydarling. Sayangnya dia tak dapat bersama2 menikmati suasana Hari Kraf itu kerana tak ada parking. Aku pun gagahi pergi seorang. Memang dah pasang niat untuk menelefon kekawan di Unit PR Kraftangan. Apa lagi aku terus saja sms Norehan (Rehan). Lepas saya OFF handphone kerana bateri tinggal sebar. Dalam 5 minit baru dapat dapat call Rehan. Dia pun menemankan aku menjejahi setiap gerai di situ. Semuanya indah2 belaka. Aku tak melepaskan peluang membeli dua helai batek - satu sutera dan satu cotton. Aku juga begitu teruja dengan barangan hiasan. Maka dengan RM60 aku dapat pelbagai bentuk brouch (harga istimewa) daripada Pauline.

Aku balik rumah dengan dendangan kebahagiaan. Memang amat berbaloi kunjungan lewat petang itu. Aku dengan bangganya menunjukkan barangan yang dibeli kepada Mydarling. Bestnya dia pula bagi sokongan. Terima kasih Mydarling. Nanti saya pakai barangan itu. Insya allah ia menambahkan keyakinan diriku.

Hari Kraf tetap kunanti. Hari yang mempesonakan itu...

Kusangka Anak Rupanya...

Aku memang fikirkan seorang anak kesayangan yang diraikan. Konsep kahwin itu Majlis Dalam Taman. Memang sesuai diadakan di Taman Tasek Permaisuri. Kawasan yang hijau dan tenang. Tempat ini agak istemwa. Cuma agak lengang saja. Mula2 aku macam tak percaya ada majlis di situ. Rasa tak sabar tengok pasangan pengantin diraikan di majlis sepeti ini. Bila terdengar sayup muzik dan suara bercakap baru le lega. Aku membisikkan pada diri, amboi istemiwa orang ini nak buat majlis untuk anak dia.

Bila tiba di lokasi Mydarling terus saja ke depan bersama Pak Haji dan isterinya. Aku cuma menurut saja. Agaknya nak jumpa bapak pengantin bisik hatiku. Kami menunggu kerana keluarga sibuk berfoto. Serba ungu dan krim. Nampak meriah dan bahagianya mereka. AKu cuba untuk mengintai pasangan pengantin. Pengantin wanita lengkap bertudung dengan crownnya berpusing ke belakang. Lipstiknya warna pink lembut. Dia cantik cuma macam agak berumur dan kurang sesuai untuk anak muda (jika dia pengantin). Begitu le bisik hatiku. siapakah pasangan wanita ini. Malahan aku bertanya yang mana satu anak Pak derus ni? Kak Nor jawab anak2nya ramai ada dah kahwin. Aku mengiya dalam hati tapi jadi keliru. Anak2 muda lelaki semuanya bersampin. Yang mana satu ni???? Mujur le aku keliru tak lama kerana Mydarling bersalam dengan pengantin yang sebenarnya. Baru le aku sedar rupa2nya bapak yang kahwin. Memang sesuai le jika pasangannya bapak. Wajah mereka seiras. Bentuk badan pun berisi kedua2nya. Saiz ketinggiannya sedang2 saja kedua2nya.

Bertuah pasangan pengantin dewasa itu kerana majlis mereka ala2 Majlis Kahwin Erra Fazira dan Yusri suatu ketika dulu. Cuma bezanya majlis kedua2 artis itu bawa sejambak bunga dan hujan lebat tapi majlis kali ini panas terik pulak! Kek pengantin pun begitu terdera dengan pancaran mentari. Dulang2 hantaran tersandai di situ dalam kepanasan.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kebahagiaan itu milik setiap insan....

Asyek Sekat Saja Bila Mau Tengok Kerja

Memang amatlah peliknya disuruh buat kerja tapi tak boleh kerja. Dua hari cuti mesti byk yg mau ditgk bkaitan aktiviti rasmi. Dari awal pagi hingga petang asyek disekat saja. Agak2nya jugak line yang mau disekat tu. Pegawai2 rendah yang lain boleh layari pun. Harap2 buat kerja sebenarnya le. Bukan mau pertikai tapi itu le esok2 bila ditanya ttg FB kementerian, aku jawab tak tau aja le, tak blh layari le atau orang tertentu saja blh buka. Kenapa????? Kita mau tgk FB kementerian pun tak dapat. Hairan betul. Jika di kementerian lama semua petugas PR boleh melayari laman sosial terutamanya FB, Twitter, dll. Semuanya itu berkaitan dengan kerja. Kalau mau sekat pun biar le berpada2.

Aku terpaksa guna cara sendiri. Mungkin itu le terbaik untuk diri. Masalahnya ada yang marah pulak nanti. Kenapa buat hal cam tu? Jadi dah tak boleh layari. Asyek sekat saja. Jika mau bekerja pun kena fikir perkara2 lain yang berkaitan. Ada juga pegawai di Bahagian berkenaan cakap kami di bahagian itu pun tak boleh tgk. Terpulang le mungkin anda tak ditugaskan. Tapi sewajarnya pegawai2 kerajaan kena tau dan boleh melayari laman sosial. Yang penting tak guna masa kerja atau sengaja layari untuk suka2 sehingga terabai tugas rasmi.

Entah le asyek sekat saja bila mau tgk kerja itu....