Thursday, March 29, 2012

kugagalkan malas itu

Azan subuh telah berkumandang. Namun aku masih terbaring. Badan sakit2. Bagai tak tertahan rasanya. Badan panas. Minda tak tenang. Rasa terganggu jiwa. Aku menjadi malas untuk bangun. Malah terjentik dalam fikiranku untuk lewat ke pejabat. Kenapa tiba2 jadi begini? Mujur le aku sempat sedarkan diri. Aku gagahi diri untuk mandi. Jam dah lewat 6.00 pagi. Risau subuh meninggalkan diri.

Alhamdulilah aku berjaya gagalkan malasku. Kutunaikan solat sendiri kerana mydarling belum mandi. Aku berdoa semoga dipermudahkan dan dijauhikan dari segala kesusahan. Mungkin aku sedang diduga. Ya Allah ampunilah dosa2ku ini. Berikanlah aku kekuatan.Aku ingin menjadi umat yang sentiasa beriman pada-Mu . Tunjukkan aku jalan yang benar dan dirahmati-Mu jua. Permudahkanlah aku melaksanakan tugas2ku sebagai pegawai perhubungan awam di kementerian ini.

Aku berazam untuk menjadikan hari Jumaat ini terbaik untukku. Hari yang paling mulia dalam banyak2 hari. Semoga segala tugas untuk dapat dilaksanakan dengan baik. Amin.

Thursday, March 22, 2012

Gangguan itu badanku berat

Badan amat berat rasanya. Belakang kat tulang belikat amat tak selesa. Telinga berdengung. Kepala macam ada sesuatu. Terasa diri dibelenggu. Wahai diri tabah dan sabarlah ye...Ya Allah permudahkanlah aku dan jauhikanlah aku dari kesusahan. Apa sebenarnya yang mengganggu ketenangan dan kesihatan diriku ini.
Aku tiba2 terasa panas. Ya Allah aku tak redha dengan keadaan ini. Ampuni dosa2ku Ya Allah. Innallillahi wa innallillahi rojihun aku tak rela segala jin atau gangguan yang ada dlm badanku ini. Dengan kuasa-Mu ya Allah kau keluarkanlah dia. Berikanlah aku sebuah kesihatan. Tetapkanlah imanku ini.
Keluarlah keluarlah dan keluarla aku tak rela...amin ya rabulalamin.

Gangguan halus boleh hasilkan kanser

Amat menakutkan. Gangguan orang halus boleh menyebabkan kanser. Minta2 selisih 44 malaikat penyakit tak berjangkit itu tak hampiri diriku. Aku begitu teruja ketika berbual dengan ustazah. Pertemuan yang tidak dirancang. Cuma aku kebetulan diarah hadir perjumpaan PUSPANITA.
Mungkin memang rezeki bertemu dengan Ustazah. Memang betul2 di luar jangka. Aku juga rasa kesorangan dalam majlis yang dirasmikan oleh orang besar itu. Aku tidak jumpa kekawanku. Jadi ketika program nak ke jamuan aku menghampiri dua orang wanita. Maka, ustazah menegurku. Dia menyatakan kolestrolku tinggi. Dia memegang tanganku sambil menyatakan sesuatu. Dia mengajakku duduk ke suatu sudut. Aku leka mendengar penerangannya.Namun tiba2 rasa takut kenapa aku berdepan dengan kerenah2 ini? Ustazah kata datang le klinik dia di Pandan Indah.
Pesanan ustazah kita hendaklah berhati2 kerana ada kanser wujud disebabkan gangguan halus. Perjalanan darah terganggu. Timbul kotoran dalam darah kerana gangguan itu. Jadi apa lagi berjumpa dengan mereka yang mahir tentang perubatan Islam untuk mengatasi dan menyembuhkan diri dari gangguan orang halus atau jin.

RM200 minyak wangi 30 juzuk al-quran

Saiznya kecil. Wanginya menenangkan minda. Menyusuk ke jiwa. Ia merawatan nurani. Gangguan orang halus boleh dilayangkan di samping doa2 khas dan bantuan seorang ustazah. Ustazah yang mengusahakan produk suci ini. Ada dua warna iaitu warna krim dan merah.Botolnya sederhana kecil dan senang dibawa ke mana2.

Gangguan orang halus termasuk saka memang suatu yang amat gelorakan hidup. Macam2 cara untuk mengubati atau membuangnya. Namun bukan mudah. Ada kata dia datang semula kerana jalan telah ada. Kasian si mangsa. Sakit tak nampak. Ada ketikanya orang tak percaya pun seseorang itu sakit. Jadi untuk menggelakkan diri atau menringankan mangsa boleh gunakan minyak berkenaan. Yang penting mesti teruskan usaha untuk membuang segala yang tak baik atau gangguan itu.

Pagar makan padi

Dia bagai pagar makan padi. Memang tak sedar diri betul dia. Dah dibagi peluang kerja di istana dah cukup bagus. Usia pun dekat separuh abad. Dah tentu macam2 ilmu dan pengalaman ada. Memang memalukan bangsa. Dia sanggup mencuri. Ini derhaka kepada raja maknanya. Siapakah dia ni? Sejak bila dia mencuri? Apakah dia tak tau akibat mencuri itu?
Lebih Rm200,000 nilai barangan yang dicuri sejak 2010. Mujur le Tuanku Sultan menyedari barangan berkenaan. Jika tidak tentu dia bermaharajalela mencuri dan terus mencuri. Namun perbuatan itu salah. Sekarang ni semuanya Tuhan bayar tunai. Cepat saja dapatnya. Dia diberkas polis minggu lalu. Tahniah kepada polis. Teruskan perjuangan anda.
Harap2 tak ada le pelayan istana sanggup mencuri. Untuk apa mencuri? Tak akan menjadi kaya. Jika kaya pun tak berkat. Apa lagi mencuri barangan istana. Barangan lama. Harta pusaka. Dah dijadikan barangan pameran sejarah. Memang Tuanku Sultan Selangor seorang yang amat prihatin. Baginda boleh kenalpasti akan kehilangan 17 bilah gunting emas, kunci emas dan replika ketam emas. Semua barangan emas itu adalah koleksi nenda dan ayahanda banginda. Tentunya amat berharga dan nilai sejarahnya tinggi. Mujurlah tindakan cepat dan cekap polis, pencuri tak sedar diri itu tertangkap jua.
Pelayan istana itu ibarat pagai makan padi. Dia juga seperti kacang lupakan kulit. Namun yang bersalah tetap akan terima balasannya.

Wednesday, March 21, 2012

Begitu le keputusannya


Macam2 wajah terpapar di akhbar hari ini. Maklumlah keputuan SPM telah pun diumumkan. Bagi yang keputusannya cemerlang maka wajah mereka gembira. Namun ada juga yang sedih kerana keputusan tidak memuaskan hati. Belajar memang belajar. Buku2 rujukan telah dibeli. Kelas tambahan tak pernah ponteng. Cuma cukupkah waktu solat anak2 remaja itu? Dalam solat boleh berdoa.

Nah tahniah bagi yang cemerlang. Teruskan perjuangan untuk tindakan selanjutnya. Semoga kejayaan terus milik mereka. Masih panjang lagi yang perlu ditempoh. Bagi mereka keputusannya agak tidak memuaskan, jugak perlu memikirkan destinasi belajarnya ke mana pulak! Di depan sana masih ada ruang untuk memperbaiki diri. Masih boleh teruskan pelajaran. Cuma kena pandai memilih yang sesuai dengan keputusan.

Mydarling


Lucu. Menarik. Ilmu. Luas. Tu le kerenah mydarling. Dia cakap Inggeris dari pagi. Aku tak kisah. Cakap aja le. Yang penting faham. Ada interaksi. komunikasi terlaksana. Lagipun kami berdua saja. Dia bersungguh2. Aku layan aja le...

Rupa2nya pejabat dia mengadakan Hari Bahasa Inggeris setiap hari Rabu. Bagus tindakan itu. Usaha pertingkatkan ilmu.Broken pun tak pa. Lama2 nanti akan jadi baik. Senang le bila pi luar negara. Hahaha

Dulu2 semasa di sekolah rendah bila masa bahasa Inggeris kena denda bila cakap bahasa Melayu. Ramai le cuba untuk mengelakkan kena denda >Bayar 0.20sen setiap buat salah. Macam2 usaha untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris. B
Bagaimana dengan bahasa Melayu? Ramai yang tidak fasih berbahasa Melayu tapi tidak kena denda pun. Adilkah seperti itu?

Wanita pemandu F1





Mengemparkan. Tiba2 pemandu F1 wanita. Tak sangka pasukan itu berani bertarung dengan menukarkan pemandu F1 dari lelaki kepada wanita. Siapa kata wanita tak berani ha? Nak terbukti dia satu2nya pemandu wanita yang tiga lagi lelaki ketika program F1 dilaksanakan. Petugas success touch pun terkejut dengan berdirinya seorang keyna yang bersaing dgn pemandu lelaki yang bertiga itu.
div>


Catatan minit pun bagus. Memang power dan berani giler le. Kini terbukti warga UKK KKM ini memang berani. Semuanya bagi komitmen yang luar biasa. Semangat berapi2. Mereka punya suara yang jelas. Masing2 melontarkan idea dengan yakin. Terbayang wajah2 gagah.

Begitu le program bengkel transformasi pasukan masih menjadi bualan....

Wajah-wajah bengkel





Berlaku serang hendap. Tembak menembak dengan lampu picit. Bom air dilontarkan. Kononnya pertahankan lilin yang dibakar yang diletakkan di suatu tempat. Namun tak ada yang jatuh dan mati. Nampaknya ramai yang jadi hantu kerana walaupun telah ditembak dan dibom masih boleh berjalan. Hehehehe

lt;




div align="justify">Ketika Bengkel Transformasi Pasukan UKK KKM di Genting Highland baru2 ini macam2 wajah dan reaksi yang dapat dirakam. Mereka tanpa sedar mempunyai reaksi yang memikat tapi lucu bila dilihat semula. Ketika melaksanakan aktiviti itu reaksi mereka berbeza2.




Semasa aktiviti malam. Ramai yang berdebar2. Apa lagi bila melihat seorang yang berbadan sasa yang berpakaian tentera dan rambutnya sampai ke bahu. Aduiiii memang mendebarkan. Saya pun tertanya2 apakah orang itu tentera tulin atau tiruan. Sebelum aktiviti bermula semua kena bersolek. Apa lagi semua mukanya diconteng tak kira lelaki atai wanita. Namun tetap ayun dan hensem.


Macam2 wajah terakam ikut "mood" program yang dilaksanakan. Wajah diconteng, termenung, tunduk, seyum, ketawa dan sebagainya.


&








Cabaran daripada Success Touch yang sukses







Banyak makna yang tersirat. Semua aktiviti dilaksanakan menarik. Rata2 peserta tak henti2 ketawa sepanjang bengkel dilaksanakan. Malahan ada yang penat sebab asyek ketawa saja. Jika disebut tentang senyum, mereka punya senyuman yang amat manis sekali. Suara wanita dan lelaki sentiasa memenuhi ruang dewan dari 16 hingga 18 Mac yang lalu.


Seramai 38 warga UKK,KKM berkampung di Genting Highland untuk Bengkel Transformasi Pasukan. Bengkel ini dikendalikan oleh Success Touch Enterprise. Tabik spring jugak le kepada King Li, Halim dan Shah yang dapat melayan kerenah pasukan UKK KKM. Selain itu mereka telah memberi perkhidmatan yang cukup manis dikenang. Ilmu yang ditimba memang amat berguna. Namun ada juga program yang begitu mendebarkan. Ada yang debaran jantungnya dag dig dug khususnya aktiviti di waktu malam.



Akitiviti dirikan bendera di pagi hari begitu mencabar. Hartini yang cantik jelita telah terpilih sebagai ketua pasukan. Dia telah melaksanakan tugas dengan amat bagus sekali! Terpancar di wajarnya semangat juang. Begitu juga rakan2 lain. Namun dia sesekali bagaikan tertekan kerana tiang bendera terhuyung hayang. Rakan2 cuba membantu dengan memegang tali rapia dengan sedayanya.



Tahniah semuanya....

Thursday, March 15, 2012

Misteri Bantal Kecil










Bantal kecil bersarung songket ada auranya tersendiri. Ia amat setia denganku. Aku begitu sayang dengan bantal ini. Bantal ini telah bersamaku sejak tujuh tahun yang lalu. Aku membawanya ke mana saja aku ditukarkan pejabat. Tak pernah terfikir kutinggalkan batal ini.





Sarungnya merah hati dengan bunga bertabur dari kain songket. Aku rasa bangga dengan adanya bantal itu di kerusi tamuku. Hari2 terpampang di depan mataku. Memang tak puas memandangnya. Memang tak ada luar biasa tentang bantal ini. Batal ini adalah antara hiasan tetap yang ada dalam bilikku.










Bantal kecil ada misterinya sendiri....

Cerita Bilikku



Bilik itu duniaku. Ada tenang di dalamnya. Rindu juga. Aku mau bilikku kemas. Aku memang gemar menghiaskan bilikku. Setiap kali pindah pejabat aku amat risau dengan barangan hiasan. Hiasan utama mesti ada lukisan dan bunga. Barangan kraf juga menarik minatku. Selain itu, sebiji bantal kecil tetap aku bawa. Bantal bersarung songket itu sentiasa berada di bilikku.


Aku tak mahu terlalu mewah tempat kerjaku. Cukuplah ada kelengkapan yang sepatutnya. Ada ruang untuk tetamu sudah memadai. Masa ni bilikku tempat berbincang. Kebetulan pejabatku tak ada bilik mesyuarat.

Cipta Sejarah Meeting Hanya 5 Minit

Aku memang bersedia untuk mesyuarat hari ini sama ada dari segi mental ataupun penampilan diri. Maklum le jumpa dengan orang lain. Namun tak sangka pula mesyuarat ini ini cipta sejarah dalam dairi perkhidmatanku. Memang tak disangka sama sekali. Aku bersama Ali masuk agak lewat sedikit. Rozita seorang wanita manis minta aku duduk sebelah pengerusi. Hanya sekejap kerana ku beralih ke kerusi sebelah. Ada seorang pegawai datang dan duduk di situ. Aku ok saja.

Pengerusi relaks saja. Mukanya tenang dan sedikit senyum. Dia maklumkan jawatankuasa editorial portal tidak dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan. Jadi terbatal le jawatankuasa yang dicadangkan itu. Wow!!! aku nak lapor apa ye dengan bos. Aku cerita macam sembang aja dengan bos tu. Harap2 dia boleh terima.

Aku join mereka makan meehon goreng. Memang sedap. Rezeki le katakan walau pun mesyuarat dibatal tapi makanan telah diorder. Kami pun makan beramai2 gitu...

Thursday, March 8, 2012

Cerita badan besar????

Maaf nak tulis tentang badan besar. Macam2 cerita tentang badan besar ni. Ada menarik dan ta menarik. Orang badan besar ni ada pengasih, penyayang, pengkhianat, penjahat, hipokrit dan macam2 lagi. Dia juga manusia biasa. Punya cerita tersendiri. Ada orang badan besar rajin, bersemangat dan mesra. Malahn ramai yang berbadan besar hidup senang, kaya dan terkenal.

Lihat saja Adibah Noor. Dia terkenal sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara. Agensi iklan pun suka ambil Adibah. Suara dia merdu dan power. Bakat lakonannya terbukti memikat kerana filem lakonannya pernah menang Pesta Film.

Malik Noor juga berbadan besar. Pernah menggegarkan negara kerana gagahnya dia sebagai bina badan. Dia seorang jagoh. Kehidupannya mewah. Cara hidupnya jugak ada klas tersendiri. Dia juga pelakon dan pernah cuba menyanyi. Hingga kini Malik Noor terkenal. Baru2 ini dia kahwin dengan seorang doktor.

Arwah Yusni Jaafar juga terkenal. Dunia lakonan meriah dengan Yusni Jaafar. Dia ada bakat yang cukup bagus dalam bidang lawak jenaka. Sejarah tercipta untuk dia dalam bidang yang diceburinya.

Hakikatnya memang ramai orang berbadan besar berjaya dalam hidupnya. Kadang2 bentuk badan yang demikian punya kelebihan. Rezeki datang berlimpah ruah disebabkan badannya besar. Cuma harap2 yang berbadan besar punya hati dan jiwa yang besar dan murni . Semangat juang yang tinggi dan punya nilai terpuji. Moga tak ada yang guna saiz badannya besar untuk menindas yang kecil.

Baik2 le yang berbadan besar.

PM bagi nama baru untuk Dato Omar Cuepacs

Dengan nada suara yang ceria YAB Perdana Menteri menamakan dia Dato Obama Omar Osman. Orang nombor 1 Cuepacs itu mendapat jolokan nama obama sebab ketika dia berucap dia ada menyebut nama presiden berkenaan. Ini antara insiden yang berlaku ketika perjumpaan khas YAB PM dengan penjawat awam di PICC pagi tadi (8 Mac 2012). Sambutan untuk program itu memang amat membanggakan. Mereka datang dari jauh dan dekat. Ketiga2 dewan penuh.

PM telah mengumumkan SBPA dibatal dan SSM digunapakai semula. Kini ada juga yang marah sebab kenaikan gaji tak sebanyak seperti yang dilaksanakan baru2 ini. Yang pedihnya lagi orang besar ada yang dah terima berpuluh ribu ringgit. Tentu mereka tak puas hati. Keciwa. MUngkin kena dikembalikan semula.Masalahnya mereka tak memperjuangkan pegawai bawahan yang dapat kenaikan tak seberapa. Orang2 besar cuma diam seolah2 mereka mementingkan diri sendiri saja. Kenapa begini jadinya? Adakah disebabkan duit banyak yang bakal mereka terima, mereka jadi lupa atau tutup mata. Kesiannya pegawai bawahan. Mujur le ada cuepacs. Terima kasih PM.

Anak hilang sebab leka layari facebook



Macam tak masuk akal. Seorang suri rumah terlalu leka melayari facebook sehingga terlupa anaknya. Anaknya berusia lima(5) tahun. Dia tegah minta anaknya keluar ke kedai beli magg kerana anak itu teringin makan maggi.Kesian si kecil itu. Wanita berusia 25 tahun itu terus mabuk dengan FB. Dia sedar anaknya tak balik apabila suaminya bertanya di mana si kecil itu. Memang wanita itu keterlaluan. Facebook menjadikan dia lalai.

Kini anak itu telah hilang. Wanita itu menyatakan anaknya masih hidup berdasarkan telikan bomoh. Percayakah dengan telahan itu. Mungkin hanya bayangan. Yang penting usaha tetap diteruskan. Harap2 si kecil selamat.

Facebook banyak faedahnya tapi mesti digunakan dengan bijak. Sekadar menghabiskan masa dengan chatting dengan kawan2 rasanya tak sesuai untuk wanita berumahtangga dan mempunyai anak yang masih kecil. Tanggungjawab untuk rumahtangga dan keluarga lebih penting.

Tuesday, March 6, 2012

Cepat le kahwin. --apologi untuk seorang gadis manis



"Alahai....lambatnya lagi aku nak kahwin ni..." Jerit wanita cantik itu. Kawan sebelahnya tersenyum2. Aku cuma mendengar. Aku faham kenapa dia jerit. Agaknya dia tertekan. Maklumlah lagi tiga bulan nak kahwin. Memang dia sibuk buat persediaan. Bulan lepas dia beli beberapa helai songket. Hitam warnanya. Cantik. Apa lagi nanti jika dipakai beramai2. Tentu majlis lagi meriah dan bermakna.

Dia anak sulung.Keera namanya (bukan nama sebenar). Kulitnya putih. Rambutnya agak perang dan panjang melepasi bahu. Rajin dan komited dengan kerjanya. Hakikatnya dia membuat kerja yang bukan bidang kerjanya. Namun kulihat dia boleh buat. Sesuai dengan slogan Malaysia Boleh!!!!!

Lagi cepat kahwin lagi cepat beres segala urusan. Persiapan kahwin bukan mudah. Ada saja yang nak buat. Yang sakitnya bujet. Kebetulan sekarang ini semuanya mahal.Jerit le lagi jika itu yang melapangkan dada. Jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting dada lapang dan bahagia.

Diet tapi tak diet

Risau tu memang risau kerana tekanan darah tiba2 tinggi. Sebelum ini tekanan darah rendah. Perubahan berlaku tanpa disedari. Mungkin jugak faktor usia. Mungkin disebabkan pemakanan. Atau ada kaitan dengan keturunan. Apapun tekanan darah tinggi adalah penyakit tidak berjangkit. Malahan ia adalah pembunuh senyap. Banyak sudah terjadi kematian disebabkan peyakitan berkenaan.

Aku kena jaga makan. Kena juga minum herba. Sebab dah dua kali beli herba misai kuching. Suamiku beli hempedu langit. Aku minum dan tekan segala herba itu demi untuk sihat. Tengahari ni makan kuih dan nenas saja. Harap2 tak jejaskan jumlah kelori badanku. Namun kuih 3 jenis tu manis2 semuanya tapi manis2 buah aja le...

Mau diet tap tak deit jadinya. Sarapan tdi sudah makan makroni goreng dan telor mata kerbau. Ada sambal sikit. Pedas. Minum air susu dan air suam aja. Alhamdulilah. Namun aku terasa ngantuk tadi.

Fasha Sanda minta didoakan bahagia



Pelbagai kontrovasi tercipta berkaitan cinta artis Fasha Sanda. Tak putus2 cerita dan gossip tentang dia. Ada saja cerita cintanya tapi yang paling banyak disentuh cinta dengan duda glamor ini pastinya. Malah ada yang marah kerana kononnya si lelaki itu (bakal suami) bercerai kerana Fasha punya kerenah. Bergaduh dengan artis wanita yang cantik sebab kononnya Fasha tuduh dia keluar dengan si lelaki itu. Entah macam2 cerita pasal artis cantik ini.

Tiba2 Fasha umumkan telah disunting oleh sang duda anak satu itu. Siapa lagi kalau bukan Rizal Ashram atau dikenali dengan Jejai. Sekian lama menanti, kini bintang jelita dan manis ini berbicara soal cinta dengan lelaki yang telah lama dikaitkan dengan dia. Malah suatu ketika dulu lelaki ini pernah terbang ke pulau untuk berjumpa Fasha di sana. Amboi romantiknya. Bagai cerita sang puteri raia zaman dulu2 pulak! Gempar di media massa. Aduhai....


Kini Fasha Sanda dan Jejai telah menghadiri kursus kahwin bersama2. Eloklah juga kerana kursus itu banyak memberi ilmu kepada pasangan. Harap2 Jejai boleh menjadi suami yang baik dan menjaga Fasha. Pengalaman dia bercerai menjadi teladan untuk dia bersama artis yang lagi satu ini. Mereka juga telah melihat baju pengantin. Tentunya cantik apa lagi jika Fasha Sanda yang pakai.

Selamat menempuh kehidupan baru tidak lama lagi buat Fasha Sanda....

Sri Kandi dan Arjuna nama anak harimau


Ada keunikan jika anda berkunjung ke Taman Binatang Berlin, Jerman. Di sini seolah2 benar le kata pepatah tempat jatuh lagi dikenang, inilah pula tempat dilahirkan (bermanja). Sehubungan itu, dua anak harimau bintang dinama Sri Kandi dan Arjuna. Kedua2 anak harimau ini dipamerkan di taman berkenaan.

Bunyi namanya klasik. Memang indah dan sedap didengar. Entah bagaimana pula orang Jerman menyebut nama itu. Tapi bila sudah biasa tentunya lebih mudah. Bunyi kedua2 nama si comel itu seperti nama dan bahasa Indonesia kerana ia kebetulan memang berasal dai kepulauan Jawa.

kursus luar negara

Bagai tak pasti nak mohon yang mana ni? Kursus pendek ke luar negara. Pilih saja yang rasa berkenan sebab baru mahu apply. Belum tentu dapat. Tapi jika rezeki, ada jugak peluangnya. Teringin nak kursus ke Amerika Syarikat. Memang tak pernah ke negara orang putih ni. Adakah kursus yang sesuai? Mahu juga ke Melbourne. Selain itu, ada beberapa kursus di United Kingdom. Alahai...yang mana satu nak mohon ni...

Sepanjang berkhidmat dengan kerajaan ni saya amat jarang mohon kursus luar negara. Ini baru kali kedua. Yang pertama dulu tak berjaya. Ketika di kementerian lama orang tertentu saja boleh kursus di luar negara. Pendek kata rezeki belum tiba.

Kartunis boleh jutawan


Keluar dari takuk lama atau konvesnsional untuk lebih bjaya. Persaingan dunia kartun sekarang ni sengit. Ia jauh berbeza dengan kartunis 30 tahun yang lalu. Mereka cuma mencurahkan idea, bakat dan kreativiti di atas kertas. Ketika itu majalah gila2, Batu Api, Geli Hati dan risalah kecil Anak2 sidek dan sebagainya amat popular di kalangan kanak2 mahupun peminat kartun. Cara ini terlalu sentimental. Mereka perlu memasukkan unusr audio visual untuk kelainan.

Memang wajar berlaku transformasi dunia kartunis ini. Zaman ni kartunis boleh menjadi jutawan jika karya mereka boleh dipasarkan melalui medium media elektronik. Pastinya mendatangkan hasil yang baik jika karya kartun tersiar di televisyen, layar perak dan boleh dipasar ke peringkat antarabangsa. Malahan tidak hairan jika ia boleh didownload di internet yang boleh mendatang hasil.

Kerajaan memberi perhatian dengan memberi dana RM5 juta kepada ahli2 Konsortium Cartoonist At Work(CAM). Masakini CAM mengumpul 10 kartunis lama dan baru bagi menghasilkan produk kartun yang boleh diangkat ke medium animasi. Langkah di depan terbuka luas. Kena tabah dan tahan serta terus berkarya dengan idea yang punya kelas pertama.

Monday, March 5, 2012

Rendang ayam Melayu tawan lidah Russia


Saya suka makan pelbagai jenis sup. Pedas(sikit2 boleh le) bukan pilihan saya. Namun berlainan dengan wanita berkulit putih dari Russia ini.

Rendang ayam telah memikat hati seorang rakyat Russia yang menjadi peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu, Polina Matveycheva. Berusia 20 tahun dan memang mengemari masakan Melayu. Dia amat suka makan rendang kerana bagi sangat sedap.Disebabkan terlalu minat Polina mau belajar masakan Melayu. Dia suka mau belajar masak rendang ayam dan hidang kepada keluarganya.

Polina kata masalahnya bahan2 masakan Melayu agak susah utk mendapatnya di Russia. Jadi Polina kenalah beli di Kuala Lumpur pelbagai jenis bahan untuk memasak menu Melayu. Mudah2 cara itu masakan dan budaya Melayu akan terus tersebar luas. Malahan akan menawan lidah orang russia seramai mungkin.....

Jika usaha lebih tentunya banyak nanti masakan di negara ini akan diminati di peringkat antarabangsa. Di negara ini pelbagai jenis makanan seperti sup, soto, rojak,masak kicap, serunding, kari ayam, ikan bakar dsb.

Sejarah berjalan sendiri...

Si Manis tertanya2 sejarah yang menjadi alas tempat dia sterika baju hilang. Kemana pulak sejadah tu? Siapa yang menjadi dalangnya? Hakikatnya tidak ada tetamu yang dtg ke rumah dalam masa terdekat ini. Lagipun ada sejadah lain khas untuk solat. Tindih menidih pertanyaan dalam minda manis.

Tiba2 anak buah manis terjumpa sejarah itu di bawah katil di bilik tetamu. Seolah2 sejadah itu berjalan sendiri. Pelik betul. Mereka pun tertanya2 kenapa sejadah diletakkan bawah katil? Yang nyata tiada sesiapa yang buat di kalangan mereka di rumah sewa itu. Malah, Manis juga kena menjawab pertanyaan sang suami kerana sejadah dialih hingga ke bawah katil. Puas Manis memberi penerangan namun si suami tak terima penjelasan itu. Dia yakin ada yang meletak sejadah itu di tempat berkenaan. Baginya tidak ada perkara yang pelik menyebabkan sejadah itu beralih.

Entah le...aku pernah dengar cerita orang tidur pun boleh dialihkan tanpa sedar ke tempat lain.

Berkain pelekat di pejabat

Adakah dia ni seorang yang memang kaki gangguan seksual di pejabat atau memang suka pakai kain pelekat? Umur sudah lebih separuh abad. Gini ceritanya...cerita benar tau..

Suatu ketika dulu- Seorang pegawai wanita -Mashani (bukan nama sebenar) melarikan diri dari pejabatnya di tingkat 7 ke tingkat 8 kerana melihat seorang pegawai lelaki - saleh (bukan nama sebenar) sedang pakai kain pelekat sedang duduk di ruang tamu sambil baca akhbar . Adakah patut begitu? Apa tujuan berpelekat di pejabat di waktu petang. Mungkin lepas solat agaknya tapi kenapa tak tukar semula pakai slack bekerja.

Mashani tercungap2 menuruni tangga. Dia cuba menyelamatkan dirinya sebelum apa2 berlaku. Kebetulan si saleh ni sering bertukar tempat kerja kerana dikaitkan dengan gangguan seksual di pejabat. Jika dilihat dari personaliti nampak ok saja. Bercakap pun pandai dan berapai2. Namun...berpelekat di pejabat itu, apa le pulak jadahnya?????

Off suis tapi kipas bergerak...

Hairan dan pelik. Ia berlaku tapi macam tak wajar. Yang penting nampak. Entah kenapa jadi cam itu. Siapa yang buat sehingga kipas itu seolah2 hidup. Kipas masih berpusing perlahan2. Seolah2 ia baru saja dimatikan. Tiada sesiapa dalam rumah. JIka angin yang empunya angkara pintu dan tingkap tutup.

Inilah berlaku kepada Manja (bukan nama sebenar). Seorang wanita yang cantik dan manis. Dia bercerita. Terkedu mendengarnya. Aku cuba terima realiti. IA memang berlaku. Aku dapat bayangkan kipas itu bergerak perlahan2. Namun yang pasti kipas hidup tapi suisnya sudah dimatikan seblum mereka keluar rumah. Bila tiba di rumah seolah2 kipas itu baru dimatikan.

Suiz sudah OFF tapi kipas seolah bergerak amat perlahan dan nampak baru saja dimatikan suiz yang memang OFF itu. Entah le...

Sunday, March 4, 2012

Tak fikir masa depan ke?

Tak sedar? Tak fikir? Atau biar orang tertentu saja yang buat. Mau ada negara atau tak mau ada negara? Belia masa kini terlalu sibuk dengan dunia mereka. Maklumlah zaman dunia tanpa sempadan. FB atau Twitter lebih banyak dilayari. Masa tertumpu ke situ. Perkara lain seperti kesederan terhadap masalah sosial dan politik tidak dihiraukan. Kenapa begitu jadinya?

Sebagai contoh belia Melayu misalnya ramai tidak mendaftar sebagai pengundi. Kenapa? Susah sangat ke? Sedangkan belia aset penting untuk negara. Belia diperlukan untuk memajukan ekonomi, sahsiah, politik dan sebagainya. JIka belia tak cepat2 ambil peluang takut2 nanti mengemis di bumi sendiri.

Memang ada akta yang berkaitan terutama mereka yang masih belajar tapi tidak semesti tak boleh mendaftar. Kaum2 lain peka mendaftar sebagai pengundi. Adakah pihak kerajaan tidak menekankan perkara ini di pusat2 pengajian tinggi? Atau galakan yang lebih menyeluruh dan fokus tidak diusaha dengan lebih strategik? Perlu ditekankan belia kena faham dan tau serta mendapat pendedahan bidang politik. INi juga mengelakkan dari terus kosong tentang politik negara sehingga sibuk dengan menarik pekerjaan. Malahan ada juga belia yang tiba2 menjadi pembangkang tanpa teras untuk pihak kerajaan. Mereka tak faham sepenuhnya tapi dapat input yang entah dari mana menyebabkan mereka terpengaruh.

Sedarlah wahai belia....negara ini perlukan keperhatian anda semua. Kasih sayang dan sokongan padu anda menjadi tunggak untuk pembangunan yang itu...

Zebra Crossing

Apa sudah jadi dengan pemandu di zaman IT ni? Sambil memandu layari internet ke? Atau mata dan hati telah buta? Mereka pentingkan diri sendiri saja. Seolah2 mereka saja yang hidup di maya ini. Pagi tadi ketika menyerang di kawasan "zebra crossing" aku jadi pelik kerana semua kereta seolah2 tak ada pemandu. Kami berdiri untuk ke seberang menunggu seolah2 di jalan besar. Memang tidak wajar le

Kesian betul orang sekarang. Mereka berpelajaran tapi tak ada kepekaan. Pengetahuan mereka bagi kosong. Budi telah mati dan bahasa mereka sudah hilang. Peranan zebra crossing pun mereka tidak tau (anggapan saya le sebab tak berhenti beri laluan kpd pejalan kaki).

Belajar2 le tentang sosial kehidupan semua lapisan masyarakat baru le hidup lebih bermutu dan bermakna.

Baju tidur lambang cinta

Lambang cinta apa ye? Adakalanya dia datang dan diterima tanpa dirancang. Namun ketika menerimanya sukma diwarnai pelangi cinta yang harum mewangi....nah ini ceritanya.

Tanpa kuduga malam tadi kuterima dua helai baju tidur daripada suamiku. Baju yang menawan. Warnanya pestal. Suamiku memang suka warna2 sebegitu. Lembut dan sejuk mata memandang. Memang romantik. Aku amat menyukainya. Tak tercatatpun dalam mindaku akan menerima baju itu. Apa lagi suamiku bertugas bukan di bandar besar. Dia cuma bertugas di Muar.

Rasa tak sabar untuk cuba memakainya. Berdebar2 juga takut2 baju kecil. Alhamdulilah lulus semuanya. Muat dan selesa. Cuma agak seksi le. Tak apa kerana untuk di rumah saja. Dia pun sokong sehingga aku rasa amat dihargai dan disayangi. Terima kasih suamiku yang tersayang...Lain kali beli lagi ye. Hahaha

Kini bermula....04

Badanku rasa ringan selepas diurut oleh Yani. Aku bertekad untuk menurunkan tekanan darahku. Jadi sebelum 5 Mac 2012 aku kena buat sesuatu selain dah berurut tu. Selpeas maghrib aku buat sauna. Mujurlah ada tikar jet yang kubeli bertahun yang lalu. Berpuluh2 jadinya. Ketika rehat sambil tengok cerita hindi (shahrukhan & Kajol) aku teringat suamiku sedang berada di Muar. Dia bertugas di sana. Aku telefon dan minta dia belikan herba misau kuching kerana ada karnival. Anggapanku mungkin banyak gerai jualan di sana. AKu akan tunggu dia balik....

Sepanjang hari Ahad aku buat kerja rumah dengan santai. Aku baca akhbar sehingga tertidur. Aku bermimpi berjumpa seorang puteri. Hehehe....

Kini bermula...03

Tekanan oh tekanan. Tekanan darah tinggi rasa amat membebankan aku. Lalu hari Jumaat yang lepas aku ke bazar. Kebetulan seorang kawan cadangkan herba misai kuching. Aku tanpa banyak fikir terus mengambilnya. Malam Jumaat tu juga aku merendamkannya untuk diminum. Mudah2an mujarab.

3 Mac 2012 aku teruskan untuk rawatan diri dengan khidmat urut saraf. Kebetulan badan kurang cergas. Rasa penat, lenguh dan mengantuk. Yani yang telah lama kukenal datang rumah di awal pagi Sabtu itu. Aku berurut agak lama. Yani siap bekamkan di belakangku. Katanya ada darah sumbat. Tulang sumsum ada gangguan. Ketika bekam darah berketul2 keluar. Selepas itu badanku terasa ringan. Dia pesan supaya aku jaga makan. Macam2 tak boleh. Aduiii tak pa le yang penting sihat.

Terima kasih yani...

Kini bermula.....02

Apa dah terjadi ni? AKu tak le tertekan sangat. Dengan kata lain aku tak ada masalah sama ada keluarga atau keluarga. Apa lagi dunia sahabatku. Namun tekanan darah naik lagi pulak! Harap2 bila check (1 Mac 2012)turun dari 28 Februari yang lalu. AKu rasa kena buat sesuatu kerana tekanan darahku 170/100. Dr kata angka itu tinggi dan jika tak turun aku kena makan ubat. AKu jadi risau pulak!

Tiba pejabat aku mula nekad mau turunkan tekanan itu sebelum 5 Mac. Jadi aku perlu buat sesuatu yang lebih positif. Aku bincang dengan suami. Berbincang juga dengan kekawan. Sesekali nak telefon kekawan yg pernah berdepan dengan tekanan darah tinggi ni tapi tak sampai hati nak ganggu dia. Ah aku akan cuba. Bisik hatiku. Ya Allah permudahkan tekanan darahku ini turun ke angka yang sebaik2nya.

Mudah2an akan turun...

Thursday, March 1, 2012

Bazar Jumaat

Meriah di ruang ligar E7 setiap Jumaat. Pelbagai jualan yang ada. Harap tak terlalu banyak terkeluar. Apa lagi jika bukan wang. Macam2 boleh dibeli. Mau atau tidak saja. Ada murah, sederhana dan mahal. Pakaian -baju, seluar, tudung, kain ela, beg tangan, assossies, makeup, ubatan, makanan kesihatan dan insuran. Tepuk dada tanya le minda mau beli apa.

Hari ni rancang nak turun jugak. Saja2 mau terapi minda. Tengok2 saja. Kebetulan mau jumpa adik zaza dan adik ina. Kedua2nya baru kukenal. Kedua2 masih muda dan menjual dua barang yang berbeza. Yang penting semangat mereka. Zaza jual insuran dan Ina jual baju - pelbagai fesyen baju kurung.

Elok juga usaha mengadakan jualan di sekitar bangunan pejabat di Putrajaya ini. Sekurang2nya ada juga tempat untuk dilihat2. Malahan boleh jumpa kekawan baru. Takat ini aku belum jumpa kawan lama di sini. Mereka yang bertugas tak terasa boring. Malahan bazar Jumaat ini sentiasa dikunjungi orang dari blok2 yang ada sekitar. Ada yang membeli dan ada jugak sekadar menjamu mata. Aku kerap membeli. Paling banyak dibeli barangan tappaware dan pakaian. Aduii tak semesti bekerja di sekitar KL saja boleh membeli belah. Ternyata aku banyak membeli ketika berada di E7 berbanding semasa bertugas di BSAS dahulu.

Kini bermula....28 Februari

Ini kali ketiga aku ke klinik keramat. Tujuan untuk mengambil darah untuk melihat kandungan kolestrolku. Sebelum doktor telah semak dan telitikan laporan medical checkup diriku, maka yang bermasalah adalah kolestrol jahat agak tinggi , iaitu di aras 7. Mulai dari itu aku diminta untuk jaga makan supaya paras itu menurun selepas tiga bulan.

Pada 28 Februari itu aku berjumpa Dr R di klinik berkenaan. Sayangnya dia seolah2 terlupa arahannya sebelum ini sehingga percakapannya macam kurang senang dengan kehadiranku. Aku cuba menjelaskan bahawa dia yang mengarahkan aku dtg untuk mengambil sampel darah. Namun jawabannya agak menggoris hatiku. Lebih kurang katanya," ah jika cam itu enam (6) bulan lagi barulah u datang lagi". Terkejut saya dengan kata2 itu. Kenapa begitu lama tempoh yang dia bagi. Tentu penyakit akan bertambah jika begitu tempoh yang perlu dilalui.

Selepas itu dia check tekanan darahku. Nasib kurang baik kerana tekanan darah tinggi (167/1001). Dr itu menyatakan saya perlu buat 3 kali check tekanan sebelum mengambil ubat tekanan darah tinggi. Aduiiii berdebar2 saya bila terima maklumat itu. Aku dibekalkannya sekeping borang tanpa memberi penerangan yang sepatutnya. Aku keluar dan terus ke meja jururawat dan menjelaskan perkara yang diterangkan. Maka, jururawat Mila (bukan nama sebenar) masuk berjumpa Dr R. Sayang dia kena marah pulak! Mujurlah dia terima marah itu dan tidak ditransferkan kepadaku. Aku berterus terang bahawa aku bertugas di KKM di Putrajaya. Aku datang ke Klinik, Keramat disebabkan rekod saya di situ. Dengan penjelasan itu Mila dengan tenang menguruskan keperluanku. Aku keluar dan terus mengambil sampel darah. Aku sempat bercerita dengan jururawat berkenaan mengenai cara doktor mendekati pesakit sebentar tadi. Aku kata tidak hairanlah banyak aduan timbul (walaupun ramai yang buat baik ketika merawat dan mengurus pesakit).

Selepas selesai aku terus ke kereta dan mendailkan beberapa nombor untuk urusan seterusnya. Alhamdulilah semuanya dapat dihubungi. Dapatlah aku laksanakan perkara yang telah dilistkan itu.Aku ke Kraftangan untuk berjumpa Rehan dan kembalikan songket. Aku rasa bersyukur kerana beberapa helai songket itu telah dibeli oleh kekawan di pejabat. Maka, dapatlah juga membantu pembekal berkenaan. Selepas itu aku

Pada tarikh itu aku ambil cuti rehat. Kebetulan ada tujuh perkara yang aku kena selesaikan termasuk bayar bil,dobi, tailor, hantar songket,beli kain raya, edit bahan dan membasuh.Niat hati selepas buat semua keja itu aku akan berehat sambil baca2. Tapi ternyata hingga ke petang keja itu belum selesai.Mujurlah lewat petang aku sempat sauna (di rumah)dan ketika itu aku rehat dan tidur. Sauna dalam masa sejam. Alhamdulilah badan berpeluh. Terasa segar dan ringan badan.



Lewat jam 8 malam suamiku tiba rumah. Memang kepulangannya kutunggu2. Banyak perkara ingin kubincang bersamanya. Aku menyambutnya dengan mesra dan penuh kasih sayang. Aku tahu dia penat. Kami bersalaman aku memeluknya seolah2 lama tak jumpa. Dia mencium dahiku.Aku memberi ruang supaya dia mandi dan solat. Dia pula minta aku bersiap2 kerana kami rancang untuk tengok wayang (cerita belum pasti)malam itu. Tanpa banyak cerita aku bersiap sementara menunggu dia bersolat.

Kami keluar sekitar jam 8.45 malam dan terus menuju ke restoran untuk makan malam. Tempat itu memang lokasi yang sering kami kunjungi. Kamu pesan mee kungfu dan mee hailam bersama fresh oren dan air suam. Makanan itu kami kongsi. Memang ngam dengan selera kami. Ketika itu aku bercerita pasal checkup yang telah dilalui siangnya. Aku menyata kerisauan untuk check tekanan darah yang diarahkan kerana suamiku akan bekerja luar pejabat mulai esok harinya.Mujurlah teringat ada klinik di Putrajaya. Pantas jugak fikiran suamiku.

Selepas itu kami ke wangsa walk. Aku ke kedai cenderamata untuk beli hadiah pemenang program 5S. Manakala suamiku ke tingkat atas untuk tengok cerita dan beli tiket. Dalam sibukku mencari hadiah yang harga patut dia datang. Katanya tak ada cerita orang putih. Yang ada cerita Melayu - Adnan Sempit 2. Akhirnya kami tak jadi tengok kerana terlepas tayangan awal. Kataku baik balik rumah boleh rehat.

Petua Dapur - kekalkan zat sayur

Jika anda ke pasar belilah sayuran yang memang anda sekeluarga suka makan dan berzat. Setiap sayur itu tentunya zatnya masing2. Oleh itu, untuk kekalkan zat sayur maka anda perlu buat perkara berikut:

Potong sayur-sayuran jika bersedia untuk memasak saja. Ini disebabkan sayuran yang dipotong dan tidak digunakan dalam jangka masa lama akan menyebabkan zat dalam sayuran berkurang.

Jadi elakkan membeli sayuran yang sedia dipotong di pasar.

Selamat mencuba...

Petua Dapur - sayur sentiasa segar

Makan sayuran segar itu memberi khasiat untuk badan kita. Namun bukan mudah untuk memastikan terus sayur itu segar kerana selepas beli kita letak dalam peti ais (bahasa orang Kota Belud, Sabah).

Di sini saya kongsikan maklumat yang saya dapat untuk kekalkan sayur segar, iaitu:

Untuk mengekalkan kesegaran sayuran dalam tempoh yang yang lama(khasiat ok le), maka balutkan sayur tersebut dengan suratkhabar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.Petua ini terbukti sebab saya selalu buat.

Selamat mencuba ye...

Petua Dapur - sup terlebih masin

Adakah anda suka masak dan makan sup? Tidak kiralah apa jenis sup. Saya memang hantu sup terutama sup sirip ikan tu dan sup sayur. Bihun sup (yang kuning) pun saya suka.

Nah untuk selesaikan jika sup terlebih masin:

Masukkan beberapa potong kentang dalam mangkuk kerana ia akan menyerap garam tambahan yang ada dalam sup.

Ingat kurangkan garam dalam masakan/makanan. Selamat mencuba...

Petua Dapur - sinki tersumbat

Pernahkah sinki di rumah anda tersumbat? Jika rumah baru tentu tak ada masalah ni. Tapi tersumbat pun janganlah risau. Saya kongsikan maklumat dengan anda semua tentang penyelesaian masalah ini, iaitu:

Untuk membersihkan paip sinki tersumbat - ambil dan campurkan 1/2 cawan sodium bikarbonat dalam satu cawan cuka. Kemudian tuangkan kandungan tersebut bersama 1 cawan air. Selepas itu dalam satu jam paip tersebut boleh digunakan kembali.

Selamat mencuba...