Wednesday, February 29, 2012

Cerita seorang doktor

Adakah patut doktor wanita yang berbadan kecil itu terus tunduk tanpa menoleh kepadaku semasa aku berjumpa dengannya. Dia kata jika darah belum diambil maka apa guna saya datang jumpa dia. Dia kata lagi, jika cam itu datang dalam masa enam (6) bulan lagi. Aduiii lewatnya.

Hakikitnya doktor itu yang suruh datang 28 Februari 2012 untuk ambil darah bagi semak semula kandungan kolestrol dalam darah saya. Akhirnya saya dapat tahu ...

Yang menyusur itu rinduku...2


Aku benar2 teruja melihat gigihnya eyang. Dalam sibuknya dia membesarkan kami adik beradik dia juga sempat menanam padi. Padi bukit menghasilkan beras yang bagus. Sementara menunggu pagi berbuah kami menuai jagong dahulu. Jagong pulut berwarna kuning sedap dimakan. Ada juga berwarna putih susu. Amat sesuai dimakan dengan kopi O. Namun sebahagian besarnya dijual ke pasar Tamu. Setiap hari Ahad tamu diadakan di kampung kelahiranku itu. Hasil jualan itu eyang simpan untuk membeli keperluan lain. Selain itu eyang juga menanam pelbagai jenis sayuran. Juga ia untuk dijual sama ada di kedai atau di Tamu. Ada juga kalangan jiran yang membeli borong dengan eyang dan menjualnya semula.

Aku digamit memori indah ketika musim padi berbuah. Awal2 pagi lagi mesti turun ke sawah mengawal pipit. Agaknya selepas subuh pipit sudah datang kerana setiap kali aku turun bersama kakak burung kecil itu sudah bising. Kain dan baju basah kerana air embun di dedaun pagi berguguran ketika menghalau burung.

Sesekali jejari tangan lukanya masih terasa pedih. Aku bersama kakak dan adik2 diajar untuk memotong padi. Lengaman digunakan untuk memotong padi jika ia sudah cukup masak. Ketika itu orang kampung saling membantu untuk menuaikan pagi. Giliran masing2 akan ditentukan dan diumumkan supaya tidak bertindih. Bagi yang punya duit lebih akan disediakan makan dan minum sesedapnya. Makan beramai2 di tepian sawah sambil ditiup angin menjadi kenangan yang cukup indah.

Thursday, February 23, 2012

Yang menyusur itu rinduku...1

Aku benar2 tidak menyangka seorang anak kampung boleh berada di Kota Raya Kuala Lumpur. Aku cuma bersekolah kampung. Tinggal di kawasan yang belum ada bekalan elektrik. Kampung saya lebih kurang 2kilometer dari pekan. Ia sebuah pekan kecil yang begitu sinonim dengan kuda padi.

Aku terasa bertuah kerana mempunyai bapak yang tegas tentang pelajaran. Dia sentiasa ingatkan supaya belajar. Siapkan kerja rumah.Ayah juga pastikan kami mengaji. Ramai anak murid bapak mengaji al-quran. Kami beramai2 mengaji sambil berlampukan pelita. Biasanya anak murid bapak akan membawa minyak tanah, kayu api dan makanan. Begitulah zaman dulu segalanya dibawa untuk Tok Guru. Bapak mengajar ngaji tanpa meminta sebarang bayaran. Segala yang dilakukan percuma tapi ikhlas.

Ibu terasa Sharlinie masih hidup

Ibu arwah Sharlinie, Puan Suraya Ahmad 31 masih terasa anaknya, Sharlinie masih hidup walau sudah hilang sejak empat tahun yang lalu. Kehilangan kanak2 kecil berusia lima tahun ketika itu telah menggemparkan. Pelbagai usaha dibuat untuk mencari kanak2 yang malang ini. Andai terlalu banyak.

Yang jelas naluri ibunya masih yakin Sharline masih ada di dunia ini cuma belum ditemui sehingga sekarang. Mereka akan terus berdoa dan mencarinya. Dia berharap orang ramai dan pihak berkuasa akan terus mencari anak itu. Katanya, ahli keluarganya ada bermimpi Sharline ada di suatu lokasi tetapi belum pasti di mana.

Memang memilukan kehilangan anak kecil itu. Mereka yang menculik adalah mereka yang mati akal dan hati. Anak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Mudah2an penculik itu akan terima balasannya.

"Mudah2an segala doa dan harapan ibu Sharline akan dimakbulkan Allah swt. Mohon juga dipermudahkan usaha2 itu serta dijauhi dari segala kesusahan.

Amin.

Cinta Kedua ...3

Ketika mengandung anak yang pertama Mera berdebar2. Sesekali terasa takut. Masayang ditunggu2 pun tiba. Perut dia sakit. Hanya Tuhan saja yang tahu. Tiba2 dia teringat perjuangan ibunya. Baru dia tahu begitulah juga ibu ketika mengandungnya 18 tahun yang lalu. Suaminya pucat bila mendapat tahu Mera nak bersalin. Dia bagai tak serba tak kena. Mujurlah ibu mertuanya ada. Itu pun lain disuruh lain dibuatnya. Ibu minta dia sediakan kereta dia ambil motosikal. Ibu minta tutup pintu rumah dia tutup pintu pagar. Memang kalut. Maklumlah anak pertama. Balik2 dia mengucap dahi Mera sambil membisikkan " Mera akan selamat sayang..."

Mujurlah hospital dengan rumah tidak jauh. Begitu mudah Mera melahirkan zuriatnya bersama Shukur. Dia bersalin secara normal. Jeritan bayi comel seberat 2.9 kg itu benar2 mengusik hatinya. Begitu juga dengan suami dan ibunya. Selesai dimandikan bayi itu menerima bisikan qamat diteliganya. Aduhai...lahirnya disambut kalimat2 suci.

Semuanya ok. Cuma 2 hari duduk di wad. Dalam seminggu dia sudah berasa segar. Dirinya dijaga rapi. mandi dengan dedaun kayu khas untuk orang bau bersalin. Ada tukang urut yang ditempah khas oleh ibunya. Makanan Mera terjaga. Cuma makan sup ayam kampung dan ikan. Macam2 makanan tak boleh makan. Ada ketikanya Mera rasa tersentuh kerana bagai dikongkong ibunya. Namun dia searkan dari bahawa itulah tanda sayang darinya. Ubat2an tradisi pasti ada dan diamalkan. Segalanya disediakan oleh Ibu. Mere berpantang sehingga 100 hari. Petua ibu tersayangnya tetap ditaati. Apa lagi ibu yang menjaga bagai menatang minyak yang penuh. Maklumlah cucu yang ertama.

anak2 buang ayah kerana nyanyuk

Ada anak pun bagai tiada anak. Anak2 sekarang penting diri sendiri. Ada ayah, mereka tidak mahu menjaga. Ayah yang lanjut usia dan nyanyuk dihantar ke rumah kebajikan. Baru2 ini mereka pinjam si ayah itu. Mereka cuma perlukan tanda tangan dia untuk uruskan pembahagian harta. Mereka lebih utamakan keluarga. Itu memang tanggungjawab menjaga anak2 dan isteri/suami. Namun perlu diingat tanggungjawab kepada ibu dan ayah jugak terutama anak lelaki. Mereka perlu menjaga orang tua sehingga ke akhir hayat.

Sedih membaca kisah seorang ayah yang nyanyuk yang tersiar di akhbar. Tiba2 anaknya menjengah ayah mereka kononnya mahu membawa pulang. Siap menyatakan mereka telah insaf. Sebelum ini mereka biarkan si ayah itu di pondok buruk selama 2 tahun seblum dibetapa gembira agaknya hati si ayah dapat menumpang hidup dgn anak2nya. Tapi alangkah sedih dan terharunya si ayah apabila anak2 hantar semula dia ke rumah kebajikan itu.

Berapa ramai lagikah ayah atau ibu yang sudah tua akan menerima nasib demikian? Kenapa anak2 tidak mengenang jasa ibu dan ayah mereka? Tepuk le dada tanya le minda....

Pengkid benci lelaki kerana utamakan seks

Sikap utama soal seks daripada menjaga hati menyebabkan seorang pengkid tidak suka lelaki. Dia seorang gadis manis dan masa ini menunggu keputusan SPM. Usianya baru 17 tahun dan mengaku menjalinkan hubungan sejenis. Dia amat mencintai teman wanitanya yang berusia 16 tahun yang juga bergelar pelajar. Hubungan mereka mudah kerana tidak disyaki oleh rakan2 sekolah.Malahan mereka mudah berjumpa kerana belajar di sekolah yang sama.

Keluarga juga tidak mengetahui menyebabkan dia mudah membawa teman wanitanya tidur di rumahnya dengan alasan berbincang tentang pelajaran. Apakah perkara ini akan berleluasa? Nampaknya ibu bapa perlu mengetahui status hubungan anak2 secara berterusan.

Memang amat wajar didikan awal kepada remaja supaya tidak mudah terjebak dengan tindakan yang negatif atau menyalahi sosial kehidupan.Pengetahuan agama menjadi benteng dan dinding terhadap perjalanan hidup yang penuh cabaran.

Tuesday, February 21, 2012

Cinta Kedua ...2

Mera orang wanita kecil molek. Dia punya senyuman yang manis. Bibirnya nipis tapi bagai diulas. Terbentuk cantik. Giginya tersusun rapi dan putih bersih. Matanya agak kuyuh sedikit. Namun kelopak mata agak luas dan senang dimakeupkan. Matanya agak coklat. Cuma bulu matanya kurang panjang namun dia jarang pakai bulu mata palsu. Keningnya hitam dan tersusun bagai sudah dialis.




Dia tidak puas melewati masa remajanya kerana berkahwin selepas saja habis peperiksaan SPM. Perkahwinan pasangan remaja itu direstui ibu. Kebetulan Mera anak sulung yang adik-adik masih kecil. Lalu kehadiran seorang lelaki itu diperlukan dalam keluarganya. Ayahnya pula sudah merantau jauh sehingga susah untuk berjumpa.

Maka dalam usia 19 tahun dia sudah menjadi ibu. Anak sulungnya seorang bayi perempuan. Kehadiran bayi comel itu menambahkan lagi kebahagiaan rumahtangganya bersama shukur. Memang pada mulanya Mera berkahwin dengan Shukur kerana patuh kepada keinginan ibu. Mera tidak begitu mengenali rapat dengan Shukur. Mereka memang tinggal berdekatan kampung. Namun lelaki itu amat mencintainya dan jiwanya kental untuk menyunting. Kebetulan dia pula telah bekerja dengan jabatan kerajaan.

Sunday, February 19, 2012

Perompak kunci rakan lepas rompak emas

Perompak ada ketikanya lebih pintar dari polis. Mereka bagai peramal yang baik. Mana taknya mereka tau polis masuk dan keluar dari mana. Ada juga perompak yang mahir pastikan simpanan barangan berharga. Dalam kepala mereka bagai ada peta. Memang dasar pencuri.

Tapi langit tidak selalu cerah. Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Perompak juga bodoh. Minda penuh dengan misi rompakan saja. Mungkin juga mata sudah kabur kerana dapat hasil yang banyak. Mereka merompak di sebuah premis simpanan emas. Bayangkan berkilauannya emas2 itu. Makanya, tindakan kena semuanya cepat. Jadi begitu le berlaku di Dublin, Ireland sehingga ketiga2 perombak emas dipenjara tujuh tahun.

Gary Byrne, Ian Jordan dan Aidan Murphy akhirnya hidup dalam penjara. Gary tunjuk tangkas apabila dia cepat mengunci tanpa sedar dua rakannya masih dalam bangunan berkenaan. Tindakan Gary yang amat bodoh itu menyebabkan mereka dikesan kerana pasukan bomba yang menyelamatkan dua rakannya yang lain.

KWSP bayar dividen catat sejarah

Alangkah beruntungnya mereka yang ada simpanan di KWSP. Walaupun dipotong banyak setiap bulan tapi ganjaranya ada. Tahun ini KWSP membayar dividen yang paling tinggi dalam sejarah. Mudah2an tidaklah pulak harga barang bertambah naik lagi. maklumlah peniaga ni pantang dengar ada naik gaji, terima bonus atau terima sebarang ganjaran. Mereka sentiasa kejar untung saja. Rimas dengan keadaan demikian.

Jadi sewajarnya amat bersykurlah mereka yang terima dividen itu. Moga duit itu boleh membantu mana yang wajar. Mereka yang punya simpanan banyak sudah tentu tersenyum lebar le. Aku dapat bayangkan senyuman puas mereka itu. Macam aku ni tak ada pun simpanan di KWSP. Makumlah cepat sangat nak keluarkan.

Aku harap simpanlah duit itu. Tak perlu le banyak berlebih2. Namun bagi mereka yang rezeki banyak terpulang le nak buat apa. Cuma aku harap adalah lebih baik salurkan wang berkenaan kepada mereka yang memang benar2 memerlukan.

KWSP simpanan untuk masa depan..

Visa pelajar asing dihentikan

Saya setuju dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa dan pas sosial kepada penuntut asing. Ini disebabkan negara ini bagai dilanda masalah kerana lambakan pelajar atau penuntut asing yang begitu mudah datang ke Malaysia. Mereka dengan mudah berda di Malaysia sehingga timbul kegiatan jenayah, seludup dadah, pelacuran dan sebagainya.

Jadi sebelum masalah terus mudarat maka kegiatan yang negatif itu perlu dibendung sebaik2nya. Mana2 pusat pengajian yang berurusan dalam perkara berkenaan perlu juga memikirkan supaya jangan sampai lupa diri hanya mementing keuntungan sahaja. Tanggungjawab kepada negara dan bangsa adalah yang teratas sekali.

Oleh itu, baguslah tindakan kementerian itu. Visa pelajar akan dikeluarkan kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian. Begitulah ditegaskan oleh YB Menteri KPT baru2 ini.

Cinta Kedua

Cinta tak mengenal usia. Orang yang terkena cinta itu baru tau padahnya. Namun segalanya kena hadapi dengan sedar diri. Perlu tau perjalanan hakikinya. Nah! tak hairan jika tiba2 dalam kemelut jiwa seorang isteri, suami, perawan atau anak teruna melayari kehidupannya cinta boleh menyapa tiba2. Ada hikmahnya. Sedih ada penawarnya.

Dia kukenal seorang yang cukup setia. Dia wanita lembut dan penyayang. Seorang ibu yang cukup pihatin akan anak2nya. Alhamdulilah anak2nya jugak pandai2 belaka. Semuanya telah berada di pusat pengajian tinggi. Aku bangga mengenali keluarga wanita comel ini. Mereka semuanya baik dan mesra.

Pertama kali kujumpa mereka pasangan yang cukup bahagia. Memang nampak ideal. Hidupnya kelihatan mewah. Sering kemana2 bersama. Jika berkesempatan keluar sama sang suaminya mesti membekalkan wang untuk dia. Aduhai...senang belanja. Begitulah bisik hatiku. Ada ketika dia dihantar dan diambil oleh sang suami itu.

bersambung manisku...

Thursday, February 9, 2012

Nur Islam di Thailand

Aku pernah menjejakkan kaki ke Chiangmai dan Chengrai. Dua bandar yang masing2nya ada keistiwaaannya di Thailand. Aku juga suka ke Hatyai. Masyarakatnya di sana mesra .Seronok berada di bumi yang kaya dengan budayanya ini. Kos hidup amat sederhana. Sebagai pelancong suasana membeli belah memang menyenangkan. Harga barang tidak membebankan. Kebetulan juga nilai ringgit dan bath lebih kurang sama saja.

Namun ,apa yang lebih membangga saya ialah di bumi Thailand itu ramai orang Islam. Mereka bebas bergerak dan melaksanakan ibadat tanpa sekatan. Menurut laporan di sisipan UM - Mega Islam di Thailand tidak di diskriminasikan. Segala tanggapan negatif terhadap kehidupan masyarakat Islam di negara itu adalah permainan politik dan propaganda semata2. Betapa tidak adilnya tanggapan itu sedang mereka mempunyai kehidupan yang baik.

Masjid-masjid di Thailand terjaga dan berfungsi dengan baik tanpa sekatan atau halangan. Begitu juga pondok-pondok pengajian termasuk di tengah-tengah bandar seperti di Chiangmai.

Pemimpin Thailand ternyata juga mengambil berat kehidupan masyarakat Islam dengan kejadian ketika musim haji baru2 ini, iaitu pemerintah negara itu telah menghantar pegawai polis bergama Islam ke Tanah Suci Mekah. Ia bertujuan untuk memastikan jemaah haji Thailand mempu melaksanakan ibadah dengan tenang.

Menurut Mejar Jeneral Chanwoot Indhulux, Ketua Pejabat penyelaras Sempadan Malaysia-Thailand ,segala perkara yang cuba dilakukan untuk menggugatkan keamanan dan mewujudkan pergolakan di selatan Thailand itu bagai percikan air ke dalam laut yang hanya sia2 belaka.

Katanya, orang Islam di Thailand bahawa kerajaan negara itu sentiasa berusaha bagi memerikan kehidupan yang stabil kepada semua rakyat tanpa mengira siapa.

Ternyata nur Islam di Thailand terus bersinar. Masyarakat Islam di negara itu menikmati hak seperti rakyat Thailand lain tanpa rasa bimbang atau takut. Oleh itu, tindakan yang mengatakan masyarakat Islam dalam ancaman hanyalah tohmhan mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini disebabkan mereka mempunyai agenda yang cuba menggambarkan kepada dunia luar .
kononnya umat Islam di Thailand ditindas.

Mudah2an kehidupan masyarakat Islam di negara chulalongkon itu akan terperihara dan sinar nurnya sentiasa menyerlah di segenap ruang.

Wednesday, February 1, 2012

lagu country menyebabkan bapak sanggup tembak anak

Memang kerenah orang putih itu pelik. Ia menghairan jugak kerana sanggup melakukan suatu yang boleh mencederakan anaknya semata2 tidak mau mendengar lagu country dinyanyikan oleh si anak. Entah kenapa sampai begitu sekali paras emosinya. Dia seorang bapa yang berusia 70 tahun dan mengambil pistol dari traknya lalu menembak anaknya empat kali. Sebelum itu dia mengarahkan anaknya berhenti menyanyikan lagu tersebut.


Perkara ini berlaku di California. Ia merupakan peristiwa yang tidak dinyatakan dengan terperinci kenapa dia sanggup menembak anaknya hanya kerana berkaraoke lagu country. Mungkin juga ada peristiwa atau kenangan yang sedih amat berkaitan dengan lagi yang begitu popular suatu ketika dulu. Mujurnya di anak masih bernyawa walau pun mengalami kecenderaan di bahagian bahu, tangan dan dada selain luka di kepala. Dia bergelut dengan bapanay di rumah mereka.


Mudah2an perkara demikian tidak berlaku di negara ini. Kita tidak mahu insiden berkernaan berlaku di bumi merdeka ini.