Thursday, March 29, 2012

kugagalkan malas itu

Azan subuh telah berkumandang. Namun aku masih terbaring. Badan sakit2. Bagai tak tertahan rasanya. Badan panas. Minda tak tenang. Rasa terganggu jiwa. Aku menjadi malas untuk bangun. Malah terjentik dalam fikiranku untuk lewat ke pejabat. Kenapa tiba2 jadi begini? Mujur le aku sempat sedarkan diri. Aku gagahi diri untuk mandi. Jam dah lewat 6.00 pagi. Risau subuh meninggalkan diri.

Alhamdulilah aku berjaya gagalkan malasku. Kutunaikan solat sendiri kerana mydarling belum mandi. Aku berdoa semoga dipermudahkan dan dijauhikan dari segala kesusahan. Mungkin aku sedang diduga. Ya Allah ampunilah dosa2ku ini. Berikanlah aku kekuatan.Aku ingin menjadi umat yang sentiasa beriman pada-Mu . Tunjukkan aku jalan yang benar dan dirahmati-Mu jua. Permudahkanlah aku melaksanakan tugas2ku sebagai pegawai perhubungan awam di kementerian ini.

Aku berazam untuk menjadikan hari Jumaat ini terbaik untukku. Hari yang paling mulia dalam banyak2 hari. Semoga segala tugas untuk dapat dilaksanakan dengan baik. Amin.

No comments:

Post a Comment