Sunday, March 4, 2012

Kini bermula....04

Badanku rasa ringan selepas diurut oleh Yani. Aku bertekad untuk menurunkan tekanan darahku. Jadi sebelum 5 Mac 2012 aku kena buat sesuatu selain dah berurut tu. Selpeas maghrib aku buat sauna. Mujurlah ada tikar jet yang kubeli bertahun yang lalu. Berpuluh2 jadinya. Ketika rehat sambil tengok cerita hindi (shahrukhan & Kajol) aku teringat suamiku sedang berada di Muar. Dia bertugas di sana. Aku telefon dan minta dia belikan herba misau kuching kerana ada karnival. Anggapanku mungkin banyak gerai jualan di sana. AKu akan tunggu dia balik....

Sepanjang hari Ahad aku buat kerja rumah dengan santai. Aku baca akhbar sehingga tertidur. Aku bermimpi berjumpa seorang puteri. Hehehe....

No comments:

Post a Comment