Sunday, March 4, 2012

Kini bermula...03

Tekanan oh tekanan. Tekanan darah tinggi rasa amat membebankan aku. Lalu hari Jumaat yang lepas aku ke bazar. Kebetulan seorang kawan cadangkan herba misai kuching. Aku tanpa banyak fikir terus mengambilnya. Malam Jumaat tu juga aku merendamkannya untuk diminum. Mudah2an mujarab.

3 Mac 2012 aku teruskan untuk rawatan diri dengan khidmat urut saraf. Kebetulan badan kurang cergas. Rasa penat, lenguh dan mengantuk. Yani yang telah lama kukenal datang rumah di awal pagi Sabtu itu. Aku berurut agak lama. Yani siap bekamkan di belakangku. Katanya ada darah sumbat. Tulang sumsum ada gangguan. Ketika bekam darah berketul2 keluar. Selepas itu badanku terasa ringan. Dia pesan supaya aku jaga makan. Macam2 tak boleh. Aduiii tak pa le yang penting sihat.

Terima kasih yani...

No comments:

Post a Comment