Wednesday, March 21, 2012

Cabaran daripada Success Touch yang sukses







Banyak makna yang tersirat. Semua aktiviti dilaksanakan menarik. Rata2 peserta tak henti2 ketawa sepanjang bengkel dilaksanakan. Malahan ada yang penat sebab asyek ketawa saja. Jika disebut tentang senyum, mereka punya senyuman yang amat manis sekali. Suara wanita dan lelaki sentiasa memenuhi ruang dewan dari 16 hingga 18 Mac yang lalu.


Seramai 38 warga UKK,KKM berkampung di Genting Highland untuk Bengkel Transformasi Pasukan. Bengkel ini dikendalikan oleh Success Touch Enterprise. Tabik spring jugak le kepada King Li, Halim dan Shah yang dapat melayan kerenah pasukan UKK KKM. Selain itu mereka telah memberi perkhidmatan yang cukup manis dikenang. Ilmu yang ditimba memang amat berguna. Namun ada juga program yang begitu mendebarkan. Ada yang debaran jantungnya dag dig dug khususnya aktiviti di waktu malam.



Akitiviti dirikan bendera di pagi hari begitu mencabar. Hartini yang cantik jelita telah terpilih sebagai ketua pasukan. Dia telah melaksanakan tugas dengan amat bagus sekali! Terpancar di wajarnya semangat juang. Begitu juga rakan2 lain. Namun dia sesekali bagaikan tertekan kerana tiang bendera terhuyung hayang. Rakan2 cuba membantu dengan memegang tali rapia dengan sedayanya.



Tahniah semuanya....

No comments:

Post a Comment