Wednesday, March 21, 2012

Begitu le keputusannya


Macam2 wajah terpapar di akhbar hari ini. Maklumlah keputuan SPM telah pun diumumkan. Bagi yang keputusannya cemerlang maka wajah mereka gembira. Namun ada juga yang sedih kerana keputusan tidak memuaskan hati. Belajar memang belajar. Buku2 rujukan telah dibeli. Kelas tambahan tak pernah ponteng. Cuma cukupkah waktu solat anak2 remaja itu? Dalam solat boleh berdoa.

Nah tahniah bagi yang cemerlang. Teruskan perjuangan untuk tindakan selanjutnya. Semoga kejayaan terus milik mereka. Masih panjang lagi yang perlu ditempoh. Bagi mereka keputusannya agak tidak memuaskan, jugak perlu memikirkan destinasi belajarnya ke mana pulak! Di depan sana masih ada ruang untuk memperbaiki diri. Masih boleh teruskan pelajaran. Cuma kena pandai memilih yang sesuai dengan keputusan.

No comments:

Post a Comment