Sunday, March 4, 2012

Baju tidur lambang cinta

Lambang cinta apa ye? Adakalanya dia datang dan diterima tanpa dirancang. Namun ketika menerimanya sukma diwarnai pelangi cinta yang harum mewangi....nah ini ceritanya.

Tanpa kuduga malam tadi kuterima dua helai baju tidur daripada suamiku. Baju yang menawan. Warnanya pestal. Suamiku memang suka warna2 sebegitu. Lembut dan sejuk mata memandang. Memang romantik. Aku amat menyukainya. Tak tercatatpun dalam mindaku akan menerima baju itu. Apa lagi suamiku bertugas bukan di bandar besar. Dia cuma bertugas di Muar.

Rasa tak sabar untuk cuba memakainya. Berdebar2 juga takut2 baju kecil. Alhamdulilah lulus semuanya. Muat dan selesa. Cuma agak seksi le. Tak apa kerana untuk di rumah saja. Dia pun sokong sehingga aku rasa amat dihargai dan disayangi. Terima kasih suamiku yang tersayang...Lain kali beli lagi ye. Hahaha

No comments:

Post a Comment