Sunday, September 19, 2010

peristiwa kendiri yang menduga

Hidup dirantau orang telah lamaku kecapi. segala suka duka, senang susah, gembira resah, sakit deman, dan macam2 lagi aku lalui sendiri. amat payah untukku ceritakan dengan kawan2 juga sahabat. aku lebih senang menyimpannya sendiri. hal2 peribadi tak perlu diceritakan. aku pun tidak tahu kenapa pendirianku demikian. mungkin juga menjadi prinsipku. apabila berkongsi cerita dengan kekawan aku lebih suka perkara yang biasa seperti isu kerja, kecantikan, melancong, sastera, alam, masalah semasa dan sebagainya. namun aku sentiasa sedia mendengar dan menerima seadanya cerita kekawan atau sahabat.


baru2 ini aku diduga. impianku cuma yang santai dan tidak meriah. maksudku biarkah ia berlaku sekadar ringkas dan tidak banyak mata memandang. apa yang berlaku benar2 di luar dugaku. bila saja aku tiba di depan rumah amboi aku terkejut sangat. begitu ramai insan (ada yang aku tidak kenal). kakiku jadi kaku. sabarku ketepi. aku amat susah untuk mengawal perasaan. kugagahi kunaik ke rumah melalui jalan lain. kuterus masuk ke bilik dan keluar lagi untuk mengambil air sembahyang. sudah masuk waktu asar. ketika keluar dari bilik air seorang pakcik mau berjumpa tapi aku mengelak kerana mau solat dulu. memang hati panas waktu itu. biarlah mereka,,,bisik hatiku. aku solat cuma sekejap.


kini aku kuatkan semangat untuk ke dapur dan duduk rehat. tanpa sedarku ada beberapa pertanyaan kuluahkan kepada seorang adik. kenapa macam ni? kenapa ramai begini? Ini kenapa?aduh! sakit jiwaku. memberontak benak rasaku. aku rimas. sesekali rasa meluat. kenapa? aku pun kurang pasti. mungkin aku tidak bersedia seperti ini. aku tidak bercakap cuma memandang dengan rasa kurang selesa.

cinta dan kehidupan ....satu


Kini perubahan melayari hidup telah berlaku . Dulu aku sendiri makan. Sendiri membuat keputusan. Dilakukan segalanya untuk diri sendiri. Hidup seorang aku rasa selesa. Bahagia pun ada dalam diri. Masak atau tidak tidak menyusahkan orang. Ikut suka saja le. Berkemas atau tidak bukan menjadi kesalahan. Cuma memang aku suka kemas. Aku suka kepada keindahan. Sebab bila tiba di rumah jiwa lega dan bahagia. Sekarang aku berkongsi segalanya dengan orang tersayang. Perkongsian yang amat membahagiakan. Segala impian dan idaman dalam perjuangan hidup dalam dakapanku. Terima kasih Tuhan.

Aku mendapat suami yang cukup memahami. Dia seorang yang tegas, berilmu dan romantik. Dia seorang suami yang memahami apa yang aku cita2kan. Kami sentiasa cuba mengeratkan hubungan dan terus memupuk cinta dan sayang. Doa2 kudus terus dipanjatkan ditikar sembahyang. Aku setia mengaminkan doa bersama2nya. Memang ciri2 suami yang kucari ada padanya. Aku amat bersyukur akan kehadiran suamiku. Dapat pasangan hidupan lewat usia 40-an tidak pernah kusesali. Memang aku tidak pernah melupakan dalam doa supaya dipertemukan jodohselain diberi kesihatan dan rezeki yang halal. Kelewatan itu pun dari Allah swt. Jodoh, ajal dan maut di tangan-Nya jua. Jadi aku pasti Dia memberi sumi yang sesuai untukku. Kini, dia telah menghantar suami yang terbaik buatku.

Idaman dan impianku menjadi kenyataan. Aku mau seorang suami yang boleh membimbingku dunia dan akhirat. Nah! terbukti apabila hampir setiap solatku berimam. Inilah antara yang kucari. Dia kerap membaiki bacaan ayat2 al-quranku. Aku mau suami memanduku membaiki bacaan al-quran atau menjadi guruku. Sekarang dia di depan mata.

Dulu-dulu aku pernah catatkan dalam dairi diri. Jika aku bersuami ada beberapa ciri yang mesti ada, iaitu orang itu mesti tau mengaji al-quran, boleh menjadi imam sembahyang, ilmu agama banyak, ayat2 al-quran mampu dihafalkan, menyayangi eyang (ibu) dan keluargaku, boleh dibawa berbincang dan bersedia untuk mengerjakan haji atau umrah ke Mekah. Juga yang tidak kurang penting dapat menerima aku seadanya sebagai isteri. Selain itu eyang (ibu) dan keluarga mesti menerimanya.

Ada ketika di hujung minggu aku bersama suami akan memasak bersama. Yang perlu aku pastikan masakan tidak terlalu berminyak kerana usia kami bukan muda lagi. Kesihatan perlu dijaga. Sesekai makan boleh dipertimbangkan. Suamiku memang suka masakan asam pedas. Dia boleh menghirup kuah asam pedas. Nampak dia cukup berselera. Aku terpaksa menyekat demi kesihatan. Aduhai....memang nafsu tidak boleh dilayan kerana ia tidak mengenal apa akibat pemakanan yang terlampau....

Kami kerap berulang alik antara ampang dan wangsa maju. Dua rumah kena dijaga. Aku tidak mau menyewakan rumah di wangsa maju pada sesiapa. Rumah ini sederhana saja tapi suasananya tenang dan membahagiakan. Menaiki tangga untuk ke tingkat empat tidak menghalang kami. Malahan perjalanan ke tingkat empat itu satu latihan yang baik. Kebetulan untuk berjalan2 ke taman atau keluar jogging bukan mudah untuk dilaksanakan.

Suami tercintaku menyebabkan aku tak kering gusi. Dia suka menyakatku. Aku terhibur walaupun ada ketikanya timbul kemarahan kecilku. Namun gurau sendanya menjadikan aku rasa amat dihargai. Aku tau dia amat menyayangiku. Dia seorang yang sederhana tapi jiwanya besar sebagai suami. Aku bangga bersamanya....

Bersambung lagi...