Sunday, June 27, 2010

Dia menjelma di kala rindu pada sahabat


Aduhai...betapa gembira dan bahagia aku hari ini. tiba2 dalam pencarian dan rindu yang menggamit dia menjelma dengan suara dan rentak bual masih seperti dulu. sahabat seiring dalam penulisan. dunia wartawan diharungi bersama. dulu2 jugak saya buat latihan amali di akhbar dia menjadi editor. sudah lama berlalu tapi masih segar dalam ingatan.

Dia satu2nya sahabat lama yang unik. namanya salbiah jabrin. suatu ketika dulu dia editor di akhbar Sabah Times. tulisannya aku suka. dia begitu berhati2 dengan penggunaan bahasa melayu ketika itu. aku kena hormat dia sebab dia bos. namun dia tetap sahabat. di luar boleh gurau lebih tapi dalam pejabat tetap terhad.

Aku sering menghantar artikel dan cerpen kepada dia tahun 80-an. masih aktifku sekitar tahun 1982 hingga 1985. selepas itu aku pegi sambung belajar. niat mau ubah nasib diri dan keluarga. jadi aku perlu memilih yang mana satu yang diberi keutamaan. namun aku masih tulis sajak. kerana aku paling suka buat sajak. sesekali ketika itu aku hantar juga ke akhbar. tahun 2005 banyak dihantar tapi aku tidak dapat baca kerana msa itu aku sudah belajar di semenanjung.

Salbiah seorang wanita berbadan kecil tapi jiwanya besar. ketika sering bersamanya aku ada berkata dalam ya Allah ramainya anak dia ni...aku tengok setiap tahun dia mengandung. alhamdulilah. .. dia seorang wanita dan isteri yang tabah. suaminya pun sahabat juga, iaitu sdr Lokman S. Dulu dia editor ruangan sukan. kini anak2 mereka sudah besar. semuanya ada 8 orang. ada anak2 mereka sudah belajar di universiti.

Aku teruja semasa berbual dengan dia. mengimbas kenangan lama. sesekali kami ketawa. kedengaran cara ketawa dia masih seperti dulu. macam2 cerita mau diluahkan dan dikongsi bersama. sayang masih terhad. kerja pejabat perlu diteruskan. dia pula ada kerja rumah yang hendak dibereskan. kini salbiah suri rumah sepenuh masa. cuma dia juga aktif menanam pelbagai jenis bunga. tentu indah kawasan rumahnya.

Dia adalah antara sahabat yang aku rindui. cuma nama tak terucap. sebab itu bila tau dia hantar sms aku tergemam. mula2 aku rasa sesuatu melalui ayat yang digunakan. mujur le dia terus perkenalkan diri. memang tidak disangka yang sms itu adalah salbiah. seorang wanita kuat yang pernah menjadi editor di akhbar. Sabah Times adalah akhbar yang popular suatu ketika dulu di Sabah. setiap kali aku lalu di bangunan Sabah Times sudah pasti aku teringat salbiah jabrin, lokman, emin madi, ahmad shah naing, johan aziz, arwah pak k. bali dan ramai lagi.

Bila rindu disapa begini indah rasanya. cuma kami menunggu sebuah pertemuan. saling ingin melihat diri sahabat yang sudah lama tidak bertemu. memang terasa lama menanti bila kita cuba rancang begini. apun pun semoga niat baik ini akan tercapai...

salam persahabatan...

Rampas itu pembalasan ye?

Nah! dulu kononnya pernah merampas. kini dia pula yang kena rampas. dahsyat sungguh istilah rampas ini. tapi ini berlaku di kalangan artis. maka kecoh le satu malaya. ini le berlaku dengan artis cantik fasha sanda yang teman lelakinya digoda artis lain. aduh! apa sal disebabkan lelaki pulak boleh kecoh ni. kawannya pula si tiz tu senang2 saja hantar maklumat di waktu dinihari. kenapa tak ajak waktu2 santai. ini waktu orang tidur. tapi kalangan artis ni ramai yang lambat tidur. atau tak tidur malam. nah! cam na dengan solat subuh? larat ke mata tu buka untuk ambil air sembahyang. entah hak masing2. ramai juga artis tidak boleh bangun awal pagi. sebab itu bila program di pagi hari susah mereka nak datang. tapi bukan semua cam tu...

berbalik kepada rampas ni susah jugak nak cakap. dulu kecoh satu malaya juga si fasha sanda rampai si hero itu daripada isterinya, artis comel nora. tapi tidak ada pulak pengesahan. cuma saya pernah terbaca fasha lebih awal kenal dia dari si nora. mungkin jodoh lebih memihak kepada nora ketika itu.

cuma ada sikit persoalan si hero pulak jika ada hati dengan fasha kenapa pulak sanggup berkahwin dengan nora. yang kasian anak yang dilahirkan. kecik2 lagi ibu bapanya sudah bercerai. tak apa dia pun masih bergetah. rezeki dalam bidang lakonan pun banyak. yang penting sabar saja le menempuh hidup. mungkin nora tersenyum dari jauh melihat sendiwara ini...

kini giliran dia pula menempuh rampas merampas. tidak salah inilah yang dikatakan perjuangan hidup. yang kurang enak si tiz sudah menafikan tidak buat perkara itu (hantar/call si hero malaya). malahan ia tiz kata itu gosip karut. yang mana satu betul ini? keliru le...saya kena bacan laporan URTV ni (majalah hiburan kegemaran saya). tiba2 keluar akhbar si hero bagitau memang dia terima mesej dari tiz untuk ajak dia keluar. aduh! malunya. apa sudah jadi? ye...mungkin dia setia dengan fasha sanda. maklumlah sudah kenal lama. atau dia kena paksa untuk memberitahu media perkara yang sebenarnya.. nah! siapa yang kena?

semalam melodi telefon si tiz tentang komen si hero fasha. berkali2 wartawan melodi tanya tiz dan minta komen. tiz kata tak perlu kerana cukuplah dia sudah bagi penjelasan sebelum ini. jadi adakah dia berhati2 atau sudah terkena? payah betul le. cuma jika benar le berlaku maka inilah dikatakan kawan makan kawan. dunia...dunia...namun kalau hati sudah suka susah jugak nak kata.

rampas itu perbuatan tidak baik. mujur le rampas hati saja. dan jika bertepuk sebelah tangan pun ia tidak akan berbunyi. namun jika ia satu pembalasan maka dia jadi pengajaran. lalu keinsafan timbul supaya menjadi insan yang disayangi-Nya. sama ada fasha, tiz atau nora ingin diingatkan bahawa yang menang adalah si hero malaya. hati sesama wanita yang parah malah putus kawan sedang hati seorang lelaki tersenyum panjang dan bangga.

salam tabah

Mini heli bawa klfest ke udara


Alhamdulilah KLFest berjaya dilancarkan lewat petang tadi di padang Taman Tasek Titiwangsa. Pelancaran dilaksanakan oleh Datuk Joseph Salang, Timbalan Menteri Kem Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan(KPKK). Ramai penyokong kesenian datang dari pelbagai peringkat umur. Padang itu penuh dengan warna warni dan aluan muzik sambung menyambung.

Yang best gimik pelancaran menggunakan mini helikopter yang bawa terbang logo klfest ke udara. seronok tengok. rasa nak beli saja mini heli tu..sayangnya saya tidak mahir mengendalikannya. berasap2 di udara. risau juga takut jatuh tiba2. Sejenak ramai sekeliling memandang ke langit tengok beberapa helikopter berterbangan.Selain datuk Timbalan Menteri KPKK hadir juga wakil dari Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kemajuan Wilayah dan Kesejahteraan Wilayah.

Aduhai...terima kasih kepada para wartawan yang datang buat liputan. suasana hujan renyai2 tadi tidak menghalang mereka datang ke majlis ini. Gitu juga kepada kawan2 di rtm yang membuat beberapa kali lintas langsung dari lokasi. kerjasama anda semua hanya Tuhan sahaja yang akan membalasnya. Cuma maaf juga kerana tidak ada jamuan yang enak2 disediakan. kemampuan berbelanja amat terhad. insya allah di suatu ketika bolehlah makan2...

sebelum majlis sempat duduk sekejap di khemah media. borak2 kejap dengan nurul pr. bincang dengan ezlina. ada juga jumpa hassanal. tidak ketinggalan join ambil gambar bersama kp jkkn di gerai media tadi. selepas itu berjalan bersama sdr fauziah dan junaidah sambil ambil beberapa gambar kenangan. saya susurkan diri berdekatan khemah dan berjumpa dengan kumpulan protokol. lalu apa lagi kami pun berkumpul ambil foto. seela jkkn juga datang. di situ ada siti balkish, mona, rizma dan ramai lagi. seronok jumpa mereka. sebelum balik saya berjumpa dengan sdr kassim. berbual beberapa ketika.

Cuma yang pasti macam2 persembahan disediakan sama ada dari yang baru atau yang lama. ada buat dalam kumpulan dan ada secara individu. yang nyata ella juga buat persembahan tadi. suara rock wanita masih yang nombor satu. ella satu2nya penyanyi rock wanita yang bertahan hampir 25 tahun. nah! satu rekod yang bukan senang untuk diciptakan.

Namun sekarang kaki saya sakit sebab jauh jalan. letak kereta di kawasan istana budaya. rupa2 jauh juga letaknya padang tu. mujur le ada sdr jamudin idris menjadi kawan berjalan. sesekali ada titisan air kecil jauh ke kaca mata saya. sdr Jamudin siap bawa payong....namun dia balik awal setelah majlis bermula. katanya ada urusan dan kurang sihat. semasa balik tadi saya ikut jalan lain. nah! agak dekat sikit. ada hikmahnya parking jauh sebab senang balik. tidak melalui kesesakan. alhamdulilah...

masih terbayang2 mini heli berterbangan di udara. sebuah heli itu terlalu banyak asap tadi... aduh! macam terbakar pulak! terbang di udara suatu yang menyeronokkan. saya selalu bermimpi terbang dan amat seronok. tidak payah berjalan cuma angkat tangan dan ringankan badan serta angkat maka saya pun terbang. memang best...

Selepas pelancaran maka bermula festival kuala lumpur. terdapat 115 acara yang bakal dibuat oleh agensi kerajaan dan badan swasta mulai 1 hingga 31 julai ini. penglibatan swasta begitu baik untuk tahun 2010 ini. mudah2an semua program kesenian itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Melalui klfest ini bakat2 baru dalam bidang kesenian dapat diperkembangkan. menyemarakkan seni di kalangan anak2 muda dan peminat2 seni adalah tugas yang mesti dipikul sekali.
harap program2 lain dapat sambutan yang baik dari kalangan penyokong kesenian.

Majlis berakhir sekitar jam 6.30 petang. berduyun2 orang ramai di kawasan Taman Tasek Titiwangsa.

Salam kl fest...

Saturday, June 26, 2010

Fakta tentang lelaki -siri 1

Lelaki tu cam na ye? tentu ada suatu yang istimewa. apakah sang lelaki punya ciri2 tertentu? bagaimana cara lelaki mencari cinta hatinya? siapakah lebih susah buat keputusan tentang teman hidup lelaki atau wanita? aduh! susah ini... nah cuba teliti beberapa fakta tentang lelaki itu.

1. Tidak sering mencari wanita yang cantik saja semata2 untuk dijadikan isteri. sebaliknya lebih selesa memilih yang kemas dan berpersonaliti menarik . paling penting pandai bawa diri dalam keadaan tertentu.
2. sang lelaki mampu "gila bayang" hanya dengan senyuman seorang wanita. (hehehe...jgn mare...)
3. elakkan bercakap tentang bekas teman lelaki di depannya kerana dia benci walaupun nampak"cool".
4. sanggup bercakap kuat hanya untuk menarik perhatian wanita yang disukai.
5. lelaki juga menangis. (aduh! airmatanya mahal...)
6. bila dia mengatakan "uuuummmm" agak panjang serta sering mengelak saat pertolongannya anda perlukan maka itu maknanya dia tidak mau menjadi seorng kekasih.
7. apabila dia mula menyimpan rasa terhadap seorang wanita, maka rasa itu adalah benar walaupun wanita itu tidak cantik di mata orang lain.
8. saat lelaki kononnya minta ditinggalkan atau mahu masa sendiri, sebenarnya dia mahu anda terus bersamanya dan mendengar masalah yang dihadapinya.
9. sukar untuk meletakkan impian dan harapan yang terlalu tinggi untuk dicapai berbanding wanita.
10. bila wanita menolak ajakannya dengan mengatakan "tidak" baginya, wanita itu hanya mengatakan"cuba lagi esok".
11. paling sukar membuat keputusan yang pantas dan ini jauh bezanya dengan wanita.
12. jika cinta padanya maka kena jaga keyakinannya terhadap kelebihan dirinya kerana dia mudah merasa tewas dengan lelaki lain di sekeliling anda.
13. sang lelaki berlagak tenang tapi ada ketika dia berpeluh atau menolak2 rambutnya berkali2 maka itu tandanya dia sedang gementar berdepan dengan anda.
14. tidak salah fakta bahwa cara terbaik mengikat hati suami adalah melalui masakan.
15. lelaki sebenarnya menyukai wanita yang menyukai ibunya...(fakta ini menjadi mimpi ngeri wanita pulak!)
16. jika dia amat mengambil berat soal penampilan luarannya maka dia bukannya orang yang boleh anda harapkan untuk memperbaiki alatan rumah yang rosak.
17. sang lelaki memerhati anda hanya dengan dua makna sahaja. satu, dia sedang memuji dan dua mungkin dia sedang mengkritik anda.
18. peratusan lelaki meninggal lima tahun lebih muda ari wanita adalah lebih tinggi dengan kadar kematian tertinggi berpunca dari pelbagai penyakit.

salam fakta lelaki...

Friday, June 25, 2010

kolegan ada pengganti untuk kecantikan

Semua orang mau cantik dan menawan. cuma ada berkata dalam diam. ada pula yang bersuara ingin cantik. tanpa segan dan malu mau bagitau mau cari vitamin utk cantik. kalau wanita sanggup belanja duit utk cantik. biar kurang makan kerna simpan duit utk kecantikan. nah! tu le realitinya bagi wanita. cantik, cantik dan cantik.

Untuk cantik kolegan diperlukan. Ia untuk kecantikan kulit.ada yang sanggup suntik di muka misalnya untuk tambah kolegan. kenapa? cantik le jawapannya. dalam proses kehidupan ini kolegan boleh hilang dari badan. jadi ia perlu diganti. ia diperlukan untuk keperluan badan. terdapat beberapa makanan yang tidak perlu belanja mahal utk menggantikan kolegan. malahan ia merupakan makanan seharian.

Antaranya ialah tomato - ia mengandungi likopen. Likopen mampu menghalang tindakan enzim "Collagenases" yang merosakkan kolegan dalam badan. bahkan antioksidan ini juga berkesan utk melawan radikal bebas yang merosakkan kolegan dan juga struktur kulit.

Kedua, oren dan lemon - kedua-dua memang kaya dengan vitamin C. Ia membantu tubuh menghasilkan kolegan yang diperlukan. untuk beli oren dan lemon tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal.

Ketiga susu soya, tofu dan semua makanan berasaskan soya - soya boleh meghasilkan sejenis isoflavon yang dinamakan "genistain". ia mampu untuk menghalang enzim yang boleh merosakkan kolegan.

Keempat , ikan - terdapat pelbagai jenis ikan. dan ada jugak beberapa ikan yang kaya dengan asid lemak omega' Asid ini sangat penting kerana ia berkesan mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit.

Kelima, bawang putih - serat kolegan yang rosak biasanya dapat sokongan dari sid "lipoid" dan"taurine" yang banyak dlm bawang putih. Bawang putih juga kaya dengan sulfur yang boleh membantu tubuh menghasilkan kolegan. utk hilangkan bau bawang putih di mulut kunyahlah gula2 dan sebagainya.

keenam, bayam yang merupakan sejenis sayuran hijau gelap. Ia mampu membekukan sejumlah vitamin C yang berkesan dalam penghasilan kolegan. bayam juga kaya dengan banyak mineral seperti iron yang berkesan utk melambatkan kesan2 penuaan.

Selamat makan untuk kolegan

Tuesday, June 22, 2010

Berlagak cakap orang putih....geli telinga

Apa sudah jadi dengan identiti orang sekarang. berbangga sangat dengan cakap orang putih. Nampaknya sangat jati diri kurang. baru berkursus di IDHL . masih berstatus pelajar pengajian tinggi. nah! petang semalam ada rombongan melawat ke bangunan sultan abdul samad. itu pun saat2 akhir baru tau. seramai 53 orang (lelaki dan perempuan).

"Where is the toilet?" kata pelajar lelaki yang tiba2 bertanya dengan kak long. hai terkedu jap. tgk muka Melayu. apa jadahnya mau cakap orang putih? adakah dia nampak muka kak long ni tak pandai cakap Melayu. dalam hati berkata2,"dia ni mau tunjuk action?" gitulah generasi pelapis. macam tidak hormat orang tua ja...geli telinga kak long. rasanya mereka tidak peka mereka datang ke kementerian berkaitan kebudayaan. masa kini juga orang sibuk mau merakyatkan dengan lebih rapat lagi penggunaan bahasa Melayu. masih pelajar sudah agak malukah berbahasa Melayu? atau rasa bangga berbahasa Inggeris. aduh! kasian pejuang bangsa dan bahasa.

Mereka sempat mendengar ceramah 1Malaysia yang disampaikan oleh sdr Khairul. mujurlah jabatan penerangan ada orang sudi untuk berkongsi ilmu. ceramahnya bagus cuma banyak bahan sampingan sehingga masa tidak cukup. namun kak long tgk ada jugak tidak pasang telinga. maklumlah ceramah petang. beberapa contoh yang digunakan amat baik dan menarik. moga mereka sedarlah tentang kepentingan dan perkaitan perjuangan hidup setiap insan di bumi ini dengan program 1Malaysia.

Lepas berceramah mereka diberi peluang untuk bertanya. bagus ramai yang bertanya. sekali lagi seorang pelajar Cina langsung cakap dalam bahasa orang putih. rasanya dia perlu peka dengan kepentingan bahasa kebangsaan jika mau kekal sebagai warganegara. mau klas konon! sudahlah...soalan dia pun tidak ada nilai murni. ilmu baru sejekal lautan dalam mau diduga. tidak puas dengan pendekatan 1Malaysia kerana masih ada pemberian biasiswa kepada orang Melayu yang dpt keputusan rendah. sdgkan pelajar Cina dan India yang dapat keputusan lebih baik tidak dapat. nah! inilah bakal pemimpin yang kini menunjukkan pandangan negatif. bagus jawpan yang dibagi...dalam kaum itu sendiri ada kuata. yang penting fahamkan sejarah. kepentingan dan hak orang2 Melayu mesti dipelihara. Itu adalah syarat dalam perlembagaan dan termaktub.

Tiba2 seorang pelajar Cina bertanya lagi .Amat membanggakan. Dia berkata" bolehkah saya bertanya dalam bahasa Melayu?" semua kawan2nya bertepuk tangan. aduh! bahasa inggerisnya amat lancar dan cantik ayatnya. dia berasal dari kelantan. kenapa jadi cam na? adakah orang kelantan jiwa mereka lebih memahami perjuangan bangsa malaysia? jawablah sendiri siapa yang membaca catatan kak long ni?

Jadi jika dari peringkat awal - seperti ahli rombongan itu, banyak yang tidak faham tentang 1malaysia atau ilmu mereka cuma sedikit maka apa akan berlaku dengan negara ini? Mereka kurang membaca. mereka tengok tv dan dengar radio pun cuma untuk seronok saja. sebab itu mereka tidak dapat maklumat. atau pun memang tidak mau memahami. jiwa mereka memberontak. atau lebih cenderung untuk membantah saja.

nah! sesuai dengan jawapan penceramah. berhati2 dalam mentadbir negara ini. jika mau membantah jangan sampai ada orang lain mengambil kesempatan. apakah disebabkan mau popular, kuasa dan kawasan sanggup negara gelora. tengok saja apa berlaku di gaza, palastin dan lain2 negara yang sentiasa kelaparan. mereka dahagakan keamanan. kehidupan rakyatnya miskin dan daif. mengharapkan bantuan. badan mereka tinggal tulang. tidak berbaju itu menjadi lumrah.

Jadi perlu berjuang dengan aman. hasad dengki dan rasa tidak puas hati mesti dijauhkan. semangat patriotik perlu ditanam dalam setiap generasi. rasa bersyukur hendaklah menjadi amalan. yang penting tau dan faham sejarah. perlembagaan mesti dihormati. pemimpin boleh dikritik tapi dengan rasional. guna saluran yang sebenarnya. niat mesti bersih dan murni.

Salam sejarah..

Saturday, June 19, 2010

Penceraian orang besar2 di Brunei

Kini penceraian bekas wartawan penyiaran tv3 Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah menjadi berita gempar di media cetak . Begitu juag berita ini disiarkan di TV3. Azrinaz yang mempunyai sepasang anak dicerai dengan talak satu di Istana Brunei Darussalam.

Azrinaz berkahwin dalam majlis tertutup pada 20 Ogos 2005 berusia 26 tahun manakala baginda Sultan Hassanal ketika itu 58 tahun. Usia bukan halangan untuk hidup bersama. Kawan2 mendoakankan kebahagiaan mereka sejak masa itu. Kini berita penceraian itu amat mengejutkan kawan2 dan peminat .Pelbagai persoalan dan pertanyaan timbul dalam benak fikiran.

Saya pernah melihat kebahagiaan Azrinaz bersama baginda Sultan semasa satu majlis makan malam di Brunei suatu ketika dahulu. Baginda sering bercakap dengan Azrinaz yang duduk sebelah kirinya. Azrinaz memang cantik dan comel. Dia pandai membawa diri sebagai kerabat diraja yang kaya raya dengan hasil petroleum itu.

Sebelum ini gembar satu Malaya penyanyi cantik molek Maziun Hamzah berkahwin secara besar2an dengan Pengiran Sufri. Kehidupan mazuin yang indah dan mewah sering tersiar di dada akhbar. Kelahiran anak2nya pun mendapat liputan. Memang benar2 gembira peminat mazuin ketika itu.

Kini mazuin telah dilepaskan oleh pengiran tapi dia terus berdiam diri. Semua gelaran juga dilucutkan. Suaminya berkahwin lain. Dengar cerita isteri barunya jugak cantik dan senegeri dengan Mazuin. Menurut sumber tertentu, anak2nya tinggal di Istana Brunei. Kasih sayang masih dipupuk dan diteruskan. Cuma kita tidak tau perasaan dan keadaan Mazuin. Begitulah perjalanan hidup yang penuh dengan warna warni.

Seniwati Datuk Sarimah Ahmad juga pernah berkahwin dengan peminat sepanjang zamannya, iaitu Pengiran Hidup. Beliau tinggal di Brunei selepas berkahwin. Cuma sesekali sahaja balik ke Kuala Lumpur menjenguk anak2nya. Beliau sering sedondon jika ada majlis bersama suaminya. Namun setelah bertahun2 hidup di Brunei Datuk Sarimah kembali tinggal di Kuala Lumpur. Rupa2 dia telah bercerai dengan Pengiran Hidup. Mungkin jodoh mereka setakat itu saja agaknya.

Apapun yang berlaku dan siapa pun yang berkahwin adalah suatu perjuangan. Ini disebabkan jodoh ajal dan maut adalah di tangan Tuhan. Kita cuma merancang dan meminta untuk menempuh kehidupan tetapi hanya Tuhan yang menentukan segalanya.

Salam ketentuan Tuhan..

Friday, June 18, 2010

Wartawan menang lagi...cantik gitu

Wow !! kawan2 wartawan memang sempena Malam penghargaan Industri Filem 2010 anjuran FINAS malam tadi (18 Jun 2010). Saya tumpang seronok tengok mereka naik pentas. Pada mulanya saya tertanya2 jugak siapa agaknya yang akan rangkus hadiah. Maklumlah saya tidak terlibat dalam program ini. Kedatangan saya untuk majlis ini pun kerana mau datang untuk memeriahkan majlis dan jumpa kawan2. Apa lagi sudah janji dengan kak Raja Azmi. Jadi sudah terikat dengan kata2 mau datang. Sahabat dan juga adik Ruzita Alias pun minta datang. SMS pun diterima untuk menjemput hadir. Nah! tanggungjawab saya untuk ada dalam majlis indah itu.

Saya perhatikan kalangan wartawan ramai juga datang. Mereka gembira. Mungkin untuk membuat liputan. Itulah yang saya agak. Saya tidak mesra dengan mereka semua kerana bidang hiburan jarang saya handle. Kebanyakan yang muda2 belaka. Namun kenallah mereka. Ya suatu waktu saya memang mau kenal dan mesra dengan mereka. Jika ada kesempatan dan umur panjang .Saya terus mencari siapa lagi yang saya kenal di kalangan mereka. Rupa2nya seorang kawan yang baru naik pangkat duduk bersebelahan meja kami, iaitu sdr Zainuri Misfar. Dia Pengarang Hiburan Berita Harian. Bukan main kemas lagi. Di sebelahnya sdr Akmal Abdullah. Dia Pengarang Bintang Popular. Kedua2nya kemas. Mereka kelihatan segak. Wartawan di negara ini juga ramai yang segak, baik dan laporan pun bagus.


Nah! mereka masing2 naik pentas. Sdr Akmal dapat nombor tiga dan Sdr Zainuri pulak menang di tempat kedua yang menulis bidang hiburan. Penulisan mereka pemangkin untuk bidang penuh glamor itu.Tempat pertama sdr A.Wahab Hamzah seorang penulis udangan di akhbar Utusan Malaysia. Mereka pemenang bahagian Bahasa Malaysia.

Sementara untuk bahasa Inggeris Wartawan dari NST dapat tempat kedua dan ketiga ,iaitu sdr Meor Shariman Meor Shafie dan Sheridan Mahevera. Manakala tempat pertama dimenangi oleh wartawan The Sun sdr Bissme S. Wow! nampaknya wartawan NSTP menang 4 anugerah anjuran FINAS tu. Semua pemenang terima wang tunai, trofi, buku terbitan FINAS dan tawaran kursus perfileman anjuran agnesi KPKK itu. Tahniah dan teruskanlah perjuangan anda semua demi sebuah keindahan dalam industri ini.


Memang diharapkan Hadiah Galakan Penulisan Industri Perfileman Trofi Samad Idris ini perlu diteruskan. Ia merupakan pembakar semangat di kalangan wartawan untuk terus berjuang. Tulisan dan idea para wartawan adalah pemangkin untuk pembangunan sumber manusia dan pembangunan negara. Keindahan akan tercipta dengan idea2 atau tulisan yang dipaparkan dalam media. Nah! itu adalah luahan pemikiran para wartawan.



Idea bukan mudah untuk dilahirkan jika tidak punya kemampuan untuk berfikir. Para wartawan pun punya tanggungjawab yang besar untuk membangun masyarakat sekaligus membina negara bangsa yang ada klas tersendiri di mata dunia. Sebab itu ada menyatakan mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Ia perlu digunakan untuk mewujudkan keamanan dan kemerdekaan itu diisikan dengan kebahagiaan tanpa hasad dengki.

Setinggi2 penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan perjuangan para wartawan dalam bidang industri kesenian dan perfileman khususnya dan dalam membangunkan masyarakat amnya. Apapun jenis perjuangan dan sekecil manapun ia tetap punya harga yang tinggi dan dihargai asalkan moralnya bercirikan nilai-nilai murni. Kerana di situ ada kemuliaan sejagat.



Lalu hasil tulisan yang cuba menghasut dan boleh merosakkan bangsa cuma daripada mereka yang tidak punya wawasan yang pasti. Mereka yang demikian juga mengamalkan desakan emosi yang memberontak. Gerak hati yang dipaksa atau mengamalkan rasa tidak puas hati memanjang.



Salam wartawan...dengan jutaan terimaku

Datuk Mustafa Maarof dapat anugerah

Wajahnya berseri2. Ketampanan masih terserlah walaupun telah berusia. Dia telah melebihi 70 tahun berada di bumi Tuhan ini. Memang wajar Mustafa Maarof dapat Anugerah Tokoh Perfileman FINAS 2010. Dia seorang pelakon dan penggiat seni yang prolifik. Lakon beliau punya mutu yang tersendiri. Saya memang suka menonton lakonan beliau.

Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di perkarangan FINAS malam tadi (18 Jun 2010). Majlis ini diadakan sempena sambutan hari seniman 2010. Selain beliau ada lagi pelakon veteran yang layak menerima itu cuma mungkin masanya belum tiba. Dalam benak fikiran saya Datuk Aziz Satar juga punya sumbangan yang besar dalam industri ini. Namun pada malam itu juga dilancarkan buku Meredah Gelombang Seni - Sebuah Memoir Aziz Satar. Selain itu dilancarkan buku Bintang Di Langit Seni - Ahmad Mahmood. Tahniah dan syukur alhamdulilah kerana bertambahlah koleksi bahan industri kesenian filem tanahair.

Memang Malam Penghargaan Industri Filem 2010 ini satu usaha yang baik oleh FINAS. Bukan mudah untuk melaksanakan program seperti ini. Sudah banyak masa digunakan oleh KP finas bersama anak buahnya untuk menyusun strategi supaya majlis ini berjalan dengan baik. Malahan dapat memenuhi citarasa audien sasarannya walaupun tidak seratus peratus. Namun tidak ramai orang seni datang mungkin mereka sibuk . Atau malas mau datang kerana ia tidak ada karpet merah. Entah apa lagi....

Terharu selepas Datuk Mustafa Maarof menerima anugerah kawan2 datang mengucapkan tahniah. Datuk Aziz Satar, Kuswadinata, Norman KRU, dan ramai lagi. Begitu juga penggiat seni dengan wajah bersih sambil tersenyum gembira berjabat salam dan berpeluk dengan beliau.
Cuma yang lucunya ketika dipakaikan selendang di pentas berbelit2 selendang itu jadinya. Ini disebabkan orang atasan cuba membetulkan letak selendang itu walaupun sudah dibuat seorang wanita muda. Beliau cuma relaks saja dan menunggu acara seterusnya. Beliau menerima selendang(mahal jugak!), tropi dan rm...

Memang nostalgia filem2 beliau. Dia tampan. Lakonan pula tidak kaku. Suaranya gah sebagai lelaki. Langkahnya pantas ketika bersilat. Ada juga dia berlakon sama dengan arwah isterinya, Rosyatimah seperti filem Sri Mering. Filem ini memang menyentuh kalbu. Olahan cerita lama memang punya nilai yang berpanjangan.

Nah! anugerah mengenai kesenian ini memang ada. Ia merupakan penghargaan untuk industri seni daripada kerajaan. Moga ia dapat memberi sedikit impak(jika tidak banyak pun) perjuangan kesenian di negara ini. Namun apa yang penting seniman terutama dalam kategori yang berkaitan anugerah ini terus berjuang tanpa hanya menggunakan desakan emosi. Mereka sewajarnya tidak memberontak tapi berfikir. Mengamalkan sikap ingin memboikot yang rasanya tidak mendatangkan apa2 faedah. Tidak usah terlalu melawan arus jika belum ada senjata yang benar2 tajam....

Salam seni

Kenangan menggamit rindu,rindu menggores

Tiba2 ingatan menghimbau masa lalu yang penuh kenangan. di kala itu kak long cukup bahagia. keja pun memang banyak. cuma sibuk tidak sampai mengganggu masa rehat. kawan kak long pun tidak ramai. cuma ada seorang kawan baik dan mesra. dia amat ambil berat.

hujung minggu tidak byk aktiviti. jika tidak balik kampung kak long akan ke perpustakaan negeri. boleh dikatakan telapak kaki kak long kat situ memang le banyak. hari sabtu selepas keja juga akan ke perpustakaan. dulu sabtu keja cuma setengah hari. hari ahad ada masanya buat kerja lebih masa. duit tambahan. kak long akan tunggu kawan baik. bila dia datang rasa lega dan gembira. sesekali dia lewat tapi bila dia datang sambil senyum kak long kalah.

setiap hari selepas keja pun kak long akan ke perpustakaan. mau baca buku. niat ambil exam stpm. cita2 mau belajar tinggi2. pak dollah dan pak rahman di pejabat kaklong selalu ingatkan mesti belajar lagi. yang jelas kawan2 di pejabat tu tidak ada yang suka belajar lagi. jadi kak long join kawan2 lain. mujur le ada juga dua tiga orang kawan kelas malam yang selalu ke perpustakaan. mungkin juga masa itu masing2 masih bujang. dan juga baru bekerja di kk. kawan baik juga ada bersama...

sepanjang yang baca ingat hampir tiga tahun saya berada di perpustakaan itu. macam2 jenis buku yang dibaca, semua majalah di situ kak long baca. ketika exam pun msih ke perpustakaan untuk menelaah buku. jam 9.00 malam baru kami balik. sesekali kami naik bus yang sama. kebetulan kak long tinggal dengan kakak di tanjong aru. suasananya agak bising. bilik saya pun tidak ada kemudahan. malap lampunya. meja pun tidak ada. bilik tu cuma untuk tidur saja. saya tidak pernah betah dalam bilik. tidur saya beralaskan tikar dan dua biji bantal. alhamdulilah juga ia ada.

hampir setahun kak long ikut kelas malam di smk sanzac. di situ kaklong dapat beberapa kawan. namun tali persahabatan itu tidak kekal. kak long agak kawan baik sekolah malam tapi dia tidak ikut. mungkin tidak cukup bujet. cuma ada beberapa nama yang kak long ingat seperti aida dan osman. entahlah....semangat begitu berkobar2 ketika itu mau sambung belajar. belajar malam tu pun tidak sehebat mana. cara cikgu mengajar pun tidak bersungguh2.

kak long terus isi borang exam stpm sejurus saja hadir kelas malam tu. kawan baik pun isi sekali. bayangkan punya banyak subjek perlu dipelajar terus duduk exam sebegitu. yang penting dapat duduk exam yang dicita2kan itu. kawan2 lain pun isi borang. rasa tidak sabar nak exam. banyak kali kak long seat stpm tapi result tidak memuaskan.

ada ketikanya kak long ke pepustakaan tu pun sebab nak jumpa kawan. di situ tempat bertemu yang paling selamat. kami jarang jumpa di luar. cuma cerita panjang pun di telefon. kak long selalu ditegur Mr Raymond (ketua di pejabat) kerana bercakap lama di telefon. kawan baik kak long pula sering telefon. saya sena ng dia telefon. macam2 tajuk kami bualkan.

namun bila berdepan kak long kurang selesa bercakap panjang. mungkin segan atau malu. maklumkah kaklong asal dari kampung. sejak sekolah menengah kak long tidak biasa bercakap berdua-duaan. memang suka bercakap dengan kawan baik kak long tu. dia baik dan ada bakat yang cukup bagus dalam bidang penulisan. kak long agak dia punya masa depan yang cerah dalam bidang itu.

cita2 kak long memang untuk sambung belajar. arwah bapa kak long juga menggalakkan kak long belajar. alhamdulilah setelah berusaha akhirnya kak long dapat sambung belajar ke itm(skg uitm). namun sebelum itu kak long bersama ribah kena belajar di Kolej Damansara Utama terlebih dahulu. berita baik itu dibertahu kepada kawan baik. dia nampak gembira. lalu sebelum pergi kami minum sama di sebuah kedai mamak. itulah pertama kali dan terakhir kami minum
sama. dia yang belanja ketika itu.

semasa berangkat ramai kawan2 menghantar di airport. rasa gembira bertindih dengan sedih. kawan baik pun datang sekali. dia bagi sebuah buku yang syaratnya dibuka apabila tiba di kuala lumpur. aduh! tidak sabar rasanya untuk melihat buku kecil itu. sayang waktu itu tidak ada sesi ambil foto. cuma saling bersalam saja. kak long pun kurang yakin dengan hubungan bersama kawan baik. mungkin juga tidak faham tentang destinasi hubungan baik itu. dia tidak pernah bercerita lain dari yang lain. cuma sesekali dia bagitau ada rindu jika lama tidak telefon. kak long amat cetek fikiran waktu itu...cuma kak long memang sering ingat dia jugak.

bila jauh hubungan baik akan jadi hambar. masa tu fb, sms dan telefon pun susah. cuma terpulang kepada semangat setiakawan. masing2 ada perjuangan hidup. arah pun berbeza2. tiba2 bila kak long balik perubahan persahabatan berlaku. kemesraan sudah tidak ada. memang dah agak kerana surat pun jarang terima daripada kawan baik. biarlah...rancangan hati. namun hati kaklong agak tergores bila dituduh...penyebab kawan baik bertengkar dengan...... Aduh! sakit rasanya ketika itu.bagia sembilu menghiris di kulit dan terus ke isi. sedang kak long tidak tau menahu apa sebenarnya berlaku.

kenangan lalu indah namun ada yang menghiris itu sakitnya mencipta sejarah tersendiri....kak long pun terus diterpa senda gurau kawan2 tentang kawan baik dan mesra itu. kak long faham tapi pura2 bodoh saja. seorang kakak yang memang baik pun ada berkata sesuatu tapi kaklong jawab dengan diam saja.

salam kenangan

Thursday, June 17, 2010

Petugas kaunter MAS namanya Azlan seorang yang malas

Punya geram saya semasa berurusan di kaunter MAS di kuantan, Pahang pada 16 Jun 2010 jam 10.15 pagi. Tidak pernah ada dalam benak fikiran saya budaya petugas MAS begitu teruk sekali. apa lagi MAS itu badan yang sudah punya brand atau nama. namanya gah di mata dunia. penerbangan ada klas. ramai yang puji MAS. rupa2nya indah khabar dari rupa.

Seorang lelaki yang duduk berdepan komputer di kaunter depan MAS. saya tengok dia duduk saja. tidak ada keja pun. jadi saya tanya dan minta tolong untuk tukarkan masa penerbangan tiket. dia kata nak tukar ke kauntar check in. pelik kan? biasanya kena tukar di kaunter mas dulu baru ke kaunter check in. tanpa banyak bertanya saya pun ke kaunter check in. agak panjang juga barisan. sabar aja le. hati risau takut lewat kerana ceramah saya jam 2.00 petang di Mercu Resort. tak pasti berapa kilometer dari airport kuantan.

Namun petugas kaunter itu kata mesti buat kat kaunter depan. aduh! pening dibuatnya. dah buang masa baris tiba2 salah kaunter pula. saya pegi ke kaunter itu semula dan beritahu perkara berkenaan.masih lelaki yang sama. senyum jauh sekali. dia tetap kata buat di kaunter check in. bila saya kata tutup, dia pun kata tunggulah buka. punya benganglah saya. memang petugas lelaki itu tidak berfungsi duduk di tempat tu. lalu saya tanya lagi yang mana satu betul. dia terus kata pegi le ke pejabat, "you tau kan kami ada pejabat di belakang tu?". panas telinga dibuatnya.

Saya sebenarnya tidak tau di mana pejabat mereka. ini pertama kali saya berurusan. ke kuantan pun bukan selalu. saya pun ke belakang dan jumpa polis airport dan tanya tentang pejabat dan tiket. polis tu kata jika tukar tiket kat kaunter tapi saya bagitau dia orang kaunter minta saya ke pejabat. saya nampak pintu jangan masuk tanpa urusan. pintu saya tolak sambil bagi salam. ada tiga orang petugas di dalam. dua lelaki satu wanita. seorang lelaki sedang duduk beritahu nak tukar penerbangan kat kaunter depan. ia disokong oleh petugas wanita yang pakai kebaya dan bertudung. tiba2 lelaki pasif dan malas tu keluar ke ruang mereka. Si wanita itu pun tunjuk dia dan cakap tentang tiket saya. mereka bertengkar. lalu wanita itu tawar diri untuk ke kaunter check in untuk uruskan penerbangan saya. si lelaki pemalas itu pun balik ke tempat dia.

Sempat saya bertanya, siapa nama lelaki itu dik?
Azlan?
kenapa dia cam tu?
Dia tu memang gitu. lain sikit?
Cam ni ke nak bersaing dengan airasia? dia tidak ada budi bahasa...

Akhirnya tiket saya berjaya diuruskan oleh wanita kecil molek itu. disebabkan petugas sepeti Azlan inilah prestasi MAS boleh menurun berbanding dengan stail petugas airasia yang ramah dan mesra melayan pelanggan. adalah lebih baik petugas lelaki MAS yang pasif dan malas itu diberhentikan keja kerana ramai lagi orang mau bekerja dan mutu kerjanya lebih baik.

Budi bahasa budaya kita dan mengamalkan nilai2 murni dalam perkhidmatan telah lama dilaksanakan. adalah mustahil kempen itu langsung tidak diketahui. jika tidak tau kempen pun sewajarnya nilai diri setiap insan itu mesti ada mengamalkan nilai2 baik dan murni. apa lagi bertugas di kaunter.

salam berbudi...

Tuesday, June 15, 2010

Janji sepuluh tapi tak ada pun sepuluh -hati tergores

Sakit hati mendengar komen seseorang itu- janji sepuluh tapi tak ada pun sepuluh cuma ada satu. kalau boleh saya rancang sepuluh tapi biarlah jadi duapuluh. namun kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. buat komen atau teguran kerana tak puas hati adalah keja yang amat mudah. sepuluh tak ada yang ada cuma satu. hati amat tergores! memang mau sepuluh tapi entah le..

Arahan bawa media ke Pelancaran hari Seniman 2010 di Perlis dikeluarkan di saat2 akhir. Saya, nurul, azni dan yan cuba untuk berhubung dengan pihak media termasuk BH,UM, Kosmo, Harian Metro, TV3, Nanyang dan Sinar Harian. mulanya mereka bersetuju untuk hantar wartawan ke majlis itu. tapi di saat akhir nama2 yang diberikan tidak dibenarkan pergi bersama. mungkin mereka ada alasan tersendiri. nah! siapalah kami untuk memaksa mereka mesti hantar jugak!

Malahan ada wartawan telah tiba pun pagi 11 Jun 2010 namun dia pun kena balik panggil kerana ada assignment lain. mujurlah bus belum bertolak. kalau tidak terpaksan pulak turun tengah jalan. tentu timbul masalah lain.

Kami telah maklumkan pun bahawa pihak ibu pejabat akhbar tertentu di kuala lumpur akan hantar wakil dari kedah dan perlis. tapi entahlah... masih tak puas hati jugak! bagi saya jika buat sesuatu biarlah yang terbaik. namun jika ia tidak berlaku saya kena reda walaupun sakit di dada.

Bila dapat maklumat ramai media tak boleh pegi dengan rombongan. pakai bus khas pulak tu. hati saya bagai digores sembilu. amat sakit rasanya. macam2 bermain di hati. risau dan bimbang. mencari ayat terbaik utk menjawab soalan yang bos akan tanya. tapi saya terpaksa terima hakikat. cuba senyum walaupun dalam hati Tuhan saja yang tau. cuma hati berbisik mungkin ada hikmahnya. mudah2an gitu le...

Tiba di tempat penginapan-eagle park sg batu pahat. sepanjang perjalanan ke sana terdengar juga komen2. buat pekak telinga ja le. sekejap2 timbul pertanyaan ada tv tak? saya pun yakin mesti ada tv. mungkin ada mau tengok bola. bersyukur dalam hati ada juga tempat tinggal. agak lama sampai. jauh rupanya. melihat sekeliling hutan jadi risau pulak. di manakah tempat itu? hujan pula tu! tiba di pondok pendaftaran cuma ada seorang wanita muda. baru dua bulan bekeja di situ. sebab itu bila tanya banyak dia tak mampu jawab.

Kami pun ambil kunci. aduh! punya susah cari rumah yang disediakan itu. ada rasa takut kerana susana malap. tidak ada yang pandu. perkhidmatan kurang bagus. mujur le ada motor lalu. dia yang tunjukkan arah. kami pegi arah lain. apabila masuk rumah rasa lain macam. namun rumah itu papan dan cantik. perabot mewah daripada kayu keras. rumah itu dua tingkat. kami cuma guna satu bilik. tiga bilik semuanya .duduk empat orang. di situ tidak ada siaran tv. mau layari Fb pun jauh sekali.

Kasian rumah untuk lelaki. rosak dan bocor. katil patah. kotor. tidak terurus. cian orang media dari UM. mujurlah dia sabar dan faham. tu pun mulanya dia nak pindah. lalu kami bagi kunci untuk rumah lain. mereka pun pindah di malam gelap itu. nah! jika sepuluh orang datang bersama tentu pecah kepala dibuatnya. macam2 komen ada keluar. jika silap hari bulan kena kutuk. malahan ada yang marah mungkin dengan keadaan tempat seperti itu. tu pun dia nak pindah ke hotel sebab tempat mandi tidak selesa. namun syukur le dia bertahan dengan kami sehingga 14 jun...

Inilah hikmah tidak ramai yang pegi. memang media tinggal di situ cuma seorang.tapi tetap dilayan seperti sepuluh orang. ia tanggungjawab kami. cuba memberi yang terbaik untuk dia. kami juga terus melayani kawan2 media yang lain walaupun tidak di eagle park. mereka dibawa makan bersama.

Memang rasa bersalah kerana tempat penginapan media seperti itu. cuma tak dapat buat apa2 kerana kekurangan tempat. lagipun tidak sempat tengok terlebih dahulu sbb jauh. terima kasih urusetia. urusetia dah tgk tapi pihak park bagi tgk rumah yang cantik...biasa le mau buat keuntungan...

salam hati tergores luka..

Monday, June 14, 2010

Budaya lewat amat membosankan membangkitkan kemarahan

Tabiat manusia tidak menghargai masa itu amat merugikan. Ya, Masa itu emas. Ia tak akan menunggu walau sedetik. Nah! sebagai insan kita kena peka dengan kesetiaan masa. Masa amat prihatin dengan setiap kehidupan insan.

Lalu saya amat bosan jika ada yang tidak menghargai masa. Ketika perjalanan ke Perlis banyak menggunakan masa. Aduh! terima kasih Tuhan perjalanan kl-perlis-perlis-kl selamat. Berada di perlis kerana tugas sempena Pelancaran Hari Seniman 2010. Kami tinggal di Eagle Park. Jauh dari Bandar Kangar. Di sini sabarku terduga apabila siPilot membuang tabiat. Mereka dua orang. Sifat mereka amat membosankan. Membuak2 marah saya...keikhlasan tidak ada. Biarkan...

Pada 12 Jun 2010 ada program untuk minum pagi sebelum ke Dewan Wawasan 2020. Janji jam 8.30 pagi mesti bertolak. Kami naik bus pukul 8.25 pagi. Namun yang membosankan kami terpaksa menunggu sehingga jam 9.15 pagi barulah kedua2 pilot lenggang naik bus. Ya! tu le orang sekarang mereka rasa mereka cukup besar. Semua menunggu kelaparan. Kerenah pilot tu memang saya benci. Sikap lewat di kalangan pilot sepatutnya tidak berlalu di zaman ini. jadi nampaknya mereka amat tidak berdisiplin. Saya pun jadi tidak ikhlas dengan mereka. Rasa benci dan marah tindih menindih. Tengok muka mereka pun macam mau muntah.

Kelewatan mereka menyebabkan makanan untuk sarapan habis. terlepas merasa sarapan di Perlis. Lalu kami makan nasi berlauk. Macam makan tengahari. Namun saya tidak ada selera. Jadi makan kuih apam aja le. Benci benci benci....

Pada 14 Jun 2010 kami awal keluar kerana janji bertolak jam 8.30 jugak. Kebetulan ada program nak singgah Pekan Rabu di Kedah. Nah! sekali lagi mereka buat tabiat. Kali ini jam 8.30 pagi salah seorang pilot tu baru nak mandi sedangkan kami semua sudah dalam bus. Bukankah tabiat itu seperti kurang ajar? Mereka tidak hormat dengan orang. Saya memang benar2 marah. Jika diikutkan hati panas mau saja kusembur dengan kata2 kesat.

Mereka buta hati. Mungkin bisu atau hilang kata2 maaf. Malahan dengan bangga masuk bus jam 9.10 pagi. Amat membosankan. Saya tidak pernah berjumpa dengan pilot yang teruk seperti mereka ini. Mereka tidak sedar diri bahawa siapa mereka. Sepatutnya pilot kena panaskan injin bus lebih awal. Berada dalam bus untuk membersihkan apa yang patut. Ini terbalik kami berada lebih awal dalam bus (pintu bus dibuka oleh Pak Din). Menunggu dan menunggu...

Sifat kurang sopan pilot (pemandu bus) ini adalah menderhaka pada masa dan perjanjian. Takat ini saya tidak iklhas dengan mereka. Amat benci dan bosan dengan mereka yang tidak tau tatatertib kerja sendiri. Ucapan terima kasih pun saya tidak ikhlas kuucapkan. Lantak mereka le...bawa bus adalah tugas mereka...

Salam bosan...

Monday, June 7, 2010

Keciwa menyebabkan beralih arah cintanya

Kehidupan ini ibarat roda. Ia tidak statik. Ia sentiasa berubah2. Maka ada saja perkara yang agak tidak disangka akan berlaku. Dunia memang begitu. Putaran waktu juga ada bersama. Lalu ia berkaitan dengan hati dan perasaan. Setiap insan punya putaran hidupnya masing2. Bahagia dan derita saling bertindih. Kekeciwaan juga ada ketikanya menyebabkan perubahan berlaku pada diri insan itu.

Nah! tidak hairan ada yang keciwa sanggup merubahkan diri dan perasaannya. Seorang wanita cantik yang keciwa dengan cinta tidak akan sayang memotong rambut ikalnya menjadi pendek. Dia mahu melupakan kisah lalu. Rambut itu yang sering dipuji kekasihnya. Sesekali dibelainya. Keputusan untuk berambut pendek atas kerelaannya sendiri. Kini dia berbangga dengan imej baru. Dia masih kelihatan kemas dan bergaya. Cuma penampilannya berbeza. Dia kelihatan mancho bagai hero baru remaja. Dia menatap cermin sambil tersenyum puas.

Kini dia tampan dan bergaya. Cara berjalan pun telah berubah. Apa lagi pakaian pun tidak ada skirt dan blaus feminin. Jauh sekali baju kurung. Dia lebih senang jeans dan tshirt atau kemeja lengan pendek. Kini dia menjadi kegilaan di kalangan remaja wanita. Dia sudah punya dua orang kekasih yang comel dan cantik. Dia tidak malu berterus terang bahwa dia aeorang wanita tulin. Sifatnya itu diterima secara terbuka oleh kekasihnya. Mereka begitu rapat sehingga kemana2 bersama. Keintiman itu menyebabkan dia bersama kekasihnya kehilangan arah. lari dari tabii kehidupan insan.

Perubahan semakin ketara sehingga keluarga mencari arah dia yang sebenarnya. Pernah dia merajuk kerana ditanya bertalu2. Namun sebagai anak dia masih sayangkan ibu dan ayahnya. Doa orang tua amat besar maknanya. Secara perlahan2 dia menyedari bahwa diri tersalah langkah. Kekeciwaan itu telah menyebab dirinya hilang pertimbangan. Dia amat bersalah pada diri, ibu bapa, keluarga serta kawan2. Yang paling besar dia bersalah kepada Allah SWT. Hanya kerana cinta tidak kesampaian dia melakukan perkara yang dikutuk Tuhan.

Kini dia memasuki pusat latihan, Di situ dia belajar mengenali diri. Malah dia tekad untuk berubah. Mendekatkan diri kepada Tuhan. Ingin berbakti kepada ibu bapanya. Malahan bercita2 melanjutkan pelajarannya. Cinta dan cerita masa lalu telah dibuang jauh2. Kini dia buka buku baru. Destinasi kehidupan bermula dengan impian dan cita2 yang disulam dengan keimanan seorang insan.

Nah! perlu diingat apabila keciwa tidak bererti hidup akan musnah. Ia cuma sebahagian daripada cabaran dalam hidup. Keciwa tidak bererti tidak ada kegembiraan. Setiap hari kehidupan baru bermula. Suka duka, senda gurau dan keindahan itu merupakan rencah yang menambahkan pengalaman dalam hidup.

Salam sabar...

Thursday, June 3, 2010

sumpahan berakhir setelah 420 tahun

Benarkah Puteri Saadong yang terkenal pada zaman pemerintahannya di Negeri Kelantan ada bersumpah? Apakah setelah 420 tahun sumpahan itu berakhir dengan munculnya seorang puteri jelita bernama Raja Tengku Puteri Anis Raja Sazali? Puteri Anis adalah keturunan ketujuh dalam salasilah Puteri Saadong. Nah! sumpah Puteri Saadong tidak akan menjejakkan kaki ke bumi Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.



Puteri Saadong kisah legenda dan mempunyai unsur mitos yang mengandungi kisah silam pemerintah seorang puteri di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Memang sedih cerita Puteri Saadong kerana suaminya meninggal disebabkan tercucuk dek cucuk sanggulnya sendiri. Kematian suaminya Raja Abdullah menyebabkan Puteri Saadong meninggalkan Kota Mahligai dan mengasingkan diri menjadi raja di Bukit Marak dan kemudian menyendiri di Nenggiri, di selatan negeri ini.



Kini, tiba-tiba muncul Puteri Anis keturunan ketujuh Puteri Saadong. Apakah fakta ini benar? Pelbagai versi cerita lama mengenai Puteri Saadong seperti tidak mempunyai zuriat. Namun tidak ada bukti pulak dia tidak memiliki pewaris kerana selepas puteri berhati waja itu menghilangkan diri. Ada yang cerita yang tidak terungkai dia mengikut raja siam demi keselamatan rakyatnya tetapi tidak disentuh langsung.



Kemunculan Puteri Anis selepas 420 tahun sumpahan Puteri Saadong timbul pula versi cerita puteri itu melarikan diri ke Aceh dan bertemu jadoh dengan Sultan Gowa. Mereka dikurniakan seorang puteri yang bernama Puteri Kesumawati Jumro Kapilin. Dia merupakan penyambung zuriat dan generasi pertama bagi Puteri Sadong yang memakai gelaran Puteri Hijau apabila berada di Aceh. Nah! sudah tentu dengan gelaran baru itu dia tidak dikenali semua. Adakah ini satu strategi untuk keselamatan dirinya?



Apa yang penting kehadiran Puteri Anis yang dilahirkan di machang ini mendakwa menyimpan beberapa bukti yang menjadi khazanah peninggalan Puteri Saadong. Ia perolehi daripada waris-waris puteri itu di seluruh negara termasuk alim ulama di Arab Saudi dan rantau Asia. Ini bukan datu usaha yang mudah. Sudah tentu Puteri Anis mempunyai semangat kecintaan yang jitu demi sebuah perjuangan. Setelah menemui lebih 500 orang yang dijejakinya bersama keluarga sejak berusia balasan tahun lagi. Antara barangan warisan Puteri Saadong itu ialah kalung trisula, mahkota kelantan, sarung dan songket yang boleh dijadikan bahan penyelidikan bagi menentukan kesahihan.



Jika benar Puteri Anis pewaris yang jitu maka akan berakhirlah sumpahan Puteri Saadong kerana dia keturunan ketujuh. Mungkin juga akan menyemarakkan perjuangan raja seorang wanita yang begitu menyerlah ketika zaman pemerintahnya. Akan wujud di depan mata waris seorang raja yang telah menjadi legenda yang sering menjadi renungan dan tatapan kisah silamnya melalui pementasan sahaja.



Memang tidak dinafikan kewujudan puteri jelita yang merupakan anak kepada pasangan Raja Fauziah Syed Yaacob dan Raja Sazali Raja Hassan menimbulkan persepsi yang berbeza2. Para pencinta legenda Puteri Saadong ada yang tidak selesa dan mungkin tercabar atau persoalan negatif dan positif akan tindih menindih. Apapun jika benar sumpahan itu akan berakhir apakah yang akan terjadi?



Selepas 420 tahun sumpahan seorang puteri yang hatinya retak dan melarikan diri bukan jangka masa yang sedikit. Semua generasi ketika itu sudah tiada. Tidak dapat bukti daripada warisan hidup. Namun catatan sejarah boleh membantu. Maka, kita tunggulah hasil penyelidikan yang berlandaskan bukti2 yang dikemukakan...



Salam Puteri Saadong..

Wednesday, June 2, 2010

Pengisahan memupuk cinta

Program murni pertandingan pengisahan kenegaraan memang baik. Ia dapat menyedar dan memupuk cinta terhadap tanah air. Kejituan menghargai kemerdekaan menyerap ke dalam jiwa generasi yang terlibat dengan pengisahan ini. Bukan mudah untuk membicarakan tajuk2 yang tidak glamor. Mungkin juga ada yang beranggapan tajuk2 patriotik itu statik dan membosankan.

Namun ketika menjadi panel pengisahan siang tadi saya tengok setiap kumpulan cuba mengetengahkan idea2 yang ada nilai dan dapat disampaikan dengan cara masing2. Malahan mereka bercerita dengan bantuan gerakan lakonan yang antaranya melucukan. Nah! ternyatakan generasi baru punya cara dan strategi untuk memasarkan maklumat mengenai kenegaraan. Tahniah pada mereka.

Sebanyak 10 kumpulan bertanding yang bermula sejak jam 10.30 pagi yang dimulakan dengan tajuk Rukun Negara. Anak2 muda yang terdiri daripada tiga orang ini mengutarakan dengan bercerita sambil melakonkan setiap rukun negara berkenaan. Ada idea cuma perlu diperkemaskan penyampaiannya. Adalah diharapkan mereka benar2 memahami dan menghayati serta menyerapkan ke dalam jiwa tentang kepentingan rukun negara itu.

Ada juga mengisahkan tentang Bush Jaket yang menyenaraikan jasa2 Tun Abdul Razak. Namun saya perhatikan penyampaian agak tidak kemas kerana kebetulan pelakon terlalu byk peranan. Mereka juga menggunakan suara tanpa dikawal dengan baik. Tambahan pula gangguan teknikal yang mungkin boleh mengganggu konsantrasi mereka. Selain itu di bawah tajuk Perjuangan Belum Selesai juga dikisahkan mengenai perjuangan Tun Mahathir Mohammed. Boleh tahan juga penceritaannya cuma terdapat kelemahan di sana sini.

Di samping membicarakan tokoh2 besar dalam kategori Perdana Menteri ada juga kumpulan mengkisahkan tokoh tempatan dan asal usul kawasan yang ada di Negeri Sembilan. Begitu juga dengan tajuk kemerdekaan, ia dibicara kan dengan cara mereka tersendiri. Sebenarnya program seperti ini perlu diteruskan dan diperkembangkan supaya ramai generasi terlibat. Perlu juga digalakkan kaum2 lain. Hari ini cuma seorang sahaja peserta kaum Cina yang terlibat. Kaum2 lain seharusnya menyedari bahawa penyertaan mereka adalah pemangkin untuk melaksanakan program pembangunan insan ini.

Saya tambah gembira dengan adanya kawan panel lain yang terdiri daripada saudari Amy Anisah dari RTM Negeri Sembilan dan Shahniza Azreen dari Jabatan Penerangan Melaka. Saya senang dengan kedua2nya. Pengadilan yang kami buat hampir2 sama. Pemilihan pemenang pun sama. Terima kasih kepada Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Tuan Haji Hashim Bedu dan Puan Noraini Rahli serta Nurul di atas segala kerjasama dan layanan yang diberikan.

Mudah2an program ini akan berterusan. Semoga wakil mereka ke peringkat kebangsaan pada Julai ini mampu untuk membawa kisah yang sarat dengan mesej yang baik dan patriotik yang bakal disampaikan dalam pelbagai bentuk. Pengisahan ini adalah pengisian yang baik untuk membentuk generasi kini menyemarak dan memupuk semangat kenegaraan sentiasa dalam dakapan.

salam kenegaraan