Monday, May 31, 2010

Laman Santai sempena hari seniman muram?

Hari Seniman 2010 tiba2 jadi panas kerana ada di kalangan anggota persatuan tidak puas hati dengan sambutan yang dianjurkan. Malahan Laman Santai yang diadakan di perkarangan Istana Budaya pada malam Sabtu lalu cuma dihadiri oleh sebilangan kecil para seniman. Mungkinkah mereka tidak tahu atau kerana mereka tidak dijemput. Namun menurut TKSU (K) Hari Seniman adalah untuk para seniman maka mereka sepatutnya datang dengan serelanya untuk memeriahkan hari istimewa itu. Alangkah bertuahnya Hari Seniman jika ia diraikan seperti Hari Guru atau Hari Belia. Sambutan yang amat baik walaupun tanpa jemputan untuk semua guru atau belia. Adakah perkara ini berkaitan dengan sifat ego?

Ketika berbicara dengan kawan2 wartawan iaitu sdr zainuri misfar dan sdr aziz ittar, mereka pun menyatakan perkembangan indah di kalangan seniman itu tidak ada kerana sejak 10 tahun yang lalu mereka sama seperti sekarang. Mereka tidak bersatu dan susah untuk bekerjasama. Kalangan artis terutamanya, mereka yang sedang popular dan mewah jarang datang majlis anjuran kerajaan. Mungkin juga mereka sibuk dengan aktiviti maklumlah sedang laku. Masalah pun tidak ada. Adakah ia dipengaruhi unsur glamor?

Laman Santai malam itu agak muram dengan tidak ramainya artis datang. cuma yang dijemput
membuat persembahan sahaja yang menghiburkan audien. Namun yang jelas pihak kpkk cuba juga mengadakan program walaupun dengan kangkangan bujet masa kini. Entahlah susah untuk ditafsirkan kerana inilah juga hak masing2.

Perlu dinyatakan juga semasa program Fenomena Seni di RTM 1 wakil Seniman ada menyebut bahawa dia tidak tahu bila Majlis pelancaran Hari Seniman akan diadakan. Dia juga kata mana boleh pelancaran dibuat selepas tarikh yang ditetapkan. Katanya tidak pernah berlaku peramian pelancaran sambutan kemerdekaan diadakan selepas 31 Ogos. Jadi begitulah juga Hari Seniman. Aduh! penting sangatkah Hari Seniman itu? Tanpa mengadakan perayaan, adakah menjejaskan keamanan negara? Apakah sumbangan para seniman kepada pembangunan negara? Banyakkah jasa2 indah dan berdarjat telah dicatat? Meneliti percakapan ahli panel di Fenomena Seni itu dapat dijelaskan bahawa mereka menyalahkan KPKK walaupun di akhir rancangan mereka beralas. Malahan wakil Seniman ada menyebut ada menghantar kertas cadangan ke pejabat YB Menteri tetapi tidak mendapat maklumbalas sehingga kini.

Sebaliknya saya dapat maklumat, Urusetia ada minta kertas cadangan tetapi pihak berkenaan tidak memberi respon yang sepatutnya. Malahan mereka membangkitkan tentang rm8 juta yang diperuntukkan untuk Hari Seniman. Mereka ini belum celek tentang peruntukan kerajaan. Mereka perlu tambah ilmu lagi. Bujet yang disebut untuk sesuatu majlis itu tidak semestinya terus ada di depan mata. Ia perlu diteliti dan dimohon untuk melaksanakan aktiviti yang berfaedah sahaja lebih2 ketika ini kerajaan tidak mewah wang.

Nah! pada 12 dan 13 Jun 2010 Pelancaran Hari Seniman akan diadakan di Kangar Perlis oleh Tuanku Raja Perlis. Ia terpaksa dilewatkan kerana ada beberapa perkara penting yang perlu didahulukan. FINAS akan memperuntukkan satu bus untuk membawa artis dan mereka yang berkenaan ke Perlis. Adalah diharapkan mereka yang tidak dapat bersama ke sana tidak merasa diketepikan. Unit perhubungan awam kpkk akan membawa wartawan ke Perlis. Mudah2an ramai yang sudi untuk ke sana. Terima kasih wahai para wartawan. Saya sayang anda semua.

Apa yang penting niat untuk mengadakan sesuatu majlis itu ikhlas. Melaksanakan arahan demi tanggungjawab atas dasar keiklasan adalah amat penting. Hari Seniman untuk semua penggiat seni yang merangkumi penyanyi, pelakon, pemuzik, pengarah, pengukir, pelukis, penulis, pencetak batek dan yang berkaitan dengan seni.

salam seniman

Sunday, May 30, 2010

Pengalaman meruntun kalbu -sedetik ia bergerak

Kereta Waja berdentum. Bunyi yang tidak kusangka kedengaran petang itu sekitar jam 6.15. Itulah kemalangan yang pertama kualami sepanjang bertugas dengan kementerian ini. Mujurlah Tuhan masih sayangkan kami. Ya Allah! aku amat berterima kasih pada-Mu selamatkan kami lewat perjalanan ini. Peristiwa meruntun kalbu itu berlaku di kawasan 140 Pulau Pinang sebelum tol Juru.

Memang tidak sangka petang itu kami menempuh pengalaman yang cukup menduga rasa. Aku, Shahrizal, Izwam dan Roslan rancak bercerita tentang perjalanan Hari Seniman 2010 semasa perjalanan balik. Kami baru habis menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Seniman di Kangsar Perlis. Tahun ini majlis ini dibawa ke utara tanahair. Ia melibat sentuhan diraja pulak.

Mau dijadikan cerita ketika Roslan berada di lorong laju tiba2 kereta jenis Honda tekan breaknya. Aduh! runtun hatiku melihat kereta depan. Sempat kulihat sedekatnya kereta itu. Memang terlalu dekat. Cuma tinggal seinci sahaja lagi. Mujurlah ia bergerak dalam sedetuik dan tiba2 kereta kami berdentum dan dilanggar dari belakang. Rasa melambung. Aku terdiam seketika. Lan kata, abis bonet tu...suaranya perlahan. Namun dalam hatiku rasa bersyukur kerana kami bertahan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Aku turun dan tgk kereta belakang. Depan kereta Proton Saga AGR4296 itu rosak. Siapa yang melanggar tadi. Bisik hatiku. Kutatap kereta warna putih itu baru berusia dua tahun . Aku nampak seorang gadis kecil molek berdiri di sebelah kereta itu. Dia nampak gementar dan panik. Aku kesian tengok dia. Nama Musliyana berbaju kurung bunga2 cerah dan bertudung hitam. Dia dalam perjalanan balik ke kampungnya di Slim River dan bertugas di Sg Petani.

Kami terus terus ke balai polis Bukit Martajam untuk membuat laporan kemalangan. Agak jauh juga kebetulan waktu sibuk. Kesesakan lalu lintas. Keesokan harinya cuti am. Tentunya ramai orang balik kampung sama seperti Musliyana. 7.50 malam baru beres di balai polis. Untuk ke highway kami menyusur perlahan2 dan dengan penuh hati2. Jalan sesak lagi. Namun hatiku resah meninggalkan yana seorang diri di balai. Mujurlah tunangnya akan datang. Kesian dia masih dalam ketakutan. Proton Saganya ditarik oleh kereta pandu seorang lelaki Cina berusia 45 tahun . Ah Wah namanya. Dia kata sudah 25 tahun bertugas dengan bengkel berkenaan.

Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan keadaan bonet agak terbuka cuma diikat dengan tali. Lewat 10.30 malam baru terasa lapar. Gangguan fikir berunsur pulih namun cerita berterusan terhadap beberapa analisis kami. Macam2 andaian. Yang penting kami selamat semuanya...Kami singgah di Tapah untuk makan malam. Aku terima beberapa sms kawan2 tentang kemalangan itu. Alhamdulilah kawan2 sayang...

Tiba di rumah sekitar jam 1.00 pagi. Mata susah nak lelap. Kucuba mencatat pengalaman itu. Ia kenangan yang meruntun kalbu. Menduga rasa. mencabar minda. Aduhai inilah cubaan dalam perjalanan yang singkat di bumi Tuhan. Ya Allah permudahkanlah aku dalam kehidupan ini dan jauhikanlah dari kesusahan.

Salam kenangan

Tuesday, May 25, 2010

Jangan salah pentas jika tidak tau menari

Kita memang kaya dengan pelbagai perumpamaan atau pepatah. Sejak semalam kita dapat lihat dan baca para ahli politik (bukan Melayu) menggunakan perumpamaan Jangan salahkan pentas jika tidak tay menari. Nah! itulah buktinya konsep satu 1Malaysia itu boleh dipraktikkan oleh semua kaum. Perumpamaan ini tiba2 menjadi tatapan di dada akhbar kerana timbul beberapa kelemahan dalam pentadbiran parti MIC.



Persoalannya kenapa mesti salahkan orang lain jika timbul masalah? Sepatutnya selidik dulu dan cari penyelesaian. Tabiat tuduh menuduh bukan jalan terbaik. Jika silap dan tidak ditangani dengan bijak boleh menimbulkan kekecohan. Jadi memang sewajarnya jangan salah pentas jika tidak tau menari. Hakikatnya perbaiki kelemahan diri dan tingkatkan kewibawaan. Menunding jari kepada parti lain bukan cara yang profesional. Ini di timbulkan oleh bekas timbalan ketua pemuda MIC. Beliau menyatakan tidak usah menyalahkan sesiapa dengan mudah hanya kerana seseorang itu anak orang nombor satu dalam parti berkenaan.



Ini masalah anak beranak atau adik beradik dalam sebuah keluarga besar. Perlu diingat bahawa dalam suasana apapun setiap individu itu hendaklah cerminkan diri jika mahu bertindak. Tengok kemampuan dan berfikir secara matang untuk mencapai suatu kemenangan dalam perjuangan. Saling hormat menghormati di antara parti kerana di negara ini pentadbiran negara mesti dilaksanakan gabungan parti berkenaan. Kenapa mesti takut dengan kekurangan diri? Atau terlalu fanatik dengan kelebihan yang ada pada diri? Mungkin juga beranggapan diri kebal?



Masalah dalam MIC memang banyak sejak akhir2 ini. Presidennya pun tidak turun2 tampok walaupun ramai yang mendesak. Mungkin ini menyebabkan timbul pelbagai tidak kepuasan hati. Presiden pun sudah lama berkhidmat dan sudah tiba masa untuk menyerahkan kepada generasi pelapis. Sementara masih hidup serahkanlah supaya dia dapat melihat dan menegur mana yang perlu. Namun yang jelas, dia asyek tangguh saja seolah2 tidak ada yang layak untuk menjadi presiden. Cepat2 bertindak dan peka dengan sokongan yang semakin kurang agar ahli parti tidak tsunami



Tarian tidak akan baik walaupun pentas rata dan luas jika persediaan minda dan ilmu tidak bersedia sepenuhnya. Jadi usah buang masa untuk menyalahkan orang lain sebaliknya kembali ke pangkal jalan. MIC perlu berbincang hati ke hati supaya warisan mereka tidak tenggalam dan cuma tinggal nama. Sifat ego buangkan jauh2. Sikap mau mewariskan jawatan pun tidak baik dilakukan jika tidak tepat. Kebenaran akan datang jika perjuangan itu tulus dan ikhlas. Rezeki juga tidak lari ke mana jika usaha baik tanpa niat buruk(seperti kepentingan diri dsb).



Tsunami dalam politik lagi menyedihkan jika timbul perselisihan faham sehingga menyebabkan warisan dan kehidupan menjadi kalut dan hilang pedoman. Menilai kelemahan diri dan mencari penyelesaian dengan minda yang terbuka serta ilmu yang cukup adalah cara yang perlu dipuji. Juika ini berlaku tidak timbul jangan salah pentas jika tidak tau menari.



salam pentas..

Monday, May 24, 2010

Kepercayaan Kaum Batak Unik - bunyi cicik itu penting

Kaum Batak mempunyai cara hidup dan kepercayaan yang unik. Mereka hidup sederhana dan mementingkan keturunan anak yang ramai. Kaum Batak terbahagi kepada empat (4) kaum iaitu Batak Toba, Batak Simalungan, Batak Pakpak, Batak karo dan Batak Mandaling . Mereka awal berkahwin dan mempunyai anak yang ramai. Prinsip mereka lagi ramai anak lagi banyak rezeki Kaum ibu akan mengedung anak sambil bekerja. Kaum wanita juga lebih rajin bekerja berbanding kaum lelaki Batak terutama di zaman lampau.

Mereka juga mempercayai bahawa bunyi cicik berperanan penting dalam membuat keputusan. Bunyi itu seolah2 mengiyakan perbuatan yang bakal dilaksanakan. Oleh itu, ukiran cicik sentiasa ada di ruang rumah dan tempat yang berkenaan. Bagi mereka cicik itu tidak berbohong jika membunyikan suaranya terhadap sessuatu perkara yang dibicarakan.

Selain itu, mereka mempercayai cicak menyelamatkan daripada nyamuk. Cicik makan nyamuk. Cicik yang banyak juga menandakan banyak rezeki yang diperolehi. Kewujudan cicik itu memang ditunggu dan diharapkan dalam sesebuah keluarga misalnya. Ketiga, bunyi cicak yang bising menyelamatkan mereka dari dirompak. Jadi ia sebagai langkah keselamatan terhadap kaum ini.

Manakala kaum batak mempercayai juga kepada tiga warna, iaitu putih, merah dan hitam. Putih menandakan syorga. Merah kehidupan yang sederhana dan hitam itu nerhaka. Itu sebab zaman dahulu mereka tidak memasukkan mayat ke dalam tanah kerana takut masuk nerhaka. Biasanya selepas mayat itu kecut ia akan dialihkan dimasukkan ke peti khas yang warnanya putih.

Seterusnya dalam kehidupan kaum Batak terdapat kain tenun yang dipanggil Olos Batak. Olos ini mempunyai beberapa klasnya. Ada olos yang siap ditenun memakan masa sehingga 3 hingga bulan. Yang jelas ia cantik dan unik. Aku memang amat tertarik dengan tenunan olos. itu. Bagi mereka Olos sebagai lambang kasih sayang dalam pemberian hadiah kepada orang tertentu. Olos biasanya digunakan sebagai cenderamata untuk mereka yang mahu atau baru berkahwin. Kedua, ia diberikan untuk anak yang baru lahir. Ketiga ia diberikan kepada keluarga yang meninggal dunia. Ia boleh disimpan lama.

Rumah kaum Batak juga mempunyai pintu kecil. Mereke percayai sesiapa yang terkena ilmu hitam jika melalui pintu kecil ini ia akan hilang atau sembuh. Rumah mereka juga mempunyai tiga bahagian/tingkat. Tingkat paling atas ada untuk pemujaan, di tengah tempat tinggal tanpa bilik dan paling bawah untuk bintang peliharaan mereka.

Perjalanan ke Pulau Samosir juga mempertemukan kami dengan sebatang pokok di Kg Tomok. Pokok ini amat penting kepada kaum Batak terutama di zaman lampau. Ia seolah2 ada kelebihan jika disentuh dengan niat/hajat. Konon2nya ia akan tercapai selepas menyentuh pokok berkenaan. Ketika itu mereka mengamalkan fahaman animisme. Kini mereka telah mempunyai pegangan agama tersendiri.

salam kepercayaan...

Belanda tamatkan makan daging manusia

Memang benar semakin jauh kita berjalan maka semakin bertambah pengalaman. kenangan pun kain panjang catatannya. Ketika program jalan2 ke medan amat tidak terduga ia memberi impak di luar jangka. Memang perjalanan ke Danau Toba itu mencabar. Jalan raya masih kecil dan tidak rata. Namun kereta bertali arus. Ada kereta, van, bus dan lori. Yang penting mereka mahir dengan keadaan jalan.


Aku begitu teruja dengan sapaan Danau Toba. Airnya biru dengan gelombang atau ombak kecil melambai2 sukmaku. Ia seolah2 tau aku begitu sinonim dengan ombak. Ada bahagia dan senda gurau di situ. Aduh aku tidak pernah disapa begini. Ada kelainan dengan kunjungan ini. Salah satu pengisian program di Danau Toba ialah lawatan ke Pulau Samosir. Keluasan pulau ini sama saiz dengan Singapura. Cuma bezanya Singapura telah maju dan moden berbanding dengan Samosir masih mengekalkan tradisinya dan beberapa kesan sejarah serta kesan perubahan yang ditinggalkan oleh Belanda.


Perjalanan ke Pulau Samosir mengambil masa lebih kurang 45 minit menggunakan feri muatan 40 orang. Mata puas menyapa pemandangan yang indah. Ada bot-bot kecil selain beberapa feri lain membawa pelawat. Destinasi pertama kami ialah kg Ambareta. Penduduknya dari kalangan Batak Toba. Dalam perjalanan itu kami dihiburkan oleh tiga orang kanak2 dengan petikan gitar kecil mereka. Mereka menyanyikan lima buah lagu selain sebuah lagu poco2. Kami terhibur. Kanak2 sekecil mereka bekerja keras dengan kreativiti yang ada demi sebuah kehidupan.


Sebelum turun di kg Ambareta kami diingatkan supaya berjalan dengan 'mata kuda'. Berjalan terus ke depan menuju ke tempat taklimat tanpa melihat kiri dan kanan. Sepanjang jalan itu pelbagai barangan dijual. Tiba sahaja di kawasan lapang kelihatan rumah sederhana kecil kaum batak teratur dengan bumbung melentik seperti rumah minangkabau.


Kami diberi penerangan yang menarik termasuk undang2 dan hukuman di zaman lampau penduduk di kg Ambareta. Di kawasan itu terdapat sebatang pokok ari ara yang rimbun. Terdapat beberapa buah tempat duduk daripada batu. Ia adalah ruang persidangan untuk menyelesaikan masalah seperti menjatuhkan hukuman. Antara yang disentuh ialah sesiapa yang didapati merogol, mengintip, mencuri dan sebagainya akan dihukum . Pesalah itu akan dipasung selama tujuh(7) hari dan akan dituruti apapun kehendaknya kecuali berkahwin. Mereka mahu pesalah itu makan secukupnya supaya badannya berisi dan gemuk.


Menurut pemandu pelancong itu selepas pesalah itu terima hukuman maka dagingnya akan dimasak dan dimakan mereka. Itulah sebabnya mereka mesti peliharakan pesalah sebelum hukuman dijatuhkan terutama bagi kesalahan merogol dan mengintip puteri raja.


Nah! tabiat makan daging manusia di kalangan kaum batak ini berhenti semasa kedatangan Belanda ke Indonesia khasnya ke Danau Toba. Mereka dididik dengan kehidupan yang lebih sistematik dan bertamadun. Jadi, Belanda mencipta sejarah tersendiri dengan terhentikannya orang makan orang di kalangan kaum Batak di bumi Indonesia.

Salam kenangan ngeri...

Sunday, May 23, 2010

Danau Toba Airmata Seorang Wanita

Banyak cerita yang menyentuh kewujudan Danau Toba. Danau Toba wujud sejak 75 ribu tahun yang lalu. Airnya biru amat pesonakan siapa yang menatapnya. Ada keindahan yang terucap dengan kata2. Air jernihnya mengalir ke sungai sejauh 100km dan ia terus ke Selat Melaka. Betapa jauhnya aliran air hingga bertemu di kawasan dua negara serumpun.


Menurut Saudara Sahala( pemandu pelancong yang peramah ) ,suatu ketika dahulu seorang pemuda anak yatim piatu suka memancing ikan di sungai selepas sahaja pulang dari kerja. Dia berladang tapi disebabkan kehidupan yang susah dia memancing untuk mendapatkan lauk. Maka, suatu hari dia amat keciwa kerana hasil memancing tidak ada kecuali seekor ikan kecil. Memandangkan hari sudah lewat petang dia pun mahu balik ke rumah. Namun dia agak terkejut kerana tiba2 ikan kecil itu bersuara dan mohon untuk dilepaskan. Maka, dia pun melepaskan semula si ikan kecil itu ke sungai.


Dalam tempoh beberapa hari pemuda itu terkejut lagi apabila tiba2 hadir seorang wanita yang cantik di depannya ketika memancing. Dia jadi hairan kewujudan seorang wanita di kawasan sungai yang agak jauh dari tempat orang ramai. Persoalannya terjawab apabila wanita jelita itu menerangkan bahawa dialah ikan kecil yang dilepaskannya semula ke sungai itu. Mulai saat itu mereka menjadi kawan dan pemuda itu mula jatuh hati. Lalu dia mengajak wanita itu berkahwin dan dia bersetuju dengan satu syarat pemuda itu tidak boleh memberitahu sesiapapun tentang asal usulnya daripada ikan. Maka, sumpah itu pun dimeterikan bersama.

Perkahwinan itu bahagia dengan lahirnya seorang anak lelaki. Pemuda itu pun semakin rajin bekerja demi kebaikan anak dan isteri tercintanya. Isterinya pula menjaga hal ehwal rumahtangga. Maka makan dan minumnya terjaga. Setiap hari anaknya menghantar makanan untuknya. Pada suatu hari anaknya kepenatan dan lapar lalu rehat sambil makan makanan yang dibawanya. Dia amat risau kerana anaknya tidak datang walaupun sudah lewat tengahari. Dia pun balik ke rumah dan dalam perjalanan itu dia terjumpa anaknya tertidur dan makanan telah habis dimakan. Dia amat marah dengan anaknya sehingga tidak ingat lagi sumpah mereka. Dengan suara lantang dia berkata kepada anaknya,"dasar anak ikan". Mendengar kata2 itu anaknya sedih dan balik ke rumah. Si anak tanpa berlengah bertanya kepada emaknya, betulkah dia anak ikan.

Alangkah terkejutnya si emak. Kini dia sedar suaminya telah melanggar sumpah. Dia amat marah dan sedih sekali. Si isteri pun melarikan diri dengan linangan airmatanya. Hujan lebat turun dan kilat sabung menyabung. Demi keselamatan si anak kecil itu ibunya meminta dia lari ke atas bukit. Maka, dia terus menangis dan banjirpun berlaku sehingga terciptanya Danau Toba yang berair biru itu. Itulah akibat betapa sayangnya air mata seorang wanita yang terluka hatinya. Sang suami terlanggar sumpah disebabkan perasaan marahnya.

Danau Kota pun terbentang luas sejak 75 ribu tahun yang lalu. Pelbagai jenis tetamu yang berkunjung ke situ dengan terciptanya warna kenangan masing2. Mungkin tetamu akan bertambah dan terus bertambah jika rancangan membina jalanraya yang baik tercapai nanti. Mudah2an menjadi kenyataan jalan highway berkenaan.

Keluasan Danau itu 160 km dan lebarnya 30 km. Kedalaman Danau Toba ialah 450 meter. Di kawasan danau ini ramai penduduk menternak ikan terutamanya ikan telapiah dan nelah. Ia dieksport ke luar negara. Ia menjadi sumber pendapatan untuk negara yang pernah dijajah Belanda selama 350 ribu tahun itu.


Salam si airmata di Danau Toba

Danau Toba menggamit rindu membuai kasih

Aku suka perjalanan ke bumi yang pernah dijajah Belanda selama 350 tahun itu. Memang tidak pernah kusangka akan tiba di sana dalam waktu terdekat ini kerana tidak terlintas dalam mindaku meniti perjalanan ke bumi indah itu. Namun itulah rezeki tak akan ke mana. Suatu ketika dahulu aku cuma menatap sejarah kini betapa ia terbentang di depanku dengan megah dengan sebuah keindahan yang amat mempesonakan.

Aku bersama azni, norehan, shahrina dan jamudin mengunjungi Danau Toba. Namun bukan mudah untuk ke sana kerana kami berdepan dengan beberapa dugaan. Pertama penerangan Air Asia ditunda yang menyebabkan kami tiba di lapangan terbang medan agak lewat. Kedua kami terpaksa menyewa teksi dengan harga yang agak mahal dari yang sepatutnya. Ketiga tempat tinggal di Hotel Zakia kurang selesa kerana bilik cuma menggunakan kipas kecil yang klasik. Kami menyewa tiga bilik. Bilik aku dan azni boleh tahan jugak berbanding bilik kawan sebelah. Namun alhmadulilah jugak ada tempat menginap malam itu. Keempat, kami menunggu pihak agensi (diurus dari Kuala Lumpur-Malaysia-beijing Travel Services Sdn. Bhd )sejak jam 8.00 pagi (waktu Indonesia) tapi tidak tiba sehingga mentari semakin terik. Kami semakin rimas dan mula runsing takut ditipu. Aku perhatikan Encik Din macam sibuk menghantar SMS tapi entah untuk siapa kurang pasti pulak. Nah! Azni dan Rehan beberapa kali cuba berhubung dan akhirnya berjaya. Rupa2nya wakil agens tu, Encik Sahala menyambut tetamu di lapangan terbang Medan. Kebetulan mereka agak terlewat mendarat. Biasalah penerangan Air Asia.

Sementara menunggu bus PARIWISATA bersama Encik Sahala datang kami menaiki teksi dan terus ke Pasar Ikan. Aku tidak terbayang apakah yang ada di sana. Ikannya banyak atau apa ye? Rupa2nya pelbagai barangan dijual seperti juga di Tanah Abang di Jakarta cuma suasananya kurang teratur. Mungkin juga bandarnya agak kecil dari Jakarta (bandar ketiga besar di Indonesia). Kami sempat melihat sekeliling dan mengenalpasti lot2 gerai yang barangannya agak menarik dan harganya patut. Selepas itu kami menaiki beca dan balik ke Hotel Zakia. Seorang penjual Tshirt datang dan Shahrina sempat membeli kerana harganya murah.

Tepat jam 12.30 tengahari seorang lelaki datang sambil tersenyum dan memperkenalkan diri wakil agensi untuk menjemput kami. Betapa bahagianya kerana penantian itu terisi jugak. Masing2 menarik beg dan terus ke bus PARIWISATA yang bertulis Selangor. Kami pun memulakan perjalanan dengan bunga2 harapan bersama seribu pertanyaan yang jawapannya mungkin akan ditemui nantinya. Encik Sahala pun memulakan tugasnya dengan memberi penerangan untuk sekitar kota Medan. Sesekali dia buat lawak yang menyebabkan aku rasa selesa dan hilang rasa marah kerana menunggu agak lama sejak pagi. Malahan kami menyedarinya bahawa pihak kami pun ada kesilapan.

Persinggahan pertama kali di makan tengahari di restoran masakan minang. Makanannya sedap. Selepas itu kami singgah di sebuah kilang batik dan talkung. Mulanya aku malas nak turun tapi demi perjalanan ni pelbagai persinggahan kugagahi turun. Harga barangan agak mahal dan kualiti pun kurang menepati citarasa. Untuk kenangan saya beli sehelai baju yang siap dipasang manik dengan harga Rp120. Kawan2 lain juga membeli masing2 seperti talkung, kain pelekat(tenun dan dibasahkan)dan kain batek.

Perjalanan ke Danau Toba mengambil masa lebih kurang lima jam. Kami melintasi pelbagai kampung dan hutan menghijau. Dalam perjalanan itu kami di bawah ke kedai Patent untuk membeli barangan makanan jenama Teng Teng, Ting Ting dan sebagainya. Aku dan kawan2 tidak membeli sebarang makanan. Kami tidak sabar untuk sampai ke Danau Toba itu. Selepas itu kami singgah di stesen minyak untuk singgah membeli air dan ke kamar kecil.

Pergerakan bus agak perlahan kerana mendaki bukit. Di kiri dan kanan pelbagai suasana dapat diperhatikan. Ada rumah kecil, sederhana dan besar. Pokok2 megah berdiri. Pokok fine melambai2 seolah tahu bahawa kami ingin membuai kasih dan mungkin ada rindu tercipta di sana nanti. Lewat perjalanan yang terancang itu kami tertidur. Sesekali bangun dan tengok keadaan perjalanan. Udara semakin dingin. Tambahan pula rintik2 hujan memulakan tugasnya menyirami bumi Tuhan.

Setelah puas meniti kesamaran jalan kerana tabir malam berlabuh ketika itu kami pun tiba di kawasan Danau Toba. Ya Allah dalam gelap samar itu aku amat pesona melihat sapaan birunya air Danau Toba. Alhamdulilah akhirnya kaki kerdilku menjejak juga di Danau indah itu. Hatiku berbisik esok aku akan puas melihat wajah Danau Toba. Kami masing2 menarik beg dan menuju ke tempat penginapan (Danau Toba Cottage) itu. Udara dingin menyapa kami. Encik Sahala mengiringi kami ke ruang makan. Dia pun memperkatakan sesuatu kepada petugas di situ dan memberikan kunci bilik masing2. Sebelum check in kami dijamu dengan makan malam yang lengkap dengan sayur hijau dan ikan. Sedap semuanya. Di cottage ini kami seramai 9 orang termasuk 4 orang rakan (baru).

Tidur kami sering terjaga malam itu. Lewat jam 6.00 pagi kami pun sempat shooting dalam bilik lewat pemandangan dari jendela cermin. Danau Toba menggamit rasa untuk dirakamkan dalam foto. Macam gaya dalam foto itu. Selepas itu jam 6.30 pagi kami turun ke restoran untuk sarapan tapi belum sedia. Kami ambil kesempatan itu untuk menatap wajah Danau Toba dan berfoto. Jam 700 pagi Encik Sahala dengan senyum gagahnya datang. Aku pun memberitahunya kami turun sejak jam 6.30 pagi. Dia tersenyum sambil menyatakan sarapan mula jam 7.00 pagi dan bertolak jam 7.30 . Barulah aku tahu gitu rupanya.

Selepas sarapan kami meneruskan perjalanan. Kini kami bersama rakan2 lain. Kami semakin meriah. Memang suasana kami betul2 1Malaysia (ada Melayu, Cina dan India). Rasa seronok bukan dipaksa. Kami diberikan penerangan tentang perjalanan ke Pulau Samosir (saiznya sama dengan Singapura). Perjalanan ke kg Ambareta mengambil masa 45 minit. Pemandangan benar2 mempesonakan. Betapa besarnya kuasa Tuhan memberikan anugerah ini. Danau Toba amat luas dengan airnya membiru. Dalam perjalanan itu ada gelombang2 kecil. Aku agak terkejut apabila tiba2 terlihat tiga (3) orang kanak2 berdiri di depan dengan sebuah gitar kecil menyanyi beberapa buah lagu. Kami terhibur walaupun muzik ala kadar saja. Selesai menyanyi salah seorang daripada mereka menghulurkan plastik demi keperluan hidup. Tanpa gunda kami masing2 menghulurkan rupiah ke dalam plastik itu.

Kami pun tiba di Kg Ambareta. Sebelum itu kami diperingatkan guna mata kuda sahaja. Aku tertanya2 apa dia mata kuda itu? Akhirnya aku faham bahawa tumpuan untuk perjalanan ke depan tanpa melihat dan membeli. Selepas taklimat barulah dibenarkan membeli belah. Agak jauh juga tempat taklimat itu. Sesekali debaranku menyapa. Kugagahi jua perjalanan itu. Akhirnya kami di bawah ke kawasan yang ada bangku panjang. Kami pun diberikan taklimat mengenai sejarah penduduk kg. Ambareta itu. Ini termasuklah kesan sejarah Mahkamah bawah pokok. bangku batu dan kubur mereka.

Selesai taklimat barulag aku tahu kedatangan Belanda ke bumi Indonesia khasnya ke Kg Ambareta memberi kesedaran yang amat besar maknanya. Kedatangan kuasa barat itu menyebabkan mereka berhenti makan daging manusia (mereka yang dihukum bunuh dagingnya akan dimasak untuk dijamu kepada penduduk di kampung itu). Mendengar cerita itu terasa gerum dan loya pulak tapi apa boleh buat itulah budaya mereka ketika itu. Setelah melawat kawasan dan berfoto di sana sini kami pun dibenarkan melihat sekeliling. Pelbagai cenderamata yang menarik. Kain tenun amat menarik perhatianku. Aku sempat membeli dua helai kain tenun yang boleh dibuat alas meja dan sebagai selendang. Sebelum naik feri saya membeli kacang rebus. Rasanya tawar namun dimakan jugak kerana ia rezeki dalam perjalanan.

Perjalanan diteruskan ke Kg Tomok yang agak jauh jugak. Kira2 30 minit perjalanan untuk sampai ke kampung itu. Kali ini tidak ada kanak2 kecil yang menyanyi. Sekali lagi kami diminta berjalan dengan mata kuda. Perjalanannya lebih jauh ke dalam sehingga tiba di pinggir bukit. Kampung ini diduduki kaum batak mandaling. Taklimat banyak berkaitan sejarah raja kaum itu. Disentuh juga tentang hukuman dan bentuknya. Tempat (batu) memotong kepala masih dapat dilihat. Encik Sahala juga ada memberitahu orang2 di kampung itu ada kepercayaan tentang keajaiban pokok. Seseorang yang mempunyai hajat tertentu boleh menyentuh pokok itu yang kononnya akan memperolehinya hajat berkenaan selepas itu. Aku sekadar mendengar sambil mencatatkan beberapa bahan di minda.

Semasa di kampung ini setiap tetamu dipakaikan dengan selendang pelbagai warna sebelum mendengar taklimat. Seronok juga berselendang. Kami seperti ratu cantik pulak. Anehnya tetamu lelaki pun seperti ratu kacak pulak. Aduh! inilah catatan kenangan di bumi yang indah itu. Selepas itu kami dibenarkan ke kawasan gerai jualan. Aku sempat membeli sebuah beg yang dianyam bunganya. Mulanya teringin untuk membeli selendang warna merah tapi tidak dilayankan keinginan itu. Ia cuma jadi kenangan. Memang ia cantik dan kata penjual (wanita) ia siap ditenun dalam masa tiga(3) bulan. Begitu kuat mereka bekerja demi sebuah kehidupan. Kebanyakan kami membeli hasil tangan di kampung itu sebagai cenderamata untuk diri, keluarga dan kawan2.

Hari semakin lewat dan kami pun melintasi Danau Toba untuk jamuan tengahari. Masakan minang dihidangkan. Sedap.. Selepas itu perjalanan diteruskan menuju ke Berastagi. Betapa beratnya hati meninggal Danau Toba yang telah menggamit rindu dan ada kasih tercipta di sini. Mataku tidak puas memandang airnya. Wajah danau benar2 melekat di dadaku. Ingatanku seolah2 amat mesra dengan kebiruannya . Kutatap puas2 danau indah. Kufoto setiap sudutnya. Mujurlah perjalanan itu memang meniti di pinggir danau. Kutatap lagi dan kuhayati lagi. Kufoto lagi. Kupuji lagi segala keindahan dari-Nya.

Salam kasih dan rinduku...


Sele

Tuesday, May 18, 2010

Meninggalnya seorang pejuang

Takziah kepada keluarganya. Moga2 rohnya dicucuri rahmat. Berita Pegawai keselamatan Istana kelantan diterima telah meninggal dunia. Dia telah menerima kesakitan yang amat apabila ditembak empat das di dada ketika perjalanan balik ke rumahnya di Tumpat kira2 jam 12.25 tengah malam pada 1 Mei selepas tamat bertugas pada malam itu. Kenapa begitu jadinya?

Pada 6 Mei doktor pakar telah berusaha dan berhasil mengeluarkan peluru durjana dari badannya melalui proses pembedahan. Dia stabil selepas operasi itu. Dia adalah antara lima orang yang dilantik di Istana Kelantan secara kontrak untuk mengawal keselamatan keluarga diraja itu.

Sebelum itu ada berita menyatakan dia kembali tenat kerana ada jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan hati. Ia bergantung kepada mesin sokongan hayat sahaja. Betapa keluarganya bersedih di atas peristiwa malang itu. Tentu mereka dalam keresahan dengan doa2 kudus yang panjang. Mujurlah Pemangku Raja Kelantan seorang yang berhati mulia dan perihatin terhadap rakyat dan menyumbangkan RM100,000 untuk keluarga arwah semalam. Wang itu diterma oleh isterinya, Maznah Mustafa dengan penuh kesyukuran.

Kini, dia telah pergi untuk selamanya. Boleh dikatakan nyawanya hilang di hujung pistol. Pistol yang tidak pernah bertanya kenapa dan mengapa mesti dikenakan kepadanya? Punat pistol itu cuma terima arahan daripada gerakan hati penekannya. Memanglah pantang ajal sebelum maut tapi akhirnya Tuhan lebih menyayanginya setelah sekian lama bertarung nyawa.

Mudah2an roh arwah diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dia juga terkena tembakan kerana pulang dari bertugas atas sebuah perjuangannya menjaga keselamatan. Keluarganya juga didoakan terus sabar dan mendapat rahmat. Mereka yang bertanggungjawab itu juga akan menerima segala pembalasan daripada Allah swt.

Dugaan

Jika kuasa ada di tangan kerdilku, mau saja kutarik roda waktu, untuk kembali ketika ucapan itu terucap di depan pintu:
"Ariah, saya mau u dan unit u keja dengan pejabat saya",
wajah orang besar itu gagah dan berseri.

Debaranku terbentuk dan aku rasa amat dihargai (pertama kali aku menerima ucapan keramat itu),
siapalah aku ni sehingga ucapan murni kasih itu kuterima dari seorang yang amat kuhormati.
Dia berkata lagi,"keluarkan surat untuk dia dan unit supaya bertugas dengan kita". Seorang lelaki hitam manis dan kacak menganggukkan kepalanya. Aku cuma diam dan setia dengar lagi.
Nah! jantungku bagai ditarik kuasa ghaib. satu dentuman kasih singgah betapa dia benar-benar mau kami berkhidmat. Terima kasih meniti iklhas dibibir dan terus ke hatiku.

Kini bila seorang lelaki tak cukup pengalaman dan buta sejarah mencipta cerita.
Ia amat menduga sabarku. Dugaan tidak kuduga dari seorang lelaki pincang mindanya.
Kata2nya bagai sembilu. Aku terguris. Rasa terkilan dan malu. Maruah tercalar. Minda terganggu. Katanya penuh sinis kepada kekawanku, "dia bukan sesiapa di sini. dia di luar sana. tidak ada kepentingan pun. cuma ada, adalah kami. urusan dengan kami...."

Nah! cakap saja padaku hai lelaki minda tak cukup. Urat mungkin putus kerana mau kuasa. Kuasa akan hilang sekelip mata. Kau bukan sesiapa di mataku kerana aku adalah aku. Aku tidak meminta-minta tapi demi kasih dan setiaku kepada orang besar tu...sekian lama bersamanya. Hatinya mulia dalam ketegasan seorang bapa yang mengajar ajarnya berjalan betul.

Maaflah hai lelaki, kau tak setaraf dengan semangat wanitaku yang tidak mau dipijak dengan kata-kata kosong. Aku akan perjuangkan diri kami demi sebuah kebenaran sehingga ada kehancuran yang Tuhan bagi bagi yang tidak benar tindakannya. Ya Allah aku mohon kebenaran dan keberkatan-Mu jua.

Dugaan ini kuterima kerana-Mu jua. Dugaan ini bukan aku punya tapi lelaki itu perlu diduga jua.

Zizie dan Bung Mokhtar masih belum beres

Tahniah kepada wakil rakyat dari negeri di bawah bayu, YB Datuk Bung Mokhtar kerana berjaya memperisterikan pelakon cantik Zizie Ezette. Namun dalam mereka meneliti bahagia sebagai suami isteri kes masih mahkamah belum selesai. Semoga mereka bersabar dan berjaya dalam perjuangan baik itu. Bukan mudah menghadapi kes2 seperti ini kerana ramai yang menunding jari. Hakikatnya siapalah dalam dunia ini mahu menempah masalah dalam hidup dengan sengaja.

Zizie salah seorang artis yang berbakat dan jarang ada gosip yang panas. Dia juga tidak berlagak. Namun dia dan suami perlu berdepan dengan dakwaan kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Berani buat beranilah tanggung. Yang penting nikah mereka sah dan tidak berdosa hidup bersama di sisi Allah swt.

Mungkin juga mereka alpa terhadap peraturan yang sedia ada. Jadi kini perlu mereka menyelesaikannya dengan terbaik. Peraturan tetap peraturan dan jika dihadapi dengan penuh redha ia akan selesai dengan baik. Usaha menyalahkan keadaan kerana segalanya punya hikmah tersendiri.

Dalam menempuh kehidupan dengan isteri baru itu Datuk Bung tetap seorang wakil rakyat yang tanggungjawabnya besar. Suaranya pun penting untuk menceriakan persidangan di Parlimen. Nah! idea2 dan komen baru yang membina dan bernas semestinya beliau kemukakan dengan semangat jitu seorang pejuang.

Salam dan selamat

Gara-gara sambut hari jadi...

Apa sudah jadi? Orang kita amat terpesona dengan sambutan hari jadi sehingga dibuat di dalam kelas. Tahukah bila sebenarnya seseorang itu wujud dalam rahim bondanya? Atau sekadar mengikut budaya orang putih. Namun sayang seribu kali sayang orang putih bukan sambut hari jadi tapi hari kelahiran (birthday). Nah! tersalah tafsir lagi. Kenapa? sebab orang kita suka mengikut saja tapi meneliti dan memahaminya terlebih dahulu. Yang penting happy.

Gara-gara sambut hari jadi enam orang murid digantung sekolah. Saya setuju dengan tindakan itu. Mereka tidak berbudi bahasa dan buat perkara syok sendiri kerana buat perkara tanpa kebenaran. Namun masalah ibu bapa pulak yang membelah anak2nya yang buat salah di sekolah. Tindakan sekolah itu wajar kerana untuk pelajar mesti mematuhi peraturan di sekolah. Lagipun memang tepat ulasan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan bahawa hukuman atau tindakan gantung sekolah itu sebagai pendidikan untuk mengajar pelajar yang melakukan kesalahan. Namun beliau akan meneliti perkara itu selanjutnya.

Inilah masalahnya jika ibu bapa tidak memberi kerjasama kepada pihak sekolah. Bila buat tindakan ada sahaja yang tidak kena. Ibu bapa pelajar yang terbabit mengatakan tindakan sekolah keterlaluan kerana anak mereka digantung. Mereka terus menyalah sekolah. Kenapa begini jadinya? Apakah jadinya kerjasama di antara ibu bapa dan pihak sekolah ?

Hakikatnya pelajar berkenaan tidak patut buat majlis persendirian di sekolah tanpa kebenaran. Mereka berani tidak bertempat. Tindakan ini menunjukkan mereka tidak menghormati guru dan peraturan sekolah. Pihak ibu bapa sepatutnya tahu dan faham perkara ini. Ibu bapa sepatutnya tidak menyalahkan tindakan sekolah menggantungkan anak mereka. Memang anak mereka bersalah. Alasan akan menduduki peperiksaaan itu tidak munasabah kerana jika tindakan tidak dilaksanakan ia menjadi ikutan kepada pelajar lain. Nah! pihak sekolah akan dituduh tidak bertindak pulak!

Jadi yang perlu ibu bapa bagi pendidikan terbaik terhadap anak sendiri di rumah. Pendidikan bermula di rumah. Zaman saya, kuasa guru di sekolah dan di rumah ibu bapa saya. Kini saya menjadi orang dan sedar diri terhadap tanggungjawab sendiri. Ibu bapa zaman saya tidak ego dan tidak terlalu membelah anak tanpa usul periksa kerana mereka pandai menghargai tanggungjawab dan jasa sekolah.

Salam...

Sunday, May 16, 2010

Betul ke konsep rakyat didahulukan?

Isnin adalah permulaan hari di setiap minggu. Memang amat penting ia dimulakan dengan "mood" yang ceria. Hasilnya perjalanan tugas sepanjang minggu akan lebih mudah dan lancar. Insya allah semoga begitulah hendaknya. Apapun kita cuma merancang tetapi Tuhan jua yang menentukannya.

Namun apa yang berlaku pagi ini sabar saya telah tercabar. Tiba2 semasa nak belok ke arah pejabat jalan pulak tutup. Aduh! sakit hati di awal pagi. Minda pun terus berfikir apakah sebab jalan ditutup? Adakah perkara terlalu penting di atas jalan besar ini? Atau adakah orang2 besar akan lalu sekejap lagi? Tidak ada sebarang permakluman tentang penutupan jalan ini. Biasanya jika ada majlis akan dilaksanakan ia akan dimaklumkan di radio, tv dan akhbar.

Rupa2nya ada program Warna-warna Malaysia akan diadakan pada hujung minggu ini. Nah! masih jauh lagi masa majlisnya. Kenapa mesti tutupkan jalan? Tempat letak kereta pun sudah diletakkan pondok. Memang tidak ada tempat untuk tetamu kpkk (walaupun tempak itu disewa kepada DBKL) letak kereta. Sudah tentu ini akan menimbulkan kesulitan kepada orang lain. Mungkin ada yang tidak selesa atau ada yang merungut nanti. Maka, timbullah persoalan BETULKAH KONSEP RAKYAT DIDAHULUKAN JIKA SEPERTI INI JADINYA? Program ini untuk rakyat dan perlu diberi perhatian. Memang susah nak jawab sebab pihak penganjur yang mengaturnya.

Dalam era ini sudah pasti bukan mudah untuk melaksanakan konsep rakyat didahulukan pencapaian diutamakan jika kepekaan tidak dimiliki semua. Jadi apa yang perlu buatlah keja berpada2 dan hasilnya akan tercapai tanpa mengganggu perasan rakyat. Nah! gitu juga dengan program hujung minggu ini, tidak perlu jalan ditutup hari ini. Jika ada raptai tidak menimbulkan persoalan. Begitu juga dengan pondok di sepanjang sungai tidak perlu dibangunkan terlalu awal. Adakah pihak kontraktor mahu perjalanan sewa lebih lama? Kurang pasti pulak! Tapi apapun jadinya, cuba2lah fikir keselesaan orang sekeliling.

Kawasan Bangunan Sultan Abdul Samad ini tidak besar tetapi tetamunya ramai. Keadaan akan menjadi sesak apa lagi kawasan di depan sudah ditutup. Masuk ke bangunan di awal pagi pun susah apa lagi jika sudah menjelang tengah hari. Kini warga kerja KPKK sudah ramai di sini dan kereta pun banyak.

Sabarlah hati....

Kukuku sakit dipikul guru....komen pembakar semangat

Selamat Hari Guru....ucapan yang amat besar maknanya. Tanpa guru siapalah saya. Saya tidak ada di tempat sekarang ini. Guru adalah pemangkin saya membentuk kehidupan masa kini. ABC perubah segalanya. Selain itu ketegasan arwah bapa saya, (Judah bin Sompong) juga amat berperanan dalam hidup dan rentetannya ini. Dia sentiasa mengingatkan supaya hormat dan dengar cakap serta nasihat guru.

Ketika menjadi pelajar saya belum mengerti betapa besar peranan dan jasa seorang guru itu. Tapi yang berlaku ketika zaman persekolahan saya memang tidak pernah terlintas untuk melawan guru walaupun ada di antara mereka garang. Pernah suatu waktu itu saya kena marah dan kukuku dipukul dengan pembaris. Ini disebabkan saya memandang arah lain semasa dia mengajar subjek mematik. Saya masih ingat namanya Cikgu Hashim yang berasal dari Semenanjung (negeri tidak tau). Ketika itu saya dalam darjah enam di St Edmund's School. Betapa geramnya saya masa tu. Siap saya kena keluar kelas dan dijemur di bawah panas mentari. Habis satu badan berpeluh. Saya memberontak dalam hati ketika itu. Kesalahan kecil dan tidak disengajakan mendapat denda seperti itu. Sebenarnya saya tidak pernah bagitau bapa atau emak saya tentang hal ini kerana takut kena marah.

Saya amat perit melalui kelas mematik Cikgu Hashim. Rasa takut bertentang mata (berkaca mata) dengan beliau. Wajahnya amat serius. Sebab itu saya tidak minat subjek itu sehingga sekolah menengah. Ketika sekolah rendah saya minat subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah sehingga sekolah menengah. Saya mula menulis semasa dalam darjah enam. Ia lebih kepada cerita raja2 dan cuma khayalan saya. Selepas tulis (dalam buku latihan khas) saya edarkan kepada semua kawan2 sekelas. Mereka pun membacanya dan minta saya sambung lagi cerita itu.

Cerpen pertama saya ditulis dihujung tahun ketika dalam tingkatn tiga. Sebelum cuti panjang saya serahkan cerpen itu kepada Cikgu Isa (arwah) dan beliau beri komen yang menyuntik semangat saya menulis sehingga masa kini. Sayang seribu kali sayang saya tidak sempat menunjukkan hasil2 karya kepada beliau. Tulisan tangan Cikgu Isa dengan dakwat merah. Saya masih menyimpan cerpen tulisan tangan itu di kampung (harap adik2 di kg tidak membuangnya).

Ramai guru saya masih pahat dalam ingatan saya seperti Cikgu Laksi (cikgu semasa darjah satu) dan Cikgu Nurkata (arwah) di sekolah Rendah Pirasan Kota Belud. Selain itu, Cikgu Soi (ajar subjek Ilmu Hisab, Dia seorang yang tegas dan garang. Badannya kecil sahaja dan berkaca mata. Namun saya cuma sempat bersama mereka sehingga darjah tiga sahaja kerana semasa masuk darjah empat saya ditukar ke St Edmund's School kerana markah baik semasa satu ujian khas.

Setelah di sekolah menengah saya masih ingat betapa kelas saya suka jika cikgu sejarah masuk, iaitu cikgu Selamat. Dia ini best mengajar. Tidak payah tengok buku. Dia bercerita dengan menarik dan kami mendengar seronok. Cikgu Selamat ramai peminat sehingga dia kahwin dengan rakan semeja saya, iaitu Intan Pertemuan. Saya hadir mereka bersanding (semasa menunggu keputusan SPM). Ketika itulah saya perhatikan pabila cikgu jatuh cinta dengan murid maka dia akan guna kuasa untuk memanggil murid itu saya setiap hari. Saya pulak jadi peneman. Maklumlah dia kawan baik saya.

Aduh! terlalu banyak cerita tentang guru dan peristiwa ini. Akan disambung jika ada waktu...


Salam hari guru.....jasamu tetap dikenang dan terpahat dalam ingatan...

Tangan yang menghayun buaian itu....

Hidup dikandung adat, mati pulak dikandung tanah. Memang pun ia berlaku seperti itu. Mungkin ada kalangan generasi baru (juga yang lama) tidak melihat adat itu penting dalam hidup. Ya! tidak apa kerana tidak ada paksaan dalam hidup. Namun jika mati pasti dikandung tanah. Namun ada kalangan individu (mengikut kefahaman/pegangan masing-masing) meletakkan jasad seseorang itu dalam keranda khas. Tapi yang nyata ia tetap dimasukkan ke dalam tanah.


Pepatah itu wujud kerana kehidupan manusia berkaitan dengannya. Satu lagi pepatah yang segar Dialah Tangan Yang Menghayun Buaian Itu Boleh Menggoncang Dunia. Nah! bunyi pepatah ini agak gah dan suatu yang amat penting dalam melayari kehidupan ini. Kata2 ini memang ada kebenarannya dan ternyatakan buktinya ada di depan mata. Namun timbul pulak persoalan apakah benar semua wanita layak disamakan kedudukannya berdasarkan pepatah yang dahsyat ini.

Tangan seorang wanita itu memang ada kuasa yang tinggi nilainya. Dalam lembutnya mengayun buian itu memang tersirat kuasa . Di tangannya ada kewibawaan yang luar biasa. Buaian yang diayun itu menyebabkan seorang anak kecil membesar dan menjadi generasi yang disegani dan dihormati. Seorang Perdana Menteri yang gah di mata para rakyat adalah hasil ayunan buian seorang wanita. Tidak kira Perdana Menteri Malaysia, Perdana Menteri Amerika Syarikat, Perdana Menteri Arab Saudi, Perdana Menteri Jepun dan sebagainya. Mungkin mereka tidak tidur dalam buaian tetapi yang nyata mereka dibesarkan dengan belaian ibu tersayang.

Namun, dapat juga dinyatakan jika seorang wanita itu berjaya dalam hidupnya hasil kerja kuat memang tepat sekali dengan maksud pepatah ini. Tangan seorang wanita (ibu) mengayun buaian itu tidak dinafikan lembut tapi dia mempunyai jiwa yang kental dan kuat untuk berjuang dan berjaya. Ini dapat dilihat apabila kini Menteri Kabinet ada dari kalangan wanita. Perdana Menteri Wanita juga telah mencatat sejarah (berlaku di Filipina dan Pakistan). Wanita juga berjaya dalam dunia perniagaan (malahan bergelar jutaan ) seperti Datuk Maznah, Datuk Azlina, Rozita Sendayu Tinggi, dan ramai lagi. Mereka ini telah membuktikan bahawa kaum wanita itu boleh berjaya dalam dunia yang penuh cabaran ini dengan kecekalan yang mereka ada. Usaha tangga kejayaan. Kelembutan yang dimiliki itu adalah senjata yang tajam untuk menghasilkan impak yang berkuasa dalam cita2.


Ada juga yang menyatakan bahawa tangan yang mengayun buian itu menyebabkan berlaku impak negatif terhadap anak2 muda ( ada yang sudah tua) Nah! jika ini berlaku pastinya mereka ini tersasar jauh dari keupayaan untuk menggocang dunia. Bukan salah ibu mengandung tapi salah sendiri yang tidak menggunakan akal yang dikurniaankan Allah swt. Mungkin juga mereka tidak mengambil berat jasa ibu dan cuma sibuk dengan kepentingan diri sahaja. Lalu buaian yang diayun itu cuma tinggal kenangan di hati seorang ibu. Namun, doa seorang ibu akan mengiringi kehidupan anaknya. Jadi, tidak hairan juga berlaku cerita Si Tanggang (dongeng) yang derhaka dan akhirnya menjadi batu kerana tidak menghiraukan ibu yang amat merinduinya.


Secara kesimpulannya, pepatah tangan yang mengayun buian itu boleh menggoncang dunia sebagai perumpamaan terhadap usaha dan jasa seorang wanita (ibu) yang membesarkan anaknya sehingga dewasa. Anak itu pula membesar dengan didikan yang padu dan menjadi pandai serta menjadi seorang yang berjaya dalam hidupnya sehingga menjadi pemimpin, peniaga, penulis, pelukis, dan sebagainya. Pepatah ini akan menjadi pusaka bangsa dan tercatat dalam sejarah kehidupan manusia sejagat terutama di kalangan orang2 Melayu.

Salam buai laju laju....

Friday, May 14, 2010

4 jenis manusia

Manusia atau insan adalah makluk Allah yang paling istimewa dan bertuah di bumi ini. Namun setiap individu itu mempunyai cara, identiti dan tabiat masing2 dalam menempuh kehidupannya. Cuma mungkin ada di antaranya pandai membawa diri dan menyembunyikan dirinya yang sebenarnya di mata orang lain.

Sehubungan itu, Khalil bin Ahmad menyatakan darjat manusia terbahagi kepada empat, iaitu:

i. Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa dia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

ii. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian kian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

iii. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

iv. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

Lalu anda dalam kategori mana?

Warisan Negara tinggi nilainya

Saya terbaca di akhbar bahawa Penjara Pudu akan dirobohkan untuk dijadikan kawasan Pusat Bandar. Aduh! adakah para pejuang pembangunan sudah lupa akan kekayaan nilai penjara pudu itu? Mungkin juga keuntungan lebih penting daripada memelihara budaya warisan bangsa. Apa lagi jika kita hayati lukisan2 tangan sepanjang bangunan yang mencorak sejarah tersendiri itu. Kesan sejarah akan hilang dek bangunan yang tinggi nanti dengan kedai2 mewah yang menjual barangan jenama luar negara. Ia menjadi kawasan elit dan rekebantuk moden. Selain itu mereka yang mampu sahaja yang datang ke tempat itu nanti atau sekadar menjadi lokasi anak2 muda lepak sahaja. Lot2 kedai itu nanti akan disewa oleh golongan tertentu sahaja. Kaum bumiputera biasanya tidak mampu kerana sewanya mahal. Mereka kebanyakan bermodal kecil dan tidak sanggup berhutang banyak. Nah! mereka cuma mampu berniaga di gerai2 kecil. Apakah keuntungan moral dan budaya akan diperolehi?

Namun jika penjara pudu tidak dirobohkan tetapi dipulihara dan dipelihara seperti Bangunan Sultan Abdul Samad sudah tentu ramai yang tabik kepada Kerajaan atau Syarikat yang berkenaan. Dengan cara ini juga kawasan itu boleh dijadikan pusat komersial dengan ciri2 budaya warisan yang indah dan menggamit memori orang yang datang dan berniaga di situ. Fokus dan pendekatan perniagaan biarlah tidak terlalu moden tetapi semua klas pembeli tertarik untuk berkunjung dan membeli belah ke tempat berkenaan. Barangan boleh berjenama dan tidak berjenama termasuk pelbagai barangan kraf.

Penjara Pudu adalah budaya warisan. Kewujudannya mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Temboknya bercorak warna warni itu hasil kerja tangan pelukis tempatan menjadi identitinya . Nah! jika ia dirobohkan sudah tentu segala identiti itu akan ranap begitu sahaja. Lalu penjara pudu cuma jadi kenangan dalam sebutan. Foto2 lama cuma jadi tetapan generasi seterusnya sahaja atau dijadikan poskad untuk dijual.

Kita jangan terlalu mengejar keuntungan komersial semata2 tanpa mementingkan budaya dan warisan yang menjadi pusaka bangsa. Saya pernah melawat penjara yang berusia beratus tahun di luar negara yang telah dijadikan muzium. Memang suasananya luar biasa dan menarik. Malahan sehingga sekarang kenangan saya melawat tempat itu masih kuat dan terbayang2 jika tengok foto2 lawatan serta memang teringin untuk melawatnya semula. Ketika lawatan bersama rombongan YB Menteri KEKKWA itu pelbagai cerita seram, sedih dan menyakitkan hati diutarakan. Malahan undang2 di negara British itu lagi teruk kerana sekadar mencuri sekeping roti seorang kanak2 dipenjara di sudut kecil (masih kekal keadaannya) . Macam2 suara tangisan, jeritan dan rayuan diputarkan ketika itu. Jadi, apa salahnya tempat hukuman di penjara pudu seperti tempat gantung, bilik2 kecil dan gelap dan lain2 itu dikekalkan supaya apabila orang melawat ia boleh menimbulkan kesedaran.

Sebenarnya tidak rugi jika ia terus dengan indentitinya cuma perlukan 'make-up 'terbaru dan sesuai pengisian dalamannya. Ia boleh dijadikan tempat pembelajaran, pengajaran dan rujukan bagi pelajar. Malahan ia juga mengelakkan generasi kini melihatkannya bukan sekadar replika sahaja. Ia juga boleh dikaitkan dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005. Namun apa yang penting sifat perihatin dan sayangkan warisan serta kreatif itulah yang menjamin penjara pudu boleh menjadi komersial tanpa meranapnya di muka bumi ini.


salam warisan...

Thursday, May 13, 2010

13 Mei cabaran berdarah

Peristiwa 13 Mei sudah 41 tahun berlalu. Satu jangka masa yang agak panjang. Mereka yang memahami punca tercetusnya peristiwa berdarah itu adalah kalangan mereka yang berusia lebih 60 tahun sekarang. Ia merupakan perbelahan kaum yang telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah. Ia satu kerugian kepada negara. Memang perit dikenang terutama bagi mereka yang merasainya. Apa lagi jika ada kalangan keluarga dan rakan taulan menjadi korban. Ketika itu darah merah mengalir tanpa sekatan.


Ini akibatnya jika tidak dikawal perasaan teruja terhadap kuasa. Ketika itu baru habis proses pilihanraya umum. Kenapa mesti perkara itu berlaku? Rasanya antara sebab emosi menguasai akal. Akal menjadi cetek dan hati seolah2 mati. Oleh itu perlu dihimbaskan betapa rakyat berdepan dengan kesusahan disebab peristiwa hitam 13 Mei itu. Ia merupakan sejarah berdarah yang perlu menjadi teladan dalam perjuangan masa kini. Lalu perpaduan yang ada sekarang hendaklah dijaga dengan mengamalkan nilai2 murni serta menghormati perundangan negara.


13 Mei cabaran berdarah dalam minda generasi lama yang menjadi nostalgia trajik. Rentetan daripada itu generasi sekarang hendaklah mengambil ikhtibar supaya tidak memainkan perasan sentimen kaum. Ini disebabkan banyak lagi intipati perjuangan yang perlu dilaksanakan. Bertindak terlalu aggesif pun bukan suatu yang terbaik. Emosi yang terlalu membuak2 untuk pembaharuan sehingga menganggap reformasi itu jalan terbaik pun tidak tepat. Perlu dinyatakan di sini bahawa di kalangan mereka yang terlibat dengan politik hendaklah peka supaya mengawal diri dan 'pemain-pemain' yang cuba bertindak pandai dan menunjukkan belang sehingga menyentuh perkara yang boleh menyinggung perasaan kaum2 lain. Isu2 tertentu seperti tohmahan yang menimbulkan kecurigaan dan keraguan mesti dihentikan. Kita tidak mahu rakyat menjadi keliru, marah, benci dengan negara sendiri serta tidak menghormati perlembagaan negara.

Cukuplah dengan berlakunya tragedi Kampung Medan, Peristiwa Mamali dan Rusuhan semasa reformasi yang menyebabkan kematian dan kerosakan yang bukan sedikit nilainya. Kenapa mesti menyokong perkara buruk ini? Adakah kerana mahu berjihad? Apakah cara ini yang paling canggih? Atau ingin menjadi pejuang negara agar nama terpahat di kanvas sejarah? Jika begitulah niatnya, ia amat memalukan. Hentikan saja kerana ia mencacatkan sejarah negara yang telah dibentuk oleh pejuang-pejuang berhati bersih dan suci sebelum ini. Mereka berjuang bukan kerana wang dan pangkat (bukan seperti sekarang- tidak semua barangkali) tetapi demi tanah air negara tercinta, Malaysia .

Adalah dicadangkan supaya Peristiwa 13 Mei ini menjadi garis panduan untuk berjuang tanpa melanggar patang larang yang sepatutnya. Perbezaan pendapat dan pandangan adalah adat dalam mentadbir. Begitu juga dalam perjuangan. Namun hendaklah ditangani dengan bijaksana serta menjurus ke arah kebaikan sambil menerima segalanya dengan hati terbuka tanpa dengki serta khianat.

salam politik yang murni...

Wednesday, May 12, 2010

Bila ada penyesalan cintapun pudar...

Hari ini berita dalam akhbar penyesalan seorang wanita dan anak yang tinggal di Lambok. Dia telah melarikan diri kerana cinta dan tinggalkan keluarga di kampung tanpa berfikir masa depannya di bumi sebarang ini. Setelah dekat sepuluh tahun berjauhan dari keluarga dan hidup susah barulah teringatkan ibu dan kampung halaman. Kini hidup dia bersama anak terpaksa kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Di manakah tuah yang dia cari bersama lelaki (Kini suami) idaman itu? Nah! sudah tentu cuma ikutkan rasa dan cinta yang tidak masak sahaja ke sana.

Mereka membawa diri ke Lambok untuk menyemai cinta yang entah di mana murninya. Mereka berkahwin dan dapat anak. Namun usaha dan perancangan tidak ada sama sekali. Kata2 suami cuma di bibir untuk membela nasihnya bersama anak2. Ini disebabkan suaminya kini tidak bekerja. Sebaliknya dia yang bekerja sekadar membuang kulit kacang pagi dan petang. Pendapatan itu tidak cukup untuk menampung segala keperluan hidup.

Ternyata bila penyesalan berlaku cinta wanita itu tercabar dan mungkin pudar. Semangat untuk balik kampung mula terkobar2. Adakah kepulangan itu suatu yang membahagiakan keluarganya? Atau menambahkan beban ibu yang telah ditinggalkan sekian lama. Anak sudah lima orang dan semua perlukan kehidupan. Anak2 dalam proses membesar. Sudah tentu memerlukan banyak wang. Itulah terlalu ikut nafsu cinta sehingga sanggup membina kehidupan bersama jejaka sebarangn tanpa restu. Dia kononnya ingin mencipta bahagia dengan orang yang disayangi walau ke mana perginya asalkan hidup bersama.

Cinta yang datang dari jauh perlukan penelitian yang rapi. Restu keluarga mesti diutamakan. Perancangan baik hendaklah dibuat untuk menempuh kehidupan agar lebih terjamin. Usaha kena berlipat kali ganda. Insya allah hasilnya akan diperolehi kemudian.

Ibu si wanita itu mula dilanda kerisauan mengenangkan anak di rantauan hidup tidak keruan. Sempena hari ibu itu bukan dia menerima sejambak bunga kasih seorang anak tetapi sebaliknya beliau terima sepucuk surat rintihan seorang anak. Kini fikiran ibu wanita itu tidak tenang kerana gara2 dia memberitahu masalah yang diciptanya sendiri.

Sayang2 buah kepayang, ditelan mati dibuang sayang. Sayang memang mahu panjang, namun hidup di rantau bagai hidup terbuang...

Alahai...

Hati terus terluka keratan akhbar punya pasal.

Aku cuba menghadapinya dengan hati waja. Aku ingat menjadi insan kebal dan kuat jiwa. Sabarku tercabar. Aku insan biasa walaupun kental manapun sabarku tentu sesekali goyah jugak. Nah! aku tetap teringat pada kata2 yang belum pasti benarnya. Setiap kali di pejabat ia singgah di benak fikirku. Ah ! masakkan pokok bergoyang jika tidak ada angin bertiup. Bisik hat kecilku. Apakah sebenarnya yang mereka inginkan? Di manakah kejujuran? Sudah hilangkah kemurnian hati? Aku kesal perkara ini berlaku? Mungkin ada yang suka aku dan geng kena marah? Atau saja mencari kemegahan sendiri? Mungkin terlupa kewujudan kami dengan kerja berkenaan sudah sekian lama di situ? Entahlah...

Hatiku terus berdarah. Terguris luka. Pedihnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku sedaya upaya membuangkan segala kata2 amat kubenci itu. Namun dia tetap menerpa dalam ingatan. Sesekali aku lafazkan dengan kawan2 seunit. Ada juga kesal sebab pernah suatu ketika itu Seorang petugas (ada pelajaran tapi ilmunya cetek) tidak menggunakan memo semasa memajukan hasil tugas. Ah, sudah lama berlalu. Dan dia sudah melaksanakan apa yang aku minta.

Kini berulang lagi ingatan..."Saya tidak terima keratan akhbar ..." siapa sumber sebenarnya ucapan ini. Bos baru aku kata orang di pejabat orang besar. Katanya pengawai kuat media. Betul ke? Dia nampak baik. Sanggupkah dia buat perkara itu. Setiap pagi unit saya sibuk membaca dan memyediakan keratan akhbar itu. Aku pulak terus risau jika lambat siap. Malahan aku sendiri sesekali ikut serta buat kerja itu. Tidak pernah mereka sarapan awal selagi kerja untuk keratan akhbar itu tidak beres. Setiap pagi sebelum jam 9.30 pagi mesti dihantar ke pejabat orang besar. Inilah kedudukan sebenarnya.

Adakah ia berlaku disebab pembantu peribadi tidak sampaikan fail keratan itu. Benarkah seperti itu? Aduh! persoalan ini mengganggu mindaku. Atau ada lain orang lain yang menjadi sumber dan sampai kepada bos aku? Aku amat terkilan setiap kali jumpa dia kes ini akan diucapkan. Memang sakit dan menyakit.

Ya Allah engkau Maha Pengasih, Maha Pemurah dan Maha Pemberi. Hanya pada-Mu aku meminta. Tunjukkanlah kebenaran bahawa segala ucapan itu tidak benar kerana setiap pagi selama kami bertugas di situ keratan akhbar tetap dihantar seperti biasa. Tunjukkan Ya Allah. Biar mereka yang membuat tuduhan itu( mungkin ingin mendapat nama terima balasan -hati mereka tidak tenang sepanjang bertugas)

Aku tidak niat untuk menuduh Ya Allah tapi biarlah mereka yang berkenaan itu Engkau beri balasan yang menyebabkan jiwa dan hati hamba-Mu ini terganggu. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku meminta. Tiada Tuhan disembah selain Allah SWT. Aku terlalu tercabar ya Allah....

Ampunilah aku Ya Allah...

Tuesday, May 11, 2010

Telinga panas lagi...

Kerap sangat saya mendengar ayat...tidak memberi kerja (ye ke?). Satu lagi.....pejabat YB menteri tidak menerima keratan akhbar itu. Aduh bagi kaca terhempas ke batu. Pecah berderai. Remuk rasanya. Ayat2 ini wujud di waktu2 unit pr nak digabungkan dengan bahagian dan unit lain. Ada2 saja cerita yang boleh menjejaskan semangatku bersama kawan2 lain. Kenapa ayat2 ini tercipta. Apa tujuan di sebaliknya?

Saya terus mendengar walaupun cuping panas membara. Hati terus tertanya2. Kenapa begini jadinya. Hari ini terdengar lagi frasa itu. Hati tersinggung. Pejabat YB menteri tidak terima keratan akhbar. Nah! setiap hari sebelum 9.30 keratan itu dihantar. Jadi kemana perginya. Memang hairan dan pelik. Hilang ke tiba2 keratan akhbar itu. Berdarau darah saya sehingga saya minta ditanya kepada Setiausaha Media. Katanya tidak pernah komplen. Namun bagaimana frasa itu wujud siap disebutkan nama beliau. Ada lagi ayat baru...sekarang baru terima. Begitulah dinyatakan. Selama ini dihantar setiap pagi berserta memo. Adakah keratan itu terus ke bawah meja atau memang tidak mahu tengok. Atau tidak sampai ke tangan dia. Atau sengaja direkacipta. Terkilan dengan kata2 berkenaan.

Tertanya2 lubuk hati apakah sebab segalanya ini wujud? Di manakah semangat bekerjasama. Terus komplen saja. (untuk apa ye? adalah lebih baik bertanya terus kepada saya) Andai khidmat kami tidak penting atau tidak diperlukan lagi baik kami berundur. Saya tidak mahu terus difitnah. Bukan mudah untuk melupakan benda yang tidak benar. Entahlah sejak seminggu dua ni memang saya agak kurang motivasi. Terasa macam terpinggir dan tidak dihargai.

Prinsip saya tidak mau menjatuhkan orang lain demi kepentingan sendiri. Jadi saya hairan unit saya selalu kena komplen demikian sedangkan kami tidak kacau orang. Skop kerja dilaksanakan seperti biasa kecuali ada arahan urgent. Mudah2an saya bersama kawan terus sabar menghadapi situasi ini. Kami akan berkhidmat selagi boleh.

Telinga panas memanjang pun menyebabkan fikiran tidak tenang. Sesekali jiwa memberontak. Lalu timbul prasangka. Saya tidak mahu perkara ini menguasai kewarasan diri. Bagaimana untuk menghentikan perkara ini. Setiap kali mesyuarat atau berbincang setiap itulah ia disebut. Kenapa ye? Namun, selepas itu dinyatakan (mungkin nasihat) pula tutup buku lama buka buku baru. Lupakan yang lama. Mula hidup baru. Tapi macam mana tutup dan buka jika sering perkara yang melukakan hati itu disebut2.

Ya Allah! bagikanlah aku kekuatan. Tunjukkanlah kebenaran yang kerja sebenarnya dilaksanakan. Bagikan petunjuk bagi mereka yang tidak bercakap benar dan punya niat yang tidak bersih (sekiranya ada).

salam telinga panas - jiwa terluka

Monday, May 10, 2010

Berakhirnya sebuah penghidupan

Hidup di dunia ini tidak ada yang kekal. Semua makluk akan kembali kepada-Nya jua. Kematian itu satu perjanjian yang setia dan pasti datang. Sebab itu kita digalakkan berusaha seolah hidup selamanya dan beramallah seolah esok matinya. Perlu berusaha untuk menempuh kehidupan supaya mendapat kedamaian, kebahagiaan, ketenangan, kesenangan dan kekayaan. Malahan kita juga lebih baik ramai kenalan dan kawan berlandaskan kejujuran dan keikhlasan . Kerana bila kita meninggal dunia yang ditinggalkan cuma nama dan kebaikan2 yang kita laksanakan. Saudara mara, sahabat andai serta kenalan akan terus mengingati. Dan adalah menjadi tugas kita mendoakan mereka yang telah meninggal dunia.

Manakala beramallah seolah esok akan mati secara simboliknya menekankan supaya kita sentiasa menurut segala perintah Allah SWT. Melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan semua yang dilarang. Amal ibadat tidak perlu ditangguh atau mengikut arus waktu. Ini disebabkan kematian itu tidak ada lonceng khas berbunyi supaya kita tahu tarikh dan masa ia datang.

Hari ini saya bersama kawan2 menziarah isteri seorang sahabat yang meninggal dunia petang semalam. Dia memang sakit tapi belum lama. Cuma penyakitnya saya kurang pasti. Yang jelas saya nampak ketika dikapankan tadi badannya tidak nampak susut. Cuma mukanya pusat tapi sembam. Macam darah dia tidak dipam dengan betul. Andaian saya sahaja. Anak2 dia ramai menguruskan dia dimandi dan dikapankan. Cuma mereka buat di ruang tamu rumah dan disaksikan oleh ramai orang. Saya maklumkan dengan kawan jika di tempat saya mayat itu akan diletak di sebelah tabir. Ini disebabkan bagi mengelakkan dia dipandang oleh mata yang tidak baik pandangannya. Mudah2an rohnya dicucuri Allah rahmat.

Sepanjang berada situ juga saya tidak dengar orang membaca yasin terutama di kalangan orang perempuan. Mungkin mereka sudah baca atau sekadar datang ziarah saja. Selain itu, saya dimaklumkan anak yang tidak datang menjenguk sejak sekian lama juga ada hari ini. Aduh! sudah meninggal baru sibuk nak tengok. Kalau saya baik dia tidak payah datang. Tambahan pulak orang sudah ramai dan mereka boleh membantu jika perlu. Entahlah budak2 sekarang. Terlalu ikutkan hati. Tambahn lagi bila boleh hidup sendiri.

Kini, berakhirnya sebuah kehidupan. Yang hidup perlu teruskan tugasnya untuk dunia dan akhirat. Sang suami kena pintar sesuaikan diri segalanya buat sendiri. Tidak usah harap anak2 (walaupun ramai) kerana mereka juga ada urusan tersendiri. Anak2 sekarang kurang peka dengan keperluan keluarga. Tidak faham, kurang faham atau pura2 tidak faham, macam2 boleh berlaku.

Selamat tinggal dunia. Kenangan dibawa dengan sebuah kematian yang belum pasti apa yang terjadi seterusnya. Dunia ini cuma pinjam2an akhirat juga yang kekal. Semoga roh arwah itu dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang beriman....

Sunday, May 9, 2010

Sejarah berulang - Pelajar AF terkeluar akan menang?

Jika kita suka sesuatu itu maka dengan cara apapun akan diusahakan untuk mendapatkannya. Begitulah juga dengan program realiti hiburan tv AF 8. Ramai pelajar telah tersingkir. Dan yang terbaru ialah Farina. Memang sesuai pun dia terkeluar malam itu kerana jika saya nilai dia antara yang kurang mempesonakan persembahannya. Namun yang berkuasa memilih ialah jumlah undi. Kebetulan undi paling kurang memihak kepada dia.

Pada akhir rancangan satu kejutan memasukkan semula semua pelajar yang tersingkir sebelum ini. Nah! satu strategi bagus pihak akademik untuk memberi peluang kepada pengundi mengembalikan seorang pelajar ke akademi. Siapakah mereka yang terpilih? Mungkinkah shahrir atau Alif? Atau ada di antara pelajar wanita yang bakal datang lagi ke akademi. Susah untuk diramalkan kerana undi yang menentukan kedudukan mereka.

Pengetua AF8, saudara Norman KRU pernah menyatakan bahawa jarang kita menemui pelajar seperti Shahrir yang mempunyai pakej sebagai penyanyi lelaki. Wow! komen yang amat jarang kita dengar daripada saudara Norman yang terkenal sifat teliti dengan percakapan serta kerjanya. Ada juga yang berpendapat Alif pun bagus kerana jarang2 artis mempunyai suara benar2 jantan. Namun saya dengar juga suara seperti itu kurang mendapat perhatian di musim ini. Setakat mana kebenarannya kita pun kurang pasti.

Sebelum ini sejarah AF telah mencatat pelajar yang terkeluar akan berjaya ke peringkat akhir dan menang pulak tu! Adakah musim ini akan berulang. Macam tak bestlah jika perkara yang sama berlaku. Setiap kali pelajar yang tersingkir maka mesti selamat hingga ke akhir. Nampak sangat pelajar yang tidak pernah tersingkir agak kurang bakat dan tidak bagus. Atau pengundi kurang berkualiti. Aduh! susah juga kita komen.

Kita ambil contoh Mawi, Linda dan Aril di musim yang lalu. Ketiga-tiga mereka menang dan popular kini. Yang paling menonjol artis juara sms ialah Mawi , padahal dia awal2 lagi telah tersingkir iaitu semasa persembahan prelude. Begitu juga dengan Linda. Manakala Aril pulatersingkir di saat2 akhir, dan Pengetua AF ketika itu Datin Seri Tiara sendiri tak setuju dia terkeluar. Nah! akhirnya dia masuk semula.

Kini apakah realiti akan berlaku lagi pelajar yang masuk semula itu akan menang lagi? Siapakah yang menjadi pilihan pengundi? Atau kata2 juri akan punya kuasa tertentu untuk pelajar itu menang? Yang jelas Pengetua AF8 sudah memberitahu bahawa dia telah ada rancangan untuk pelajar seperti buat single dan sebagainya.

Apa ada lagi kejutan yang luar biasa akan berlaku?Adakah pelajar AF8 akan popular seperti Adam di bawah naungan KRU Production? Kita sabar dan tunggu ye...

Salam hiburan...

Ikan masin laris di China

Ikan masin itu masin tapi sedap jika dibubuh limau atau masak lemak. Ia merupakan makanan tapi dalam kategori lauk pauk. Hakikatnya, hidup perlu makan di manapun berada. Makanan pula pelbagai jenis dan rasa. Jika makanan tidak ada maka kebuluranlah jadinya. Kesihatan manusia juga akan terjejas. Malahan mungkin juga ada yang akan meninggal dunia. Begitulah terjadi di negara2 miskin atau dalam keadaan tidak aman.

Nah! kita bicara tentang makanan di negeri China. Seorang kawan menceritakankan bahawa pengalamannya semasa membuat program masak memasak di negara itu. Ia antara negara terawal menerima kedatangan agama Islam . Jadi tidak hairan ia mempunyai penduduk Islam yang ramai .

Katanya orang2 China suka makan. Salah satu makanan yang laris ialah ikan masin masak lemak. Jadi, semua ikan masin yang mereka bawa habis dijual di sana. Lalu saya bersama adik Ifa dapat idea untuk membekalkan ikan masin ke China. Kami pun rancang dan kira untung dan rugi juga pembekal. Tidak lama ketika bincang itu datang seorang kawan (juga minat berniaga) menyatakan ada kawan pembekal ikan masin. Nah! tambah cerah rancangan berniaga ke luar negara itu. Aduh! tinggi angan2 kami. Saya pun kata akan bertanya kepada seorang kawan yang akan balik dari Shanghai . Boleh tanya dia tentang cara dan pendekatan perniagaan di negara berkenaan.

Saya pun berjumpa dengan dengan Amm yang baru balik dari Shanghai. Kami pun bincang tentang cerita ikan masin itu. Namun katanya, dia menghadapi masalah di sana mengurus barangan yang di bawa dari Malaysia untuk program sempena Minggu Malaysia di Shanghai. urusan kastam Shanghai ketat dan susah sekali.

Nah! melihat keadaan demikian maka sudah tentulah berniaga ikan masin pun akan menghadapi masalah dengan pihak kastam. Negara China memang mengamalkan tidak menggalakkan barangan dari luar masuk ke negaranya. Setiap barangan yang di bawa masuk dikenakan cukai lebih kurang 60% dari harga asal. Banyaknya cukai kena bayar. Namun yang jelas mereka memudahkan barangan dari negaranya dibawa keluar. Jadi, inilah polisi mereka untuk memajukan barangan yang diperbuat di China. Kini, ternyata barangan buatan China merata2 dijual di seluruh negara.

Negara China mahir membuat barang2 tiruan yang mempunyai kelasnya tersendiri. Tudung kepala, baju kurung, sejarah, talkung, kemeja, seluar, beg tangan, kaca mata, dan pelbagai jenis hadiah dibuat oleh tenaga di negara itu. Sepanjang yang dapat saya lihat di Kuala Lumpur berlambak barangan China sepeti di Jalan Kenanga, Wisma GM, Jalan Petaling, Chow Kit dan banyak lagi. Begitu juga di kota metropolitan London banyak hadiah2 kecil hingga besar (mahal dan murah) kebanyakannya dari China. Begitu juga berlaku di Madinah dan Mekah, kebanyakan barangan di Kedai 2 riyal adalah dari China. Di Indonesia pun banyak barangan dari China.

Lalu orang China memang terkenal dengan dunia perniagaan dan mencapai kejayaaan demi kejayaan. kebetulan kos pengeluaran dan buruh pun murah dan tidak membebankan pembekal.

Banyak kilang dibina di merata negara itu yang kebetulan mereka mahir membuat barangan branded yang mempunyai kualiti yang baik tapi boleh dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding yang original. Namun buatan barangan itu tidak nampak tiruan jika seseorang itu tidak mahir dengan barangan berkenaan.


Jadi macam mana nak bawa ikan masin ke China? Kawan kata dia akan bertanya dulu cara dan strategi yang terbaik untuk memasarkan barangan berkenaan. Jika berjaya maka akan berlakulah perniagaan eksport dan import. Satu kejayaan untuk negara ini dalam pertukaran barangan yang tradisional. Mudah2an angan2 itu nanti akan menjadi kenyataan. Amin.



salam...

Saturday, May 8, 2010

Jasa ibu tidak terbalas sepanjang hayat

Syorga di bawah telapak kaki ibu. Jasa ibu tidak terbalas sepanjang hayat. Kekayaan yang diberi kepadanya hanya sebahagian daripada menghargai kasih dan sayangnya. Hakikatnya segala kewujudan kita di bumi ini kerana lahir dari rahim ibu. Dia mengandung selama 9 bulan. Bukan mudah untuk mengandung dan berdepan dengan kerenah kehidupan. Namun seorang ibu tetap tabah dan gembira menanti sebuah kelahiran. Kesabarannya tidak ternilai harganya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi. Namun dia tetap tersenyum membelai perutnya. Jiwa seorang ibu itu murni.

Nah! kini telah diwujudkan Hari Ibu. Pelbagai rancangan diatur untuk meraihkan Hari Ibu. Penghargaan untuk hari istimewa itu patut dipuji. Ketika ini semua lagu2 berkaitan ibu kerap disiarkan di sorong2 radio. Begitu juga rancangan di televisyen. Drama tentang ibu dalam bahasa Melayu dan Inggeris juga bahasa2 lain pun disediakan sempena perayaan hari berkenaan.

Bagi saya setiap hari adalah istimewa untuk ibu. Saya pasti menelefon ibu. Dan ibu saya pun tidak menunggu Hari Ibu untuk meraihkan dia sebab kami adik beradik sentiasa menghargai dia. Saya tidak pernah menunggu Hari Ibu setiap tahun. Namun biarlah mereka yang meraihkan Hari Ibu dengan cara tersendiri. Yang penting setiap orang hendaklah menghargai jasa ibu dengan penuh keikhlasan dan keinsafan.

Ibu hanya seorang. Dia tidak boleh ditukar ganti berbanding dengan suami atau isteri. Suami atau isteri boleh diganti jika jodoh masih ada. Dan jika seseorang itu tidak lagi sesuai boleh mengambil jalan untuk tidak bersama. Nah! nyata suami atau isteri tidak mustahil boleh mendapat ganti yang lebih baik dari sebelumnya. Cuma perlu dinyatakan ada sesetengah orang sanggup patuh dengan isteri misalnya sehingga sanggup membelakangkan ibunya kerana sayangkan isteri. Bagi saya jika isteri seseorang itu tidak menyayangi ibu suami baik dia bertaubat dan nilai diri semula. Itu tindakan sewajarnya kerana suaminya tidak ada tanpa ibunya. Begitu juga dengan seorang suami, tidak wajar terlalu tamak sehingga melarang isteri berbakti kkepada ibu. JIka berlaku demikian bererti akhlak dan imannya belum lengkap.

Seseorang anak lelaki tetap bertanggungjawab terhadap ibunya walaupun punya isteri yang canti dan kaya raya. Jangan berlaku seperti dongeng SiTanggang tolak ibu kerana takut kehilangan isteri dan kekayaan. Maka, jadilah dia sebuah patung yang tidak berguna dan tersandai di tepi pantai. Inilah menjadi pengajaran supaya semuanya celik terhadap pengorbanan ibu itu perlu ditatang dan menjaga ibu sepanjang hayat.

Hakikatnya jasa ibu tidak terbalas walaupun dengan emas sekoyan . Ia bukan ukuran kerana harta hanya melengkapkan pencapaian kehidupan. Ibu melahirkan dan membesarkan anaknya tanpa rasa jemu dengan kerenah anaknya. Setiap hari doa dipanjat supaya anaknya hidup senang dan gembira. Kasih sayang ibu sepanjang hayatnya.

Sepanjang hayat kita ibu adalah segalanya. Tidak perlu tunggu Hari Ibu untuk menyayanginya. Hari Ibu sekadar peringatan asas terutama bagi mereka yang terlalu sibuk(agaknya begitu). Namun, bagi saya kita mesti memberi sebahagian ruang hati untuk menyimpan ingat, kasih, cinta dan rindu untuk ibu. Adalah baik selalu menelefon ibu bertanyakan keadaan, sudah makan ke belum dan apa program terbaru dia.

Memberi barangan untuk dia merupakan bonus untuk gembirakan dia. Setiap saya balik kampung saya wajibkan diri beli sesuatu untuk. Begitu juga apabila saya melawat atau bertugas ke luar negara dalam senarai yang pertama adalah nama ibu untuk dibelikan ole-ole. Memang sentiasa ingat dia berbanding senarai yang lain.

Ada juga kalangan kawan2 bercakap mereka terlalu sibuk uruskan anak, suami dan kerjaya sehingga jarang dapat telefon ibu di kampung. Amat sedih dengan cara ini. Ketika ibu membesarkan dia, ibu tidak pernah lupa menyusukan dia walaupun sibuk dengan kerja rumah dan lain2. Jadi kesibukan bukan satu alasan yang murni untuk mengelakan seseorang itu tidak berhubung dengan ibunya.

Yang menyedihkan lagi ada kalangan ibu yang mempunyai anak ramai dan berjaya terpaksa duduk di rumah kebajikan. Ada di antaranya sebab anak2nya sibuk dengan kerjaya dan tidak sanggup lagi melayan kerenah orang tua seperti ibunya. Betapa kotornya hati seorang yang sanggup menghantar ibunya ke rumah kebajikan sedang dia mampu menggajikan orang untuk menjaga ibunya semasa dia keluar untuk bekerja.

Apapun yang diperkatakan tidak alasan yang sebaik2nya memperkatakan jasa ibu selain sebagai anak mestilah sentiasa menyayani dan mencintai ibunya. Segala cabaran menjaganya tidak semudah ibu menjaga dan membesarkan anaknya sejak bayi. Kita perlu insaf dan terus insaf bahawa jasa ibu tidak akan terbalas walaupun dengan segunung harta. IBu adalah ratu hidup kita.

salam sayang ibu...

Beli belah penawar tekanan

Benarkah membeli belah itu mengubat segala keresahan? Betulkah ia sebagai penawar bagi sesuatu tekanan? Ada cerita berkaitan, iaitu ....Gerak hati memang ingin keluar berjalan2 hari ini. Mula2 saya sms kepada seorang kawan, namanya manis - ruzita (ita). Lalu kami putuskan untuk keluar bersama. Agak lama kami tidak pergi berjalan2 sambil membeli belah. Kami menuju ke pusat membeli belah Sogo. Saya tidak rancang mahu beli sebarang barang. Yang nyatakan Sogo buat jualan murah (memang selalu buat sales).


Langkah pertama masuk kedai Mac. Ita mahu beli lipstik. Kami sering ke situ memang untuk lipstik. Warnanya best dan sesuai dipakai. Agak ramai orang membeli di Mac. Tiba2 saya teringat mahu beli blusher kerana yang sedia ada agak lama. Saya cuba dua warna yang kedua2 tidak jauh beza. Warna itu sesuai untuk ke pejabat. Seronok betul ketika memilih blusher itu. Siap cuba pelbagai warna lipstik.


Selepas itu kami singgah di kedai Kiehl's yang telah dihasilkan sejak tahun 1851. Ia kurang terkenal di negara ini. Hati saya tergerak untuk membeli shampoo rambut gugur. Ia kebetulan ada di situ. Namun bila tengok barang2 kesihatan kulitnya berkualiti dan ia bahan yang masuk ke farmasi saya pun tergerak untuk beli barangan untuk muka. Seronok memilih barangan untuk kesihatan muka. Harganya patut.


Yang menggembirakan lagi kami ialah dapat pula kupon RM90.00 untuk membeli barangan lain. Tanpa membuang masa kami ke bahagian pakaian wanita. Saya terpesona dengan Tshirt Vior. Begitu jugak dengan Ita. Selera masih bersambung untuk melihat dan melihat lagi. Tiba di satu sudut kami tertarik untuk mencuba jeans jenis G&H. Sedap dan selesa dipakai. Harga pulak ada diskaun. Kami beli selepas mencuba beberapa saiz. Saya beli saiz 29 tapi longgar sikit namun boleh pakai tali pinggang.


Sepanjang berada di Sogo hati saya riang dan tidak ada tekanan langsung. Namun saya perlu telitikan bujet yang saya mampu. Sebelum ke Sogo kami sempat singgah di kedai yang menjual barangan kulit dan branded. Kebanyakannya dari luar negara seperti pelbagai jenis kasut, jam dan beg tangan. Melihat barangan itu saya teringat Jalan Surabaya di Jakarta. Cuma bezanya di Jakarta kawasannya berbentuk gerai dan gunakan kipas. Tapi di Wangsa Maju kedai berhawa dingin. Tanpa dirancang saya tertarik dengan tiga buah jam tangan branded. Saya memang suka beli dan kumpul jam. Semasa di Jalan Surabaya saya beli brand Bvlgari. Kalau harga biasa empat angka tapi disebabkan ia barangan terpakai ia dijual dengan harga yang mampu saya beli. Masih nampak baru dan menawan. Rasa amat yakin memakainya...

Nah! jelas kami gembira sepanjang perjalanan kami. Sesekali saya cuba mengira2 berapa banyak yang dibelanjakan. Namun kami tetap gembira dan terus bercerita tentang barang yang telah dibeli. Tidaklah banyak tapi puaslah membeli.

Memang ada kebenarannya shopping tu menggembirakan. Sepanjang perjalanan saya tidak ingat langsung sebarang masalah. Yang ada cuma seronok dan seronok. Tenang rasanya. Malahan ia niat terpasang nanti akan jalan2 lagi dan beli pulak yang lain. Terapi itu tidak susah tapi perlu berpada2 supaya yang seronok tidak bertukar menjadi hidup susah.

Cuma saya kurang suka pi window shopping kerana hanya buang masa. Baik tengok wayang ada mesej yang diperolehi. Itulah saya yang penting selepas balik dari jalan2 mesti ada bahan yang dibawa pulang. Tidak barang, maklumat atau kegembiraan hati.

salam membeli belah...

Inilah aku di sini

Leluhur jiwa bercerita tentang gerak hati, maka akulah itu, suara hati melonjak ke langit ke tujuh, biru kebiruan dengan melodi cinta kekasih, hanya terima kasih kutitip setiap gerak nadiku, aku amat kerdil menatap kewujudan ini, segalanya dipayungi kuasa-Mu jua, ingin kugenggam kasih sayang kekasih, hingga ke akhir nafasku, nah! ada catatan di kiri dan kananku, aku berserah pada-Mu untuk segalanya. Inilah aku. Di sini untuk-Mu. Amin.

Friday, May 7, 2010

Dapat cucu baru tapi ada orang ngorat

Ada lucunya apabila seorang sahabat (nama panggilannya AI)yang telah menjadi atok jadi sibuk menjalani kehidupan dalam usia separuh abadnya. Aduh! pelik juga ye... orang berumur pun dikejar cinta. Mungkin ada kebenarannya cinta tak mengenal usia. usia cuma angka tapi perasaan tetap gerak nadi berterusan untuk menimang kasih sayang sesama insan.

Berita terbaru sahabat AI ini dapat cucu kembali (anak perempuannya bersalin). Kini cucu mencapai jumlah lapan 0rang. Anak perempuannya seramai lapan orang. Anak lelaki cuma empat orang. Enam anaknya telah berumahtangga. Setiap kali anaknya bersalin Ai amatlah sibuk. Siap ambil cuti lagi. Seolah2 isterinya pulak yang melahirkan anak. Mungkin itulah naluri bapak. Moga pengorbanannya nanti dihargai anak2.

Ai seorang yang peramah dan suka berlawak dengan kawan2 terdekat. Ada sahaja idea lucu yang dilontarkan. Ini menyebabkan kawan2 tidak kering gusi jika dia ada. Penampilan pun kemas dan menarik. Nah! walaupun usia sudah lebih separuh abad tapi masih kelihatan tampan dan bergaya. Mungkin juga dia terlibat dengan perniagaan menyebabkan penampilan itu diutamakan. Kawan2nya ramai dari pelbagai peringkat termasuk di kalangan VIP (seperti mantan Menteri ).

Dia mempunyai beberapa orang adik angkat di kalangan wanita. AI ada menyebut nama2 mereka. Ada yang berniaga di gerai dan kedai, pelakon, polis, suri rumah dan sebagainya. Dia in i memang baik dan suka membantu orang. Banyak2 adik angkatnya ini ada seorang janda yang berjaya dalam perniagaannya selalu berhubung AI jika ada masalah dan ingin meminta pendapat. Nak dijadi cerita panas ketika kami minum beramai2 selepas habis kerja di sebuah kedai yang terkenal dengan roti canai dan teh tariknya, tiba2 AI terima panggilan. Dia tengok skrin telefon bimbitnya, dia biarkan talian putus. Namun telefon berdering lagi berkali2. Akhirnya dia angkat. Tidak lama selepas itu datang sebuah kereta dan berhenti di depan kedai. Seorang wanita 40-an berkaca mata hitam keluar dan menuju ke meja kami sambil tersenyum. AI perkenalkan dia sebagai adik angkatnya. Kelihatan macam ada perkara penting mau diberitau. Aduh! terror jugak AI ni. Bisik hatiku.

Wanita itu agak manja2 walaupun di depan kami. Namun AI biasa sahaja. Dia sibuk memberitahu dia dapat cucu baru dan kejap lagi mahu ke hospital tengok dia. Kebetulan isterinya balik kampung kerana metuanya tidak sihat. Dia pernah ceritakan komunikasi antara dia dengan isteri dan metua tidak lancar dan mesra. Mungkin masing2 sibuk dengan urusan hidup seharian. Dia jugak menyatakan mungkin juga isterinya terikut cara ibunya melayan arwah bapa metuanya yang di hari tuanya tidak dilayan seperti sepatutnya. Mereka sibuk mengemas rumah, mengaji dan bercerita dengan anak2 sahaja. Bagi saya itulah kehidupan yang perlu dipandu dengan sebaik mungkin tidak kira usia.

Kami pun minta diri kerana ada urusan lain selain tidak mahu mengganggu AI berbincang. Dia pun turut berdiri tetapi tangannya ditarik adik angkatnya kerana ada perkara yang perlu dibincangkan. Saya tengok dia kurang selesa tapi kerana dipaksa dengan manja akhirnya dia mengalah.

Dari gerak geri wanita itu bukan disebabkan perbincangan penting tetapi dia ingin mengambil hati Ai. Dengan kata lain ingin mengorat kawan itu. Wow! terror ye. Biarlah dia dengan cara. Tak perlu masuk campur urusan orang. Nampaknya saham AI masih stabil walaupun dapat cucu baru. Hahaha...hehehe... Tahniah AI. Harap tidak lupa tanggungjawab walaupun sekadar mambantu dan memberi pendapat ye...Mana tau tergoda. Tetapkan iman ye...

Mi segera mencabar selera

Saya masih ingat semasa melancong ke chengmai dua tahun lalu mi segera satu2nya makanan yang paling sedap saya makan. Makanan di restoran banyak tetapi tidak menepati selera saya. Apa lagi suatu pagi itu ketika saya menjenguk di tingkap kaca ternampak banyak anak anjing yang telah dibakar dan diletak di tepi pagar. Mual tekak jadinya. Roti dan mantega pun susah nak telan.

Mujurlah bawa beberapa jenis mee segera ke sana. Masak dengan menuangkan air panas sahaja ke dalam pinggan atau cawan. Nah! selera makan agak lancar. Tidak ingat lagi macam2 andai negatif tentang mi segera itu. Ada yang menyatakan mi segera menyebabkan rambut gugur, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, rosak buah pinggan dan makan mi segera boleh jadi gemuk. Dan yang paling menakutkan ia punca orang dapat kanser. Aduh! memang tidak ingat semua itu sebab lapar.

Baru2 ini tersiar maklumat dari Kementerian Kesihatan bahawa mi segera tidak menyebabkan kanser kerana tidak bukti sahih tentang perkara itu.Lega rasanya. Namun tidak semestinya boleh makan mi segera sahaja kerana badan perlu makanan seimbang. Kajian yang dibuat di Hong Kong (Centre for food safety) mendapati pelbagai jenis mi segera cawan menepati standard keselamatan. Hasil kajian itu juga mendapati mi cawan mematuhi standard yang ditetapkan oleh United State Food and Drug Administration (USFDA).

Mi segera boleh dikatakan penyelamat dalam perjalanan. Selain ia mudah dimasak ia ringan dibawah dan tidak mudah pecah. Perencah yang pelbagi itu juga menyebabkan ia mencabar selera untuk memakannya. Ia lebih sedap jika ditumis dan dicampur sayur2an, telor dan lain2.

Salam sayang

Kewibawaan tugas pr perlu sokongan dan pengalaman

Setiap perkara yang kita lakukan perlu ada fokus dan panduan yang jelas jika mau impak yang baik. Jika buat sesuatu tanpa ada perancangan dan pengalaman (walaupun sedikit) maka orang sekeliling tidak perasaan atau tidak mengendahkan apapun kerja yang dilaksanakan. Begitu juga dengan tugas2 Pegawai Perhubungan Awam atau dikenali secara ringkasnya PR (Public relation Officer) yang memang diperlukan zaman ini. Mereka boleh berjaya jika mempunyai kewibawaan dan mendapat sokongan moral daripada pihak2 berkenaan. Selain itu, pengalaman yang diperolehi juga merupakan aset untuk mewujudkan skill dalam perhubungan awam. Semua orang boleh buat kerja ini cuma yang membezanya kewujudana skill perhubungan awam seseorang itu.

Jabatan Penerangan mempunyai visi untuk menjadi peneraju perhubungan awam kerajaan. Ia satu target yang baik dan perlu dilaksanakan dengan teliti dan bijaksana. Sekadar atas kertas dan ucapan biasa ia cuma menjadi halwa teliga sahaja. Jadi, perancangan dan persediaan spritual dan fizikal para Pegawai Perhubungan Awam(PPA) itu perlu ada pada setiap individu. Seperti sedia maklum bukan semua PPA itu berlatarbelakang bidang komunikasi. Jadi, sudah tentu mereka bukan senang untuk memikul tugas2 perhubungan awam di sesuatu agensi itu. Apa lagi jika agensi berkenaan tidak mengetahui dan memahami bidang tugas tersebut. Setakat ini latihan dan panduan yang diberikan kurang mantap. Malahan ada kalangan PPA terus diletakkan menjadi PPA di sesebuah Kementerian/Jabatan/agensi itu tanpa persediaan yang sebaiknya. Lalu mereka berdepan dengan rasa rendah diri atau kurang keyakinan dalam melaksanakan kerja.

Memang tidak salah untuk mencari ilmu dan pengalaman sendiri tetapi biarlah berpada2. Apalah salah Jabatan Penerangan (Bahagian Media dan Komunikasi Koporat-BMKK) mengadakan kelas hujung minggu (jika tidak sempat dibuat dalam minggu sualkenal pegawai2 baru) untuk mereka di awal pembabitan dalam bidang mencabar ini. Adalah tidak wajar jabatan lepas tangan sahaja dan bila timbul masalah barulah buat tindakan.

Oleh itu, hari ini ketika perjumpaan dengan Ketua Pengarah Penerangan saya mencadangkan supaya pihak pengurusan atau pegawai kanan yang berkenaan melawat agensi2 yang baru mewujudkan unit perhubungan awam dan menyediakan SOP/senarai tugas PPA/PR. Ini bagi menjelaskan perkara yang sebenarnya. Buat masa ini berlaku kekeliruan di kalangan Jabatan/agensi terhadap tugas2 perhubungan awam. Sebagai contoh, seorang PPA yang dihantar ke salah sebuah hospital , pihak pengurusan di situ tidak mengambilberat. Selain itu, mereka tidak tahu apa kepentingan akan kewujudannya. Malah tempat duduk yang sepatutnya tidak disediakan agak lama jugak. Seorang itu pulak menyatakan pihak pengurusan hospital memberitahu mereka tidak perlukan PPA. Kenapa? Sudah tentu mereka tidak tahu betapa pentingnya perhubungan awam dalam perkhidmatan hospital.

Tenatn idea yang saya cadangkan tadi agak kurang menarik perhatian pengurusan (rasa2 macam itulah). Mereka tidak salah kerana mungkin jangkauan fikiran mereka tidak mencapai apa yang saya ingin perkatakan itu. Yang datang melawat tidak semestinya KP/TKP tapi cukuplah pihak BMKK atau pegawai kanan yang berkenaan. Ini perlu adalah dalam perancangan (sebagai pendekatan baru). Selain tanda penghargaan kerana mewujudkan jawatan itu ia juga sebagai pendedahan maklumat secara berbudi bahasa. Ia juga akan memberi impak yang positif terhadap PPA yang akan bertugas.

Kini sudah tiba masa pihak jabatan membuat perancangan rapi untuk meletak profesion Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan di tahap yang dipandang tinggi serta skill perkhidmatan yang kewibawaannya mudah dimiliki semua. Untuk menjadi PPA yang baik tidak semestinya berlatarbelakang komunikasi. Yang penting ia minat memahami, menghayati, dan mencari ilmu serta kongsi pengalaman dengan mereka yang mahir tentang perhubungan awam.

salam perhubungan awam/pr

Thursday, May 6, 2010

Semangat setiakawan semakin menipis

Saya tertarik dengan tajuk di akhbar," sikap bermuka-muka....akhirnya memakan diri". Aduh! apa sudah jadi ni cakap tidak serupa bikin ke? Apakah maknanya semangat setiakawan itu sehingga hanya separuh jalan. Adakah disebabkan kepentingan diri sahaja? Atau sikap pura2 terlalu menebal. Bukankah bila seseorang itu mungkir janji bererti dia suka bermuka2 jugak!

Beginilah terjadi kepada seorang bekas pemimpin tinggi kerajaan. Saya memang tabik betul dengan dia ini. Kelantangan dia amat mempesonakan. Rasa terkilan bila dia menghadapi masalah. Mujurlah saya bersabar dan terus menunggu perkembangan. Namun setelah beberapa tahun dia terdiam dari kanvas politik saya tersedar bahawa dalam ucapan dia pun tidak semua fakta yang sahih. Yang jelas dia pindai menggunakan olahan bahasa dan contoh2 yang menyakinkan (walau pun dia tidak bercakap benar). Pernah suatu ketika dulu kami dipanggil khas untuk mendengar ceramah dia tentang pendirian Malaysia tentang IMF. Cuma sedikit sahaja dia sentuh IMF tapi yang lain berkaitan dengan sikap perihatin isteri beliau, masakan dan makanan. Semuanya di luar tajuk. Yang best dia bercakap tanpa henti dan orang pun enjoy. Dalam perkara ini dia cuma mendodoikan rakyat dengan irama laguya tersendiri.

Masa kini rahsia beliau telah banyak terbongkar. Jikalau beliau tidak berhati2 takut termakan diri.Tambahan pula yang terbaru kini sebuah laman web mengulangi dakwaan tersebut sambil menyatakan adalah sukar bagi mereka untuk mengenali siapakah sebenarnya dia. Kasian mereka yang pernah berkawan dengannya. Dia memang bijak dan ego hingga mampu mengaburi orang2 intelek suatu ketika dahulu. Kawan2 pun ramai di luar negara. Dia pun kerap hadir seminar di luar negara. Malah pernah menjadi dijemput mengajar di AS. Memang hebat. Luar biasa kan? Namun langit tidak selalu cerah. Kini ada pulak yang memberi maklumat terbaru bahawa dia suka bersikap bermuka-muka sehingga kawan2 luar negara keliru siapakah dia sebenarnya.

Beliau mempunyai pendidikan agama yang baik tetapi masih mengamalkan sikap mengutuk dan menuduh orang. Malahan orang yang pernah membantu dan menjaga keselamatannya digelarkan "anjing". Memang kasian dengan pendekatan untuk menonjokan diri. Kepetahan dan pengaruh tersendiri menyebabkan ramai rakyat percaya (semakin kurang). Pernah berlaku solat hajat merata dunia. Namun tidak lama selepas itu dia pulak sakit macam2 sehingga demam kuning. Leherpun sakit. Berubat hingga ke luar negara. Banyaknya wang? Doktor tempatan sudah tidak cukup pakar untuknya. Kasian ye...

Apa yang saya perhatikan dia banyak menjadi orang kedua penting di bawah beberapa kementerian tetapi hasilnya tidak ada. Ketika jadi orang kedua penting negara dia disambut dengan karpet merah di Amerika Syarikat. Apakah maknanya ini? Sedangkan ketika itu hubungan Malaysia dan negara berkenaan suam2 kuku. Kewujudan karpet merah seolah2 membelakangkan ketua. Ia juga menandakan dia lebih diutamakan daripada ketuanya. Secara tidak langsung jelas di sini ketika itu dia telah meengamalkan talam dua muka. Yang penting visi dia tercapai. Medan refomasi dia yang asaskan. Sikap tuduh menuduh sesama bangsa dibuat kerana sebuah kuasa tanpa mengirakan keselamatan negara dan bangsa.

Amerika Syarikat mula sedar seolah mereka dipermainkan. Semangat setiakawan semakin menipis di kedua2 belah pihak di Amerika Syarikat dan di Malaysia. Semakin ramai kawan2 terdekat di Malaysia tidak lagi bersamanya dalam perjuangan...Jadi persoalan jugak, iaitu terlalu banyak wang untuk membayar lawyer. Dari mana wang itu? Memang rumit untuk dihayati.

Yang sedihnya dia antara pemimpin Melayu yang boleh dikatakan berani(tidak pernah berjuang untuk membunuh musuh) dan petah berkata2. Tapi disebabkan desakan syaitan maka dia sanggup menderhaka kepada ketuanya. Tindakan di luar kewajaran berlaku. Bergaduh sesama bangsa . Orang lain ketawa sahaja.

Baru2 ini akhbar The new Ledger , sebuah penerbitan Internet di Amerika Syarikat yang mendedahkan bekas pemimpin terkenal ini seorang yang talam dua muka. Amat berat tuduhan itu. Tentu ada sebab yang sahih kenapa tunduhan ini keluar semula. Apa kata kembali ke pangkal jalan. Berubah demi kebaikan diri, agama, bangsa dan negara. Kita tunggu dan lihat saja le...

Wednesday, May 5, 2010

Keyakinan rakyat usah dipersendakan

Keyakinan rakyat perlu. Lalu, Tahniah kepada kumpulan pengkaji Isu Semasa 2010. Hasil kajian tersiar di akhbar Utusan Malaysia pada sabtu yang lalu. Kajian itu mengenai pandangan orang ramai tentang kemampuan negara ini mencapai Wawasan 2020. Kajian ini telah melibatkan pelbagai kaum ini memperlihatkan penanda aras untuk menilai semula status sokongan, keyakinan rakyat terhadap kerajaan masa kini.

Kajian juga menunjukkkan rakyat menerima permbaharuan dan langkah2 yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Malahan terdapat suasana rakyat selesa dengan keadaan kini. Gagasan 1Malaysia semakin difahami dan diterima rakyat. Hakikatnya kerajaan dan rakyat saling memerlukan.

Hati rakyat berbagai jenis. Begitu juga dengan tindakan dan keputusan. Mereka mempunyai hak untuk melayari kehidupan dengan cara yang disenangi asalkan tidak melanggar prinsip undang2 negara. Nah! selaras dengan program yang bervisi gergasi Wawasan 2020 ramai di kalangan rakyat menyedari bahawa setiap individu mempunyai masa depan yang cerah jika rajin berusaha. Tambahan pula dengan program murni 1Malaysia yang merupakan pemangkin kukuh untuk menjadikan perpaduan teras kemajuan dan kedaulatan negara. Sudah tentu kehidupan yang aman dan maju terjamin.

Keyakinan rakyat semakin kukuh. Sebab itu ramai yang mahu bekerja sendiri. Dalam perkara ini saya cuba kaitkan dengan anggota perkhidmatan awam. Ramai di kalangan mereka ingin pencen awal dan cuba berdikari dengan cara lain pulak untuk menempuh kehidupan. Mereka punya perancangan kerana yakin dengan pentadbiran Kerajaan. Namun ada yang kecewa kerana terpaksa menarik balik pencen awal sebab kemudahan sebagai perkhidmatan awam itu, iaitu graduaiti tidak diberikan. Sedangkan sebahagian daripada mereka akan menggunakan sebahagian wang itulah memulakan hidup baru.

Sebenarnya jika mereka jadi pencen awal juga merupakan peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat kepada yang lain. Masih ramai orang mencari pekerjaan di sektor kerajaan. Mereka yang menunggu naik pangkat juga bukan sedikit. Lagipun sekarang ada di kalangan orang berjawatan boleh sambung perkhidmatan membuat peluang mereka berkenaan lenyap. Ini juga menyebabkan keyakinan menurun seolah2 kewibawaan mereka tidak dihargai. Mungkin juga ia untuk penjimatan?

Adalah diharapkan keyakinan rakyat tidak terasa dipersendakan dengan perubahan dan tindakan2 tertentu walaupun sebenarnya tujuan perkara itu dilaksanakan baik. Saya dengar dan dapat maklumat mereka rasa merungut dan tidak puas hati. Namun yang pasti di kalangan rakyat mereka tidak tahu perkara yang tersirat di sebalik sesuatu itu dibuat.

Generasi lebih cenderung hiburan

Saya rasa rugi sekali apabila melihat generasi masa kini lebih senang memilih bidang hiburan. Pantang ada uji bakat berkaitan hiburan pasti barisannya panjang seperti program realiti TV (hiburan). Malah ada di antaranya ibu bapa yang menjadi pendorong. Aduh! kasian masyarakat sekarang. Mungkin juga mereka pilih untuk glamor. Jika dikatakan mudah senang rasanya tidak jugak.Ramai yang cuba menjadi penyanyi sekadar suam2 kuku. Ada juga yang terus sejuk. Terdapat juga selepas timbul kontrovasi barulah boleh sinar tapi malap namanya.

Kecenderungan terhadap hiburan ini juga dapat dilihat apabila anak2 muda menjadikan artis sebagai idola. Padahal ada di antara artis itu tidak punya ilmu. Cuma orang nampak dia cantik atau kacak. Malahan antara peminat (kalau boleh dikatakan begitu) terlalu fanatik pulak. Dalam bilik penuh dengan poster artis yang diminati. Mereka sanggup membeli setiap majalah, akhbar dan album yang berkaitan dengan artis yang mereka minat. Duit belanja sekolah abis utk perkara hiburan. Kita tidak nampak foto tokoh pejuang yang lebih berjasa kepada negara dan bangsa. Ke manakah arah generasi masa kini?

Sedih juga sesekali program hiburan di TV mendapat rating yang tinggi berbanding dengan rancangan ilmu. Adakah masyarakat lebih mengutamakan hiburan. berbanding pendidikan?
Manakala rancangan ilmu pengetahuan di tv pula tidak disiarkan waktu puncak berbanding
dengan rancangan hiburan.

Kita tidak dilarang berhibur tapi biarlah berpada2 dan kena pada tempatnya. Yang penting tidak lalai dan dilalaikan oleh hiburan itu sendiri. Fokus hidup biarlah tepat. Hiburan bukanlah bidang memang menjanjikan kehidupan yang cerah selamanya. Ada kalangan artis yang masa tua hidup susah. Ini disebabkan mereka tidak punya kelebihan lain terutamanya ilmu pengetahuan. Kenapa jadi gitu? Antara jawapan sebab lalai dan tidak peka dengan kepentingan ilmu.

Salam ilmu...

Tuesday, May 4, 2010

Kesempurnaan iman

Setelah membaca petikan yang sumbernya dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, maka hati terbuka untuk melihatnya seketika. Ia berkaitan dengan suasana kehidupan masa kini. Perubahan memang berlaku tetapi tidak semesti kita terlupa terhadap kemesraan diri dan kesempurnaan iman.

Nah! dalam sebuah hadis riwayat Ahmad ada menyebut Rasullullah SAW ada bersabda yang maksudnya begini," Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.

Ketiga2 perkara yang disebut itu memang amat dekat dengan diri setiap orang. Misalnya memberi salam itu suatu sombol kekuatan ukhuwah yang dituntut oleh Islam. Kita mesti saling menghormat antara satu sama lain di bumi Tuhan ini. Malahan dengan salam boleh mengeratkan perpaduan dan mengeratkan kasih sayang. Ia juga menyebabkan timbul persepsi bahawa dia seorang yang baik dan tidak sombong jika dengan mudah dan iklhas memberi salam berbanding dengan orang yang berat mulutnya mengucapkan salam.

Manakala berkaitan dengan adil dengan diri sendiri dapat diperkatakan seseorang itu mesti peka dan tahu meseimbangkan keperluan hidupnya sama ada dari segi rohani dan jasmani. Ia dapat dikaitkan dengan keteguhan spritual demi menguatkan jiwa dan mindanya. Namun perlu juga dititikberatkan unsur material dan intelektuan untuk menjayakan kehidupan. Semuanya saling berkait untuk mencapai ketenangan dan kedamaian yang seimbang.

Seterusnya tentang harta benda atau wang ringgit yang dikurniakan Allah kepada semua hamba-Nya. Ramai orang lupa diri apabila menjadi kaya raya. kasihan mereka seperti ini. Hakikatnya harta yang dihimpun itu adalah amanah Allah swt dan ia perlu diurus dengan penuh tanggungjawab. Ia hendaklah dibelanjakan dengan sewajarnya mengikut lunas2 yang betul. Lalu perlu diingatkan zakat hendaklah dikeluarkan terhadap harta itu jika cukup hisabnya. Tuhan akan memberi segala keberkatan terhadap harta benda atau ringgit yang telah dizakatkan.

Dapat disimpulkan untuk mendapat kesempurnaan iman itu, maka sifat kedekut dari semua segi merangkumi mengurus dan membelanja harta benda/ringgit, adil kepada diri sendiri dan memberi salam semestinya tidak ada dalam kamus kehidupan. Jadi adalah lebih baik kita mengamalkan sifat2 murni untuk menerajui kehidupan sementara ini dengan memeliharakan kesempurnaan iman.

salam kesempurnaan iman..