Friday, April 30, 2010

Mata panah beracun

Salam kasih dengan hati
maaf kerna kau terluka
sakit amat
bagai dicucuk mata panah beracun
tembus ke dada
bisanya sampai ke sumsum tulang
aduhai hati
biar gerakmu tidak mati
dek duri-duri fitnah merata
kudakap duka penuh gagah
biar kugenggam jadi mutiara

Salam sayang sejuta cinta
pada diri
tangkap mata panah beracun
dan buang ke laut , membiru
atau layangkan langit
biar menjadi bintang

aku dan mata panah beracun itu
sudah kenal
ada gurau dan tawa
kujadikan ia penawar
dalam sendu
aku bukan lilin membakar diri
namun perjuanganku demi sebuah cinta
cinta pada-Nya jua.

Terkilan bagai disusuk mata panah beracun

Petang ini mencatatkan suatu yang amat tidak diduga. Aku benar2 terkilan dan sedih. Bagai dicucuk mata panah beracun. Amat Sakit. Namun aku telan jua. Siapalah aku ini. Terasa ia fitnah dalam terang lagi bersuluh. Kenapa mesti dilaporkan perkara yang belum pasti. Adakah laporan itu akan menjadi bintang? Beginilah bila kita orang kecil.

Aku dimaklumkan oleh seorang kawan tadi. Dia mengatakan dalam meeting namaku naik kerana tidak mau pindah. Bila tersebut tak mau pindah saya terkejut. Bila pula aku kata tak mau pindah? Saya tak pernah kata macam itu. Cuma unit saya diarah tangguhkan pindah biar bahagian lain selesai dulu. Itulah cerita minggu lalu. Dalam minggu ini memang nak pindah tapi kena hadir kursus pulak di Port Dickson. Baru hari ini ada di pejabat. Isnin lepas mau kemas tapi kotak tidak ada. Aduh! lain berlaku lain yang dilaporkan.

Tanpa selindung daya bagitau keadaan sebenarnya kepada orang besar 1. Biarlah dia marah asalkan saya sampaikan perkara yang sebenarnya. Syukur dia ok dan beri cadangan untuk selesakan bilik. Bilik skg di bawah kolong. Cuma ada pintu saja. Tempat aku terasing daripada warga unit. Seolah2 aku keja sendiri saja. Tak pa itu boleh terima. Cuma bila difitnah semudahnya itu... terasa diri macam tidak berguna.

INilah pertama kali suasana begini aku hadapi. Bukan kepalang orng pulak yang melapor itu. Adakah dia tidak faham atau terlupa atau hilang idea dan entah apa lagi. Yang penting aku amat terluka. Bagai mengalir air mata menahan duka. Dada luka walaupun tidak ada darah mengalir keluar. Cukup! aduhai hati. Tabah lah. Mudah2an Tuhan membantu....Ya Allah permudahkanlah aku dan jauhikanlah aku dari kesusahan...

sekian. Jumpa lagi...

Thursday, April 29, 2010

Sebutan nombor tiga dan anugerah bintang

Saya terus ingat sebutan nombor tiga dan anugerah bintang hasil mengikuti kursus Perancangan Pengganti (succession planning) sejak Isnin hingga Khamis. Ia dikendalikan oleh LH Consulting di Port Dickson. Lebih 30 orang menghadiri kursus berkenaan. Yang bestnya jumpa kawan2. Kebanyakan peserta pegawai perhubungan awam. Nah! memang kami sentiasa bersembang. Ada ketikanya pensyarah bercakap di belakang kami berbual di depan.

Namun sebutan nombor tiga menjadi ingatan apa lagi jika bertemu kawan2 sekursus itu nanti. Pensyarah mengatakan senyum banyak jenis tapi senyuman yang menyelamatkan ialah dengan menyebut nombor tiga. Best juga petua itu. Selain itu, sepanjang kursus dimeriahkan denga anugerah bintang kepada sesiapa yang bersuara dan memberi pendapat yang baik. Bintang itu pula menyebabkan peserta mendapat gelaran datuk dan Tan Sri. Aduh! pendekatan luar biasa. Best

Selain itu, macam2 games dilaksanakan ketika kursus. Selain itu terdapat langkah2 untuk mempertingkatkan kemahiran sebagai pengamal komunikasi dan sistem pengurusan. Ada subjeknya agak terlalu ringan namun masih ada yang diperolehi. Kami juga dianalisis melalui kuiz, temuduga dan persembahan. Yang jelas kursus ini juga mewujudkan kerohanian. Setiap pagi ada taskirah. Best penerangannya. Yang penting setiap sessi ada peserta dapat bintang.

Antara tajuk yang dibincangkan ialah berkaitan skill komunikasi. Subjek ini penting bukan saja untuk pro tapi sesiapapun yang melakukan aktiviti komunikasi. Ia dinamakan prinsip ramah tamah yang menjadi pemangkin kepada komunikasi yang baik dan bekesan. Ia merangkumi
Peranan mata - ketika bercakap mata hendaklah memandang ke mata orang yang bercakap dengan kita.
Senyum - semasa bertegur dan bersalam hendaklah senyum. Ada yang mengatakan senyum tiga. Iaitu sebut perkataan tiga supaya senyum itu menarik dan nampak ikhlas.
Greeting - Sapaan yang mudah, indah dan menarik perhatian
Soalan mudah - menanyakan sesuatu untuk mengambil hati orang berkenaan seperti di mana sekarang?, bila balik dari luar negeri? dll
Puji - lontarkan kata2 pujian yang ringan2 untuk memulakan bicara
Empathy - sambil menegur boleh menawarkan pertolongan(tengok keadaan orang berkenaan)
Make way (Minta diri) - perlu memberitahu jika mahu meninggalkan sesuatu majlis itu.

Yang jelas sebutan perkataan tiga melekat di minda apalagi ketika ambil gambar. Begitu juga dengan pemberian bintang. Ia menggelikan hati jugak! Ramai jadi Datuk dalam kelas itu.

sekian

Sunday, April 25, 2010

Hentikan fitnah laksanakan perjuangan

Marilah kita elakkan Rumah Siap Pahat Berbunyi. Gitulah juga dengan PR kecil Parlimen Hulu Selangor. Pemenang sudah ada dan dialah wakil rakyat terbaru kawasan berkenaan. Jadi, adalah lebih baik strategi baru dibuat segera (memang sudah ada agaknya) daripada ada pihak terus bercakap kurang enak didengar. Apapun yang berlaku mesti ada hikmahnya.



Yang tidak memang boleh terus memerhati apa yang perlu ditegur. Kekalahan itu menunjukApa yang saya faham segala yang diperjuangkan itu adalah untuk kebaikan bersama. Hentikan fitnah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan akhlak. Kesan fitnah amat bahaya. Racunnya amat sukar untuk diubati.

Dalam bertanding terima hakikat bila kalah dengan hati terbuka tanpa alasan yang bukan2. Tidak usah mengata kemenangan disebabkan kurang sihat seperti rasuah, membodek, dan sebagainya.

Bukan tujuan mengatakan sesiapa cuma sekadar pendapat. Bukan bicara politik kerana saya tidak minat politik. Aapa yang berlaku jadi panduan....jadi teladan. Jadi maaf jika ada yang tersentuh ...

Salam hormat...

Pr Hulu Selangor- dengan segala terima kasih

Tahniah kepada semua pengundi di kawasan Hulu Selangor. Tanpa mereka proses pilihanraya kawasan berkenaan tidak dapat dilaksanakna. Kini pemenangnya saudara P.Kamalanathan, calon Barisan Nasional. Setinggi2 tahniah kepada sdr Kamalanathan yang telah mencipta rekod beliau sendiri dalam perjuangannya. Dia menang kerana rakyat memilih pelapis dalam memperjuangan nasib mereka. Kini beliau memikul tanggungjawab yang besar. Kemenangannya menggembirakan semua rakyat yang menyokongnya. Begitu juga dengan pemimpin nombor satu negara, PM, TPM dan semua pemimpin BN. Jadi , bagi yang kalah calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim pun tetap ada penyokongnya. Namun dia pun pernah mengecapi kemenangan sebelum ini. Mungkin inilah ujian jika bertanding di tempat orang. Perjuangan tidak semuanya berakhir dengan kemenangan.

Namun yang paling penting jasa rakyat yang telah memilih pemimpin mereka. Hak mereka perlu diperjuangkan. Saya tengok kawasan Hulu Selangor masih banyak yang boleh dibangunkan. Tentu pemimpin baru ini punya perancangannya dan yang diutamakan rakyat yang ada. Jadi tidak hairan pihak BN dengan kerjasama agensi2 kerajaan akan menyalurkan beberapa peruntukan dan aktiviti tertentu untuk rakyat Hulu Selangor.

Untuk melaksanakan pr ramai petugas yang terlibat terutama agensi yang berkaitan seperti SPR, Jabatan Penerangan, RTM, SKMM, Telekom,, FINAS Jab Muzium, ASWARA, Jabatan Warisan,KEMAS, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan banyak lagi...Para petugas menaburkan bakti mereka tidak kira siang dan malam demi kelancaran proses kempen PR HS. Nah! Tahniah kepada semua dan dengan segala terima kasih.

Peratusan keluar mengundi baik. Mungkin juga keadaan cuaca yang baik. Suasana sekeliling pun menyakinkan rakyat. Malah seramai 1000 anggota polis yang menjaga keselamatan pengundi. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan keselamatan.

Sekian.

Friday, April 23, 2010

Bila ada cerita

Saya suka membaca semula akhbar2 lama (tidak terlalu lama). Nah! awal pagi ni saya membaca lagi dan ada pula cerita yang menarik. Saya tertarik dengan tajuk "Anwar bersekongkol dengan pemimpin Yahudi". Ia dikemukakan oleh bekas orang kuatnya suatu ketika dulu. Apa yang sebenarnya encik Ezam? Kenapa mesti berganding bahu dengan pihak Yahudi? Orang2 besar pulak katanya. Aduh! Keliru jugak. Tapi tidak apa lumrah hidup. Mungkin ini satu pembelaan untuk perjuangan diri. Kita dibenarkan bercakap cuma mesti ada bukti dan kena pada tempatnya.



Nampaknya perkataan Yahudi dan Israel tercatat dalam sejarah pembangunan politik negara. Sebelum ini ada tuduhan 1Malaysia ditiru dari idea israel. Malangnya yang menuduh dari kalangan orang Melayu. Rasa bukan mudah untuk melahirkan idea 1Malaysia. Garapan 1Malaysia telah lama dibuat sejak awal mencapai kemerdekaan lagi. Mungkin yang jelas nama lain dan pendekatan baru dan ada strategi lebih baik.



Jadi jika benar ada hubungan dengan Yahudi saya amat sedih. Hubungan itu bererti ikatan pemikiran dan kemesraan. Mungkin sudah berlaku namun yang penting kita kembali kepada perjuangan asal iaitu membangunkan warga dan negara tercinta dengan acuan kita sendiri. Kita terus menjunjung jasa kelima2 Perdana Menteri sebelum ini. Apa pun yang orang kata mereka tetap pejuang bangsa. Kalau bukan kita yang menghargai bangsa sendiri, siapa lagi? Jadi tak usaha sibuk dengan orang lain kerana perjuangan utama untuk yang terdekat dengan kita...

Sampai bila pejuang(kalau blh dikatakan begitu) selalu keliru dengan tindakan mindanya. Penyokong pula bersorak tanpa memikirkan tahap kebenaran. Adakah sanggup budaya bangsa hancur di bumi sendiri....

Marilah kita ingat2 bumi ini pinjam-pinjaman. Pusaka para pejuang sebelum ini perlu dijaga dan ditatang. Kita tidak mahu seperti Palestin yang mengemis di bumi sendiri. Kuasa boleh dicari tapi bukan menggadaikan maruah bangsa, agama dan negara. Maaf jika ada yang tersentuh...

salam hormat...

Meriah menjelang pr

Siang tadi saya bersama Azni dan badarudin ke Kuala Kubu utk menghadiri majlis rasmi di kg serendah. Majlis itu selepas solat Jumaat. Perjalanan agak lama jugak mengambil masa hampir 1 jam 40 minit. Saya pun pelik ikut highway tapi jadi longway pulak! Syukur le sampai ke destinasi. Banyak gerai jualan di pekan Kuala Kubu dan sekitarnya. Ada gerai air, kuih muih, keropok lekoh, buah2an, pakaian dsb. Goreng pisangnya sedap. Kelihatan kedai makanan pun ramai orang. Kami sempat singgah makan mee sup campur daging. Ada juga beli buah mangga. Poster 2 kilo RM5.00 dan 4 kilo RM10.00. Apakah istimewa iklan ini? Lainlah jika 4 kilo RM9.00. Aduh! masih belum cukup strategi berniaga.

Kami singgah di pusat media Pilihan Raya(PR) di pekan Kuala Kubu. Ia bersebelahan dengan sekolah. Tidak jauh dari pasar dan stesen bus. Ramai wartawan sedang bertugas di situ. Keadaan kurang sibuk mungkin juga disebabkan program petang. Cuma ada beberapa orang sedang menghadap komputer. Sempat saya meninjau, pihak media ada kemudahan minum pagi dan makan petang. Media elektronik (khusus RTM)berada di tingkat atas. Mereka siang malam berusaha untuk menyibarkan berita demi mewujudkan masyarakat bermaklumat.

Sempat juga dengar gosip tentang PR. Dengar juga berapa peratus boleh dapat takat hari ini di kedua2 calon yang bertanding. Siapakah yang berjaya memenangi undi rakyat. Suasana sekitar sama sahaja di antara dua parti. Masing2 menggantung poster, bunting dan sepanduk. Ini juga rezeki untuk yang mencetak bahan2 publisiti. Nampak gambar kedua2 calon merata-rata. Masa ni memang meriah. Ramai orang di sekitar kawasan berkenaan. Namun keadaan aman. Yang jelas perniagaan meluas. Mungkin ramai yang mendapat rezeki banyak daripada biasa.

Selepas menghadiri majlis pelancaran pusat jalur lebar di kg Serendah kami pun beredar kerana mahu singgah di lokasi pesta nasi lemak. Mula2 hairan kerana ramai orang menyambut kami di jalan keluar. Rupa2nya petugas khas pr. Saya tersenyum apabila didekati dua wanita dewasa sambil menghulurkan kertas berpangkah lambang bulan sabit. Namun saya tolak dengan alasan saya tidak mengundi. Ramai wanita di hujung jalan masuk memegang kertas yang sama. Malah ada juga anak2 muda berada di tepi jalan menghulur kertas berlambang bulan sabit. Saya tercari2 juga kertas berlambang timbangan dihulurkan tapi tidak ada. Nah! majlis di dalam anjuran SKMM tapi sesiapapun masih tidak dihalang untuk memperkenalkan lambang yang diterajui. Jadi berjuanglah para petugas pr dengan profesional dan berkempen dengan tertib.

Sepanjang jalan kereta dengan pelekat lambang timbangan dan bulan sabit masing2 mengibarkan bendera. Apakah perjuangan mereka? Harap semuanya atas dasar tanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara.

Esok kami akan ke sana lagi.

Thursday, April 22, 2010

Muzik

Sawal 6.45 pagi telah keluar rumah untuk ke pejabat hari ini selepas minum susu segar segelas. Suasana tenang dan cuaca dingin sebab malam tadi hujan. Jalanraya masih lapang dan rasa seronok memandu sambil ditemani pelbagai rentak lagu di radio. Sesekali juruhebah memberi maklumat. Ketika tiba di Jalan Ampang tiba2 terdengar muzik yang rentaknya mendakap minda. Seronok. Saya tanpa sedar menari2 kecil dalam kereta. Memang tenang. Pemandu di sebelah saya tersenyum melihat saya. Kami berbalas senyuman.

Nah! muzik mendamaikan. Ia menggamitkan nostalgia. Ada ketikanya hati kita tiba2 berbunga dan terimbas kembali kisah lama. Mood sedih dan tekanan beransur hilang dari minda setelah mendengar lagu yang membuai rasa. Memang tidak disangka lagu/muzik boleh mengubah mood kita. Emosi boleh berkembang dengan aluan muzik.

Siapa yang tidak membesar dengan lagu dan muzik? Sedari kecil kita didodoi dengan lagu ibu dan siulan ayah. Tangisan bayi terhenti malah tertidur lena dengan alunan lagu seorang ibu. Begitu merdu suaranya walaupun hanya diiringi ketukan kecil tangannya. Kanak2 di tadika setiap hari menyanyi. Saya masih ingat ibu suka mendodoikan adik2 semasa mereka kecil. Dan pasti ibu pernah menyanyi2 kecil mendodoikan saya juga.

Saya terus memandu tadi namun ketika menunggu lampu isyarat hijau saya amat tersentuh apabila terdengar sebuah lagu yang hits ketika remaja saya. Ia lagu cinta yang begitu bermakna dan membuai rasa. Tersenyum sendiri. Aduh! indahnya ketika itu.

Salam...

Sabar itu sayang hati

Cabaran itu pasti ada dalam apapun situasi. Ada ketikanya kita amat terseksa menempuhnya. Emosi terganggu apa lagi jika terpaksa dibendung demi menjaga hati. Lalu ada yang menjerit, menangis sepuasnya dan menghilangkan diri. Nah! salah satu cabaran itu wujud dalam hubungan sesama insan. Mari kita fokuskan hubungan persahabatan. Kita selamatkan jiwa, diri dan tali persahabatan dengan mengamalkan sifat sabar dalam menempuh segala dugaan dan cabaran.

Sabar itu pemangkin dan senjata untuk sayangkan hati sendiri. Jadi, kita sering ingatkan diri bahawa betapa mulianya sifat sabar dan perlunya mengekalkannya supaya hati tidak terluka. Saya juga pernah tercabar malah terluka dalam seketika. Namun saya cepat memikirkan perkara yang indah dan lebih menarik malah menguntungkan hati dan diri saya. Jika orang tidak sayang kita , tidak apa yang penting kita sayang hati dan diri kita. Begitulah juga dalam hubungan persahabatan.

Untuk kekal hati tidak terluka dan dilukai atau sembuhkan yang terluka maka kita perlu belajar mengenalkan sabar yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah:
i. elakkan melayan perasaan sahabat yang berunsur atau sengaja ingin mencabar
ii. beri pandangan balas dengan tenang, ringkas dan tidak dipengaruhi emosi dan keadaan
iii. tuturkan kata-kata sopan, beralas dan mesra
iv. akui kesilapan dengan berlapang dada
v. tidak malu meminta maaf banyak kali
vi. diamkan diri dalam sesuatu perbincangan jika terasa emosi terganggu dan marah.

Andai kita sentiasa sabar insya allah beroleh kejayaan dalam kehidupan. Begitu dengan komunikasi dan dunia persahabatan akan terus terjalin dan berkekalan dengan penuh kasih sayang. Nah! Kekuatan, ketenangan dan kedamaian mengiringi kehidupan dengan amalkan sabar itu untuk sayangkan hati dan diri.

Jumpa lagi...

Secawan air panas

Setiap hari seorang kawan akan mengambil secawan air panas untuk dibuat kopi. Sarapan pagi dibilik sahaja dengan sebungkus nasi lemak atau meehoon goreng. Sesekali roti sapu mentega. Orangnya sederhana dan sentiasa senyum bila bertemu. Pakaian baju kurung dan kebaya panjang. Manis orangnya.

Suatu hari dia telah lewat dan bergegas balik ke tempatnya. Dia bertembung dengan seseorang yang tidak dikenali di awal pagi. Alangkah takutnya dia kerana air panas itu tumpah ke kaki tamu tak diundang. Dengan perasaan gementar dia memohon maaf sehingga tak terucap. Bibirnya terkumit kamit sahaja. Kawan itu terus berdiri di sisinya sambil memandang dia dengan wajah yang tenang dan manis.

Dia seorang lelaki yang berkulit kuning langsat dan berkaca mata. Tinggi lebih kurang 5 kaki 5 inci. Saiznya sederhana. Berbaju kemeja dan bertali leher. Di tangan kanan terjinjing beg empat segi warna coklat kehitaman. Dia letakkan beg di atas simen dan mengambil cawan yang masih berisi sedikit air panas itu dari tangan wanita berbaju kurung merah jambu tadi.

Kini cawan air panas itu beralih tangan. Wanita itu tertunduk malu sambil berkata maaf berkali2. Tiba2 airmata mengalir di pipi halusnya tanpa sedar. Aduh! kenapa dengan aku ini? Bisik hatinya. Lelaki itu merenung dia. Namun wanita itu terus memandang kaki lelaki yang tersimbah air panas tadi.

Tiba2 mata mereka bertembung. Alangkah terkejutnya wanita itu....

bersambung

Wednesday, April 21, 2010

Budi itu indah susah lupa

Melayari kehidupan ini terlalu banyak keindahan yang terus tersemat di dalam hati. sesekali tersenyum sendiri jika teringat kenangan lama. yang sedih dan pahit pun pasti ada tapi tidak usah dingat2 kalau sekadar mengganggu ketenangan jiwa. nah! saya cuba berkongsi tentang budi para sahabat yang tersayang...

Ramai sahabat dan kawan yang berbudi. Budi mereka indah dan manis dikenang. Rasanya tidak terbalas. Hanya Tuhan sahaja yang membalas. Semoga begitulah hendaknya. Jika teringat budi baik mereka sesekali bagai menitis airmata. Bagai nak penuh kasih tanda ucapan terima kasih. Ingin kubisikkan budimu tetap dihati. Ia seperti pantun ini;

padi bendang dipukul ribut
orang daik turun ke tanjung
hati terkenang mulut tersebut
budi baik rasa nak junjung.

Ingatan juga menghimbau masa lalu seorang sahabat telah menyelamatkan saya dari terikat dengan senda gurau seorang lelaki. Sebenarnya saya tidak tahu ada tujuan di sebalik budi baiknya. Sebagai orang baru berada di ibu kota jika ada peluang tentu tidak akan dilepaskan. Apa lagi jika bidang yang datang itu kita suka dan minat. Sebab itu saya terima dan berbaik2 dengannya. Namun Tuhan masih sayangkan saya, kebetulan sahabat saya bertugas di tempat yang sama dan dia dapat maklumat. Sahabat itu telah menulis sesuatu di kertas dengan dawat merah. Tindakan ini membuat kawan berkenaan marah dan datang jumpa saya bersama2 catatan berkenaan. Aduh! pada mulanya saya keliru. Sabarlah menyebabkan saya tidak melenting. Saya terasa amat bertuah kerana mempunyai sahabat yang berhati luhur dan mulia
ketika itu. Sesekali kenangan itu datang di hati dan mulut menyebut berkali2 mencari kawan mudah tetapi berjumpa sahabat setia amatlah susah. Apapun ingin kukaitkan buktinya dalam pantun ini:

Orang Daik turun ke tanjung
bawa barang sarat muatan
budi baik rasa nak junjung
sepanjang hayat jadi ingatan

Budi itu memang indah dan amalan mulia semasa hidup kita. Orang menerimanya terasa susah untuk membalas dan melupakannya. Cuma yang termampu budi termaktub dalam hati dan tersemat dalam ingatan sepanjang hayat.

Sekian untuk kali ini... terima kasih kepada SAHABAT

Aura warna membawa seri

Salam seri diri untuk semua. setiap hari ada serinya tersendiri untuk kita di dunia ini. nah! kali ini kita bicarakan aura warna mengikut hari2 yang kita lalui , iaitu hari isnin hingga ahad. saya terbaca terdapat beberapa pendapat yang menyatakan setiap warna itu mempunyai pengaruhi setiap orang. setiap orang pula serasi dengan sesuatu warna yang boleh menaikkan auranya. warna boleh meseimbangkan emosi seseorang individu itu.

Mari kita tengok hari Isnin dikaitkan dengan warna putih. putih memang secara simbolik menggambarkan suci dan bersih. Isnin juga merupakan minggu pertama mengikut perkiraan di negara Asean. jadi kita memulakan sesuatu dengan keadaan yang murni maka perlu berusaha untuk mengisikannya dengan perkara2 yang baik atau sebaliknya. namun putih mempunyai rangkaian warna yang hampir2 dengannya seperti kelabu putih atau krim ringan. jadi jika baju ia masih menepati konsep. maksudnya jika kedua2 warna ini masih kelihatan putih walaupun hakikatnya bukan putih tulin.

Hari selesa warnanya merah jambu dan ungu. saya suka warna ini. biasanya saya selesa ketika memakai baju warna merah jambu dan ungu muda. warna ini mempunyai aura yang menyebabkan seseorang itu kelihatan berseri. perjalanan kita terasa nyaman dan ringan. ia juga boleh dikaitkan dengan keadaan jiwa yang romantik tetapi mempunyai kekentalan luar biasa. ramai kalangan budak2 dan remaja khususnya suka merah jambu. namun terdapat kalangan mereka yang berperwatakan kasar tidak menyukainya.

Warna biru dikatakan untuk hari Rabu. biru auranya keamanan dan kedamaian jiwa khususnya. begitu juga dengan persekitaran. Keindahan biru air laut itu mempesonakan walaupun kita tidak tahu ada gelora di dalamnya. nah! ternyata warna biru itu indah dan aman. saya suka warna biru langit. ia ringan dan pesona pada seri diri.

Seterusnya hari khamis pula aura warnanya dikaitkan dengan kekuningan, coklat dan oren. warna ini semangat kesetiaan dan kejujuran. jujur dan setia pada diri sendiri pun merupakan antara tugas hakiki dalam hidup. ada ketika kita terpaksa mengenepikan kepentingan diri demi sebuah perjuangan. cuma kalau boleh jangan seperti lilin membakar diri dan menerangi orang lain. ia kurang sesuai di zaman ini kecuali ia perjuangan yang tidak boleh dielakkan.

Jumaat antara hari yang terbaik warnanya hijau yang memberi aura ketenangan. sejuk mata memandang. ia juga melambangan kesuburan yang indah. kehijauan daun boleh menyembuhkan pandangan mata jika diamalkan. nah! hijau itu syahdu menyentuh kalbu tetapi ia perjuangan yang damai.

Warna merah adalah untuk hari Sabtu. Auranya menyerlahkan keberanian dan kekentalan jiwa. berani kerana benar. kental disebabkan kegituan. merah memang cantik apa lagi jika mempunyai kombinasi yang sesuai. saya suka merah hati. terasa yakin dan kuat emosi jika memakai baju warna merah.

Hari ahad masa rehat kebanyakan orang dikaitkan dengan warna hitam. hitam itu menawan. ia klasik dan amat sesuai jika dipakai di waktu malam. siang pun tidak mendatangkan masalah jika bijak mengenakannya. hitam dikaitkan dengan kemewahan. sebab itu ramai yang memakai warna hitam ketika jamuan atau majlis yang berprestaj.

Lewat membicarakan warna dan auranya ini ia sekadar rujukan sahaja. saya cuma berkongsi pengalaman yang ada. mungkin ada cerita2 lain yang tidak disentuh kerana belum melaluinya. nah! andainya selepas membaca bahan ini, jika anda mempunyai idea atau pendapat yang berkaitan marilah kita berkongsi.

Ikon Membaca 1Malaysia

Nah! bekas ratu cantik Malaysia dan pelakon antarabangsa dipilh jadi Ikon Membaca 1Malaysia tahun 2010. Majlis pelancaran dibuat pagi tadi (21 April) di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) oleh Timbalan Menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), YB Senator Heng Seai Kie. Ikon Membaca, Dato Michelle Yeoh pun turut hadir dan ramai yang terpegun melihat kejelitaannya. Dia tinggi lampai berambut lurus dan kulit halus mulus. Yalah bekas ratu cantik. Senyuman sentiasa di bibir. Dato Michelle seorang selebriti filem antarabangsa kelahiran bumi Ipoh.

Menurut Ketua Pengarah Perpustakaan Negara (PNM) Y.bhg Dato Raslin Abu Bakar tercetusnya idea Ikon Membaca ini merupakan strategi dalam proses penjenamaan semula program galakan membaca. Sebelum ini, Y.Bhg Dato Sheikh Muszaphar Shukor atau lebih dikenali dengan panggilan Dato SMS yang merupakan Ikon Membaca yang pertama. Penyertaan beliau dalam tujuh program menunjukkan impak positif yang telah menarik ribuan pengunjung di seluruh negara (kawasan luar bandar dan pendalaman).

Melihat program banyak di luar bandar sebelum ini maka saya tertanya2 bolehkah ikon baru ini memberi kefahaman dan mampukah dia berkomunikasi dengan orang kampung. Ini memandangkan dia tidak boleh berbahasa Melayu/bahasa kebangsaan. Sayang seribu kali sayang dia telah lupa berbahasa kebangsaan negara asalnya sendiri. Di manakah jati diri diri? Layakkah menjadi ikon jika identiti yang diwarisi tidak lagi dimiliki?

Semasa Ikon Membaca ini berucap tadi memang fasih tapi berbahasa Inggeris. Begitu juga ketika mengadakan sidang media sehingga ia diminta berhenti kerana terlalu panjang tetapi dalam bahasa Inggeris. Aduh! perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sepatutnya berjalan serentak. Namun jika ikon baru ini saya nampak dia tidak mampu kecuali dia mengikuti klas bahasa Melayu.

Jika dibandingkan dengan dato SMS amat jauh bezanya. Namun masing2 ada kelebihannya. Ketika pelancaran itu diumumkan selepas ini Ikon Membaca akan dipilih dari kalangan kaum India untuk memenuhi konsep 1Malaysia. Harap biarkan yang terpilih itu mempunyai kreadibiti, ilmu dan komunikasi yang sesuai untuk semua suasana. Mungkin tidak semestinya dari kalangan yang glamour dalam bidang hiburan sahaja. Mereka yang terlibat dengan akademik, sukan, sastera, budaya, tokoh, penulis dan sebagainya boleh dicalonkan.

Perlu juga diketahui buku atau bahan bacaan yang dibaca ikon itu dalam bidang apa. Takut juga sekadar membaca majalah hiburan, buku skrip, catatan kerja, kertas kerja dan bahan2 lain yang dianggap buku walaupun bukan sebenarnya. Bukan memandang rendah tetapi sebagai persediaan jika kemungkinan2 timbul atau berlaku.

Ikon itu sebagai pemangkin untuk memajukan sesuatu program. Mudah2an apa pun program murni yang melibatkan pembangunan individu dan masyarakat amnya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Setiap impak yang diperolehi hendaklah dari sudut positif dan membina jati diri sebagai warga yang cinta kepada negara Malaysia.

Sekian.

Tuesday, April 20, 2010

Debaran kebaya batek

Kenangan kebaya batek telah tercipta awal tahun 1980-an. Saya baru tamat sekolah. Rezeki murah tidak lama menganggur saya dapat kerja sementara di sebuah jabatan kerajaan di Kota Kinabalu. Kini hampir 28 tahun ia berlalu. Namun peristiwa baju kebaya seolah2 semalam baru berlaku. Kebaya batek itu memang cantik. Saiznya juga ngam betul. Ada tiga (3) helai semuanya cuma warna berlainan.

Kebaya warna coklat muda hadiah abang ipar itu saya pakai ke pejabat. Terasa amat istimewa baju saya pada hari itu. Cuma agak ketat sikit dipinggang. Saya jadi malu. Tapi arwah kakak bagi sokongan untuk pakai. Saya ikut arahan sahaja walaupun cara jalan pun macam tidak betul. Maklumkan baru bekerja gaji belum ada. Menumpang di rumah kakak di Tanjung Aru.

Nak dijadikan cerita lagi semasa naik bas agak payah kaki melangkah. Kainnya sempit dan belah pula tu! Saya perhatikan ramai tengok lain macam saja. Tapi saya buat tidak tahu . Dan memang tidak faham langsung. Semasa menuju ke pejabat saya berjalan perlahan. Tidak seperti biasa. Malah langkah terpaksa dikecilkan. Aduh! seksanya, keluh dalam hati . Berdebar2 saya. Itulah pertama kali pakai kebaya. Kebaya batek pula tu. Memang tidak pernah terlintas pakai baju secantik itu.

Tiba di pejabat sebelum jam 7.30 pagi. Saya susah naik tangga kerana pejabat di tingkat satu di kawasan Karamunsing. Kawan2 lain pun belum tiba kecuali Pak Abdul Rahman. Dia bertugas membuka pejabat. Aduh! bagaimana berdepan dengan rakan2 sepejabat. Keluh hati saya. Di unit tempat saya bertugas semuanya lelaki. Saya mula rasa segan. Ada yang memuji dan ada yang diam saja.

Seorang rakan jurufoto dengan misai sebaris datang ke meja saya. Wajahnya handsome dan hatinya baik. Dia tersenyum2 sambil memuji. Ya allah! saya amat malu ketika itu. rasa macam mahu pengsan. Apa akan terjadi selepas ini. Dia selalu membantu saya. Setiap pertanyaan tentang kerja dia jawab dengan baik sehingga saya faham. Dia berdiri di depan di depan saya sambil berkata dengan suara separuh berbisik tapi jelas saya dengar.

"Kebaya batek ini siapa bagi? Ini kan baju paramugari? Ya...tapi ok. Cantik." Saya terdiam. Keluh lidah. Mata cuma merenung dada meja . Ya Allah baju orang kerja MAS rupanya, bisik hati. Badan rasa melayang. Saya tambahkan hati. Kerja pada hari itu perlu diteruskan jua...

Mulai saat tu, kebaya batek cuma tinggal kenangan. Nah! jika saya melihat paramugari, saya akan teringat kebaya batek yang saya pernah pakai lebih duapuluh tahun yang lalu...kenangan itu indah walaupun malu masih terasa...

salam.

Catatan tentang budi

Ada yang menyatakan; kehormatan tanpa budi bahasa dan kesopanan samalah seperti suatu keributan sahaja. kecermatan tanpa budi bahasa dan kesopanan samalah seperti perasaan takut. keberanian tanpa budi bahasa dan kesopanan samalah seperti kederhakaan. ketulusan hati tanpa budi bahasa dan kesopanan samalah seperti kebiadaban. kepimpinan tanpa budi bahasa dan kesopanan maka terjadilah umpat keji dan janji palsu berpanjangan.

Cerita seorang wanita misteri

Jauh berjalan luas pandangan. banyak bergaul pelbagai kerenah yang kita jumpa. itulah yang akan disentuh dalam cerita kak long kali ini. dalam menempuh perjalanan suci ada beberapa yang saya mahu kongsi untuk pengajaran bersama. bukan tujuan untuk mengata semata-mata tetapi itulah realitinya setiap insan itu ada lebih dan kurangnya. tidak menyangka pulak sejauh perjalanan itu tiba2 ada perkara di luar jangka di depan mata.



semasa di madinah masuk hari kedua, tiba2 ustaz meminta bantuan ketika kami sarapan di hotel. tertanya2 juga apa yang berlaku? siapa dia? yang mana satu? aduh! macam2 persoalan dalam minda saya. saya istighfar sendiri. ustaz kata kawan - wanita misteri itu ada masalah nak turun makan. dia mesti kena telefon dan pujuk supaya turun makan. dengar kata2 ustaz itu menyebabkan saya terfikir sesuatu...ustaz berkali2 minta tolong. siap dia bagi nombor bilik dan nama. kawan2 lain tak sanggup. cuma mereka kata saya saja yang boleh bercakap dengan wanita misteri tu. aduhai... tiba2 saya diberi tanggungjawab. saya cuma diam dan senyum. risau dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. bolehkah aku bantu? yang mana satu dia ni?hati meneka dan terus meneka... saya nekad untuk buat yang termampu.



makan tengahari saya berjaya mendekati wanita misteri itu. dia duduk seorang2. saya cuba menghampiri dia. alhamdulilah dia sudi bercakap dengan saya. cuma seketika sahaja. selepas itu saya ke meja makan lain dan duduk dengan rakan sebilik seperti biasa. langkah pertama telah kumulai. saya bagitau uza dan hjh ton. mereka minta saya tanya lagi. tugas itu berlanjutan. ada masa saya cuba hampiri dan cerita2 dengan wanita misteri itu. beberapa soalan terjawab. dia bekerja di shah alam. asal dari banting. wanita misteri wataknya macam keanak-anakan walaupun saya jangka usianya dalam lingkungan 40-an.



malam terakhir di madinah, wanita misteri itu sendiri mohon dikawankan berkunjung ke Raudah. dia kata belum sempat lagi ke sana. alhamdulilah dia nak ke Raudah. saya cuba minta bantuan kak esah. dia pun setuju. begitu juga dengan uza. kami pun berjanji jumpa jam 9 malam di lobi hotel untuk ke Raudah. sebelum itu, saya sudah ingatkan dia siap2 pakai telkung kerana semasa di Raudah buat solat sunat. apa lagi solat di masjid nabawi pahala 1000 setiap kali solat. namun saya terkejut wanita misteri itu menyatakan tidak mahu solat. dia cuma mahu berdoa sahaja di Raudah. aduh! dia memang pelik. namun ustaz sudah maklumkan kami , wanita misteri tidak ke masjid jika masuk waktu kerana dia bagitau solat dalam bilik sahaja. rugi memang rugi perjalanan macam ini diiisi dengan cara yang kurang sesuai. saya tidak cakap2 apa. cuma diam saja ketika itu.



Jam 9 malam kami jumpa di lobi. saya senyum tengok wanita misteri itu. dia pun senyum simpul. wajahnya bersih cuma kurang ceria. dia kata mujurlah kami sudi temankan dia ke Raudah. kami beriringan jalan. kak esah siap bagitau beberapa perkara. tidak lama berjalan kami masuk masjid nabawi melalui pintu 25. pintu ini antara yang terdekat dan mudah ke Raudah. namun wanita misteri itu pantas berjalan sehingga tidak terkejar. kami tertinggal di belakang. bukan biarkan dia tapi dia tak menoleh belakang. kawasan Raudah sudah penuh. kami berbaris dalam kumpulan Malaysia, Indonesia dan Brunei. namun tidak nampak wajah wanita misteri itu. setelah solat dan berdoa kami pun balik ke hotel. kak esah tanya mana dia? dapatkah ke berdoa di karpet putih tu? saya tengok kak esah sambil menyatakan tak nampak dia.

Setelah tiba di tanah suci Mekah, wanita misteri tinggal sendiri sebilik sama keadaannya seperti di madinah. sesekali sahaja jumpa dia. ketika buat miqat di taneem sempat solat sunat sama2 di masjid aishah. kasian dia kurang faham untuk proses buat ihram. sempat bagitau dia lafazkan niat. terkilan tgk dia. namun dia tidak bertanya serta tidak campur dengan kawan2 lain. ketika tawaf saya bersama kak esah terpisah dengan wanita misteri itu. mata terus mencari tapi tidak nampak. yuzana yang terjumpa tetapi dia tawaf tidak ikut arus. pelik ini berlaku. sedang terlalu ramai ketika itu. apakah terjadi pada diri dan emosi dia? mudah2an dia dalam perlindungan Tuhan. wanita misteri terus dengan misterinya...sekali lagi saya membantunya ketika ditipu oleh lelaki arab. kasian tgk dia menyerahkan 100r kpd lelaki arab setelah naik unta. hanya dengan beberapa keping foto dan beberapa minta naik unta kena bayar sebanyak itu. lelaki arab itu marah sebab saya tarik tangan wanita misteri dan bawa ke tempat lain. dia mengadu hampir abis duitnya...

ingin dikongsikan sedikit peristiwa ketika dan selepas solat zohor di masjidil haram. wanita misteri tidak solah berjemaah. mungkin itu cara dia. selesai solat zohor dia solat lagi tapi bacaannya terlalu panjang. saya dan uza risau. malahan tertanya2 adakah dia sempat tawaf wida'. kami pun nekad untuk bertanya. saya menepuk bahunya walaupun masih solat kerana waktu itu jam 1.15 petang. sedangkan rombongan dia kena berada dalam bas jam 2 petang. saya berulang kali memberitahu dan mengingatkan dia untuk tawaf wida'. dia cuma mengangguk dan teruskan lagi solat. kami tinggalkan dia dan balik hotel. entah apa yang berlaku? keadaan kawasan kaabah waktu itu penuh. terlalu ramai orang. dia pulak tinggal seorang2.

nah! sehingga kini saya masih terbayang wajah wanita misteri. selain kami ada juga orang lain yang mengambil berat tentang dia. namun segalanya sudah berlalu. banyak pengajaran dari peristiwa wanita mestri ini. seorang kakak cantik juga kasian dan salahkan ustaz kerana lepas tangan. suami dia menyatakan wanita misteri itu ada gangguan emosi. ada pula berpendapat dia kurang bersedia untuk ke tanah suci. selain itu, ada menyatakan mungkin wanita itu ada masalah tersendiri . terlalu banyak andaian. yang mana satu punya kebenaran? hanya Tuhan sahaja yang tahu....

sekian.

Nasi lemak - Teh tarik

Menghadiri sesuatu mesyuarat adalah salah satu dari kerja. namun berada dalam bilik mesyuarat bukan perkara yang mudah. ada ketikanya amat mencabar hati dan minda. apa lagi jika agenda yang dibincangkan tidak cukup maklumat. semalam saya hadir mesyuarat program nasi lemak - teh tarik sebagai makanan warisan. sekali baca menarik perkataan yang ditulis itu. memang benar ia antara makanan warisan gah di mata pelbagai kaum.

Setelah bincang secara terperinci rupa2nya nam program itu pun betul diputuskan. banyak maklumat masih tergantung. namun rasa berdebar juga kerana akan bakal diadakan pada 24 April di SMK Dato Haji kamaruddin, Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor. pendekatannya menyediakan nasi lemak yang terbesar yang boleh memecah rekod dalam "The malaysia Book of Record". bukan kerja mudah ini kerana ia memerlukan pelbagai persediaan yang tidak sedikit.
suasana pada masa yang sama pula ialah proses pilihanraya semakin hampir dan di kawasan yang sama. jika tidak berhati2 dan peka dengan keadaan sekeliling, akan boleh menimbulkan isu yang lain.

Nasi lemak - teh tarik biasanya dikaitkan dengan minum pagi kecuali di kuala lumpur misalnya tengah malam pun nasi lemak masih panas. teh tarik pula merata tempat minum ada termasuk gerai2 minum walaupun tidak sesedap di kedai mamak. dalam program di kuala kubu ini nasi lemak dimakan lewat tengahari. adakah mesyarakat kampung akan berdiam diri atau tidak akan bercakap apa2pun. ini kawasan kampung nun dari suasana konta atau bandar. di kampung disiplin makan masih diamalkan. menu untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam berbeza. tidak timbulkah nanti komen2 yang boleh memanaskan telinga? atau adakah akan timbul isu2 lain yang menyebabkan ada kalangan tertentu akan panas punggung. harap2 berkat doa semuanya berjalan lancar.

Memang tujuannya murni kerana ingin menjamu para penduduk kampung dengan nasi lemak dan teh tarik. ramai petugas dari kementerian penerangan dan agensi2nya turun ke kuala kubu untuk melaksanakan tugas. masa kini pun sudah ramai berumahtangga di kuala kubu demi kelancaran pilihanraya kecil. calon-calon yang bertanding bukan calang-calang orang. kedua2nya mempunyai kreadibiliti dan rekod perkhidmatan masing2. terpulang kepada para pengundi mahu memangkah siapa yang mereka mahu jadi pemimpin untuk menerajui pembangunan di kawasan berkenaan.

Apa yang perlu pisang tidak berbuah lebih sekali. rakyat perlukan pembelaan. nasi lemak dan teh tarik sekadar jamuan tapi peruntukan untuk membangunkan kawasan ini memerlukan khidmat seorang pemimpin yang benar2 berjiwa rakyat. glamour tidak perlu tapi semangat yang terpancar daripada aktiviti yang akan dibuat itu lebih diutamakan.

Nasi lemak - teh tarik sebagai penyeri proses pilihanraya. ia diperuntukkan untuk semua penduduk di kawasan berkenaan dan sekitarnya. marilah makan bersama2 dengan semangat kekitaan yang padu memajukan kawasan kuala kubu yang mempunyai keunikan dan kekayanan tersendiri. masa lalu menjadi pengukur untuk kejayaan akan datang.

Kejayaan 1Malaysia di kawasan Kuala Kubu akan menyerlahkan diri selepas setiap individu memangkah dengan semangat 1Malaysia mereka. Selamat maju jaya...

Monday, April 19, 2010

Belanja pengubat resah?

Betulkah bila berbelanja itu menyebabkan kita hilang resah? duka lara boleh lupa semasa seronok membeli belah. cuma yang merisaukan lupa diri ketika belanja terutamanya di kalangan kaum wanita. sebab itu kita perlu sediakan senarai barangan yang hendak dibeli. beli mana yang perlu dan harga patut diutamakan. belanja secara sederhana dan berhati-hati agar tidak memjadikan manfaat sebagai mudarat.

Namun dalam menghadapi keadaan ekonomi yang serba mencabar ini kita hendaklah menjadi penggunakan yang bijak. sebab itu ungkapan berjimat cermat telah sinonim dengan berbelanja. ia juga menjadi tuntutan dalam Islam dan agama2 lain. berjimat cermat ialah mempergunakan sesuatu dengan berhemah, berhati2 dan bijaksana termasuk wang, masa dan peluang. kita digalakkan berjimat dalam segala urusan bukan bermaksud supaya menjadi bakhil. belanja makan sendiri pun berkira sehingga punah segala kenikmatan. dengan kata lain niat nak cari pendapatan sahaja tanpa memikirkan keperluan rohani diri. nah! jadi hamba duit pulak!

Sifat bakhil tidak wajar ada dalam kamus hidup kita. apa lagi jika hidup di tengah2 masyarakat. ramai menjadi saksi dan timbul pula cerita lain. sebab itu, saya suka tengok hasil karya P.Ramlee. memang tidak jemu walaupun tengok berulang kali. saya tau ramai orang macam saya. salah satunya ialah cerita bertajuk nasib labu labi. ia cerita hidup seharian. ada orang kaya ada yang miskin. lalu, watak haji bakhil dan cik murni amat menarik dan berkesan di hati.

Hakikatnya orang bakhil sebenarnya mahu juga kehidupannya seronok tapi kena ada caranya. haji bakhil menjadi pemurah jika cikgu murni yang datang minta derma berbanding dengan orng lain yang berkunjung sebelum itu. dia ada alasan tersendiri tidak bagi derma.ini disebabkan dia
seronok dengan kehadiran cikgu murni. tapi haji bakhil masih punya hati untuk menyediakan kemudahan mesin jahit untuk anaknya manisah. nah! bukan dia tidak berbelanja tetapi mesti ada sebab yang munasabah.

Saya ambil baju di kedai jahit tadi. baju itu telah lama siap sebelum saya ke Mekah tapi tidak ada kesempatan untuk mengambilnya. terasa mahal semasa membayar upah tapi ketika menghantarnya untuk ditempah tidak terfikir pulak! jadi tindakan sudah terlewat. jika beli baju kurung siap saya boleh dapat 4 helai dengan harga upah tadi. saya tidak terasa belanja tadi hilangkan resah sebalik menjadi resah pulak! mujurlah baju itu cantik dan sedap dipakai.

Belanja barangan dapur juga membahayakan suasana bujet jika pergi ke pasaraya seperti giant, care4 atau jaya jusco. ada ketika barangan tidak ada dalam list(jika ada) boleh terbeli. apa lagi macam2 tawaran harga murah. barangan yang dibeli tidak patut dbeli tapi disebabkan terpengaruh dan terlupa diri maka kita pun belanja. lebih2 bila menggunaka kad kredit gitu juga kad debit. semuanya wang plastik. ia main sign sahaja. nah! hujung minggu seterusnya barangan yang telah dibeli itu tidak digunakan. lalu kita menjadi gunda dan rugi. kini bukan dapat hilangkan resah pulak!

Perlu diingat carilah rezeki seolah kita hidup selamanya dan beribadatlah seolah mati esoknya. ia memintakan bersedia dalam segala hal tatacara hidup. wang memang perlu untuk menampung hidup bukan sahaja untuk makan minum, pelajaran,perjalanan dan sebagainya tetapi kos rawatan pun tinggi masa kini. kita juga kena kumpul wang untuk menunaikan rukun Islam kelima iaitu menunaikan ibadat haji di Mekah jika mampu ke sana. namun kita diminta membuat ibadat agar tidak lupa diri bahawa hidup bukan untuk selamanya.

sekian

Pantun - budi 4

Daun palas batang palas
ikat-ikat dibawa belayar
kalau budi sudah berbalas
ibarat hutang sudah berbayar.

Asal beras darilah padi
padi lama tinggal segantang
beratkah kasih ringankah budi
neraca mana dapat menimbang

Anyam tikar pandan berduri
pandan basah disalai-salai
bijak akal timbangan budi
budi dan kasih baru dinilai

Raut-raut si papan jati
hendak dibuat si anak tangga
jangan takut menabur budi
sedikit sebanyak dikenang juga.

Budak-budak duduk termenung
duduk terkenang tanah seberang
walaupun ringgit tinggi menggunung
budi juga dikenang orang

Pokok cempaka di padang Temu
daunnya lebat banyak berbunga
ringgit hendak budi pun mahu
baru sempurna hidup di dunia

Buah lada lebat di pangkal
gugur daun dengan buahnya
sungguh ada ringgit sekapal
kalau tak berbudi apa gunanya

Kuih manis di dalam dulang
makanan banyak jangan dibuang
hancur daging bercerai tulang
budi yang baik barulah hilang

Pantun - budi 3

Dari berlari baik melompat
barang dicari segera dapat
sudah berbudi jangan diumpat
balasan baik syurga dapat

Bukan tak mau menanam padi
takut dimakan bena belalang
bukannya saya tak mau berbudi
takut juga bencana orang

Pulau pinang tiba bersegi
bertentang dengan tanah seberang
orang berbudi tentu tak rugi
nama disebut dikenang orang

Buah lada lebat pangkal
gugur daun dengan buahnya
sungguh ada ringgit sekapal
kalau tak budi apa gunanya

pasang api di atas tanah
cahayanya sampai ke mana2
bukan takut kena bencana
diri sendiri takut terkena

Banyak orang di Bukit China
sayang Cik Ali menebang kayu
zaman sekarang ringgit tak guna
budi yang baik terbuang jua..


sekian.

Pantun - budi 2

Mawar di taman mekar nan indah
harum baunya kuntum melati
terukir senyuman pembuka kalimah
santun bahasa molek pekerti

Harum baunya kuntuman melati
disunting pulak gadis jelita
santun bahasa molek pekerti
berakhlak mulia budaya kita

Dara sunti sanjungan desa
duduk berdua di rumah lama
bercantum budi dengan bahasa
jadilah jiwa bangsa ternama

Duduk berdua di rumah lama
bunga raya di tepi anjung
jadilah jiwa bangsa ternama
memancarkan budaya, bangsa disanjung

Mendayung koleh arah ke hulu
singgah di Bentan membeli gula
senyuman molek mesra selalu
bersopan santun berbudi bahasa.

Pantun -budi

Dari Daik pulang ke Daik
sehari-hari berkebun pisang
budi baik dibalas baik
dalam hati dikenang orang

Tenang-tenang air laut
sampan kolek mudik ke tanjung
hati terkenang mulut menyebut
budi baik rasa nak junjung

Bunga melati bunga di darat
bunga seroja di tepi kali
hina besi kerana karat
hina manusia tidak berbudi

Pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercaabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga

Limau manis dimakan manis
manis sekali rasa isinya
dilihat manis dipandang manis
manis sekali hati budinya

Cuaca gelap semakin redup
masakan boleh kembali terang
budi bahasa amalan hidup
barulah kekal dihormati orang

Sunday, April 18, 2010

kehormatan- timbang rasa dan terhalang kejahatan

Saya terbaca mengenai pentingnya menjaga kehormatan nama dan diri. Namun perlu ditegaskan kita tidak boleh atau tidak digalakkan sama sekali untuk bersikap sombong dalam usaha mencari nama. Apa lagi jika tindakan demi mencari nama itu, seseorang sanggup bertindak kejam untuk orang lain. Dia langsung tidak menyimpan rasa akan kepentingan dan kesenangan orang lain kerana yang mustahak orang tau dan kenal nama diri. Terlanjur bercerita tentang hal ini, maka ada sedikit yang menyentuh dunia saya. Ada seorang insan itu bertindak menyatakan bahawa saya tidak buat sebarang tindakan. Begitu juga kawan2 yang sekitar dengan saya. Memang amat menyentuh tuduhan ini. Kenapa mesti masuk kerja orang lain? Kami telah ada skop kerja masing2. Malahan ada ketikanya kami membantu kerja dia tapi saya tidak pernah mengadu kepada orang tertentu. Sesekali orang tertentu bertanya mana dia dalam sesuatu majlis (jika dia tidak datang), saya cuma kata tak tau atau belum tiba agaknya. Nah! bila timbul cerita mencari nama ini, dia seorang yang telah berpengalaman sanggup kata saya tidak membantu. Apa jadahnya pulak! Kerja apa nak dibantu? Pelik betul. Iya saya tau, sebab mahu nama disanjung dan dikatakan dia sahaja yang bekerja. Tidak apa yang penting saya bersama rakan2 sekerja buat apa yang sepatutnya (ada tika lebih dari patut). Di mana dia sikap timbang rasa dan perihatin sesama insan.



Seterusnya, tidak perlulah menundingkan jari kepada orang lain dalam hal mencari nama. Sewajarnya tidak menjadi kesalahan tindakan mencari nama dan kehormatan tetapi mestikah berusaha memperbaiki budi sendiri. Mencari indentiti dan diri yang ada ketikanya seolah2 hilang itu lebih munasabah. Muhasabah diri jalan terbaik untuk menjernihkan dan mendapatkan ketenangan diri yang sebenarnya.



Gila hormat jangan sekali diamalkan kerana boleh menjadikan seseorang itu lupa diri. Namun, keinginan menjadi orang yang terhormat, haruslah menjadi tujuan hidup. Kehormatan bukan semata2 kerana wang ringgit atau harta bertimbun sahaja tetapi jasa baik dan budi pekerti yang tinggi juga pertanda kita mendapat kehormatan daripada sesama insan. Kehormatan dan kata2 baik serta pandangan positif daripada orang lain adalah pendorong hati berusaha melakanakan sesuatu yang lebih indah dan baik.



Hakikatnya kehidupan ini penuh dengan ranjau dan duri. Tidak semua orang suka melihat kita berjaya dan mempunyai kehormatan serta kemuliaan. Jika kita mendapat hasil dan melangkah dengan baik ada sahaja orang yang melihat itu dengki dan sanggup buang timbang rasa. Memang wujud manusia yang tidak senang atau benci pada orang yang punya kelebihan dan pencapaian yang cemerlang walaupun masih ada yang sayang dan gembira. Mengakui kehormatan dan kemuliaan seseorang ada ketika amat payah diterima sesetengah kalangan insan malah jika mampu mereka berusaha untuk menghalangkannya...Jadi andai perkara ini ada dalam benak hati kita walaupun sekecil noktah cepat buang jauh2. Insafkan diri kita masing2 punya kelebihan yang Tuhan bagi cuma perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.



Oleh itu, adalah digalakkan supaya kita sentiasa berusaha meningkatkan budi pekerti tinggi dengan keikhlasan. kehalusan dan ketinggian budi pekerti akan menyebabkan ramai insan sekeliling sayang pada diri kita. Namun perlu juga bersedia berdepan dengan suasana orang yang bakal membenci kerana iri hati. Ia penyakit yang susah diubat kecuali dengan bersihkan jiwa dan hati serta beriman kepada Allah SWT.



Sehubungan itu, pepatah Arab ada menyatakan,"agama menjadi sendi hidup, pengarauh menjadi penjaganya. Jika tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Kerana orang yang terhormat itu, kehormatan nya itulah yang melarangnya berbuat jahat." Terang lagi bersuluh. Nyatalah di sini kerhormatan itu suatu pemangkin bagi seseorang itu melaksanakan segala kebaikan dengan sukarela.

Bukan mudah mempertahankan kehormatan pada zaman ini. Pebagai pendekatan digunakan untuk memenangi minda individu yang digarapkan macam2 bidang ilmu dan pengalaman. Untuk mendapatkan maklumat hanya di hujung jadi. Lantaran itu menjaga kehormatan dari serangan yang bertubi2 menimbulkan perjuangan sengit serta kekentalan jiwa.

Sekian.

Usaha tangga kejayaan

Untuk mencipta kejayaan itu ia tidak datang bergolek. Usaha yang gigih adalah tangga kejayaan. Nah! perlu berusaha sambil diiringi doa. Kekentalan semangat dan jiwa untuk mencapai sesuatu dalam hidup tanpa putus ada merupakan jalan terbaik yang diamalkan.

Peribahasa Melayu ada menyatakan-"ASYIK MEMANGKU TANGAN, MATI DALAM ANGAN-ANGAN". Ini bermakna tak akan tercapai maksud, kalau tak mahu berusaha. Hidup dengan angan-angan sahaja tidak akan memberi sebarang makna. Malah jika kita sekadar mengharap maka jadilah umpama menunggu buah yang tak gugur...

Kahwin - budaya coklat

Saya menghadiri majlis kahwin di pinggir kota bersama kak wan azizah, kak badariah dan nurin (cucu akak badariah). Biasanya saya kurang selesa menghadiri majlis tidak rasmi jika hujung minggu kerana sabtu dan ahad terlalu banyak yang perlu diselesai atas urusan peribadi. Namun kali ini dengan mudah sahaja saya berkata 'iya' dengan pelawaan kak wan. kebetulan kak Yah (yang mengadakan majlis itu lebih awal telah menjemput saya). Dalam hati tertanya2 apakah keistimewaan majlis kahwin anak cik Yah ni? Budaya apa yang dibawa pulang? Wow! bunga telornya macam mana?

Untuk menghormati majlis istimewa itu kami masing2 berpakaian cantik . Saya pakai baju kurung moden batek sutera warna merah jambu. kurung pesak gantung warna hijau lumut pilihan kak wan dan kak badariah berkurung merah jambu sedondon dengan sandal dan beg tangannya. Akak ni memang suka bergaya. Seronok jika berjalan dengan dia. Si kecil nurin bergaun putih dengan bunga2 kecil hitam. Rambutnya terhurai lurus dan kelihatan manis sekali.

Setiba di kawasan dewan Danau Kota dengan mudah sahaja saya dapat tempat letak kereta. Keluar sahaja saya tengok sekeliling tapi tak nampak suasana majlis kahwin. Betul ke ni?Kami terus menuju ke pintu dewan. Kelihatan ibu dan bapa pengantin nampak senyum gembira menyambut tetamu. Siap bersalam kami terus ke meja yang kosong. Saya melihat sekeliling ternampak pasangan pengantin sedang berarak ke meja makan di pentas. Ada bisikan di benak hati mana bunyi kompangnya? Muzik pun sederhana. Suara juruacara bijak bicara tapi saya tidak dengar bait2 pantun mengusik, jenaka, cinta dan sebagai. Ia adalah khazanah pusaka Melayu. Mungkin juga inilah perubahan.

Kami beratur mengambil makanan. Semuanya sedap. Nasi minyak(nasi putih pun ada), rendang daging, kari ayam, sambal sotong, jeruk, dal dan limau. Makanan Melayu. Di hujung meja makanan kami diberi bungkusan coklat. sampul merah menyala berikat riben. Semasa di meja makan sikecil Nurin mengadukan dia cuma dapat gula2. Coklat hanya untuk orang dewasa sahaja. Di benak fikiran saya terus menjelma andai bunga telor yang diberi sudah tentu kanak2 dan orang dewasa tidak banyak bezanya. Ada ketikanya kanak2 dapat dua- gula2/makanan ringan dan bunga telor. Manakala orang dewasa akan menerima macam2 jenis bunga telor.

Sambil makan mata saya mencari gadis2 bersama anak2 dara sunti membawa bakul untuk mengagihkan bunga telor kepada tetamu. Di sini tidak berlaku suasana itu. Majlis menggunakan pendekatan moden. Kemanakah perginya budaya Melayu? Banyak juga saya menghadiri majlis kahwin yang dibuat di dewan namun tradisi bunga telor masih diteruskan. Sesekali saya hadir majlis kahwin di rumah juga bunga telor juga masih gah. Sesekali saya nampak ramai wanita dan lelaki berbaju sama. Mereka kumpulan petugas semasa majlis itu.

Kepada bakal2 bapa dan ibu pengantin ingat2lah budaya bunga telor jika mengadakan kenduri kahwin. Bunga telor boleh diindahkan dengan macam2 cara. Bekas sekarang cantik2. Malahan saya banyak simpan bekas bunga telor. Apa yang merisaukan jika budaya ini tidak diamalkan budaya nenek moyang akan lenyap ditelan zaman. Budaya coklat, kek, tart, biskut, gula2 dan sebagainya akan menjadi kebanggaan. Lalu generasi pelapis tidak tahu lagi merebus telor. Lebih menyedihkan nanti mungkin mereka tidak lagi kenal budaya bunga telor.

Coklat memang sedap. Simboliknya pun manis. Baik untuk menjalin hubungan. Namun manis sahaja tidak memberi impak tanpa. ketelusan, keindahan dan kemurnian. Apun, perubahan tidak salah untuk meningkatkan kualiti tamadun kehidupan namun biarlah kena padanya.

Nah! berubahlah untuk kebaikan tetapi bukan perkara yang bukan2. Budaya satu cara hidup. Jika indah teruskanlah...

Sekian.....

Saturday, April 17, 2010

Aku

aku telah tahu

aku memang faham

aku hayati

aku sedia maklum

aku bukan kaya

aku tidak miskin

aku cuma mewah dengan hati dan tekad

aku ada ibu, bapa, adik kakak dan kawan2 tersayang

juga sahabat yang kasih

aku disayangi

aku ada kerja

aku catat pengalaman

aku diuji perjalanan

aku insaf betapa kerdilnya di bumi Tuhan



aku mencari ilmu

aku ingin nur

aku genggam kasih-Mu

aku bersyukur di atas segalanya

aku berserah

aku cinta dan kasih

aku hanya menyembah yang satu

aku beriman pada-Mu jua


salam aku...Amin


18 April 2010
Wangsa Maju

Yang bulat dan pipih

Sejak saya mengenal kerja dalam kumpulan maka, sesuatu keputusan itu mestilah hasil persetujuan bersama. Walau bagaimana yang penting ahli kumpulan hendaklah berfikiran terbuka dan sedia menerima idea-idea kawan. Oleh itu, perbincangan dengan data dan ilmu perlu untuk mendapatkan hasil yang baik dan berkesan. Di samping itu, sebagai ahli juga perlu menerima hakikat bahawa setiap individu itu mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Kewujudan saling menerima keadaan demikian dapat dikaitkan dengan beberapa pepatah yang cukup besar maknanya.

Lalu kepatah Melayu menyatakan "DAH BULAT BAGI DIGOLEK, DAH PIPIH BARU DILAYANGKAN". Ia berkaitan dengan kehadiran sesuatu keputusan yang diambil itu setelah persetujuan sebulat suara. Lagipun hasil keputusan bersama ini adalah lebih berkat kerana masing-masing berdoa untuk merealitikan segala harapan yang ingin dicapaikan. Namun setiap apa yang diputuskan itu juga tidak semestinya semua yang terbaik pada akhirnya.. Ada kemungkinan ia perlu diubah atau dibaiki yang ada ketikanya mencabar kesabaran ahli kumpulan.

Ada juga disebut "YANG BULAT DATANG BERGOLEK DAN YANG PIPIH DATANG MELAYANG...." (NOTA: akan ditulis nanti...)

Friday, April 16, 2010

cerita seorang kakak

Saya mengenali kak Zaharah semasa program Minggu Malaysia di London tahun 2007 di London. Dia telah membina rangkai restoran iaitu Satay House yang terletak di tengah2 kota London. Restoran ini mendapat kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang datang ke London. Saya pun sempat makan dua kali di Satay House ini. Makanannya memang sedap. Ia satu2nya restoran Melayu yang bertahan di kota metropolitan itu. Kak Zaharah pun telah meletakkan kepercayaan kepada anak perempuannya untuk mengurus restoran itu. Dia dibantu oleh anak lelaki bungsunya - dia mempunyai perancangan yang rapi memajukan perniagaan makanan. Oleh itu, kini beliau boleh menarik nafas lega.

Semasa mengikuti program KEKWA di London saya dan Hajah Fatimah mengambilnya di hotel Hilton. Dia kata lebih selesa dan jimat tinggal di hotel berbanding menginap di rumah sendiri. Kebetulan rumahnya disewakan dengan kiraan sewa setiap minggu. Ia merupakan pelaburan jangka panjang yang baik. Selain itu, dia membeli kondo di Pulau Pinang berdepan dengan laut. Iya, sudah tentu pemandangannya menenangkan jiwa. Dia maklumkan bahawa anaknya juga ada membeli Villa di Negara Brunei Darulsalam. Alhamdulilah saya bangga orang Melayu boleh seperti kakak ini. Anak2nya seramai empat orang (3 lelaki dan 1 perempuan) juga berjaya dalam bidang masing2.

Kini kak Zaharah berada di Kuala Lumpur dan berehat di pan housenya di Jalan Stonor. Saya sempat singgah bersama Hajah Fatimah, Puan Pauziah dan Datin Rahmah selepas kami menjamu selesa bersamanya di Hotel Royal Raja Chulan. Beliau memang selalu makan di hotel berkenaan. Macam2 cerita kami bual termasuk juga dia minta resepsi sambal udang kering Sabah. Itu pun setelah Datin Rahmah bagitau bahawa saya buat sambal udang kering sedap. Aduh! malu juga rasanya. Tapi apabila difikir2kan , pujian itu merupakan suatu penghargaan. Alhamdulilah.

Kawasan rumah mewah kak Zaharah menawan dan sistem keselamatannya ketat. Saya setuju dengan cara itu sebab harga pun bukan alang kepalang. Kalau saya sampai mati pun hidup kembali tak akan dapat wang sebanyak itu. Minda terus tertanya2 harga sebenar rumah itu apabila masuk sahaja ke dalamnya. Stail inggeris dan campur kotemperari sedikit. Rumah sebanyak 3 tingkat itu mempunyai 9 bilik. Ia menggunakan tangga dan disediakan jugak lif untuk penghuninya.

Datin Rahmah minta saya risik berapa harga rumah itu. Begitu juga dengan Hajah Fatimah. namun belum sempat tanya betul2 Kak Zaharah bagitau rumah kosong sahaja RM9 juta. Hajah Fatimah agak2 RM3 juta. Rupa2nya RM3 juta itu untuk setingkat sahaja. Melihat kelengkapan lampu/hiasan/perabot/peralatan/ bilik mandi dll harga mencapai RM12 juta. Mudah2an Kak Zaharah terus berjaya dan diredhai Allah SWT. Seronok juga di tkt22 disediakan kolam mandi yang airnya membiru. Terdapat pokok2 hijau ditanam diluar dan dalam rumah. Sejuk mata memandang.

Sempar juga kak Zaharah bagitau ada sebuah lagi kondonya di sebelah KLCC. Cuma sesekali sahaja dia berkunjung ke sana untuk melihat sekelilingnya sahaja. Beliau pindah ke rumah di Jln Stonor itu sejak November 2009. Dengar2 cerita anak lelakinya sedang mencari rumah di New York. Tentu juga harganya berjuta ringgit Malaysia. Namun menurut kak Zaharah dia tidak suka sewakan rumahnya. Baginya biarlah kosong sahaja kerana jika dia merajuk dengan anak-anak dia boleh lari ke mana2 rumah yang dia selesa.

Kak Zaharah sempat mempelawa supaya datang ke rumahnya untuk berkaraoke pulak. Saya juga berhasrat untuk memberikan sekeping cd yang mengandungi lagu2 yang saya buat bersama kawan2 rapat. Saya telah berjanji untuk menyerahkan cd itu di rumahnya pada suatu waktu yang terluang.

Memang seronok kenal kak Zaharah. Dia sentiasa manis dan tersenyum. Selalu memakai baju kurang dengan warna yang cukup manis. Dia berkulit putih dan berselendang suka memakai baju kurung batik. Sesekali dia mengenakan seluar panjang dan kemeja (kainnya mahal dan tentu mencari selesa di pandai.

Setelah minum air teh jasmin di gelas kristal(mahal) kamipun berunsur pulang dengan hati yang amat tertawan dengan pan house kak zaharah. Sebelum balik dia sempat minta supaya berkunjung ke rumahnya itu. Maklumlah dia duduk seorang kerana anaknya yang nombor dua selalu ke luar negara. Anak lelaki sulungnya tinggal di Taman Tun Dr Ismail.

Selamat dalam segalanya kakakku....

Thursday, April 15, 2010

menghulu tangan kudung

kelopak mata bersih
hati merintih dalam jaga
di bumi haram ini
anak-anak kecil menghulur tangan kudungnya
kedengaran lagu sayu merayu
di celah-celah betis berlalu
anak-anak kecil didudukkan di dada jalan
sesekali mereka terpaksa mengawasi tetamu pantas berlari
mengejar waktu

seketika datang seorang wanita muda langsing
wajah disolek mata bercelak dengan kulit gelap
matanya liar sekeliling
sambil jejari bercincin batu
mengemas anak-anak kecil itu
melihat beg tersandang di dada
suaranya kecil garang bila rayuan si kecil
rehat seketika dalam kepanasan

tiba-tiba berlarian
melihat kereta datang
di dalamnya dua pemuda kemas gagah
anak-anak bertangan kudung diheret diselindungkan
lagu-lagu sendu merayu pun hilang
para wanita muda sekadar berdiri di tepian jalan
berbicara sesama sendiri menunggu peluang
lalu anak-anak kecil pengemis di bumi haram ini
akan terus menyanyi di celah-celah betis
di ketika peluang datang pada wanita langsing


Mekah
30 Mac 2010

PUTRAJAYA

Betapa indahnya ilham tercipta
minda ddisulam ilmu bermakna
rimba oh rimba bertukar wajah
sebuah adunan wira bangsa

wajah tersergam megah
oh Putrajaya

Di dadamu ada segalanya
inilah usaha membina
semangat bangsa

Menyerlah menyala
ooo... maju jaya

Putrajaya...
lambang kemegahan
menegakkan perjuangan
menggenggam kemuliaan
darjat bangsa diutamakan

Putrajaya...
bandar dalam taman
bervisi padu budaya warisan
Putrajaya...
bandar bestari khayalan termetri

(s0l0)

Di pinggir tasik menghayun langkah
angin segar menyapa mata
Seri Perdana indah pesona

Sambil bersyukur dan berdoa
menyulam zikir hati terusik
langkah disusun ke masjid cantik
wooo...

malam bercahaya penuh makna
betapa tinggi nilai tercipta
lalu dunia melihat kita
Malaysia maju berganda tanpa meminta

Putrajaya...
bandar alaf baru dan murni nyata
menyatakan cipta adunan Malaysia
lambang keutuhan cinta padamu Malaysia
Putrajaya...

Seni Kata : Ariah Judah
Seni Lagu :Ishak Atan

Indang

Bila malam mula menerpa
pelita dinyala alu bergema
lesung ditingkah dara jelita
pada ditampi mengindang hampa

Lesung ditingkah jejaka perkasa
mengalun irama seluruh desa
jejaka remaja diulit rasa
menumbuk padi bersama dara

*Suasana gamat gelak ketawa
dara jejaka riang bekerja
usik mengusik alu bertingkah
ah... jeling menjeling disusul madah

ulang*

Jejaka menumbuk dara mengindang
suasana harmoni anak petani
hampa ditampi antah dibuang
menumbuk padi di malam hari

Indang mengindang beras ditampi
selesai kerja hampir dinihari
dara jejaka berpisah di sini
sehingga senja mengundang lagi.

ulang*


Seni kata: Yaacob Mohamed
Seni Lagu: Faizal

Joget usik diusik

P: Di alam bercinta hatikan resah
Diulit janji saksinya maya

L: Melihat cik adik nampaknya gelisah
Mungkinkah dibebani kisah lama

P : Hatiku gelisah bukannya lama'
Kasih terluka dek kata-kata

L: Janji sumpah setia hidup bersama
Berubah bila jauh di mata
P/L: Usik diusik kita bersama
Ia adat resam di dunia
Usik diusik ceriakan minda
Senda gurau menghilangkan duka

P: Jinak merpati tak boleh kudekat
Jikalau dekat kan terbang ia

L: Hatiku mulai rasa dah terpikat
Bolehkah nanti hantar pinangannya

P: Bijak pendita tersusun seloka
Pendekar pula langkah perkasa

L: Kiranya begitu hasrat yang dicita
Jumpa bicara ayah dan bonda

P/L: Usik diusik kita bersama
Ia adat resam dunia
Usik diusik ceriakan minda
Senda gurau menghilangkan duka

L: Oi..cik adik manis
P : Apa lagi yang tak kena
L: Sudikah ku kau pilih
P: Ikutilah ada resam kita
L; Jangan dik jangan terasa
P: Gurauan sahaja
L: Usik diusik biasa
L/P: Lumrah kehidupan kita

Seni Lagu: Fendi
Senikata : Ariah Judah

Rindu membisik

rindu membisik di benak hati
bagai sembilu menyusuk minda
susah ditafsir rasa
ganas menerpa di susur masa
semakin hilang kasih ibu
semakin pudarnilai hati wanita
atau mereka tersalah langkah
semata mengikut rentak rasa
hilang akal, nafsu menggila
anak-anak tanpa dosa terdampar
penuh pilu dan sendu
ke mana pergi lelaki gagah itu
diam membisu hilang wajah
nah! rindu menghimpit
kuseru pada-Mu jua
kembalikan nilai mereka dalam insaf yang panjang
kurindu kedamaian dengan wangi kasih dan sayang

ya Tuhan!
rinduku , siramilah imanku ini dengan keberkatan
amin...

rencah budaya yang mengganggu emosi

Sejak di sekolah rendah lagi kak long sudah diajar pepatah melayu, peribahasa dan kata-kata hikmat. amat cantik kata2 yang diwujudkan dengan maksudnya tersendiri. semua untuk menghayati perjalanan hidup. betapa indahnya dan tingginya bahasa orang2 lama. sekolah tidak tinggi tapi ilmu mereka penuh makna tersirat. ia boleh digunakan sehingga kini dan insya allah selamanya.

Dalam hidup ini kita tidak melarikan diri daripada berjanji dan menerima janji. ye memang tepat jika lembu dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada janjinya. perlu diingat jangan sekali2 memungkiri janji yang diucapkan. sekali kita mungkir lain kali orang lain susah untuk mempercayainya.

Orang2 dulu ada menciptakan pepatah - BERALIH KAIN DI BALIK RUMAH, BERALIH KATA DI BALIK LIDAH. Ia bererti seseorang yang tidak menepati janji. Kata2 yang diucapkan itu sekadar mainan lidah. Aduh! tentu mereka yang terkena terasa sakit hati. mungkin juga berlaku gangguan emosi. jadi ,berhentilah menabur janji jika bukan untuk ditepati..

Masih berkaitan dengan kata-kata, iaitu terdapat juga individu hobinya bercakap tidak kira waktu. malah baginya satu kelebihan jika banyak bercakap di kalangan kawan2 sekeliling. memang tidak salah peramah tapi tidak semestinya cakap banyak. apa lagi jika yang dicakapkan itu tidak penting. atau isi tidak ada. sekadar menggunakan kata2 kosong. Ia kerap berlaku semasa perjumpaan seperti seminar, mesyuarat, bengkel dan dailog. kadang2 kata2 atau pendapat itu tidak menepati tajuk yang dibincang. ini disebabkan bercakap tanpa tahu nilainya.

Di sini pepatah dicipta,"BERTOLAK KERANA TAK DALAM, BERGONCANG KERANA TAK PENUH". Nah! maknanya seseorang yang cetek ilmu selalunya bercakap banyak. oleh itu, boleh dikaitkan seseorang yang cakap banyak itu seperti tin kosong. bunyi sahaja kuat tapi isi tidak ada.

Konsep 1Malaysia merupakan perjuangan kita sebagai rakyat negara untuk mencapai tahap yang terbaik dan cemerlang. Ia menitikberat semua rakyat negara ini perlu sama2 berjuang tanpa mengira kaum untuk memajukan bangsa, agama dan negara. setiap perjuangan mesti ada destinasi yang positif tanpa hasad dengki dan iri hati. setiap individu perlu menghayati sejarah negara jika mahu berjaya dalam keadaan yang sebenarnya.

"BULAT AIR TEGAL DEK GOPONG, BULAT MANUSIA TEGAL DEK MUAFAKAT". Ia salah satu pepatah adat Melayu yang agak unik dan gunakan perkataan klasik. maknanya - kejayaan dan kemakmuran itu dapat dikecapi sekiranya rakyat hidup bersatu padu. * (gopong - bekas air yang diperbuat dari tempurung). Selain itu, ada juga pepatah sebatang lidi tidak berguna tetapi jika lidi itu diikat banyak ia amat berfaedah.

Semua ini adalah pemangkin untuk menjayakan konsep dan program 1Malaysia yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri. Kita tidak perlu rasa terganggu dengan tuduhan bahawa ia dikaitkan dengan 1Israil. Usah pedulikan semua kata2 kosong itu. kita punya perjuangan, niat dan tekat. sekadar tuduhan tidak berasa itu anggap bagai bisikan di angin lalu...

sayang 999 sayang

Alhamdulilah sehingga kini kak long masih bernafas. segalanya di atas kesetiaan seorang kekasih yang tidak sekutu baginya. ada sedikit cerita kak long namun maknanya amat besar dalam meniti cabaran hidup. apapun insan yang ada dalam dunia ini memang mempunyai tabiatnya masing-masing.

Siang tadi sekitar jam 12.00 tengahari kak long selesai menghadiri mesyuarat penting di Telekom Malaysia. Mesyuarat yang berjalan lancar itu membincangkan perancangan promosi khidmat MERS 999. MERS 999 cuma ada di Malaysia sahaja setakat ini. Negara2 Asean yang lain belum membangunkan sistem berkenaan. Oleh itu, sumber memberitahu TM mendapatkan maklumat mengenai sistem mereka banyak merujuk kepada negara Kanada.

Perkhidmatan MERS 999 adalah untuk memudahkan pelanggan membuat panggilan kecemasan seperti kebakaran, sakit, bencana alam dan sebagainya. Sebab itu TM melibatkan Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Bomba,Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pertahanan Awam, Skmm dan badan2 lain yang berkaitan.

Mesyuarat itu bermula jam 10.00 pagi yang dimulakan dengan pembentangan Perancangan program promosi MERS 999 yang merangkumi slot tv kerajaan dan swasta, radio seluruh negeri (termasuk pelbagai bahasa seperti Bahasa Cina/Tamil/Bajau/kadazan/Orang Asli/Inggeris dan sebagainya. Kak long tengok plan untuk slot SPM di RTM setiap bulan (seperti
yang telah dibincangkan.Kami bincang agak panjang lebar mengenai program promosi itu.

Melihat data terkumpul jumlah panggilan untuk 999 sepanjang Februari sekitar 1.25juta. Mana kala untuk Mac 1.4 juta yang menandakan peningkatan angka. Sayang seribu kali sayang hanya sekitar 40 ribu panggilan sahaja yang betul. Yang selebihnya panggilan palsu. Sedih kak long melihat angka itu. Betapa masyarakat kita tidak menghargai kemudahan perkhidmatan canggih yang disediakan itu. Ini menandakan kesedaran sibik masyarakat tidak mencapai 50 peratus berdasarkan angka panggilan. Disebabkan panggilan paslu menyebabkan panggilan betul terganggu. Pihak TM telah berusaha menyedarkan masyarakat sebelum ini tetapi kesannya belum tercapai. Malahan saya menerima komen seorang kawan di RTM bahawa dia mendapat maklumbalas dengan mengadakan kempen kesedaran di media menyebabkan anaknya kerap mendailkan 999. Apakah yang patut dilakukan? Dibuat salah tak buat promosikan salam. Segalanya serba salah.

Angka berjuta itu seolah-olah tidak berbaloi dengan usaha TM mewujudkan MERS 999. TM menyediakan ruang khas untuk perkhidmatan itu dan ia serba lengkap dengan kemudahan yang terkini. kak Long sempat melihat warga MERS 999 bertugas sekitar jam 12.15 tengahari tadi. Memang banyak panggilan masuk. Seramai lebih kurang 40 orang petugas untuk menyambut talian 999. Sayang seribu kali sayang sepanjang kak long berada di situ tidak ada panggilan yang betul. Kak long sempat mendengar panggilan yang dirakam sebelum ini. Antaranya panggilan dari seorang wanita dalam pantang (baru 28 hari) bersalin. Dia dihalau suami dari rumah dan tidak ada sesiapa tempat dia mengadu. Itulah sebab dia membuat panggilan ke 999 dan akhirnya pihak polis yang menguruskan panggilan itu. Wanita itu mahu ke balai polis dan mahkamah. Nah terima kasih tuan...(walaupun ada kalangan individu kerap menyalah serta menuduh pihak polis- byk2 bersabar).

Selain itu, saya juga mendengar rakaman panggilan daripada seorang lelaki yang sakit emosi. Semasa ditanya apa yang boleh dibantu, dia menjawab dia nak cium. Aduh! petugas berkenaan ,menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai panggilan lagi yang menyebabkan petugas wanita terutama terganggu emosi mereka. Namun kak long dimaklumkan kebanyakan petugas 999 itu memang cintakan tugas mereka demi keharmonian masyarakat sejagat. Tahniah kepada mereka.

Kak long doakan mudah2an khidmat 999 ini semakin dihayati. khidmatnya dihormati serta disegani. Kita bertuah mempunyai MERS 999 kerana kita satu2nya negara Asean yang mempunyai khidmat ini...Semua panggilan tiba pejabat MERS 999 sebelum disalurkan ke agensi yang berkaitan seperti hospital, bomba dan lain2 berkenaan.

Selamat maju jaya MERS 999....

Wednesday, April 14, 2010

mengalas perut di waktu pagi

setiap pagi minda kekawan di bangunan sultan abdul samad tertanya2 di mana nak beli sarapan selain pi 7eleven. jam 7.30 hingga 8.30 pagi adalah musim sibuk di kawasan berkenaan. polis memang ada mengawasi jalanraya tapi hati bimbang dan takut tetap berlaku semasa melintas jalan. seorang kawan kak long hampir terlanggar suatu pagi -dua hari lepas. kiri kanan sudah tgk dan terus lintas. namun kejutan berlaku. debaran hati bagi guruh kerana tiba2 ada motosikal lalu berdekatan dengannya. jika silap langkap boleh tersungkur jadinya...



nah! memang benar kata kekawan- nak pi cari sarapan bagai pi menggadai nyawa. ada juga kata- seperti maut di hujung sana. macam2 lagi mereka kata. ini luahan anak2 buah. orang2 besar jarang atau langsung tak merasa cabaran atau boleh dikatakan kesusahan mencari sesuap rezeki di waktu pagi. paling ramai kekawan makanan di kawasan daya bumi, kantin jabatan tanah atau kedai mamak dekat dengan pasar budaya...



kak long bukan mengata apa2 cuma hakikatnya bukan mudah menempuh kehidupan sebagai anggota perkhidmatan awam. perlu menjaga tatatertib. peraturan mesti ikut. keja ada time makan. keja macam2 kena siap ikut jadual. kpi perlu dicapai. kualiti jugak kemestian. cuma jarang2 terima ucapan terima kasih untuk mereka yang mencurah bakti. terlalu sibuk agaknya. anugerah khidmat cemerlang, majlis makan makan, hari keluarga dan sebagainya merupakan medan mengeratkan silaturahim dan keakraban sesama anggota. bilakah ia dapat diraikan bersama...?



apapun kak long doakan semoga kpkk bersama agensi2nya mencapai kejayaan yang indah dan damai dengan penuh kasih sayang...

Pindah- mesti pindah

salam pada semua kekawan,
kak long nak bercerita tentang sedikit falsafah yang boleh dikaitkan dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. baru2 ini kekawan saya diarah pindah pejabat. aduh! bila dengar nak pindah memang seronok. tapi indah khabar dari rupa... tempat bagai sekangkang kera kerana yang guna ruang ramai. akibatnya sempit le nampaknya. apa yang jelas ruang pejabat bos2 indah dan besar. kalau disusun kerusi meja boleh main badminton agaknya. memang selesa habis. siap dengan bilik air dan sebagainya. tahniah le. memang bos kena jaga. dia tukang fikir. buat keputusan. mungkin juga minda mereka penat buat plan dan pengerusi macam2 mesyuarat. sudah tentu perlu ruang yang benar2 mengizinkan untuk rehat dan merenung segala tindakan yang sewajarnya...
sayang seribu sayang jika difikir2kan anak2 buah juga perlu ruang yang selesa dan sesuai untuk laksanakan keja. barulah dapat hasil yang baik. sesuai dengan pencapaian diutamakan. apa yang berlaku anak2 buah memendam rasa dengan ruang keja. jika bercakap takut kena marah. malah mungkin dicop nanti kaki lawan. lebih2 lagi jika wujud tukang cucuk. memang wujud perkara ini. hakikatnya ada individu sanggup kenakan kekawan demi sebuah nama. malah baru2 ini kak long dapat cerita seorang bos berumur report dengan pihak pengurusan kononnya seorang pegawai dan kumpulan unitnya tidak bantu semasa dia buat keja. pelik keja sekadar tulis nama orang pun bising dan report. gaji beribu2 bekira keja. lebih sedih lagi kurang pintar agihkan arahan. malah lebih parah lagi...minda tidak kreatif. diwujudkan demi sebuah imej yang indah dan damai serta dihormati. hingga kini belum nampak hasilnya.
menagih kepada yang kasih. itulah sepatutnya dilakukan semasa berdepan dengan cabaran. namun yang kasih yang dapat dikenalpasti. keikhlasan tak jelas di mata dan di hati. ini disebabkan ada pihak pengurusan mudah terima cerita daripada pihak tertentu. kak long pun sedih dan sendu keadaan ini berlaku di zaman tamadun tinggi.
wahai kekawan, banyak2 bersabar. dengar kerusi dan meja tidak cukup di ruang baru. namun semua kena pindah jugak. orang2 besar mesti duduk sebumbung. senang mesyuarat/bincang dan entah apa lagi...lalu anak2 buah juga kena duduk sekali. polisi ini memang baik. tabik dengan idea ini. tapi seblm idea dilaksanakan sepatutnya dibuat penghayatan. kajian statistik kena ada. angka pun tidak sebanyak mana. yang jelas keadaan ruang dan pengisiannya tidak disepadukan. nah! kini berlaku ramai orang tapi ruang kurang...
hakikatnya, biasa berlaku jika pergi ke empat baru sepatutnya lebih baik daripada sedia ada atau sekurang2nya sama nilainya...
untuk kekawan kak long berlaku sebaliknya...keadaan amat mengeciwakan. mungkin akan dapat duduk sekali tapi nafas jadi sesak. minda kurang iq. ketenangan jauh sekali. selesa langsung menjauh. jika saya bayangkan andai semua dah ada di ruang terhad itu, ia sama seperti pejabat di Pejabat Kerajaan semasa zaman tahun 80-an. meja bertemu meja. ada duduk belakang membelakang. entah le seolah2 zaman itu berulang pulak!
nah! kekawan gunakan kemampuan terbaik anda semua...bawa bincang dalam mesyuarat dengan kata sepakat. ada ketika kita perlu berani untuk hak kita. memang berlaku lagi ada insan2 skg masih menyimpan ego. mereka pantang orang2 bawahan memberi komen.... untuk keja yang baik dan berkualiti itu ia mesti dengan pelaburan khidmat pengurusan atasan yang bermutu jugak! apa lagi berganding bahu walaupun terpaksa pecahkan ego dan darjat. berbaik2 demi kebaikan dalam perkhidmatan bukan suatu kesalahan akan terima hukuman mahkamah.

cerita pindah ini macam2 berlaku. ada sedih, gembira, cabaran, kesusahan , kesakitan dan segala macam keranah yang melibatkan insan. kak long pun bukan masuk campur keja orang tapi sekadar bercerita. tidak jugak menyebelahi mana2 pihak. yang penting slogan bukan sekadar ucapan dan pameran. ia perlu dilaksanakan dengan penghayatan bersama kepentingan setiap insan di bumi Tuhan.

sekian cerita kak long kali ini...bersambung

Sunday, April 4, 2010

perjalanan suci 2010 - siri pertama

Alhamdulilah perjalanan yang impikan telah tercapai dan kini telah kembali ke bumi tercinta ini...dengan kenangan indah sekali...

segalanya bermula pada 20 Mac 2010. saya menyertai rombongan 36 orang bertolak dari klia dgn penerangan MAS 150 kul/jed. Keluar rumah jam 9.00 selepas solat musafir serta berdoa yang berkenaan dan berkumpul di rumah hajah zaiton. Masuk sahaja rumah Hajah Ton, Kak esah bagi saya sehelai kain putih, dia kata tempat simpan kasut. Aduh! baiknya hati. kami naik van ke klia jam 10.00. Penerbangan kami jam 3.30 petang. Aku berkenalan dengan keluarga Hajah Ton. Mereka baik2 belaka. Sempat saya sarapan bersama mereka. Dalam rombongan tu ada dua orang remaja (siti fatimah dan siti aishah). bertuah sungguh mereka dalam usia semuda itu ada peluang buat umrah.

Cabaran bermula apa van lambat tiba kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Beg telah sedia di luar rumah untuk dipunggah ke dalam van. Anak bujang Kak Noraini (adik Hajah Ton) menghantar ibu dan ayahnya(Haji Mokhtar) ke klia. kebetulan kami ramai dan perlukan kenderaan tambahan. MujurlahEncik Zulkifli ( pilot van ) memang mahir dengan alur perjalanan ke klia. Tambang yang kami bagi dia tidak ambil sebaliknya dia kirimkan kpd Haji Yusof untuk disedekahkan di tanah suci. Murni sungguh hatinya. Dengar cerita beliau dia pun berhajat untuk menunaikan fardu haji tahun depan. mudah2an niat sucinya dimakbulkan Tuhan.

Selepas pendaftaran masuk, kami berehat. tidak lama selepas itu cabaran kedua, iaitu penerangan ditangguh sehingga jam 6.30 petang. Namun pihak MAS memberi kupon makan tengahari. Alhamdulilah. Inilah rezeki namanya. Namun saya masih mencari siapakah orang dari agensi yang mengurus program ini. Ah ! tidak apa, haji yusof (ketua kami) cekap. begitu juga dengan kak esah(isteri haji yusof kakak kepada hajah ton). Mereka telah banyak kali ke tanah suci (Haji dan Umrah). Rasa amat bertuah rasa dapat bersama mereka. Sebelum itu saya telah menerima penerangan daripada adik Yuzana (uza). Dia banyak ilmu dan pengalaman. Dia baik hati dan pemurah serta sentiasa membantu saya sepanjang mengerjakan umrah. Terima kasih banyak2 uza moga Tuhan sahaja yang akan membalas budi baikmu...

Dalam penerangan cabaran ketiga pula mendatang. kapal terbang melanggar awan tebal. terasa goncangan yang menduga beraniku. membaca doa2 yang patut. alhamdulilah sekejap sahaja awan tebal berlalu pergi. Berada di perut kapal terbang berjam-jam amat memenatkan. Di depan saya seorang ibu muda sibuk mengurus bayinya yang baru lahir. Sesekali bayi itu menangis mungkin tidak selesa dengan keadaan. Dua anak kecil (lelaki dan perempuan) berlari2 ke arah bapanya yang duduk di belakang sedikit. sebelum itu berlaku sedikit rasa tidak puas hati seorang jemaah pakistan kerana diminta paramugari pindah tempat duduk dan menyebabkan isteri dan anak beralih sedikit. Ia semata2 untuk memberi tempat buaian bayi itu. Inilah masalah jika tidak ada plan lebih awal dengan pihak pendaftaran MAS. Sepatutnya bapa bayi menempah awal2 tempat duduk yang sesuai untuk isteri dan bayinya.

Melihat pasangan itu masih muda dan bersama anak-anak kecil hati saya ingin tahu mereka sebenarnya siapa dan ke mana. Maka, dengan berhati2 bertanya dan berbual dengan sang suami. nah! rupa2nya dia bertugas di Jeddah sebagai jurutenik di syarikat automobil. Dia balik sebab isterinya bersalin yang berkhidmat sebagai jururawat. Dia baru enam bulan bertugas di Jeddah . Dia kata senang bertugas di bumi arab itu dan setiap Jumaat dia akan sembahyang di masjidil Haram yang perjalanannya lebih kurang 1 jam setengah dari Jeddah. Ya, suatu kesempatan yang tidak semua orang perolehi sepanjang hayatnya.

Terasa penat dalam penerangan kerana asyek tidur bangun. akhirnya kami tiba di airport Jeddah. Barisan agak panjang semasa pemeriksaan imigresen. saya tgk ramai yang telah memakai ihram. iya, mereka terus ke Mekah. penuh sesak di ruang menunggu tetamu. beberapa orang lelaki berjubah dan berkemeja ke hulu ke hilir dengan memegang pasport. mula2 saya hairan dan sesekali kurang yakin apabila seorang lelaki arab minta pasport kami. setelah dimaklumkan oleh ketua barulah saya serahkan pasport. agak lama menunggu di situ.

Rombongan kami seramai 36 orang diarah menaiki bas. ya rabbi bas diletakkan agak jauh dan terpaksa menolak troli beg ke sana. Basnya cantik dan selesa. lebih kurang satu jam duduk dalam bas kerana menunggu tiga orang penumpang lagi. Rupa2 salah sorang daripada mereka pasportnya tercicir. sudah tentu debarannya bagai ombak memukul pantai ketika pasportnya tidak dapat dikesan. namun rezeki tidak ke mana Tuhan tunjukkan kebenaran dan pasportnya dijumpai.

Ada antara tetamu bas telah lena. bas terus membelah malam di jalanraya yang agak kering. lebih kurang dua jam perjalanan bas berhenti di kawasan kedai runcit dan surau. kami dihidangkan nasi bungkus. alhamdulilah sedap dan saya tengok ramai yang berselera makan. kami duduk di depan kedai runcit seperti bekelah saja. Selepas kami pun teruskan perjalanan. kak esah dan uza beritahu mudah2an sempat solat jemaah di masjid nabawi. jadi, saya tidak sabar menunggu untuk sampai. saya terbayang bagaimana sibuknya kami check in dan selepas itu terus ke masjid.

Namun apa nak dikata tiba bas berhenti di kawasan bengkel kayu. saya jenguk ke bawah banyak kayu2 yang diukir. kawasan itu agak luas. hati tertanya2 tapi cuma diamkan diri. apa terjadi agaknya. adakah minyak bas habis atau pemandu mahu ke bilik air. hairannya agak lama bas berhenti di situ. dalam berteka teki itu saya tertidur dan sedar bas meneruskan perjalanan. sesekali saya hayati melalui tingkap kelihatan luas mata memandang. jalanraya agak luas dan lurus. bas dengan kelajuan yang meyakinkan.

lebih kurang empat jam perjalanan muapi bersuara dari arah depan dan memaklumkan sekejapkan bas akan berhenti di kawasan rehat. ahli rombongan boleh solat jamak maghrib dan isyak di situ kerana Medinah agak jauh lagi. Katanya tidak sempat kejar solat jemaah kerana pemandu mengantuk dalam perjalanan tadi dan dia terpaksa lelapkan matanya. Kini baru saya tahu kenapa agaknya bas berhenti tadi. namun tidak semua turun untuk bersolat walaupun muapi (ustaz) bersemangat memberi panduan cara jamak solat. Kumpulan saya sudah tekad untuk jamakkan solat di masjid Nabawi walaupun tidak berjemaah. lalu, kami sekadar ke bilik air dan keadaannya agak menyedihkan berbanding dengan R & R di negara kita Malaysia. Mereka tidak menitikberat kebersihan dan keselesaan pengguna. Betapa baiknya jika ada pakar perunding datang ke sana dengan bagi kertas cadangan untuk wujudkan sistem R & R yang setanding dengan Malaysia.

Sekitar jam 8.00 malam kami tiba di depan hotel di Medinah. Masing2 menunggu dengan sabar untuk mendapatkan kunci. keadaan lobi hotel menarik, kemas dan pelbagai hiasan termasuk sebuah radio lama. Saya bersama hajah Ton, Fadilah dan Yuzana duduk sebilik. Biliknya agak besar dan selesa. Jam 9.00 malam kami turun dan terus ke masjid nabawi . kak esah dan uza kata kami terus ke Raudah. Masa tetamu wanita melawat ketika. Ya Allah berdebar2 hati saya mahu sampai ke Raudah. Tidak terbayang bagaimana keadaannya. saya dengan yakin ikut sahaja arah mereka tuju. di manakah Raudah itu? Alhamdulilah dengan mudah kami sampai kawasan Raudah kerana kak esah dan uza sudah berpengalaman ke tempat itu. ramainya tetamu ketika itu. saiz badan mereka besar. sekali kena siku mereka boleh jatuh dibuatnya. kupandang sekeliling. amat mengkagumkan. saya tertanya2 yang mana satu Raudah?


...bersambung