Saturday, August 28, 2010

Penentang kebenaran

Memang wujud golongan penentang dalam apa jua perjuangan. cuma ia dalam keadaan nyata atau diam. kenapa golongan ini wujud? apa perjuangan mereka? siapa mereka? sampai bila mereka menjadi penentang? adakah ini budaya kehidupan?


Mari kita tengok dalam konteks kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, penentangnya pasti wujud. anehnya biasanya penentangan itu datangnya daripada umat Islam sendiri. maka timbul pertanyaan kenapa terjadi demikian? adakah penentang itu tahu perjuangan mereka sbenarnya utk siapa? mengapa insan sukakan kemungkaran?



Meneliti tulisan dalam majalah solusi no 22, ada dinyatakan terdapat empat golongan penentang yang dibicarakan. saya memang nampak golongan mereka ini ibarat musuh dalam selimut. semangat berjuang bersama seolah2 tidak pernah dimengertikan manafaatnya. malahan mereka lebih suka tengok kemunduran dan kegagalan daripada kemenangan dalam perjuangan.



Budaya menentang ini dapat dilihat bagi mereka yang tergolong dalam kategori berikut:



Orang yang jahil



Mereka ini melanggar hukum. tak mentaati undang2 Tuhan. jugak tak patuh kepada hukum hakam agama. ini disebabkan mereka jahil. tak ada ilmu yang berkaitan. lebih pentingkan diri sendiri saja. apapun mereka ini mudah ditangani. mereka cuma perlu diberitahu dan diberi panduan yang jelas. dengan adanya ilmu yang diberikan itu mereka meninggal perkara2 yang mungkar dan melaksanakan yang baik.



Ilmu yang blh menyedarkan mereka. yang penting ilmu diberikan berterusan. segalanya dipermudahkan penyampaiannya supaya mereka tau dan faham. nah! bila ilmu telah ada maka mereka tidak jahil lagi. ini menyebabkan mereka dapat membeza yang mana baik dan yang mana buruk. mereka boleh berjuang untuk kebaikan. maka, ia selaras dengan perjuangan agama Islam yang tidak pernah membiarkan orang jahil.



Tidak mampu menahan nafsu



Mereka ini melakukan kesalahan atau kejahatan bukan disebabkan tidak tahu tapi kerana tidak mampu meninggalkan pengaruh hawa nafsu. maka mereka dikuasai oleh nafsu sendiri. dengan kata lain terlalu mengikut kehendak nafsu. namun mereka ini boleh ditangani dengan mendidik dan mengawal nafsu yang menguasai diri dengan mengikut peraturan2 islam.



Antara cara untuk membawa mereka ke jalan yang baik ialah dengan dahwah dan tarbiah. namun yang penting ia mesti dilaksanakan secara berterusan. mereka ini perlu didekati untuk menyelesaikan masalah dan diberikan keyakinan bahawa mereka mampu untuk melawan hawa nafsu. mereka disedarkan nafsu menyebabkan diri mendapat mudarat.



Mempunyai kepentingan



Golongan ini susah untuk dihadapi kerana mempunyai kepentingan terhadap kemungkaran atau kejahatan yang dilakukan. bagi mereka mendapat hasil untuk kepentingan diri. dengan melakukan promosi itu maka keuntungan diri akan diperolehi. Ia lebih bersifat peribadi.



Untuk membawa mereka ke jalan yang baik maka bukan sahaja memerangi hawa nafsu tapi jugak mereka perlu meninggalkan kepentingan diri. contohnya, ibu ayam sanggup meninggalkan kerjayanya itu walaupun pendapatannya lumayan. memang susah untuk meninggalkan kebiasaan apa lagi jika berkaitan dengan keuntungan ringgit malaysia.



Namun, kesedaran dengan didikan yang berterusan serta keinsafan diri boleh membantu mereka kembali ke jalan yang benar. perjuangan untuk keredhaan allah swt boleh membendung dan seterusnya meninggalkan perkara yang tidak baik itu. maka pendakwa perlu memberi contoh dan pendekatan sikap yang boleh dicontohi.



Ada isme perjuangan



Golongan keempat ini melakukan kejahatan kerana merasakan perbuatan itu satu kebenaran. kononnya mereka hero dan memprjuangkan suatu kebenaran. mereka sudah setkan minda bahwa mereka adalah pejuang. konon2nya mereka ini pejuang.



Mereka ini degil kerana ada prinsip. memang sukar berdepan dengan golongan ini.mereka ini mempunyai penyokong. misalnya daripada golongan pertama, kedua dan ketiga. Mereka ini akan lemah jika penyokong2 demikian berpaling tadah. lalu mereka terasa sendiri kesalahan dan kejahatan yang dilakukan tidak lagi mendapat sokongan.

Hidup dengan menentang tanpa fokus yang jelas dan perjuangan yang tidak diredhai cuma membuang masa. kehidupan akan rugi. berjuang dengan tuntutan agama lebih manfaat pada diri, agama, bangsa dan negara.

Salam perjuangan

No comments:

Post a Comment